Bab 13

Romance Series 10493

Aku sudah selamat menjadi isteri kepada Zafran Amar dengan 3 kali lafaz.

"Sayang...." panggilnya meleret.

Aku memusingkan kepala kearah luar jendela. Air mataku bertakung.

Zafran merapati katil. "Hey hey... Why are you crying?" soalnya cemas.

Memang tidak dapat dibendung lagi, air mataku laju mencurah-curah. Aku memandang Zafran.

"Kenapa tipu...." soalku sambil menumbuk-numbuk dadanya sambil menangis.

Seminggu yang lepas, sewaktu aku berjumpa dengan Zafran, umi telefon untuk balik secepat mungkin kerana ada orang yang meminang.

Aku terus meninggalkan Zafran dan book ticket dengan secepat mungkin. Aku mahu hidup baru!

Yup, jadi aku terima pinangan itu.

Tapi aku tak tahu pula Zafran lah yang meminang aku!

Terkejut aku bila mendengar nama 'Zafran Amar' disebut oleh walid ketika berjabat tangan.

Zafran terus mendakapku.

"Sebab abang cintakan Fea dari dulu lagi." ucapnya penuh tulus.

"Ta—Tapi... pasal bun tu..."

"Mari abang ceritakan dari awal. Jadi berhenti menangis ye, sayang?" Zafran menyeka air mataku. Aku hanya mengangguk.

"14 tahun yang lepas, abang dan Zaquan terpaksa pindah. Zaquan sakit so abang ambil tempat Zaquan untuk settle kan apa yang patut." cerita Zafran.

"Tapi kenapa Fea tak pernah nampak abang?" celah aku.

Chup!

Aku terpana apabila bibirku dicium Zafran.

"Itulah.. Siapa suruh sampuk waktu orang tengah cerita. Kan dah kena kiss."

Merah padam wajahku menahan malu. Zafran hanya tersenyum geli hati melihat aku.

"Abang sekolah MRSM, memang lah sayang tak pernah nampak abang."

Aku mengangguk-ngangguk mengerti. Kembar, berlainan sekolah...

"Terjumpa pula dengan bidadari yang comel ni. Abang dah jatuh hati laa." usik Zafran ikhlas.

Muka aku terasa bahang apabila diusik.

"Tapi kenapa abang tak cakap abang bukan Zaquan?"

Chup!

Sekali lagi bibirku menjadi mangsa Zafran. Dia menjeling aku, nakal.

"Lain kali dengar dulu story dia. Nak kena kiss lagi ke?"

Aku menggeleng laju. Tak mahu!!!

Zafran gelak kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience