BAB 1

Romance Completed 7868

Tekun dia membersihkan rumah, usai mengelap habuk kini dia beranjak ke tugasa mengemop lantai di ruang tamu rumah agam Dato Rozaidi. Masuk harini genaplah seminggu dia bekerja sebagai pembantu rumah Dato Rozaidi dan Datin Rosma ini. Saat dia mengambil keputusan untuk bekerja sebagai pembantu rumah ramai yang mempersoal tak kurang juga yang memperlekehkan keputusannya. Bukan tiada kerja yang dipohon. Tapi memandangkan dia punya misi lain iaitu menyiapkan novel terbarunya yang mengisahkan seorang gadis pembantu rumah. Jadi, demi novel tersebut, Aishah sanggup berkorban untuk bekerja sebagai pembantu rumah sementara demi menghayati watak karekter novelnya itu.

Bukan senang nak menulis novel ni tanpa pengalaman dan pengetahuan. Aishah ingin menghidupkan watak dan jalan ceritanya agar pembaca-pembaca tak bosan dengan gaya penulisannya.

"Ecah, nanti lepas mop lantai ni, Ecah jangan lupa cuci toilet pula. Saya nak keluar. Awak jangan berani nak curi tulang. Bila saya pulang nanti, saya nak semua kerja dah settle. Faham?" Datin Rosma memberi arahan.

Aishah tersentak seketika. Dipandang wajah Datin Rosma yang anggun bergaya. Gaya seorang isteri orang korporat. Aishah tak hairan, kerana Aishah sendiri dilahirkan dari golongan orang berada. Walidnya Tan Sri Zainal Abidin, manakala ibunya Puan Sri Khadijah Husna. Memang agak pelik sikit bila anak orang berada seperti Aishah sanggup jadi pembantu rumah. Memang tak logik dan tak masuk dek akal tapi, Aishah dah pecahkan rekodnya demi minat yang mendalam dalam bidang penulisan dan demi kepuasan pembaca-pembacanya.

"Baiklah datin." perlahan Aishah bersuara. Datin Rosma terus mengayun langkah menuju ke muka pintu, manakala Aishah meneruskan kerjanya. Selesai di ruang tamu. Aishah menuju ke ruangan dapur. Clear!

Dapur sudah bersih. Hanya tinggal bilik air saja lagi yang belum disental. Kerja ini yang paling Aishah alegik sekali. Tapi, apa nak buat. Mahu atau tak, terpaksa juga Aishah lakukan. Wajib!

"Woi, perempuan! Kau buat apa tu? Keluar! Aku nak masuk!" Aishah toleh ke belakang. Terpandang wajah anak sulung Datin Rosma. Zul Fazli sedang merenungnya tajam.

"Tapi Encik Zul, di bilik Encik Zul kan ada bilik air juga. Kenapa tak masuk bilik air dalam bilik Encik Zul aje? Lagipun saya belumhabis lagi mencuci." Aishah memprotes. Dia baru saja mula mencuci. Dalam rumah agam ini ada banyak bilik air, kenapa bilik air ini juga yang nak dimasuknya?

"Dahh, kau jangan banyak songeh pula. Aku cakap keluar. Keluar saja la. Kau tak faham bahasa ke? Kau nak aku cakap bahasa apa? Mandarin? Tamil? Sepanyol?" memerah wajahAishah menahan amarah. Anak majikannya ini memang tak tahu adap sopan. Semua pembantu rumah dianggap tak punya perasaan. Aishah tak peduli. Dia tetap tak akan keluar selagi kerja mencucinya tak selesai.

"Encik Zul, dalam rumah sebesar ni, setahu saya setiap bilik ada bilik air. Jadi, lebih baik Encik Zul pergi saja bilik air lain. Saya takkan keluar selagi kerja saya tak selesai." Aishah meneruskan kerja mencucinya dangan selamba. Berlagak tahap gaban. Ingat besar sangat jadi anak Dato?

"I said, get out!" Zul Fazli bersuara lantang. Aishah tenung wajah Zul Fadzli. Wah, dia nak speaking dengan aku?

"Saya tak fahamlah, Encik cakap apa? Maaflah Encik Zul, dulu saya sekolah tak tinggi. Tak sempat nak habis sekolah, cikgu dah meninggal. Cakap-cakap omputih ni, saya tak faham la." selamba Aishah menuturkannya. Aku ni penulis, tapi kalau setakat nak berlakon ni, tak ada hal la. Aishah senyum dalam hati.

"Hey perempuan ni, menjawab pula. Aku suruh kau keluar la bongok! Bahlul!"Aishah tersenyum. Dia sedang berfikir. Agak-agak, dialog Encik Zul ni boleh tak digunakan dalam novel aku nanti?

"Aku marah kau, boleh lagi kau senyum macam kerang busuk tu? Kau ni manusia ke hapa hah?" Zul Fadzli sudah bengang. Tujuannya nak menyakitkan hati pembantu rumah baru tu tak menjadi. Boleh lagi minah ni senyum.

"Apa Encik Zul?" Aishah sengaja mahu memarakkan lagi hati anak majikannya itu. Tiba-tiba dia mendapat ilham untuk berlawan kata. Untung-untung boleh dijadikan modal dalam novelnya nanti.

"Kau ni pekak ke hapa?" Aishah senyum lagi.

"Dah sah la perempuan ni dah biul. Samdol!" Temperature Zul Fadzli dah naik. Mukanya dah merah berbahang. Niat nak menyakitkan hati Aishah, tapi alih-alih hatinya yang sedang mendidih.

"Terima kasih Encik Zul." Aishah mengukirkan senyumannya yang paling manis. Terserlah lesung pipit di kedua belah pipinya. Sengaja menduga hati anak majikanya yang sudah mula berbahang. Aishah tahu dari wajah Zul Fazli yang nampak tegang.

"Terima kasih untuk apa?" Zul Fazli jadi pelik. Aku marah dia boleh lagi dia ucap terima kasih.

"Atas pujian Encik Zul tadi."Aishah jawab selamba.

"Bila masa pula aku puji kau?"Zul Fazli dah mula mengaru kepalanya yang tak gatal.

"Tadi, bukan En Zul puji saya ke?" Lakonan yang mantap.

"Ahh...sudahlah! Buang masa aku saja, layan kau yang tak betul ni." Zul Fazli terus berlalu pergi. Dalam diam Aishah bersorak menang. Padam muka, anak bos sombong! Kerja yang tergendala tadi diteruskan. Aishah tahu, bukan senang nak jadi pembantu rumah, tapi dia nekad takkan mengaku kalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience