bab 18- setuju

Romance Completed 3141

"Kau biar betul su?" soal rizz terkejut. Pelik sejak bila pula surisya ni ada kekasih?
"Tarikh je.. Tahun dia tak tahu lagi" balas surisya selamba. Rizz menarik nafas lega. Fuh! Ingatkan betul tadi. Mesti danish terkejut juga kan?. Desisnya.
"Hai. Jom la" sampuk nabila yang datang dari arah belakang. Mereka berjalan naik ke tingkat atas untuk mencari baju. Selesai memcari, mereka meneruskan perjalanan menuju ke rompin. Didalam kereta,surisya dan danish hanya diamkan diri.Tiba tiba

"Seronok la dapat hadiah." gumam danish. Surisya sempat menangkap bait bait kata danish. Dia mengerling ke arah danish yang tekun membawa kereta dengan senyuman sinis.
"Memang la seronok. Kenapa?" soal surisya acuh tak acuh.
"Yang aku kasi tadi tak ambil pulak." balas danish.
Surisya mereka mengerutkan dahi.
"Laaa kau kasi aku ke? Haish, apasal tak cakap awal awal?" soal surisya dengan nada terkejut.coklat daim dihadapannya diambil dan dibuka. Kemudiam terus masukkan kedalam mulut. Nyumm! .Danish mengetap gigi. Terasa diperli pulak.
"Sedap. Thanks"ucap surisya. Tangan masih ligat membuka dan menyuap ke mulut.
"Most welcome. Kau memang suka daim ke? Kalau coklat lain kau tak suka?" danish ingin tahu. "Kitkat, cabury, daim, caramel" jawab surisya. Danish tersenyum. Yes! Dapat juga.
"Kalau mengantuk tu tidur je la.. Nanti dah sampai aku kejut kau." tutur danish. Surisya mengerling jam. Kemudian dia menepuk dahi.
"Danish, tolong berhenti dekat surau berdekatan. Aku nak dhuha" tutur surisya. Sekarang sudah sepuluh setengah. Selalunya pukul lapan pagi dia buat, tapi dah kena culik ni terus lupa.
Danish menurut. Dia masuk ke simpang menuju ke r&r. Kereta dihentikan.
"Er...kau nak solat sekali tak?" soal surisya.

"Tak pe, aku dah solat sebelum keluar tadi"
Tanpa berlengah dia terus menuju kesurau.
Telefon dan tas tangannya dibiarkan kedalam kereta. Danish tak curi kot. Kan?
Baru saja danish ingin lelapkan mata sekejap tiba tiba dia terdengar deringan telefon surisya. Tanpa berlengah dia terus menjawab panggilan tersebut. Sempat dia melihat sipemanggil. Rizz.

"Assalamualaikum. Hello? Kau dekat mana?"

"Aku bawak surisya ke r&r kejap. Dia solat dhuha. Kau dah jauh ke?" jawab danish.

"Tak adala jauh sangat. Kalau macam tu, aku berhenti dekat kedai makan jap. Nanti kalau korang dah gerak, call aku."
Danish mengangguk. Panggilan dimatikan.
Tiba tiba dia berasa seperti ingin meneroka telefon surisya. App whatsapp dibuka. Danish pergi ke "add contact" kemudian menyimpan no dia didalam telefon surisya.
App itu ditutup kemudian album pula dibuka. Danish beristifar sekejap bila ternampak gambar surisya yang tidak bertudung. Cepat cepat telefon itu ditutup dan dimasukkan ke dalam beg surisya kembali. "Tak pasal pasal buat dosa kering" desisnya sendiri.
Selesai solat dhuha surisya kembali ke kereta dan masuk ke perut kereta. Dia memandang danish pelik. Macam baru kena stalk pulak.
"Kau ada sentuh barang aku ke?" soal surisya ragu.
"Mma..mana ada. Eh dah lah jom gerak, nanti lambat pulak" jawab danish cemas. Macam tahu tahu je. Huh!
Surisya menjeling. Coklat daim yang disimpan elok di dalam tas tangannya tadi, dibawa keluar lalu buat kerjanya. Buka , makan buka makan. Danish sudah terbeliak. Uish! Sampai dah nak habis dia makan?
Kepala digelengkan.
Enjen kereta dihidupkan kemudian keluar dari r&r itu. Tidak lama kemudian danish berhenti pula dikedai makan yang rizz pergi.
"Kenapa berhenti dekat sini?"
"Rizz tunggu kita, tadi dia dating kejap dengan nabila." jawab danish. Surisya mencebik. Eleh!
Surisya melihat rizz membalas lambaian danish. Kelihatan nabila mengikuti langlah rizz dari belakang. Sumpah rizz dengan nabila ni dah macam sweet couple yang baru kahwin tahu tak?! Secocok giler
Apabila mereka sudah masuk ke dalam kereta, danish mengikuti dari belakang.

"Awak, awak rasakan surisya dengan danish tu boleh jadi ke?" soal nabila tiba tiba. Ya, nabila sudah tukar panggilannya dari kau jadi awak. Dari aku jadi saya. Katanya nampak kasar sangat bila berkau aku ni. Saya awakkan lebih manis. Lagi pun nabila ni bukannya berpakaian seperti gangster. Pakaiannya lebih kepada jubah. Tudungnya labuh. Memang macam muslimah tulen lah!
Cuma percakapan saja kasar sikit.
Rizz tersenyum.
"Saya yakin dorang ni akan kahwin satu hari nanti. Awak tahu tak? Bila surisya hilang ingatan ni la lebih senang kerja kita"jelas rizz. " apahal pulak makin senang? Saya tengok surisya tu bukan makin suka tau. Macam makin benci je dengan danish. Lagi satu, saya tengokkan danish ni selaluuu cemburu bila awak dengan surisya. Nak tergelak saya tengok muka dia." jujur nabila.
Memang betul pun. Cepat cemburu betol danish tu.
"Awak tengok la..... Nantikan saya yakin surisya akan menangis didepan danish. Itu yang pasti" nabila mencebik. Ada ada je rizz ni.
"Ni saya nak, bila sampai saya nanti awak kena ambil hati bapak saya dulu. Ibu saya tu dia tak kesah sangat. Saya ada bagitau dia semalam. Dia nak masak special untuk awak tau" ucap nabila teruja. Rizz mengenyitkan mata.

Di keadaan danish pula,
"Kau dah ada boyfriend?" soal danish.
Surisya mengangguk.
"Siapa?"
"Rizz" jawab surisya
"Kau ni..." danish mengetap gigi tanda geram. Hari tu kata rizz tu kawan dia je? Apahal pulak tiba tiba jadi boyfriend ni?! Argh!!
"Betul la aku cakap.. Look, boy tu lelaki kan? Friend tu apa?" soal surisya.
"Kawan" jawabnya acuh tak acuh.
"So? Cuba gabungkan perkataan tu." arah surisya. Danish blur. Cuba memerah otaknya. Ting! Baru dapat maksud. Dia tergelak sendiri
"Kawan lelaki." jawab danish. Surisya tersenyum.
"Thats it"
"Kau dah ada Pakwe? I meant kekasih"
Surisya menggeleng. Danish sudah tak mampu nak tahan senyum lagi.
"Apahal?!" jerkah surisya.
"Er... Kalau aku nak berkawan dengan kau boleh ke? Just as a friend. Macam kau kawan dengan rizz?" danish memberanikan dirinya. Mencuba nasib.
"Okay. But like you say, just a friend" jawab surisya. Danish mengangguk.
Surisya membaringkan kerusi itu. Mahu tidur. Lagi pun perjalanan masih jauh. Tak nak la nak hadap muka sewel ni lama lama.
Kenapa terima sewel ni jadi kawan? Sebab kesian... Yer lah kesian, member nak kawan je pun kan?.
Danish mengerling kearah surisya. Tidur pun comel je. Hahaha itu ler kalau dah kemaruk chenta sangat kan?

SETELAH lima jam perjalanan, akhirnya mereka sampai juga ke destinasi yang dituju. Rumah ibu dan bapak a.k.a bakal mentua rizz. Hehehehe.
Rizz turun dari kereta dahulu kemudian nabila. Dan seterusnya danish. Dia pergi ke bahagian sebelah penumpang. Kening yang tak gatal digaru. Tak tahu la nak kejut ke nak angkat. Nak sentuh kang dia mengamuk pula.. Hmm.
"Apasal kau terjegat lagi? Surisya tak turun ke?" soal rizz. Pelik pula danish duduk berdiri di sebelaj luar bahagian penumpang. "Surisya tidur lah. Nak angkat dia macam kesian pulak. Macam mana ni?" soal danish kembali. Rizz tersenyum. Eleh kesian la sangat!.
"Kau kejut je la dia..Kalau tak jaga juga nanti aku panggil nabila suruh kejut dia pula" arah rizz. Danish menurut.
"Surisya.. Bangun. Kita dah sampai ni." kejut danish lembut. Masih tak bangun juga. Tiba tiba terasa ada mentol atas kepala. Ting! Idea dah mareyy.
Coklat daim pemberiannya yang digenggam surisya diambil perlahan lahan. Surisya yang berasa seperti tidurnya dikacau terus bangun. Alangkah terkejutnya dia bila melihat wajah seseorang yang begitu dekat dengannya. Sumpah dekat gila. Surisya yang masih mamai itu terus buka matanya besar besar dan... Nahh sebijik penumbuk tepat mengena sasaran surisya. Iaitu bibir danish.
"Adoii! Urghh kau buat apa ni su?" soal danish. Bibir yang ditumbuk tadi diusap. Sesekali matanya tertutup akibat menahan sakit. Surisya kaget. Danish?
"Danish? Kau...kau buat apa? Apasal kau dekat sangat dengan aku?" soal surisya cemas. Ah sudahh... Tertumbuk mamat sewel pula. Rizz yang mendengar jeritan itu terus berlari ke arah mereka berdua. Terkejut dia bila melihat bibir danish ada sedikit darah.
"Kenapa ni?! Apasal bibir kau berdarah?" soal rizz cemas. Nabila sudah dapat mengaggak bila tengok muka surisya yang serba salah.
"Kesian kamu, masuk lah dulu ye nak. Jap aunty panggil uncle ye" sampuk mak nabila, aunty lin. Mereka berjalan dan memasuki rumah batu itu. Kecuali surisya, masih terkulat kulat didalam kereta. Danish yang mahu masuk, terus pergi semula ke arah surisya dan memberikan senyuman.
"Takpe la su, kau tak sengaja kan? Lagi pun salah aku juga sebab buat macam tu tadi.Dah la jom masuk." pujuk danish. Surisya menurut. Tas tangan diambil dan disilangkan ke badan. Walaupun muslimah, tapi gaya jalan dia still ada gengster dia.
Danish mengunci kereta itu dan mengikuti langkah surisya. Dari jauh, rizz memandang mereka berdua. Memang tak salah pilihannya. Danish mampu mengubah surisya. Dia tekad, Walau macam mana pun surisya akan kahwin dengan danish.
Surisya masuk kedalam rumah. Beg kertas yang baru dibeli tadi diletakkan dalam bilik rakannya. Tanpa berlengah tangan aunty lin disalam kemudian, kedua pipinya dikucup.
Aunty lin tersenyum. "Lamanya aunty tak jumpa kamu ffiya" tutur aunty lin sayu. Surisya tersenyum. "Ffiya pun rriinndduuuu sangat dekat aunty tau! Tapi tula, cikgu nabila tu asyik sebok memanjang. Tak ada masa nak balik. Kesian aunty lin" balas surisya. Sempat lagi dia mengenakan rakannya itu. Nabila mencebik. "Sayak busk sikit, tapik sayak selalu telefon samak mak kan?" sampuk nabila dalam bahasa aslinya.
Aunty lin mengangguk. "Eh, siapa dekat sini reti kait dengan kopek kelapa? Aunty ingat nak buat kuih sikit la.. Uncle dia tido pula. Kesian mahu kejut dia" ngadu aunty lin.
"Ha apa kata kita suruh bff tu buat. Apa la gunanya dorangkan?" idea bernas surisya sudah datang. Muhahaha. Mula dah idea nak mengenakan orang.
"Hai tengah buat apa tu?" soal rizz dari pintu dapur. Kelihatan danish ada dibelakang rizz.
Dah macam kena pukau pulak si danish ni. Mana rizz pergi situ la dia ada. Orang nak date friend pun susah. Haih!
"Haa, bakal menantu aunty, boleh tak kamu dengan rakan kamu tu tolong aunty kait buah kelapa?" aunty lin bertanya jujur. Rizz mengangguk laju. Manakala danish pula sudah kaku disitu. Kait buah kelapa?!
Macam mana ni? Aku tak reti !!! ' desisnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience