Bab 2

Romance Series 10493

"Aku nikahkan dikau dengan anakku, Sofea Rhianna Binti Mohd Baseer dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai."

Walid sedang mengenggam erat tangan Zaquan. Zaquan menarik nafas dalam-dalam.

"Aku terima nikahnya Sofea Rhianna Binti Mohd Baseer dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai."

Sejurus sahaja kalimah teragung dilafazkan, itu air mata aku mengalir. Bukan kerana sedih ke apa. Tetapi terharu.

Aku gembira! Aku sudah bergelar isteri kepada Zaquan Amir! Lelaki yang aku cintai sejak dulu lagi!

Saat tadah tangan membaca doa, aku hanya tersenyum lebar. Umi disisiku hanya mampu mengucapkan syukur sambil menyeka air mata aku.

Apabila Zaquan datang kepadaku bagi pembatalan air sembahyang, makin kian lebar senyumanku. Sedaya upaya aku memaniskan wajahku dihadapan suami tercinta.

Tetapi Zaquan langsung tidak senyum. Tak apa, Sofea. Tak apa. Yang penting, kau dah berkahwin dengan dia.

Aku mencium tangan Zaquan tanpa segan silu. Bukankah itu hanya adat? Harus dilakukan!

"Wan, apa tunggu lagi tu? Cium dahi isteri Wan tu." Ibu mertua aku, Puan Hawa mengarah.

Zaquan pula teragak-agak mahu mencium dahi aku. Aku gigit bibir. Cium je lah!

Lantas, aku dekatkan dahi aku kepada bibirnya.

Zaquan terpana dengan tindakan aku. Aku hanya tersengih.

********************************

Aku duduk di atas katil. Tangan aku yang dihiasi dengan inai aku pandang.

Ya Allah... Tak sangka aku sudah menjadi milik Zaquan Amir! Mimpi aku menjadi kenyataan!

"Kau tengok tangan kau kenapa?"

Suara garau itu membuatkan hatiku berbunga-bunga. Kyaaa!!! Dia tegur aku lah!

Aku mengangkat mukaku sambil pandang dia yang sedang membuka songkok dihadapan cermin. Satu senyuman dihadiahkan kepada dia.

"Tengok inai. Cantik ibu buat."

Ya. Ibu mertua aku yang lukiskan inai pada tangan aku. Katanya, dia mahu dia sendiri yang lukis. Dia ingin aku sentiasa ingat dia. Mestilah aku ingat ibu mertua aku sendiri!

Zaquan merenung aku. Renungan itu bukan renungan kasih ke apa. Itu renungan tajam persis pedang Samurai!

Zaquan merapati aku. Aku terkejut. Adakah malam ini bakal aku kehilangan dara aku?! Aaaaaaaah!!!!

"Kenapa kau kahwin dengan aku?"

Suara garau itu membuatkan aku menelan air liurku. Kenapa? Aku membalas renungan Zaquan.

"Sebab Fea cintakan abang Wan." ucapku tanpa rasa malu. Sejak pagi tadi aku buang rasa malu aku dalam tong sampah. Demi Zaquan!

Zaquan menghela nafas berat. "Tapi aku tak cintakan kau."

"Cinta boleh dipupuk! Cinta selepas kahwin kan indah? Lagipun, kahwin paksa ni kita dapat restu ibu bapa." pintas aku laju.

"Kau dengar sini, Sofea Rhianna. Aku benci dengan perkahwinan ini. Aku tak akan cintakan kau!!! Aku tak akan iktiraf kau sebagai isteri aku!!!!" herdik Zaquan sebelum keluar dari bilik.

Aku tergamam. Apa tadi tu?

Aku memegang dadaku. Hatiku rasa sakit sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience