BAB 8

Romance Completed 7868

TERGAMAK kau Ecah, rupa-rupanya kau bukan sebarangan gadis. Kau anak bongsu pada Tan Sri Zainal Abidin. Bos aku sendiri, merangkap adik kawan baik aku. Aku benar-benar tak menyangka sama sekali.

Terlakar kekusutan diwajah Zul Fazli. Malu dan geram bersatu dalam hati. Ecah, kau dah buat hati aku sakit yang teramat. Kau memang pelakon yang terbaik. Aku pasti, kalau kau jadi artis, mesti kau akan dapat anugerah untuk pelakon wanita terbaik.

Arghh..Zul Fazli meraup mukanya untuk ke sekian kalinya. Kusut fikirannya memikirkan gadis yang sudah mula bertahta di hatinya. Selepas kejadian di KLCC tadi, mereka berpisah haluan. Entah dengan siapa Ecah pulang. Akibat rasa kecewa yang terlalu dalam, Ecah ditinggalkan. Pandailah dia bawa haluan sendiri. Manakala Zul Fazli pula pergi menenangkan dirinya di Taman Rekreasi.

Bila pulang tadi dia ingin berjumpa dengan Ecah untuk mendengar penjelasannya, tapi apa yang disampaikan Mak Temah begitu menghancur luluhkan hatinya.

"Ecah dah berhenti kerja. Lepas dia pulang tadi, terus dia kemas barang-barang dan pergi macam tu saja. Mak Temah tanya juga tadi, tapi Ecah cuma pesan dia minta maaf pada semua terutama pada Zul. Kenapa Zul? Zul bergaduh dengan dia ke? Tadi Mak Temah tengok Zul keluar dengan Ecah tapi pulang asing-asing.." Panjang lebar Mak Temah menjelaskannya sambil menyoal juga. Zul Fazli hanya mengeleng. Bagaimana Ecah datang dalam hidupnya, begitu juga la Ecah pergi. Sekelip mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience