bab 24-terijabkabul

Romance Completed 3141

"aku terima nikahnya Safiyyah surisya binti ahmad affendy dengan mas kahwinya rm1000 ringgit tunai.."
mengalir air mata surisya ketika itu. sedih? gembira? kecewa? tak tahu apa perasaannya ketika itu. nak dikatakan suka. tidak sama sekali. dia tak pernah ada perasaan pada danish. tiada.
danish bangun dan menghampiri surisya yanv duduk diatas pelamin didalam dewan yang telah ditempah itu. kotak berbentuk hati dibuka.
tersenyum dia melihat surisya yang mengenakan busana dato rilzalman itu. gaun ala puteri beradu itu. cantik! dia mendekati Sedikit mukanya ketelinga isterinya dan membisikkan sesuatu.
"hey sayang... kenapa? tau la saya ni suami awak yang handsome" usik danish. hanya dia dan isterinya saja yang mendengar. surisya terkedu. sayang? siapa sayang kau? tak mahu panjangkan dunia khayalan, jari runcingnya disuakan ke arah danish. terketar ketar dia bila tangannya disentuh lelaki yang digelar suaminya itu. tergelak danish bila terasa gigilan tangan surisya itu. lensa kamera pula berpuluh kali berkelip menangkap sejarah itu.
dengan teragak agaknya, surisya menyalami tangan danish itu. danish meletakkan tangannya dikepala surisya. lantas giliran danish pula mencium dahi isterinya. nak terbahak rasanya bila surisya seakan mengelak dari diperlakukan begitu. haih!
"tahniah wuuuu!!!!!" jerit rizz dari bawah. rizz dan nabila duduk semeja dengan en.affendy dimeja hadapan sekali. nabila mencubit peha rizz. rizz sudah mengaduh sakit.
"shuuu! awak ni! slow la sikit... malu la dorang tu" tegur nabila. rizz tersengih. dia pula yang termalu.
"jom sayang? kita potong kek ye?" tutur danish. tangannya dihulurkan ke surisya. perlahan lahan surisya menyambutnya. lalu mereka pergi ke tempat yang diletakkan kek.
"your turn" kata danish. surisya yang blur itu hanya menurut. potongan kek tadi diambil dan dihalakan ke mulut danish. danish membuka dengan rasa bahagia.
"kita dah boleh makan ye?" laung rizz lagi. surisya yang sedari tadi terdiam akhirnya tergelak kecil. danish terus dipaut cemburu. 'urghhh! aku layan dia takde pula dia nak tergelak. bila rizz ni cakap, selamba je dia gelak.' kata hati danish.
"tak nak jalan ke?" soalan surisya mematikan lamunan danish. terlupa pulak mereka ni raja sehari. jadi terpaksala mereka berjalan berdua bersama.
"kita makan sama sama? boleh?" pujuk danish.
"kau ni kenapa? kan kita dah tengah dalam kenduri ni... memang la kena makan sekali. tak kan la kena makan sorang sorang. kenapa? kau nak makan dengan bini tua kau ke? blah! pegi la" bebel surisya. tapi dia menutup mulutnya bila sedar akan ketelanjuran katanya. danish sudah menahan tawa.
"lets go" katanya dan mereka pun menuju ke meja makan yang dihias cantik itu. selesai saja makan, mereka pergi ke para tetamu untuk sesi temu ramah.
"hai anak mama..." tegur puan supiah. danish tersenyum pada ibunya dan diikuti surisya juga.
"cantiknya menantu mama nii..." puji puan supiah ikhlas. jujur memang cantik. surisya sudah tersipu malu dipuji.
"makcik... eh..ermm mama pun cantik juga. comel lagi" tutur surisya. rasa nak gam je mulut ni! tersasul pula... puan supiah tersenyum.
"its okay sayang... tak biasa lagi kan? nanti biasakan ya?" pujuk puan supiah. tahu benar menantunya itu. semalam pun danish ada ceritakan juga serba serbi tentang surisya. kagum sungguh rasanya bila ada menantu secantik itu. adab dan budi pekertinya juga baik dan sopan... suara lunak dan lembut bila didengar. seorang yang pemalu tapi tegas bila berkata kata.
"okay mama.." surisya menurut saja.
"mama pergi dulu ye... rasa macam ada orang nak jumpa kamu dekat belakang tu" kata puan supiah lantas menunjukkan sepasang kekasi dibelakang mereka. kekasih? huh! siapa lagi kalau bukan si rizz dan nabila tu.
surisya tersenyum. danish pula hanya menurut. dalam hati, dia bersyukur sangat mamanya dapat menerima surisya. sangkaannya meleset bila memikirkan bahawa mamanya akan menidakkan keputusannya.
”tahniah bro. kau kahwin jugak kan dengan dia?" soal rizz bergurau.
"tq rizz... kalau tak disebabkan jasa kau, aku mungkin takkan sampai ketahap ni. aku janji aku akan jaga surisya sebaiknya. in sya allah.." janji danish. rizz hanya tersenyum.

"kau okay ke tidak babe? nampak macam terpaksa je" tutur nabila berhati hati.
surisya tersenyum kelat.kenapa? dia tidak pasti akan hal itu.
"nothing lah. aku just macam tak percaya je.. aku dah jadi isteri orang."jawabnya.
" aku tahu kau buat ni semuanya untuk abah kau kan? Tapi aku harap, kalau kau nk luahlan perasaan kau. Aku boleh je dengar. Kau tahu aku ada kan?" nabila memberi nasihat.
"Okay babe.. Eh ni kau pulak! Bila nak kahwin? Ingatkan kau dulu yang kahwin hahahhahahahaha" usik surisya. Tapi memang tak percaya lah! Aku yang beria kenenkan dorang. Aku pulak yang kahwin dulu. Huhh!
"In sya allah tak lama lagi... Hehehehe doakan ye babe?"
"Always la.. Ak-"belum menghabiskan kata katanya, mata terancap pada susuk tubuh seseorang. Macam kenal je... Siapa ya? Lantas dia mengejar sigerangan itu didalam dewan itu. Mujurlah orang sudah makin susut. Kalau tidak, memang jenuh la nak marathon!
"Ibu...ibu?" terkeluar ayat itu bila dia dapat menangkap sigerangan. Pelik. Siapa pula yang beritahu ibu akan perkahwinannya itu?takkanlah danish pula... Mustahil lah!
"Ibu? Buat apa dekat sini?" oh rasanya kali ni memang rasa nak tembak mulutni biar tak boleh cakap. Dah anak dia kahwin. Memang la dia datang puan surisya oiii...
"Ibu minta maaf. Ibu kacau su. Ibu balik dulu ye.." tutur puan ros bila terasa seperti tidak diperlukan dalam majlis anaknya itu. Baru saja dia mahu pergi, tangannya dipegang.
"No ibu... Surisya tak halang pun ibu datang. Iam sorry sebab tak sempat jemput ibu. Memang semua ni. Perkahwinan ni secara mengejut. I am sorry okay?" rayunya. Puan ros mengangguk seraya tersenyum.

Selesai sudah majlis perkahwinan surisya dan danish. Alhamdulillah semuanya berjalan sangat lancar. Dan sekarang, mereka pulang ke rumah puan supiah. Kata danish, lusa baru mereka bergerak ke rumah en.affendy. sekarang untuk mereka mengenali satu sama lain.
Danish menguak pintu biliknya dari luar.alangkah terkejutnya dia bila melihat surisya sudah tidur disisi katil dengan telekung yang masih melekat dibadan. Surisya didekati. Memang sampai waktu ini dia tak percaya bahawa surisya sudah menjadi isterinya yang sah. Macam tak percaya saja. Tapi apa yang dia yakin tentang perasaannya ialah dia mencintai wanita ini. Ya! Dia cinta akan surisya.
Wajah isterinya itu ditilik sepuasnya. Badan sudah menerap memandang tepat ke arah wanita itu. Hidung surisya dicuit cuit sedikit. Jadi jahat sekejap. Hahahaha.
Surisya yang terasa seperti tidak selesa itu menyapu nyapu mukanya. Dari tadi lagi rasa seperti ada sesuatu dimukanya. Dan apabila dia membukakan mata, bukan sesuatu, malah seseorang yang berada dihadapannya. Danish sudah menyengih. Hampir saja surisya mahu menyepak lelaki dihadapannya itu. Tapi baru saja dia teringat yang itu adalah suaminya. Terus dibatalkan niatnya.
"Assalamualaikum... Hai sayang..."
"Waalaikummusalam! Siapa sayang kau?"
"Sayang la sayang saya...kan?"
"Aku tak sayang kau lah! Ish blah lah!"baru saja ingin bangun, tangannya ditarik. Terus dari berdiri dia terduduk. Danish pula sudah bangun dari tiarapnya. Kini mereka sama sama sudah duduk diatas katil.
"Awak dah solat?"
"Aku dah cakap kan... Jangan panggil aku macam tu.."
"Tapi saya suami awak sekarang kan? Salah ke?"
"Aku tak suka"
'Hermm'
"Tak boleh surisya... Saya suami awak. Dosa ke saya melembutkan panggilan antara kita? Takkan la nak berkau aku?"

Surisya kelu. Benar juga katanya. Tapi... Dia geli...

"Okay"
Danish tersenyum

"Awak dah solat?"
Surisya mengangguk.

"Ok la kalau macam tu... Jom kita turun makan? Ibu tunggu menantu dia dekat bawah tu"

"Kau turun la dulu... Aku nak cabut telekung ni"

"Cabut je la.. Kan saya dah jadi suami awak?" usik danish. Tapi betullah kan?

Surisya menjeling. Malu.malu.malu! Tak faham ke!
Akhirnya dia hanya menurut. Kalau gaduh dengan dia ni... Memang tak habis punya..
Telekung putih itu ditanggalkan dari badan. Kini terselahlah rambut ikal mayang surisya.
Panjang dan beralun. Lembut saja.
Terkedu saat terlihatnya dia mahkota wanita itu. Haish! Memang gugup iman betullah.

"Jom la turun..." ajakan surisya mematikan lamunannya. Surisya yang sudah bertudung sarung itu dipandang sekilas. Pandai juga dia jaga aurat.
Pinggang ramping surisya diraut. Lantas saja surisya menolak.
"Are you kidding me?"

"Why? Kan dah kahwin.. Awak tahu tak saya cakap dekat mamakan, kita kahwin sebab saling suka?awak nak ke mama fikir bukan bukan?" tutur danish dengan nada tegas.mukanya diseriuskan. Dah nak terguling rasanya bila tengok muka terkejut surisya. Padahal mama tahu je kenapa mereka berkahwin.
Tanpa berlengah terus surisya merangkul lengan danish.
"Jom sayang...kita turun makan ye? Kitakan pasangan BAHAGIA..." perli surisya.
mereka terus berjalan hingga ke meja makan. Kelihatan mama, papa,kaseh dan seorang lagi adik lelaki. Yang ini memang ada nampak tadi dalam majlis. Tapi tak tegur pun la...
"Surisya? Kenal tak adam? Dia ni adik ipar kamu.. Dia memang tak lekat dekat rumah.belajar lagi dekat UITM" jelas puan supiah. Surisya hanya mengangguk. Kenal lah juga sikit sikit. Kan?

"YANG kau ikut aku ni dah kenapa?" soal surisya. Gementar.
"Lah! Aku nak tidurr la... Takkan la nak tidur dekat lantai tu pulak."danish sudah berakal mahu mengusik isterinya.
" ish! Kau ambik je la katil ni. Biar aku tidur bawah! Aku tak nak jadi drama pulak esok! Huh!" bentak surisya.
"Drama apa pulak dah?" soal danish benar benar tak faham.
"Drama esok kau tiba tiba ada tidur dekat sebelah aku!" jawab surisya lantas terus masuk ke bathroom untuk mengosok giginya. Danish sudah gelak sakan diluar.
"Haaahahahahha. Sayang.... Saya tak buat macam tu la! Kalau saya nak, saya boleh je buat sekarang tau!" laungnya kuat. Surisya sudah tak mampu menahan malunya. Nasiblah biliknya itu berada dihujung sekali.
Dia keluar sambil tuala kecil diatas kepala. Narita(toto) dihampar dimozek itu. Lantas badan dibaringkan.tak sampai lima minit dia sudah tertidur. Penat kerana menguruskan majlis sendiri.Sejuk? Kau jangan cakap! Sejuk gilerr tambah pulak bilik ni ada aircond! Aku boleh mati kejung dekat sini tau!
"Sayang....meh la tidur sini. Saya tak buat apa apa pon.." pujuk danish. Haih! Apalah! Malam pertama dah tak sebulu.
Bila terasa seperti tiada balasan. Danish turun dari katil.
"La... Dah tidur? Penat ye sayang saya?" ujar danish lembut. Tuala kecil yang menutupi rambut isterinya itu diangkat. "Gulp" liur ditelan. Cantiknya....
Tubuh kecil gadis itu dicempung. Lantaklah esok kena maki ke sepak ke. Janji surisya selesa. Badan kecil itu diletakkan keatas tilam. Danish kembali ke sisi belah kiri dan tidur disebelah isterinya.
"Aku akan sayang kau macam nyawa aku surisya...crush aku.." tutur danish lembut. Kening isterinya dikucup kejap. Bimbang isterinya itu akan terganggu.doa tidur dan beberapa surah mula meniti dimulutnya diikuti sedikit selawat nabi. Kemuadian matanya kian memberat dan tertidur.

"Danish!!!!!!!!!!" jerit surisya bengang. Danish yang baru siap mandi itu terus terjembul dimuka pintu bilik air dengan riak selamba. Tahu dah isterinya akan mengamuk.
"Apa sayang?"

"Sayang kepala bayang kau lah! Macam mana aku boleh tidur dekat sini?! Kan aku duduk tidur dekat bawah semalam?!" soalnya tegas.
"Huiii.... Lek la... Okay, yang pasal kau naik katil tu.. Kau tahu ke tak kau ni ada masalah jalan waktu tidur? Kau jalan naik atas katil kita ni tau! Lepas tu...kau...tidur peluk aku" terang danish. Padahal dia bukan serius pun. Saja nak didihkan darah isteri.
Surisya mengecilkan matanya. Mencari kebenaran dibalil kata kata itu. Pantas saja bangun dan mendekati suaminya itu.
"Kau....kalau aku tahu kau tipuuu aku. Aku siang siang kau macam aku sembelih ayam!" laju terus saja dia mencapai tuala didalam almari dan terus melulu masuk ke dalam bilik mandi. Danish sudah tergelak lagi. Haih! Dengan surisya ni... Tak habis habis dengan gelak.lama rasanya dia tidak bergelak tawa begitu sejak kesnya dengan qisha. 'Penawar untuk kesakitan yang dia tanggung bertahun tahun. Mungkin benar surisya adalah jodohnya? Kalau benar, akanku jaga dia bak batu permata....janjinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience