bab 15-mama

Romance Completed 3141

surisya memandang rumah teres dua tingkat itu. matanya disepetkan sedikit bila terpandang cahaya matahari yang kian menaik tinggi.
"assalamualaikum!" salam diberi. tak sampai beberapa minit dia terdengar bunyi orang membuka pagar rumah.
"waalaikumussalam..ya allah! surisya!!" jerit puan ros gembira. sungguh dia tak sangka bahawa surisya akan datang sendiri ke rumahnya. syukur alhamdulillah,doa yang dipohon kepada yang maha berkuasa sudah dimakbulkan. "come sayang, kenapa datang tak bagitau?" soal puan ros lagi. surisya hanya tersenyum kelat.
"betul ke makcik ni mama saya?" belum kaki melangkah masuk, terlucut dulu soalan yang dipendam selama dia dihospital itu. puan ros tersenyum. faham dengan keadaan anaknya itu.
"ya sayang... surisya anak mama.. mama ni ibu surisya. surisya tak ingat mama lagi ke?" soal puan ros kesayuan. surisya menggelang laju. tersentak sedikit hati tua itu. tanpa berlengah,surisya melangkah masuk juga ke dalam rumah itu.
"macam mana makcik er... mama tahu saya ni anak makcik? mama ingat surisya? bukan ke lepas habis belajar surisya pergi london?" soal surisya lagi.. itulah yang nabila memberitahu kepadanya pagi tadi sebelum dia kesini.
"iya mama ingat. Nabila inform dekat mama everyday about your condition at hospital. mama nak datang tapi mama tak nak ganggu kesihatan su." jelas puan ros. surisya diam tak berkutik.
"su nak makan tak? mama masakkan." soal puan ros. memang dia rinduu sangat dengan surisya. surisya menggelang perlahan. "surisya ada adik beradik?" soal surisya. "ada sayang, surisya ada empat adik beradik. surisya anak kedua tau. surisya ada sorang kakak dan dua orang adik lelaki. kakak,minggu depan dia dah nak kawin tau! surisya datang ye?" pujuk puan ros. berharap sangat anaknya akan datang ke majlis kakaknya. surisya masih tak memberi jawapan. "mana lagi dua orang adik su?" surisya mengubah topik. "sofian pergi sambung belajar di uitm. syafiz pula sekolah lagi, tingkatan 5." terang puan ros lagi lagi dan lagi. surisya hanya mengangguk. dia nampak akan kerinduan dimata tua didepannya itu. surisya cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baharu baginya. "er..kalau surisya nak tidur sini malam ni boleh ke?" tanya surisya keraguan. "boleh sangat sayang!!" jawab puan ros sambil memeluk surisya. kali kedua. surisya tersenyum. sudah lama rasanya dia tidak merasa pelukkan seorang ibu..
"kalau macam tu, jom mama tunjukan bilik kamu ye?" ajak puan ros. surisya menurut. dia membontoti langkah mamanya sampaila ke bilik yang diletakkan langsir putih didepannya.
"haa,ni bilik kamu surisya. kamu rehat la dulu ye? mama nak hidangkan makanan tengahhari." tutur puan ros lembut. lalu terus keluar dari bilik surisya.
surisya menghempaskan badannya ke atas tilam bersaiz sederhana itu. bilik itu cantik sangat. seperti selalu dijaga dan dibersihkan. mungkin mama yang selalu bersihkannya?

selesai makan tengahhari, surisya pergi ke dapur untuk membasuh pinggan.
"eh surisya, kamu masuklah bilik kamu, mama takut kamu penat pula." puan ros ingin mengambil alih kerja surisya tapi dihalang. "tak pa la..err..mama.. surisya boleh buat sendiri.mama rehat la." surisya cuba menolak lembut. puan ros mengangguk. lalu keluar dari dapur.
surisya mengeluh perlahan "macam mana la aku nak biasakan? macam mana aku nak hadap semua orang? mampu ke aku?" rengusnya.

DANISH masih menanti diluar rumah keluarga surisya. sudah lama dia menunggu di situ. dari pagi hinggalah ke petang. solat dia lakukan di surau berdekatan saja. nabila menelefonnya pagi tadi dan menyuruhnya mengekori surisya. katanya risau kalau kalau dia tak mampu biasakan diri. selamatlah waktu itu danish cuti.
dia masih tidak nampak langsung tanda tanda surisya terganggu. tadi pun dia melihat surisya keluar rumah untuk menyidai pakaian. pelik? semestinya!

PADA keadaan nabila pula,
"rizz, kau nak makan mana? aku belanja" tutur nabila lembut. hari ni dia mengenakan pakaian yang cukup sopan. sepasang jubah pink lembut moden dan digayakan dengan tudung bawal pink belacan
.manakala rizz pula tidak kurang kacaknya. dia hanya mengenakan sepasang baju t shirt tanpa kolar dan dipadankan dengan seluar jeans. tidak lupa juga, dia meletakkan kaca mata hitam dibatang hidungnya. cukup kemas!
"saya tak kisah. kalau awak tak tahu nak makan mana saya recomend kita makan nasi ayam penyek dekat tingkat dua tadi tu boleh? tiba tiba terliur pula" cadang rizz. nabila mengangguk dan menghadiahkan sebaris senyuman. rizz dah senyum ke telinga. uisk! dia senyum dekat aku!! hentikan la dunia supaya aku dan nabila dapat bersama! . tanpa berlengah lagi,dia terus mengikuti langkah nabila.

didalam restorant itu mereka memilih ditempat yang agak tersorok di orang ramai. mahukan privasi.
nabila meng-oder nasi putih dan ayam masak merah manakala rizz sudah tentunya oder nasi ayam penyek. sampai saja makanan mereka terus menjamah tanpa bunyi suara. rizz agak kekok dengan keadaan itu. "erm.. nabila, kalau saya tanya ni awak jawab jujur boleh tak" soal rizz. nabila mendongakan kepala. mahu menumpukan perhatian ke sang pujaan. kening diangkat belah kanan tanda ingin tahu.
"awak dah berpunya? i meant awak dah ada bf ke?" soal rizz jujur. "uhuk! uhuk! uhuk!" tersedak nabila bila mendengar soalan berani mati rizz. nabila menggeleng. "no, akutak pernah ada boyfriend.aku rasa takada siapa pun yang pernah sukakan aku selepas tahu aku ni mualaf."jelasnya sayu. rizz mengerutkan dahi. keningnya juga sudah saling bercantum. " kenapa? dorang tak suka awak lepas tahu awak mualaf? saya tengok tak macam tu pun."jujur rizz. memang rizz tak menyangka bahawa nabila merupakan seorang mualaf. dari cara pemakaiannya, memang tak nampak langsung dia seorang mualaf. "saya tak tahu. mungkin diorang tak suka orang macam saya?" jawabnya sayu.

"saya suka awak. saya nak kahwin dengan awak."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience