BAB 3

Romance Completed 7868

PETANG tu Aishah menyiram pokok bunga di laman. Sambil tu dia menyanyi-nyanyi kecil. Teringat ketika di rumah sendiri, selalu juga dia menolong ibunya menghias langskap di laman rumah mereka yang dipenuhi pokok-pokok bunga berwarna -warni. Ibunya memang rajin menghabiskan masa dengan berkebun, dan Aishah berkongsi hobi yang sama dengan ibunya.

"Pohon beringin tegaknya rendang..." lagu filem bawang putih dan bawang merah pula yang dinyanyikannya. Leka benar dia hingga tak sedar ada sepasang mata yang asyik memerhatikannya sejak tadi.

"Berangan nak kahwin dengan anak raja la tu?" perlahan suara itu menyapa di pendengarannya. Terhenti Aishah seketika. Kaget, terus dia berpaling.

"Opocot!" terkejut bukan kepalang. Aishah mengelak pantas. Nyaris wajahnya bertemu wajah dengan Zul Fazli. Terlalu hampir sangat. Merah mukanya tiba-tiba. Hantu punya Zul Fazli!

"Encik Zul ni kenapa? Dah buang tebiat ke apa?" kali pertama Aishah bersuara lantang. Bengang dengan tindakan Zul Fazli seketika tadi, tapi kemarahannya itu hanya disambut dengan gelak tawa Zul Fazli. Suka la tu?

"Sedap suara awak."Aishah terkesima. Rasa macam bermimpi. Dia puji aku ke? Selalunya garang saja suara dia. Boleh pula cakap sopan macam tu.

"Kenapa awak diam? Nyanyilah lagi, saya nak dengar." Zul Fazli mencuba nasib. Sudah jemu dia bertelagah dengan gadis ini. Hari ini dia menukar taktik baru. Mana tahu taktik kali ni untuk berbual lama dengan Ecah menjadi.

"Encik Zul ni mimpi apa semalam? Mimpi dapat durian runtuh kot?" Aishah mengambil kesempatan itu untuk berbual dengan Zul Fazli. Selama sebulan di sini, hanya wajah garang yang di hadapnya, tapi hari ini angin anak majikannya ini dah berubah arah agaknya.

"Yupp, saya mimpi bagus punya semalam. Mimpi kawin dengan puteri kayangan. Cantik, macam awak." Aishah pandang Zul Fazli. Tak percaya. Nada percakapan Zul Fazli berubah terus. Mesra sangat.

"Kalau Puteri Kayangan tu macam saya. Maknanya, mimpi Encik Zul tu takkan jadi kenyataan, kerana saya tak pernah naik pun atas kayangan tu." Zul Fazli tergelak senang.

"Ada saja awak nak menjawabkan?" Aishah senyum. Bukan Aishah namanya kalau tak pandai menjawab.

"Ecah..." Zul Fazli memanggil. Aishah berpaling. Hairan, kali pertama Zul Fazli memanggil namanya.

"Ada apa Encik Zul?" Aishah cuba melawan pandangan dengan Zul Fazli. Redup pandangan itu. Sukar untuk dimergertikan.

"Err..nothing." gugup Zul Fazli.

"What? Oppss..." Aishah segera menutup mulutnya dengan telapak tangan. Kantoi!

"Awak cakap apa tadi?" Zul Fazli bertanya balas. Minah ni pandai speaking juga ke atau aku yang silap dengar? Zul Fazli berbicara di dalam hati.

"Tak ada apa la Encik Zul. Saya masuk dalam dulu la. Nak tolong Mak Temah masak untuk makan malam." Sepantas kilat Aishah cuba mengelak. Lebih baik dia segera beredar. Nanti entah apa-apa lagi yang bakal keluar. Tentu penyamarannya bakal tertangkap.

Zul Fazli membiarkan Aishah berlalu pergi. Dipandangnya Aishah hingga hilang di balik pintu. Harapannya berbunga ceria. Ecah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience