BAB 12

Romance Completed 7868

Setahun berlalu....

NOVEL Orang Gajiku Sayangku, meletop di pasaran. Aishah gembira. Bukan itu saja, hari ini banyak perkara yang mengembirakan dirinya. Alang dah sarat mengandung anak pertama. Angah pula bakal jadi suami kak Siti Sarah hari ini, dan Aishah pula bakal jadi tunangan pada Zul Fazli.

Nampaknya orang gajiku sayangku, bukan sekadar novel tapi juga kenyataan bila Zul Fazli melafazkan kata cintanya. Pelik tapi benar, bila Zul Fazli yang disangka membenci, rupa-rupanya mencintai dirinya. Aishah tersenyum dalam debaran. Selepas majlis akad nikah Angah, malam ini bakal berlangsung pula majlis pertunangannya dengan Zul Fazli. Berbaloi juga kiranya pengorbanannya menjadi orang gaji selama sebulan lebih itu.

Pengorbanan itu menemukannya dengan cinta hatinya. Pada mulanya Datin Rosma dan Dato Rozaidi memang terkejut, tapi akhirnya setelah dijelaskan secara terperinci barulah mereka dapat menerima kenyataan. Aishah bukan sengaja nak menipu.

"Tahniah Angah. Bahagiakan kak Sarah tau. Macam tak percaya pulak, abang Ucu ni dah jadi suami orang." Aishah menemui Taufik Hidayat sejurus selepas semuanya selesai. Bahagia rasanya. Lengkap sudah keluarga mereka. Ibu dan walid pun nampak ceria saja. Apa taknya, hari ni terima menantu. Tak lama lagi bakal timang cucu lagi. Tahun depan, kalau rezeki murah dapat cucu lagi. Wah, meriah keluarga Tan Sri Zainal Abidin selepas ini.

"Ucu pun tak ke mana.vUcu ingat Zul tu nak biar Ucu lama-lama. Malam ni bertunang, jangan-jangan minggu depan dah kena nikah." Riuh dengan gelak tawa sehabis Taufik Hidayat bersuara. Semua wajah memandang Aishah. Malu punya pasal, bahu Taufik Hidayat ditampar kuat.

"Hiesy, Angah ni kan. Memang sengajakan?"

"Memang pun.." Taufik Hidayat ketawa lagi. Tidak peduli dengan wajah Aishah yang sudah mula memerah.

"Tak suka la Angah ni. Ucu merajuk kang baru tahu." Aishah palingkan muka. Bencinya!

"Nak merajuk tunggu malam sikit. Sekarang ni Zul tengah sibuk. Nanti malam mesti dia datang sekali. olehlah dia pujuk Ucu. Angah dah ada kak Sarah. Tak kuasa nak pujuk-pujuk Ucu lagi.." Gamat lagi suasana. Aishah buat muka sedih. Dihampiri Puan Sri Khatijah Husna. Nak mengadulah tu.

"Tak nak kawanlah dengan Angah. Kawan dengan ibu lagi best. Kan, ibukan?" Aishah duduk di sisi ibunya. Kepalanya dilentokkan pada bahu ibunya. Manja sekali.

"Anak ibu ni dah besar pun. Sekarang ni bolehlah bermanja dengan ibu lagi. Dah kawin dengan Zul nanti, jangan-jangan ibu pun dah tak ingat dah.." Aishah panggungkan kepala. Wajah ibunya dipandang sayu.

"Ada pulak macam tu. Ibu dengan abang Zul mana sama. Ucu sayang ibu tau. Sayang sangat-sangat. Kalau Ucu ada sepuluh orang abang Zul pun, Ucu takkan lupakan ibu tau.." Aishah memeluk ibunya erat. Kasih ibu sukar diganti. Walau cinta Zul Fazli seluas lautan, tapi kasih ibu seluas alam.

"Dengan walid tak sayang ke?" Tan Sri Zainal pun nak tumpang sekaki. Bahagia melihat anak-anaknya bahagia. Aishah menghampiri walidnya pula.

"Dengan walid lagi la sayang. Walidkan boyfriend Ucu." Aishah memeluk walidnya pula. Semuanya tersenyum bahagia.

"Along? Ucu tak sayang along?" Zafri Adha menyampuk. Suka mengenakan adik bongsunya itu.

"Huh, Along ni..saja la tu. Nanti kalau Ucu cakap sayang kat Along, mesti Angah pulak tanya. Lepas tu Alang, senang cerita..Ucu sayang semua la. Puas hati?" Riuh lagi rumah agam itu dengan gelak tawa. Keluarga bahagia mereka bakal lengkap.

***********************

Tidak seperti malam-malam sebelumnya, malam itu Aishah nampak berseri. Wajahnya dirias indah dengan sedikit gincu rona merah cerri dioles halus sekadar memberi seri pada bibirnya yang mungil.

"Begitulah takdir, Siapa sangka akhirnya sudah tertulis orang gajiku menjadi tunangku sayang.." Shazwina mengusik kata Aishah yang sudah tersipu malu.

‘Wahai tunang ku sayang, Selamat bertunang, Tahniah dan terima kasih sudi menjadi tunang saya. Usah pergi jauh kerana tempat mu hanya di sini, di dalam hatiku. May our love lasts forever until Jannah. I LOVE YOU!’ Hatinya berbunga riang saat membaca mesej dari jejaka yang sudah menjadi tunangnya.

‘’Sumpah Lillah, I LOVE YOU TOO!’’ jawabnya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience