BAB 2

Romance Completed 7868

ZUL FAZLI termenung di atas sofa di biliknya. Sejak kali pertama terpandang pembantu rumah baru tu, hatinya sudah bergetar semacam. Selalu saja dia cuba mencari kesalahan pembantu rumah yang bernama Ecah tu, tapi setiap kali dia juga yang kalah. Ecah nampak sangat naif dimatanya, tapi orangnya boleh tahan juga degilnya. Ecah ni payah nak tersenyum, tapi sekali tersenyum, senyumannya begitu amat memukau dan mempesonakan.

Setiap kali nak berbual dengan Ecah, Zul Fazli akan berbuat apa saja termasuk menaikkan kemarahan Ecah, tapi yang peliknya Ecah ni tak pernah nak marah. Mungkin statusnya sebagai pembantu rumah yang menjadikan dia begitu. Sedang Zul Fazli asyik termenung tu telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello, apa kau nak?" kasar Zul Fazli menjawab.

"Sorry, aku tak ada mod nak keluar hari ini." masih lagi kasar nada suaranya.Sesungguhnya Zul Fazli masih memikirkan kejadian di bilik air bersama Ecah tadi. Panggilan itu benar-benar menggangu kosentarasinya merangka rancangan untuk menghampiri Ecah. Biarpun Ecah hanya seorang pembantu rumah, tapi Ecah tetap istimewa di matanya.

Telefon bimbit diletakkan semula. Zul Fazli langsung tak ada hati untuk melayan sesiapa pun hari ini. Tiba-tiba perutnya berbunyi. Baru dia teringat dia belum lagi bersarapan pagi. Langkah terus diayun. Perut yang kosong harus diisi segera.

Sampai di ruangan dapur, Zul Fazli bertembung dengan Mak Temah dan Ecah yang sedang menjamu selera. Dua orang pembantu rumah yang berlainan usia. Mak Temah sudah lama bekerja di sini, tapi kerja Mak Temah hanya sebagai tukang masak. Sebelum ini ada pekerja dari seberang yang bekerja sebagai tukang cuci, tapi khidmatnya terpaksa dihentikan kerana permit kerjanya sudah tamat tempoh. Ecah pula yang jadi penganti sejak seminggu yang lalu.

"Zul nak makan ke?" Mak Temah bertanya pada anak majikannya itu.

"Ya Mak Temah, Mak Temah masak apa pagi ni?" Ramah Zul Fazli bertanya. Aishah memandang sekilas. Kadang -kadang Aishah hairan, dengan Mak Temah elok saja layanan anak majikannya, tapi dengan aku ni macam nak dibuat musuh pula.

"Mak Temah dah hidang dah kat meja tengah. Zul makan kat sana ya." Mak Temah menjawab mesra, tapi Zul Fazli tarik kerusi yang bertentangan dengan Aishah dan terus duduk.

"Saya makan kat sini sajalah Mak Temah." Aishah dah mula rasa tak selesa. Letih badannya selepas menyelesaikan semua kerja tadi membuatkan perutnya teramat lapar, tapi baru saja nak menghadap hidangan, anak majikannya yang sorang ni pula dah tercongok kat depan ni. Aishah cuba buat selamba menyuap makanan ke mulutnya tanpa menghiraukan anak majikanya itu.

"Err..mana boleh macam tu Zul." MakTemah gugup. Selalunya ruangan dapur ni hanya untuk pembantu rumah. Tak pernah-pernah anak majikannya ini nak makan bersama mereka.

"Apasal tak boleh pula?" Mendengar soalan Zul Fazli, Aishah dah mula mendengus keras. Apa hal pula dengan mamat sorang ni. Tadi nak berebut bilik air. Takkan meja makan pun nak direbutnya juga?

"Encik Zul, kalau Encik Zul tak suka saya kerja di sini bagitau sajalah. Sekarang juga saya berhenti. Yang Encik Zul berkeras juga nak makan kat sini kenapa? Kan Mak Temah dah cakap sarapan Encik Zul dah Mak Temah hidangkan kat meja tengah. Meja ni hanya untuk pembantu rumah macam kami saja." Aishah dah mula naik berang, namun ditahankan juga perasaannya itu.

"Ehh, kau sibuk kenapa? Ini rumah aku. Aku punya suka la di mana aku nak makan pun." Zul Fazli gembira bila Ecah bersuara. Itulah yang ditunggu-tunggunya. Mendengar suara Ecah.

"Ikut suka hati Encik Zul la.." Aishah bangun dan ingin beredar.

"Kau nak ke mana pula tu? Duduk, temankan aku makan." Arahan sudah dikeluarkan, namun Aishah tetap berlalu pergi. Ingat aku kisah sangat. Tak kuasa aku nak temankan kau makan. Kirim salam!

"Woi perempuan! Kau ni memang pekakkan?"Aishah berpaling. Terlintas fikiran nakal di mindanya.

"Hah? Apa Encik Zul? Kakak? Bukan Encik Zul anak sulung Datin dengan Dato ke? Mana pula datang kakak tu?" sengaja ditekankan perkataan kakak tu.

"Kau! Dah la. Whatever..." Zul Fazli dah hilang punca. Takkan minah ni betul-betul pekak kot?'' Harapkan muka ja lawa. Huh!

Aishah terus berpaling. Takut tawanya tercetus. Kang terkantoi pula dengan anak majikannya ini. Biarlah dia dianggap sebagai pembantu rumah yang bodoh dan tak tahu apa-apa. Biarlah dia buat selamba setiap kali berhadapan dengan anak majikannya yang sombong ini. Namun, yang penting baginya, novelnya kali ini harus terbaik. Itulah harapannya.

Sejak dia bekerja di sini, hanya anak majikannya yang sulung ni saja yang banyak songgeh sikit. Dato Rozaidi tak ada masalah. Datin Rosma pula ikut mod. Kadang -kadang okey saja. Kadang-kadang tension juga dengan arahan mandatorinya itu. Almaklumlah, kalau di rumah sendiri mana pernah Aishah buat semua kerja ni. Cuma kadang-kadang saja Aishah turun ke dapur menolong ibu dan bibik memasak. Kerja-kerja rumah yang lain bibik yang lakukan. Aishah hanya mengadap laptop. Menulis dan berinternet. Aishah ada butik perkahwinan yang walid dan ibu hadiahkan, tapi diuruskan oleh pembantunya.

Sebulan berlalu. Novelnya hampir siap. Siang bekerja, malam Aishah curi-curi menulis. Bila ideanya tak muncul, sekali sekala Aishah akan melangut depan skrin laptop dan layan alam maya. Apalagi kerja dia, mengadap Fac saja la. Di rumah ni, kerja dia taklah berat sangat, sebab adanya Mak Temah. Penghuni rumah pun tak ramai sangat. Dah tu jarang pula ada di rumah. Cuma Zul Fazli saja yang jarang keluar.

Balik kerja selalunya anak majikannya ini memerap saja di rumah. Kadang-kadang Aishah pun hairan, selalunya anak-anak muda macam anak majikannya itu tak suka sangat melepak di rumah. Pernah juga dia risik-risik dari Mak Temah. Kononnyalah, sebelum ni anak majikannya ni selalu juga menghilang. Lebih-lebih lagi kalau hari minggu. Anak Dato dan Datin yang lain pula, yang sorang belajar di luar negeri. Yang bongsu pula tinggal di asrama penuh. Sekali sekala saja balik ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience