BAB 5

Romance Completed 7868

"ECAH, jom kita keluar." suatu hari tu tiba-tiba Zul Fazli menghampiri Aishah. Bosan juga kalau hari-hari memerap saja di rumah, lagi pun dia kesian pada Ecah. Sebulan lebih bekerja di rumahnya, Ecah tak pernah keluar ke mana-mana.

"Nak ke mana Encik Zul? Saya banyak kerjalah." Memang, sejak akhir-akhir ni Zul Fazli melayan Aishah dengan baik. Aishah pula senang dengan layanan itu. Novelnya pula dah pasti meletop kerana pengakhirannya gadis orang gaji tu akan berkahwin dengan anak majikannya. Sebijik dengan kisah yang dilaluinya. Bermusuh, berkawan dan bercinta. Biarpun dia dengan Zul Fazli belum masuk zon bercinta. Imaginasi seorang penulis dengan cerita rekaannya. Mesti gempak!

"Kerja ni Ecah, takkan pernah selesai. Jomlah..saya bawa awak ronda-ronda KL.." Zul Fazli masih mencuba, mana tahu, cubaannya kali ini berhasil.

"Encik Zul tak malu ke? Nak berjalan dengan perempuan selekeh macam saya ni?" Aishah sengaja menguji.

"Nak malu apa? Ecah bukannya tak pakai baju."Zul Fazli ketawa diakhir ayatnya. Mencerlung mata Aishah.

"Hiessy..Encik Zul ni..."Aishah buat muka. Bengang dengan anak majikannya yang sorang ni.

"Pergilah siap."Aishah pandang Zul Fazli. Paksa nampak?

Aishah berfikir seketika. Kerjanya dah hampir siap sebenarnya. Kebetulan, dia pun dah lama tak keluar cuci mata, tapi dalam masa yang sama dia juga risau bakal bertembung dengan orang-orang yang dia kenal. Tak nahas ke, pecah lobang pula nanti.

"Ecah, jom la. Sekali ni saja." Zul Fazli masih tak putus asa.

"Encik Zul nak ajak saya keluar dating erkk?" Aishah angkat kening sambil tersenyum nakal pada Zul Fazli. Pecah tawa Zul Fazli.

"Kalau ya, kenapa?" Aishah tayang wajah terkejut. Dia sekadar nak bergurau saja tadi.

"Hah? Kalau macam tu, tak maulah." Aksi jual mahal.

"Ecah tak sudi? Tak apalah kalau tak sudi. Saya nak merajuklah, kalau macam ni.."Aishah lepaskan tawa.

"Hodoh kalau orang lelaki merajuk. Tak sesuai.." sebaik menuturkannya Aishah mengayun langkahnya ingin berlalu.

"Ecah nak ke mana tu?" Zul Fazli cemas. Taktik tak mengena ke?

"Tunggu kejap. Ecah nak bersiap." Zul Fazli tarik nafas lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience