bab 16- ajak kahwin

Romance Completed 3141

selesai makan malam bersama dengan puan ros, surisya terus masuk kedalam biliknya. tiba tiba telefon yang didalam genggamannya berdering menandakan ada paggilan telefon. dilihat nama sipemanggil. Nabila.

"hello? kau kat mana? kenapa tak balik balik ni? puas aku tunggu..." soal Nabila selepas panggilannya dijawab.
"waalaikummussalam.. aku ada je dekat rumah mama... sorry aku tak bagitau kau. aku takut kau marah or what. er..kau marah aku ke?" jawab surisya perlahan lahan. Nabila tersenyum.
"aku bukan halang kau pergi sana, aku just risaukan keadaan kau je babe. kalau kau betul betul okay dekat rumah mama kau, aku pun tak kisah. she your mother. tapi ingat, kalau ada apa apa jangan pernah sorok dari aku. tau?" jelas Nabila. surisya mengangguk. walau pun Nabila tak nampak. "aku janji aku okay. aku nak biasakan keadaan ni. by the way macam mana keluar dengan rizz tadi? okay?" surisya mengubah topik. sebenarnya memang dia telah rancang untuk rizz berjumpa dengan nabila. biar rizz sendiri yang luahkan isi hatinya. nabila dah tersenyum tahap ke kepala.
"rizz ajak aku kahwin" jawab nabila biasa.
"what?! serius? then how?" soal surisya terkejut. tak sangka pula rizz berani sampai boleh lamar Nabila. tapi, rizz tahu ke nabila ni mualaf? fikir surisya sejenak. memang tak ramai yang tahu nabila seorang mualaf. cara pakaian, tutur bahasa, dan nama pun sedia kala seperti melayu asli. nabila mula memeluk agama islam sejak dia berumur 18 tahun. katanya rakannya tertarik bila mendengar ayat al quran. unik!. malah, ibu bapanya juga tak pernah menghalang nabila memeluk agama islam. keluarga rakannya baik. walaupun pernah beberapa kali sahaja surisya pergi ke rumah nabila, tapi dia sudah rapat dengan ibu nabila. aunty lin.
"aku cakap la dengan dia, kalau betul serius nak dekat aku, dia kena jumpa bapak aku dulu. dia angguk je then katanya, esok dia nak pergi Pahang. nak jumpa bapak aku. kau...tak kesah kan aku kahwin dengan rizz?" jelas Nabila. "aku tak kesah la kau kahwin dengan rizz. malah aku happy lagi. at least bakal suami kau tu kawan aku jugak kan? cuma, dia tahu tak kau mualaf? dia terima?" terkeluar juga soalan itu dari mulut surisya.
"aku bagitau dia awal awal lagi. dia okay dengan tu. dia kata itu tak jadi penghalang." tambah nabila lagi. sungguh dia tak sangka ada juga lelaki yang menerimanya sebagai isteri. pilihan dia untuk memeluk agama islam memang tak salah!.
"okay babe, takpe la kalau macam tu. k lah bye, aku nak tidur. mengantuk dah.assalamualaikum good nite bakal pengantin" tutur surisya disertai usikan. Nabila mencebik . tapi dia suka. huhuhu. "okay bye. good nite. waalaikummussalam" balas nabila.
telefon diletakkan di rak dan disambungkan ke pengecas. doa tidur dan surah alfatihah di baca diikuti ayat kursi. lama kelamaan mata kian memberat dan terlelap.

nabila membuka app whatsapp. kenalan danish dipilih.kemudian dia menulis mesej.
danish
~danish, tadi surisya ada call aku. dia cakap dia tidur rumah mama dia. sorry sebab tak bagitau awal awal.~
send!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience