Bab 1

Romance Series 10493

"Anna...."

Aku yang baru sahaja mahu angkat pinggan ke dapur terus tak jadi apabila umi menyeruku.

"Apa apa umi?"

Berkerut dahi aku memandang umi dan walid yang seakan teragak-agak mahu memberitahu aku sesuatu.

Pelik! Mesti apa yang mereka nak bagitahu terlalu mustahak sangat sampai mereka menyeru aku sewaktu aku nak cuci pinggan.

Safuan, si abang hantu aku hanya diam sahaja sambil makan. Barangkali dia sudah tahu apa yang umi dan walid mahu memberitahu aku!

Aku double pelik, kenapa diorang tak bagitahu aku waktu aku makan?

Mungkin sebab tadi aku dengan berseleranya plus gelojohnya menikmati hidangan nasi dan tomyam. Agaknya umi dan walid pun tak dapat nak celah melihat betapa asyiknya aku makan.

"Duduk."

Sebaris patah perkataan yang keluar dari mulut walid membuatkan aku duduk semula.

"Apa dia, walid?" tanyaku terus terang. Aku mengambil gelas lalu diteguk perlahan-lahan.

"Sebernanya ada orang pinang Anna petang tadi."

BURK!!!

Tersembur air sirap yang aku minum sampai kena Safuan yang berada dihadapan aku. Ah, padan muka kau lah, Fuan.

Dia kesat air pada mukanya sambil jeling aku tajam.

Entah mengapa aku boleh baca fikirannya.

'I let you go this time'

"Ya Allah! Tak senonohnya kamu ni, Anna! Habis muka abang kamu tu!" bebel umi lalu menghulurkan tisu kepada Safuan.

Aku tak nak ambil tahu pasal Safuan. Aku lebih tertarik kepada  bicara walid sebentar tadi.

"Tolak je lah, walid. Anna still young." balasku sempoi sambil sandar pada kerusi.

Erkk... Young ke kalau dah 29? Apapun belum lagi mencecah 30 so I'm not andartu!

Tapi takkan lah umi dan walid terima pinangan tu?

Haha kalau fikir-fikir balik, memang impossiblemo. Tak kan lah diorang sanggup terima tanpa berbincang dengan aku yang tengah kerja?

"Kami terima."

"What?!" Aku terus berdiri. Aku tercengang. Mataku membesar.

Aku salah dengar ke? Mungkin diorang cakap 'Kami tertolak' Ya! Ada possibility!

"Kamu tu dah 30, jadi kami terima." ujar walid.

"Walid! Anna 29 lah!"

"Alaaa... Beza satu tahun je.."

Issh.. Umur aku pun walid tak tahu!

"Kenapa umi walid suka hati je terima pinangan tu tanpa tanya tuan punya badan sendiri?" soalku sambil mencebik mahu menangis. Kononnya, mahu meraih simpati.

Tak sangka sistem kahwin-paksa-rela-aturan keluarga ini betul-betul terjadi dalam hidup aku!

Selalunya, aku baca novel kahwin paksa ni. Aku gelak lah sebab kena kahwin paksa.

Huish.. Tak relevan betul kahwin paksa ni dengan zaman sekarang.

Memang lah aku terlahir dek kahwin paksa umi dan walid. Itu zaman 80, 90 an boleh lah!

Mana relevan dah dengan zaman urat besi dawai karat sekarang ni. Dah lapuk dek zaman. Memang ketinggalan zaman!

Ini kalau aku cerita dekat Balqis ni konfem dia gelak dekat aku.

"Tak payah nak sedih lah. Bakal suami kau tu pun kau kenal sangat." sampuk Safuan, tidak larat mahu melihat babak air mata aku ni.

Aku terus berpaling menghadapnya. Aku kenal sangat?

"Siapa?"

"Zaquan Amir."

Ternganga luas mulut aku. Aku menekup mulut aku. Za—Zaquan Amir?

Aku akan kahwin dengan Zaquan Amir, senior sekolah aku?!

Aku terus memeluk umi. Dicium pipi umi banyak kali.

"Thank you, umi!!!!!!"

Aku cium pula pipi walid.

"Thank you, walid!!!!!"

Umi dan walid pula terpinga-pinga dengan tingkah aku. Aku terus menyanyi kecil sambil meloncat kegembiraan pergi ke dapur.

"Seronok lah tu." ujar Safuan sambil mencebik.

"Seronok apa?" Tanya walid. Tadi bukan main lagi tentang. Bila sebut nama Zaquan Amir terus jadi tak betul.

"Alah, nanti walid umi tahu lah." balas Safuan malas. Bukannya dia tak tahu adiknya, Sofea itu dari dulu lagi meminati Zaquan.

Aku didapur terus menjerit kecil. Seronoknya! Happy nya aku!!

Impian aku jadi kenyataan!!

Aku tidak mampu berhenti senyum. Jodoh yang aku rindukan....

Share this novel

Aqila Mustaqim
2019-08-17 07:04:23 

Married a wrong guy? What a tragedy! But the story is a bit confusing. Missing something.


NovelPlus Premium

The best ads free experience