bab 17- ambil risiko?

Romance Completed 3141

"mama.. sorry sangat surisya tak dapat stay lama. surisya kena balik sekarang ada hal penting. ni nonbor fon su, if anything just call me." jelas surisya sambil memberikan sehelai kertas kecik yang dilioat kepada puan ros. puan ros mengangguk perlahan.
"hmm ye lah. kamu balik ni naik apa? nak mama call grab?" soal puan ros prihatin. surisya menggeleng kepala. "no its okay. nanti kawan surisya ambil. sekarang dia tengah otw kot" tutur surisya lembut.

*ponponpon!*

"ehh ha.. tu kawan kakngah dah sampai. kakngah pergi dulu ye. assalamualaikum." surisya memeluk puan ros kemudian menyalami tangan tua itu.
surisya berlalu pergi kedepan dan mengangkat beg baju keluar. dahi dikerutkan sedikit.
"aik? apahal pulak dah mamat sewel ni datang sini pulak dah! semak lah!" rengus surisya sendirian. danish membuka cermin kereta dan memandang ke arah surisya. mengajaknya masuk. tapi surisya masih keras. beku. tak bergerak. jadi anak patung dipintu. danish tersenyum. pastinya dia terkejut danish datang ke sini. semalam selepas dia mendapat mesej dari nabila bahawa surisya riz dan nabila akan ke rompin terus dia offer diri nak ikut sekali. pada mulanya memang lah nabila menghalang. tetapi lepas ingatkan misi mereka terus nabila setuju.
"apahal kau datang sini haa sewel? kau jalan cepat! aku taknak tertinggal fitnah dekat sini." bentak surisya selepas masuk ke dalam kereta. kalau dibiarkan danish disini takut mama keluar pulak. selepas itu nampak siapa yang datang 'jemput' dia.
danish tahan senyum. enjen kereta yang dimatikan tadi, dia hidupkan semula.

selepas keluar dari kawasan perumahan itu, danish berhenti ditepi jalan.surisya sudah panik. nak kata kereta rosak tak ada pula dengar kereta ni batuk.
"kau ni kenapa berhentikan kereta tepi jalan ha? hantar je la aku balik. kau nak ambil kesempatan sebenarnya kan?" marah surisya dalam keadaan cemas. danish sudah gelak tak ingat dunia.
"tunggu kawan, lagi satu aku nak bagitau kau ni.. aku culik kau sekejap eh? lari beberapa hari aku hantarkan kau balik tau?" usik danish. surisya dah semakin cemas. berkira kira mahu lari dari situ. kereka pun berhenti ni. so sempat la kan? beg tangan tadi digenggan kemas. pintu ingin dibuka namun hampa! mamat sewel ni kunci pulak! eii kalau ketuk kepala dia kasi pengsan boleh tak?' rengusnya lagi.. "nak lari la tu..." usik danish lagi.. bukan dia tak tahu kalau dia dah cakal culik tu dah tentu la surisya nak lari. dari awal lagi surisya masuk dia dah kunci pintu. surisya mencebik. bolayan. sedang dia memandang kearah jalan raya, dia nampak sebuah kereta yang berhenti dihadapan kereta danish. 'macam kenal kereta tu..oh yesz! itukan kereta rizz!' fikirnya sejenak. baru saja dia ingin memecahkan cermin kereta danish, terasa seperti kereta danish bergerak semula. jalan yang dituju itu bukan lagi jalan untuk pulang kerumah nabila. "kenapa kau ikut rizz?" soal surisya kehairanan. "kau kenal ehh kereta dia?" soal danish pula. tetapi sedikit berbaur cemburu.
"kanal la.. dia antara orang paling aku sayang kot." jujur surisya. danish sedikit terasa. tapi tidak ditunjuk. 'sabar danish, sabar.. nanti dia akan jadi milikkau juga..' pujuk hatinya.
"kenapa kau ikut dia? tadikan kau kata yang kau tengah tunggu kawan kau?" soal surisya. dari tadi rasanya dia mengulangi soalan. "sebab dia tu la kawan aku." jelas danish dingin. surisya mengerutkan dahi. kemudian dia ketawa kecil.
giliran danish pula mengerutkan dahi. pelik ke aku kata rizz kawan aku?
"sejak bila kau kawan dengan kawan aku? kau tak kenal dia tau. ada hati nak kawan dengan rizz, huh" balas surisya sinis. danish sedikit terasa lagi. naik kereta dengan dia ni tak sampai sejam pun lagi dah banyak kali sentap. haih!
"sebab lepas ni setiap apa atau siapa yang kau berkawan aku akan cuba untuk berkawan jugak, termasuklah family, adik kakak nenek atok kau dan kucing kau juga. sebab aku sayang kau" jelasnya. "aku tak ada atok. aku ada abah dan nabila saja!" bentak surisya. danish sedikit terkejut. maknanya betullah apa yang Nabila pernah bagitaunya dihospital dulu tentang surisya? surisya benci atok dia. tapi kenapa? "surisya, aku minta maaf.. aku terlepas cakap." pujuk danish. surisya membisu.
telefon didalam begnya diambil. nombor rizz diambil.
"hello? rizz, ambil aku sekarang. dekat belakang kau. ambil atau aku terjun dari kereta sekarang?" ugut surisya. rizz sudah terbeliak biji matanya. danish pula serta merta memberhentikan.keretanya di bahu jalan.
bila melihat danish hentikan kereta, rizz juga mengikut sama. rizz dan danish keluar dari kereta dan berjumpa ditengah tengah.
"apa hal? kau buat apa dengan surisya?" soal rizz cemas. sempat dia mengerling ke arah surisya. selamatla dia tak terjun betul betul.
"aku just jujur dengan dia. aku sukakan dia. bila aku sebut nama atok dia terus marah aku.." rizz menepuk dahi. "patut lah! kau tak baca lagi ke kertas yang aku kasi kau?" danish menggeleng dan menyengih
"tak pe la kalau macam tu biar aku cakap dengan dia sendiri. kau tunggu sini kejap" arak rizz lalu pergi ke arah surisya. dia memasuki kereta danish di bahagian penumpang.
"surisya, sebenarnya kita nak pergi ke rompin.. nabila suruh bawa kau sekali. aku suruh danish cakap tapi dia kata dia lupa. kau stay naik dengan danish boleh tak? er..aku naik dengan nabila. hehehe" jelas rizz. surisya sudah serba salah kerana mengganggu rizz. "rizz, aku,... aku mintak maaf sebab kacau kau. aku janji tak kacau kau dah. aku just takut bila danish tak bawa aku balik ke rumah tadi. sorry.." surisya meminta maaf dan wajahnya ditundukkan sedikit. malu.
"su... kau tak pernah ganggu aku tau, kau banyak bantu aku. okay disebabkan kau dah tolong aku kenal dengan nabila, kejap lagi kita singgah mall okay? kau boleh tuntut upah kau hari tu. and then beli sekali baju kau untuk kesana" pujuk rizz. surisya mengangkat wajahnya dan mengangguk. masih berasa serba salah. rizz keluar dari kereta. nampak seperti ada sesuatu yang rizz beri kepada danish. tetapi surisya hanya menghiraukannya.
danish masuk ke kereta. dilihat surisya hanya merenung ke arah tingkap. sepeket daim yang diberi oleh rizz tadi diletakkan dihadapan surisya. cuba menarik perhatian surisya. namun hampa.
enjen kereta dihidupkan dan mengikuti kereta yang dibawa rizz. surisya masih merenung ke arah tingkap. danish mengeluh sedikit.
"ni.. kau kasi dekat surisya, aku nak kau pujuk dia. pandai pandai dah la kau buat." itu yang rizz beritahunya tadi sewaktu mereka berborak sebentar

setelah 15 minit memandu, danish memarkingkan keretanya ditingkat atas dalam shooping centre yang menjadi pilihan rizz.
surisya terus keluar dari kereta tanpa menunggu danish. surisya terus pergi ke kereta yang dinaiki rizz dan nabila. tanpa menyedari, ada sebuah motorsikal sedang laju memecut kearahnya. danish yang baru mengunci pintu itu sepantas kilat menarim surisya kedalam pelukannya. surisya memejamkan matanya rapat. cermin mata yang dipakai sudah jatuh ke lantai. mata dibuka perlahanahan. terjenggul muka danish dihadapanya. "lepaslah!" ujarnya keras. danish melepaskan pelukannya. surisya menunduk dan mengecilkan matanya. mencari cermin mata yang tercampak. danish sudah mahu tergelak berguling.
"memang kau tak jumpa la cermin mata tu surisya..." balas danish. surisya memalingkan kearah danish dan menghadiahkan sebuah jelingan maut. okay yang ni memang tak cair ye.. seram!...
"kau nampak cantik kalau tak pakai cermin mata..."
puji danish ikhlas. surisya tak heran. "hmm nah la cermin mata kau. " danish memberikan semula cermin mata yang disambut sebelum jatuh ke lantai tadi. surisya merampasnya dan memakai semula.
sekali lagi menghadiahkan jelingan maut. tanpa berlengah dia terus pergi ke arah nabila dan rizz yang baru muncul itu. sempat dia memberi pesanan supaya tidak membuka mulut tentang kemalangan tadi.
surisya datang menerpa dan memeluk sahabatnya.
"kau okay ke pergi rumah mama kau hari tu? ada apa apa jadi?" soal Nabila kerisauan. surisya tersenyum. "okay je, eh dah lah jom aku nak tuntut upah dari rizz ni" balas surisya. nabila hanya mengangguk. rizz sudah memberitahunya tadi didalam kereta tentang upah surisya. mahu tergelak pula bila mengetahui yang daim adalah upahnya. pelik.
mereka berdua beriringan masuk ke dalam mall sambil ketawa mesra manakala rizz dan danish hanya menjadi bodygruard di belakang mereka saja.

"NAHHH surisya, ni upah aku untuk kau.." sebuah buqet hadiah yang besar dan kembang seperti sejambak bunga diberikan kepada surisya. surisya sudah gembira keriangan. "uwau! rizz! macam mana kau tahu aku suka ni? serius aku suka gila wey! tq. nanti aku sponsor kek untuk majlis korang erk?" surisya hampir saja menjatuhkan rahangnya bila itu adalah upah untuk dia. banyak gila.
"hahaha boleh juga" usik rizz. "herrmm... jom lah pergi cari baju, kang tak sempat pula.." sampuk danish. bahang cemburunya sudah tak mampu ditahan. rasa nak menangis pula bila rizz kasi hadiah tu dah macam nak melamar surisya pula.rizz sudah mengangguk. nabila pula tersenyum. memang sah danish cemburu! hahaha.
seperti biasa, nabila dan surisya jalan dihadapan dahulu manakala rizz dan danish berjalan dibelakang.
"kau jangan lah cemburu sangat... itu upah je... deal antara kami. okay macam ni lah, surisya ni dia lain sikit tau, dia macam bertentangan dari asal. macam, perempuankan suka bunga? tapi dia suka coklat. kalau baju pula, dia suka more to jubah atau seluar. dia suka make up tapi tak berlebihan. dia tak suka heels kaki satu yang tinggi tinggi. kalau nak hadiahkan dia kasut, kau kasi snekers atau kasut yang tumit rata je. dia suka tudung bawal. dia suka makan boba tapi kena terhadkan dia la.. kalau dia moody tu bukan tanda dia lapar, tapi tanda dia marah kan kau. kalau dia asyik cakap "eh kalau makan kedai tu sedap jugak" kau terus bawak dia kesana. dan apa yang penting, kau kena tegas dengan dia. sebab kadang kadang dia manja jugak" jelas rizz panjang lebar. danish hanya berlagak biasa tapi telinga masih tekun mendengar. "tapi..kenapa pasal atok dia tu?" soal danish. "kalau bab tu, kau kena dengar dari mulut dia sendiri. aku tak boleh bagitau" tambah rizz lagi.
"oii rizz, kau betul ke nakkan nabila? ingat ye, aku nak kau jaga dia macam kau jaga aku, macam kau jaga bonda. kalau apa apa kau nak aku tolong boleh roger roger.." sampuk surisya. memanglah pelik sikit. rizz rapat dengan danish? bukan main rancak berbualnya.nabila pergi toilet pun tak sedar.
"ye.. kau dah deal kan kami sampai kahwin, kau tu bila nak kahwin?" usik rizz.

"24 haribulan 7"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience