BAB 6

Romance Completed 7868

TEMPAT pertama mereka tuju adalah KLCC. Ramai betul orang di hari minggu macam ni. Pada mulanya Zul Fazli menyangka Ecah mesti teruja macam rusa masuk kampung, tapi telahannya ternyata meleset. Ecah selamba saja. Macam sudah biasa benar dengan tempat ini.

"Ecah dah pernah ke sini ke?" persoalannya harus dijawab.

"Err..pernah juga la. Ikut rombongan sekolah.’’ Aishah gugup. Kelentong sajalah.

"Bila tu?" Zul Fazli masih tak puas hati. Aishah dah jadi serba salah sangat. Banyak soal pula Encik Zul ni. Alang-alang dah menipu. Teruskan saja. Fikir Aishah.

"Dah lama dah. Dulu, masa sekolah rendah lagi." bedal sajalah. Aishah senyum sumbing, tapi wajahnya tak berani memandang Zul Fazli, takut pembohongannya dapat dikesan.

"Hmm, lama juga tu. Sekarang umur Ecah berapa?" Zul Fazli ni pula dah kenapa? Tiba-tiba nak jadi penyiasat persendirianlah pula. Asyik menyoal saja.

"Biarlah rahsia..." selamba tapi bermakna. Banyak songeh pula mamat ni.

"Hmm..rahsialah pulak."Zul Fazli tak kisah sangat. Dia pun tak mahu nak memaksa. Mereka terus berjalan beriringan. Aishah yang selamba berpakaian baju kurung kain kapas ala-ala gadis kampung, sementara Zul Fazli segak bergaya dengan baju berjenama. Memang nampak janggal sangat. Ramai pengunjung yang memandang hairan pada mereka, tapi mereka tetap buat selamba. Biarkan..

"Noor Aishah Zafirah!" nun di depan sana berdiri sorang gadis jelita yang anggun bergaya. Aishah kaget tapi gembira.

"Ya Allah, lamanya aku tak jumpa kau. How are you?" mereka berpelukan. Zul Fazli mula tercengang.

"Ya la kan? Dah lama kita tak jumpa. What are doing here? Bukan kau sepatutnya ada di Brunei ke sekarang?'' Dari berbalas pelukan mereka berbalas soalan pula.

"Kenapa? Kalau aku dah tinggal di Brunei tu, aku dah tak boleh balik Malaysia lagi ke? Hey cik Aishah, Malaysia ni tempat tumpah darah aku juga tau, bukan kau sorang saja."Aishah lepaskan tawanya. Masih sensitif seperti dulu juga Shazwina ni. Tak berubah.

"Ecah, siapa ni?" Zul Fazli menghampiri dua wanita di hadapannya. Ecah yang dia kenal berubah watak tiba-tiba.

"Err..Encik Zul. Ini kawan baik saya, Shazwina." Aishah mula mengelabah. Habislah aku. Masak la lepas ni. Bila jumpa dengan Shazwina, memang Aishah akan lupa diri. Inilah kawan baiknya sejak sekolah lagi, hinggalah mereka sama-sama menuntut di UIA.

"Who’s that? Your boyfriend erk? Diam-diam ubi kau ni kan? '' Soalan Shazwina membuat wajah Aishah berubah.

"Hiesy, kau ni. Dia bos aku la. Anak majikan aku." Aishah menjawab persoalan temannya itu. Malu juga bila Zul Fazli dikatakan sebagai teman lelakinya.

"Hah? Bos? Anak majikan? Hey, sejak bila ni? Bukan kau dah buka butik pengantin ke? Dulu bukan kau pernah cakap ke..." Aishah segera menekup mulut teman baiknya itu. Terima Kasih Shazwina. Kau dah bocorkan rahsia aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience