BAB 10

Romance Completed 7868

"ECAH!" Datin Rosma melaung nama Ecah. Melampau betul. Pantang dibagi muka. Dah dinihari, tapi rupa pembantu rumah baru tu masih tak nampak lagi. Membuta agaknya?

"Ecahh!" semakin kuat laungannya. Terkocoh-kocoh Mak Temah berlari keluar.

"Datin, Ecah dah berhenti kerja Datin. Maaf Datin. Semalam Mak Temah tak sempat nak bagi tahu." Mak Temah menunduk merenung lantai. Pasti Datin Rosma akan mengamuk kerana Ecah berhenti tiba-tiba.

"Berhenti?" Datin Rosma bertanya kembali.

"Ya Datin." Mak Temah resah. Terangguk-angguk kepalanya berkali-kali.

"Kenapa dia berhenti?"Datin Rosma pandang tepat ke wajah Mak Temah inginkan jawapan, tapi Mak Temah mengeleng.

"Tak tahu Datin, semalam Ecah keluar dengan Encik Zul. Selepas tu dia pulang dan terus kemas baju." Mak Temah berkata jujur.

"Keluar dengan Zul? Ke mana?" Datin Rosma masih tak puas hati. Mak Temah pula menjadi mangsa diajukan soalan.

"Kenapa ni mama? Dari atas lagi Zul dah dengar suara mama. Apa yang berlaku?" Zul Fazli bertanya pada Datin Rosma. Pagi-pagi lagi dia dah dengar mamanya mengamuk. Terjerit-jerit. Ingin juga dia tahu apa punca mamanya bersuara lantang sebegitu.

"Ha Zul, baik Zul jelaskan dengan mama. Apa Zul dah buat dengan Ecah? Kenapa pula Ecah boleh berhenti tiba-tiba ni?" Datin Rosma mengadap memandang anak bujangnya itu. Hairan apa pula kaitannya dengan Ecah. Jangan-jangan...

"Korang berdua ni.." Datin Rosma tak sempat menghabiskan ayatnya bila Zul Fazli pula menjawab.

"Biarlah mama dia nak berhenti. Dia memang tak layak kerja dengan kita pun." Zul Fazli bersuara sayu. Pedih hatinya masih belum terubat.

"Kenapa Zul? Apa yang tak kena?"Datin Rosma dah mula cuak bila melihat wajah Zul Fazli yang berubah mendung.

"Tak ada apalah mama..." cuba menyembunyikan rahsia hati sebenar. Zul Fazli terus melangkah ke luar rumah. Datin Rosma terpempam seketika. Tidak pernah dilihat anak bujangnya berkeadaan sedemikian. Datin Rosma mengekori langkah Zul Fazli hingga ke ruang rehat laman depan rumah.

"Zul bergaduh dengan Ecah? Zul halau Ecah?" Diam. Zul Fazli hanya memandang ke depan. Fikirannya jauh menerawang.

"Zul, mama tanya Zul ni. Lebih baik Zul jelaskan, apa sebenarnya yang berlaku?" Datin Rosma duduk di sisi Zul Fazli. Meneliti wajah anak bujangnya itu.

"Ecah tu penipu mama. Dia bukan seperti apa yang kita sangka. Sudahlah mama, Zul tak mahu fikir pasal Ecah lagi." Lain di mulut tapi lain pula di hati. Kalaulah mama tahu siapa Ecah tu.

"Haa..baguslah semua ada di sini.."Dato Rozaidi muncul menyertai mereka. Perbualan kedua beranak itu terhenti seketika.

"Kenapa bang?" Datin Rosma bertanya. Kalau Dato Rozaidi berkata begitu mesti ada sebabnya. Dato Rozaidi melabuhkan punggungnya di kerusi. Memandang Datin Rosma dan Zul Fazli silih berganti.

"Malam ni ada majlis di rumah Tan Sri. Kita sekeluarga dijemput." Dato Rozaidi merungkaikan tanda tanya isteri dan anaknya.

"Tan Sri mana?"Datin Rosma bertanya kembali.

"Awak ni, Tan Sri mana lagi. Tan Sri Zainal la. Awak nak pergi ke tak?" Dato Rozaidi membetulkan duduknya. Wajah isterinya direnung mohon jawapan.

"Bolehlah, kebetulan memang malam ni saya tak ke mana-mana. Zul ni jangan tanyalah. Takkan dia tak pergi rumah kawan baik dia.." Datin Rosma beralih memandang Zul Fazli.

"In Sya Allah, tengoklah, kalau mod Zul elok malam ni." Zul Fazli jawab selamba. Kalaulah mama tahu tu bukan saja rumah kawan baik aku, tapi juga rumah Ecah, orang gaji mama dan rumah satu-satunya gadis yang dah berjaya mencuri hati aku ni.

"Hmm..ada pula macam tu. Takkan Taufik tak ajak Zul kot?" Datin Rosma inginkan kepastian.

"Ada, tengoklah macam mana nanti."Zul Fazli jawab malas. Memang Taufik Hidayat ada bagi tahu dia seminggu yang lalu, tapi ketika itu jiwanya tak sekacau ini. Sekarang hatinya dah berbelah bahagi.

Ecah, aku tak tahu bagaimana harus aku hadapi. Perasaan aku terhadapnya sukar nak ku lontarkan jauh-jauh. Semakin aku cuba lupakan dirinya, aku rasa semakin terseksa. Aku inginkan dirinya. Aku inginkan hatinya juga. Tapi bagaimana?

Perlukah aku luahkan perasaan aku ini? Ahh, kusut. Kalaulah dia tahu apa yang sedang aku fikirkan. Zul Fazli meraup mukanya. Aku perlu jumpa Ecah. Aku harus jumpa dia. Keputusan sudah dibuat. Nekad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience