BAB 11

Romance Completed 7868

SUASANA malam ini sungguh meriah. Rumah Tan Sri Zainal Abidin sudah dipenuhi dengan sanak saudara dan kenalan. Majlis diadakan sempena menyambut kepulangan anak sulung Tan Sri Zainal Abidin bersama isteri dan anaknya yang selama ini menetap di London. Gembira dengan kepulangan anak menantu dan cucunya, Tan Sri adakan Majlis kesyukuran. Sementelah lagi anak bongsu kesayangan pun sudah ada bersama.

Malam ini Aishah kelihatan anggun dengan kurung moden dan dihiasi dengan gaya lilitan selendang yang senada dengan warna bajunya. Wajahnya yang disolek nipis memang nampak ayu. Tak jemu mata memandang. Ditambah pula bila setiap kali dia melemparkan senyuman, begitu memukau pandangan. Ala-ala heroin hindi Pretty Zinta gitu. Hahaha..comel.

"Ucu..cantiknya adik kakak ni.."puji Zafirah Amira pada adik bongsunya itu.

"Tengoklah adik siapa? Adik Along, Angah dan Alang jugakkan?" Aishah tak mahu kalah.

"Tengoklah siapa yang lahirkan.." Puan Sri Khatijah Husna pula menyampuk. Riuh suasana jadinya bila ketiga-tiganya melepaskan tawa selepas itu.

"Apa yang suka sangat ni? Boleh Along join sekali?" Zafri Adha pula datang menghampiri, diikuti Taufik Hidayat. Kegembiraan ibu dan adik-adiknya menarik minat mereka.

"Angah pun nak join jugak la. Apa ceta? Kongsilah." Taufik Hidayat tak mahu melepaskan peluang.

"Ni rahsia orang perempuan. Angah dengan Along mana boleh join. Menyibuk aje tau." Sengaja Aishah berkata begitu. Taufik Hidayat letakkan tangannya atas bahu Aishah. Sambil tu keningnya dijongketkan beberapa kali.

"Kenapa? Ucu dah nak kawin ke? Selagi Angah tak naik pelamin, Ucu jangan harap nak langkah bendul haa.." Taufik Hidayat senyum. Dia ingat pada pertemuannya dengan Zul Fazli dan Aishah di KLCC beberapa hari yang lalu. Tak sangka, selama sebulan lebih menghilangkan diri, adiknya bersembunyi di rumah kawan baiknya sendiri. Dia sendiri terkejut bila Aishah memberitahu sebab-sebabnya. Adik bongsunya itu memang lain dari yang lain. Untuk menghasilkan sebuah novel, macam-macam penyamaran yang pernah dilakukannya, termasuk pernah menyamar sebagai orang gila.

"Angah jangan buat cerita pulak. Bila masa pulak Ucu cakap Ucu nak kawin? Tu Alang tu dah bertunang. Angah pun takkan nak biar Kak Sarah tu tunggu Angah sampai bertanduk kot? Pandai-pandai aje angah ni." Aishah muncungkan mulut. Ditepis tangan Angahnya yang sedap landing atas bahunya itu, tanda protes, tak suka.

"Eleh Ucu ni, sikit-sikit nak muncung. Ikat mulut tu baru tau. Ni nanti kawan Angah, Zul Fazli tu nak datang. Err, Ucu dengan Zul tu ada apa-apa ke?" Taufik Hidayat pandangAishah. Yang lain pun melakukan hal yang sama. Masing-masing menanti jawapan. Aishah jadi rimas.

"Angah ni, biarlah kalau Encik Zul nak datang pun. Angah dah jemput. Ada Ucu kisah. Apa kena mengena dengan Ucu pulak?" memerah wajah Aishah. Malu bila Angahnya mengajukan soalan sebegitu.

"Betul ke tak kisah? Okey, kita tunggu dan lihat. Jomlah Along, tetamu dah ramai yang datang tu. Kesian pulak walid.." Taufik Hidayat dan Zafri Adha berlalu ke laman depan. Bersalaman dengan tetamu yang semakin ramai datang. Puan Sri pun berbuat perkara yang sama. Tetamu yang datang harus dilayan. Hari bahagia buat dirinya bila anak-anaknya sudah berkumpul semuanya.

"Ucu..siapa Zul Fazli tu?" Zafirah Amira mula mengorek rahsia.

"Bekas bos Ucu. Alah alang ni, tadikan Angah dah bagi tau, Encik Zul tu kawan dia. Lagi mau tanya ke?Saja aje Alang ni kan.." Aishah berdebar tiba-tiba. Bila mengenangkan Zul Fazli, hatinya jadi resah. Risau benar bakal bertembung nanti. Dato Rozaidi dan Datin Rosma juga pasti ada sama. Habislah...

"Ya la tu. Dengan Alang pun nak berahsia erk? Tak apa, takkan lari gunung dikejar. Nanti mesti Ucu akan cari Alang jugakan?" Zafirah Amira melemparkan senyumannya dan berlalu mendapatkan kakak iparnya yang sedang melayan kerenah anak kecilnya yang baru berusia setahun.

Tinggal Aishah di ruang tengah rumah dengan jiwa yang resah gelisah. Tak mahu berfikir panjang Aishah menuju ke dapur. Bersembunyi di ruangan dapur mungkin lebih selamat. Dah sah-sah Zul Fazli atau Dato Rozaidi ataupun Datin Rosma takkan bertemu dia di ruangan ini. Acara makan-makan berlangsung di dalam khemah di laman depan. Aishah senyum sendiri. Selamat!

"Aishah, my friend. Ni apa kes, orang lain riuh kat depan, yang kau ni melangut kat sini apa hal?" Shazwina menyapa teman baiknya itu. Sejak sampai tadi merata dicarinya temannya itu. Puas bertanya barulah kak Zafirah memberitahunya akan kedudukan Aishah.

"Shazwina, dah lama kau sampai?" terkejut Aishah. Terlupa, dia juga menjemput Shazwina.

"Dah letih aku merayau cari kau. Dah letih aku bertanya. Rupa-rupanya kat sini kau sembunyi. Sejak bila kau jadi pemalu pulak ni?" Shazwina tenung Aishah. Tahu sangat dia kalau wajah temannya itu dah mendung begitu, adalah perkara yang menggangu fikirannya.

"Aku takutlah Wina." Aishah menopang dagunya di meja. Hatinya berbolak balik.

"Apa hal? Kau ni takut apa? Aku tak faham. Explain. Mana tahu aku boleh tolong.." Perhatian seorang teman setia. Shazwina sendiri tidak suka melihat wajah temannya yang happy go lucky sebelum ini berubah mendung begitu.

"Angah cakap Encik Zul nak datang. Aku takutlah..." Aishah jawab perlahan. Dia tegakkan badannya semula. Shazwina yang sudah menarik kerusi di sisinya dipandang.

"Lah..aku ingatkan apalah tadi.." Shazwina dah mula senyum. Faham maksud Aishah tu.

"Ucu...dekat sini rupanya. Puas Angah cari. Ada orang nak jumpa Ucu." Aishah dengan Shazwani saling berpandangan. Zul Fazli muncul di belakang Taufik Hidayat. Senyuman dilemparkan. Hambar, Aishah usah dicakap. Pucat wajahnya. Dadanya berombak laju. Tapi dikawal sebaik mungkin. Hampeh Angah ni...

"Boleh kita berbual sebentar?" Zul Fazli memulakan kata. Berhati-hati. Aishah anggukkan kepala. Sempat dikerling Shazwina di sebelah. Taufik Hidayat pula senyum memanjang sambil memandang tepat ke wajah Aishah. Sejak Zul Fazli tiba tadi matanya asyik meliar memandang sekeliling. Dia sudah dapat mengagak siapa yang dicari temannya itu.

Shazwina dan Taufik Hidayat mohon berlalu. Aishah membawa Zul Fazli ke ruangan tengah. Tiada siapa di ruangan ini. Mungkin inilah masanya mereka selesaikan kekeliruan di antara mereka.

"Maaflah Encik Zul, saya..."Aishah gugup. Tapi belum habis Aishah mengungkapkan kata, Zul Fazli dah bersuara.

"Cantik awak malam ni. Comey sangat-sangat. '' Aishah pandang Zul Fazli, tapi seketika cuma. Wajahnya ditundukkan. Rasa wajahnya berbahang. Malu.

"Apa saya nak panggil awak? Ecah? Or Noor Aishah Zafirah?" Zul Fazli bertanya. Gadis di depannya ini memang berbeza dengan Ecah yang dia kenal. Dia sendiri hampir tidak mengenali. Nasib baik Taufik Hidayat yang membawanya berjumpa Aishah.

"Terpulanglah. Tak kisahlah Encik Zul. Ecah pun boleh. Ikut Encik Zul la.." Aishah tarik nafas perlahan. Duhai hati, kenapa begini? Aku dah tak berdaya nak menghadapi debaran ini. Apa semua ini?

"Sayang boleh?"

"Hah?" Terpana seketika Aishah. Dia pandang Zul Fazli mencari jawapan di situ, tapi renungan Zul Fazli buat dia mengelabah.

"Kenapa pulak?" Aishah bertanya balas.

"Sebab saya sayang awak." Wah, direct nampak.

"Jangan main-main Encik Zul. Bukan Encik Zul tak suka saya ke?"

"Siapa cakap..hmm?" Mereka saling berpandangan. Aishah dah semakin berani. Kalau tadi dia takut di marahi, tapi sekarang perasaan takut itu sudah tiada.

"Tak ada siapa cakap. Saya agak aje la."

"Kalau macam tu, awak tak berlaku adil dengan saya." Aishah mengeluh perlahan. Hilang modal untuk menjawab. Ini bukan Aishah. Wake up Aishah!

"Awak dah sampai ke mana? Ecah yang saya kenal bukan macam ni. Selalunya ada saja awak nak jawab, tapi kenapa malam ni awak jadi pendiam pulak? Suara awak dah sesat kat mana-mana ke? Boleh saya tolong cari?" Aishah tersenyum. Pandai pula Encik Zul ini nak buat lawak.

"So cute, so sweet. Macam Preety Zinta.."

"Apa Encik Zul?"

"Tak ada, saya nak minta tolong awak sikit. Boleh?" Zul Fazli renung wajah Aishah. Sejak tadi panggilan Encik Zul tu masih meniti di bibirnya. Langsung tiada kemesraan.

"Tolong? Tolong apa? Kalau mampu, saya tolonglah?" Aishah menselesakan kedudukannya. Pertolongan apa yang perlu diberi? Hatinya bertanya sendiri.

"Awak mampu buat. Saya pasti, sebab pertolongan yang saya nak ni simple sangat." Zul Fazli berhenti seketika. Mengambil nafas lalu meneruskan kata.

"Sejak tadi awak panggil saya Encik Zul. Awak lupa awak dah tak kerja dengan kami. Lagipun saya sebaya abang awak. Awak tak boleh ke hormat saya sebagai orang yang lebih tua. Panggil abang ke contohnya..." Zul Fazli lemparkan senyuman. Keningnya diangkat sikit, sedangkan matanya masih merenung Aishah.

"Huh, tak kuasa.." Aishah mencebirkan bibirnya. Nak berabang-abang bagai. Mengada-ngada la pulak.

"Kenapa? Awak tak setuju?"

"Err...panggil Zul aje boleh?" Zul Fazli senyum. Nampak nakal sikit. Gatal pun ada juga.

"Kalau abang apa salahnya?" Aishah dah naik bengang. Entah ulat bulu mana yang merayap. Lain benar Encik Zul malam ni. Tadi dia nak panggil aku sayang. Sekarang dah disuruhnya aku panggil dia abang pula. Aishah mengeluh lagi. Pening...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience