BAB 9

Romance Completed 7868

AISHAH sudah pulang ke pangkuan keluarga. Selepas Zul Fazli pergi, dia meminta Shazwina menghantarnya ke rumah agam Dato Rozaidi. Mengemas barang-barangnya dan keluar dari rumah itu. Dia tak sanggup lagi nak berhadapan dengan Zul Fazli. Mesti anak majikannya itu akan marah sakan padanya. Mesti anak majikannya itu akan menyangka yang bukan-bukan pada dia. Selama ni, anak majikannya itu suka membuli dirinya. Menengking, marah sesedap rasa dirinya. Tentu dia malu bila dia tahu siapa aku. Tapi aku langsung tak kisah. Sebaliknya aku suka sangat apa yang terjadi kerana kejadian-kejadian itulah novel aku dapat disiapkan.

Semua yang terjadi bukan dalam perancangannya. Menyesal pula dia bila buat keputusan untuk keluar dengan Zul Fazli tadi. Kalau tak, tentu semua tu takkan terjadi. Tapi bila difikirkan pada ketentuan takdir, Aishah redha. Kita hanya merancang, tapi hanya Allah yang menentukan segalanya. Aishah pun tidak menyangka, Zul Fazli yang selalu membulinya itu adalah kawan baik Angah. Kecil betul dunia ini.

Dalam ramai-ramai orang dalam KL ni, Aishah pula boleh bekerja sebagai pembantu rumah di rumah rakan kongsi syarikat milik walidnya. Aishah memang tak pernah langsung ambil tahu kerana dia langsung tak minat dalam urusan bisnes. Jiwanya lebih kepada seni. Cita-citanya hanya untuk menjadi seorang penulis. Biarlah digelar sebagai penulis gila, janji dia puas dengan apa yang dia ada dan dengan apa yang dah dicapai. Aishah senyum sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience