Bab 9

Romance Series 10496

Aku berjalan keliling Tesco. Mahu beli stok makanan.

Dalam kalut, aku sedang menolak troli,

"Sofea Rhianna?"

Aku pusing apabila ada orang memanggil nama aku. Membulat mata aku.

"Faizal?" soalku, mengenal pasti lelaki dihadapan aku ialah Faizal, rakan lama sewaktu belajar di oversea dahulu.

"Woa, Sofea! Lama gila tak jumpa!"

Aku tersenyum lebar. Exited bila jumpa kawan lama.

"Ya Allah, Faizal! Lain gila muka kau!" ujarku tak percaya. Dulu, muka Faizal agak comot sekarang dah makin hensem!

Dia tersengih. "Hensem kan?"

Aku mencebik. Perasan pula dia ni!

"Kau dah kahwin ke?" soalku. Iyelah. Muka macam stok-stok ayah bawang sikit. Ish, tak baik lah kau Fea.

"Kau rasa?"

Eh eh dia tanya kita pula. Siap angkat kening style jerk lagi. Penampar mahu?

"Tak kot." Hati cakap dah kahwin, mulut pula cakap belum. Nak jaga hati Faizal lah kononnya.

"Hehe salah. I'm married!" ujarnya.

Aku tak terkejut pun sebab aku dah agak dah.

"Mana bini malang kau?" soalku selamba sambil mencari-cari isteri Faizal.

"Wah, mulut kau dari dulu lagi memang jahat kan?" Aku tahu dia tak marah. Alaa... Dah biasa lah macam ni!

"Bini aku jaga anak aku lah. Kau pula buat apa dekat Tesco sorang-sorang? Mana laki kau? Aku dengar kau dah kahwin. Sorry, bro aku tak datang sebab bini aku tengah bersalin. Anyway, congrats bro."

Aku hanya tersenyum pahit. Faizal memang selalu memanggil aku bro. Jangan salah faham. Tetapi hatiku lebih terusik apabila hal suami disebut.

Laki aku tak ada, Faizal..

"Eh, jom gerak! Kita pergi makan nak?"

Aku mengangguk setuju.

********************************

"Apa awak nak?" Dingin aku bertanya kepada dirinya.

Belum sempat dia menjawab, aku memintas.

"Abang Wan tak ada. Kerja."

Tiba-tiba sahaja Masyitah datang kerumahnya.

"Saya bukan nak jumpa dia, tapi awak."

Berkerut dahi aku. Jumpa aku?

"Saya minta maaf sebab rosakkan rumah tangga korang.. Saya janji tak akan kacau korang lagi. Selamat tinggal." Masyitah terus berlalu sambil menangis.

Aku terpinga-pinga. Apa tadi tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience