bab 7- dendam

Romance Completed 3141

"Assalamualaikum..." salam diberi selepas kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah.
'aik? mana surisya? xde pun kat sofa.' desisnya. ialah, biasanya kalau dia balik rumah mesti surisya tengah tekun tonton oppa dia tu. orang masuk rumah pun dia tak sedar!.
Nabila mendaki tangga menuju ke biliknya. surisya? mungkin dia sedang tidur kot. Selesai mandi dan menunaikan solat asar dia berhajat mahu menjenguk bilik surisya. Pelik, dari dia mula balik tadi tak ada dengar langsung suara rakannya itu. Nak dia tak ada di rumah ,keretanya sedia elok berehat bawah parking lot tadi.
Belum sempat dia memanggil rakanya, dia terdengar seperti rakannya berkata sendirian.
"weyh! kau rasa kan mama aku kata mana ye? aku tak pernah nampak mak aku pun. abah aku pun tak pernah cerita tentang mama.. dia tak sayang aku ke?" soalnya. "ermm.. kau ada la mama... dia tu la yang kau nampak pada waktu kau sedar dari kemalangan tu. yang kau halau tu, she's your mother." dirinya menjawab soalan yang diajukan sendiri. " arrhhggg!!! aku tak tahu! aku nak happy family macam orang lain. kenapa mama dan abah tak dudul sekali?" soalnya kembali, seolah olah ada seseorang yang bercakap dengannya. "sebab dorang dah bercerai.."jawabnya juga , sayu...
Tiba tiba nabila mendengar esakan dari rakanya. sungguh dia dipanggut sedih juga.. Ya, dia tahu serba sedikit tentang rakannya itu. Mama dan abah rakanya telah berpisah sejak umurnya menginjak 11 tahun. bermakna sudah dua belas tahun dia kesunyian. Rakannya itu kurang menceritakan tentang hal keluarga nya. tapi pernah diketahuinya sewaktu surisya datang ke sekolah dalam keadaan yang sangat sebam. bila ditanya pada mulanya dia berkata tiada apa. tapi bila dipaksa barulah dia menceritakan sedikit kisah hidupnya.
arrrhhh!!
bunyi jeritan dari dalam mematikan lamunannya.
" ya allah! babe, kenapa ni?!!" dia terkejut besar apabila melihat rakannya sudah terlentang di sudut katilnya .dalam keadaan yang sempit kerana surisya seperti menyelit dirinya didalam ruang yang sempit itu. Nabila lantas menolah single bed itu sedikit supaya dapat memberinya ruang untuk mendapatkan rakannya. surisya kelihatan sangat pucat dan tak bermaya. dirinya seolah olah lemas dengan keadaan itu. mungkin kerana ruang yang sempit menyebabkan surisya kurang ruang untuk bernafas. Dia lantas menelefon ambeulan. tapi hampa! tidak dijawab! dia ingin membawa surisya ke hospital tapi tak mampu nak angkat surisya ke keretanya . surisya ni memang nampak kecil tapi memang dia tak mampu nak angkat. lainlah kalau ada lelaki. Lelaki? yess! danish, lantas secepatnya dia menelefon danish. tak sampai lima saat telefon itu di jawab. " kenapa call saya?" soal danish . pelik, kenapa surisya menelefonya? dah lah tengah sentap lagi tahu?! "ni nabila, kawan su, kau danish kan? boleh tak kalau kau datang sini bawak nabila ke hospital? muka dia pucat sangat ni! lembik je aku tengok." jelas Nabila. "what?! haa okay, aku otw sekarang. kau siapkan dia tau!" balas danish cemas.. selamatlah sekarang ni dia memang dekat dengan area situ.
"kat mana dia? aku nak kau buka pintu kereta aku tau kat seat depan tau. tapi surisya dah pakai tudung kan? soalnya laju. lepas sampai saja ke lokasi yang di suruh terus dia meloncat masuk kedalam rumah. dengan kasut pon tak cabutnya. habislah nabila kena mop balik . huhuhu
" dah, kau pergi bawak su dulu mencempung pital tau aku nak prepare barang dulu" nabila mengagguk laju beserta arahan. Laju kaki melangkah masuk ke bilik surisya. di tolak kasar katil supaya senang untuk mendapatkan surisya. laju dia mencempung badan surisya, kepalanya tahan menggunakan tangannya. kelihatan hujung rambut ikal mayang surisya dibelakang tudungnya. 'panjang gila rambut dia' desis hatinya.
"nanti aku share location hospital yang aku bawak dia" beritahu danish. nabila mengiyakan saja.

"mama... kakngah rindu....sob..sobb" kedengaran suara surisya berkata dan jelas dilihat air matanya jatuh berjurai. basah pipi paunya.
"surisya...? you can hear me?" soal danish.
diam. mungkin surisya terlampau lemah..

"Nurse! please help me bring her!" jerit danish. tergopoh gopoh nurse nurse disitu berlari ke kereta danish. di angkat surisya dan diletakkan keatas kerusi roda. surisya masih sedar. cuma dia lemah .
Hampir setengeh jam menunggu akhirnya doktor yang merawat surisya keluar. "encik ni suami pesakit ke?" soal doktor tersebut. "ermm tak, saya.. saya kawan dia." jawabnya ragu.. takkan nak cakap ye pulak! mahunya kena sekeh dengan surisya nanti . huh! "ada ahli keluarga terdekat tak untuk saya berjumpa dengan mereka?" soal doktor lagi. "keluarga dia duduk dekat pahang, but its okay, just tell me and i pass to her family" tuturnya sopan. doktor itu angguk setuju. "okay, macam ni encik, surisya ni mengalami tekanan yang sangat teruk, memandangkan sebelum ni pesakit pernah mengalami amnesia jadi pemikirannya sangat mudah terganggu. saya yakin pesakit juga tidak mengambil ubat yang telah di beri selama dua minggu. saya lihat, ada kesan lebam pada bahagian dahinya juga. dan.... pesakit pernah mengalami trauma yang teruk. saya rasa seeloknya biarkan pesakit berehat dahulu. bukan dari segi fizikal malah mentalnya juga memerlukan rehat.jangan ingatkan dia dengan perkara atau orang yang membuatkan dia strees. bawaklah dia ke tempat yang mendamaikan jiwanya dahulu. untuk masa terdekat ni, pesakit akan mengalami sedikit cemas yang teruk juga.saya dah bagi dia ubat tidur supaya dia dapat berehat." terang doktor itu panjang lebar.. "ermm doc, tadi kawan surisya ni beritahu, sebelum dia jadi macam ni, dia ada cakap sorang sorang. kenapa ye?" soal danish risau. "dia akan berasa seperti dia keseorangan. kalau dibiarkan, boleh menyebabkan dia DID . so saya harap perkara itu tidak berlaku. dan kemungkinan besar untuk dia mengalami kerosotan mental yang teruk" terang doktor lagi dan lagi.
Terkejut danish mendengar apa yang diberitahu doktor tersebut. hampir gugur jantungnya apabila orang yang dia sayang lemah begitu.
"how about surisya, danish?" soal nabila apabila melihat kelibat danish yang sedang duduk bersandar itu. danish menerangkan satu satu apa yang doktor beritahunya kepada nabila. Nabila terkejut mendengar apa yang dia dengar.
"dah boleh melawat dia ke?" soal nabila. danish angguk. " kau jaga lah dia malam ni, esok aku nak balik pahang, nak bagitau parents dia."tuturnya lemah.
"no! jangan bagitahu family dia, aku taknak dia jadi lagi terok. biar aku je yang jaga dan temankan dia. kalau kau nak balik pergilah. aku tengok kau ni penat sangat dah." pujuk nabila..
"ha okay lah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience