Bab 8

Romance Series 10493

"Hoi perempuan!!"

Aku mengeluh perlahan. Baru balik, dah kena jerkah?

Aku memandang dia. "Ye, bang?" soalku pasrah.

"Apa yang kau cakap dekat kekasih aku?!"

Aku terkejut. Masyitah mengadu ke?

"Dia cakap yang kau jumpa dia! Betul ke?! Asal kau jumpa dia?!"

"Sebab saya nak suruh dia tinggalkan abang." jawabku perlahan.

Zaquan mendekati aku dengan wajahnya yang bengis.

"Apa hak kau nak buat macam tu dekat Masyitah hah?!" tengking Zaquan.

"Abang... Fea ni isteri abang!! Fea ada hak!!" Aku ikut sama menjerit.

"Kau tak ada hak, perempuan!!! Siapa cakap kau ada hak?!" Kepala aku ditunjal-tunjal sesuka hati. Bibirku dikebam mahu menangis.

Tak semena-mena rambut aku ditarik kasar.

"Ah, sakit bang..." Aku menangis lagi. Ya Allah.. Apa salah hamba-Mu ini sehingga diperlakukan sebegini?

"Sakit? Tahu pun sakit! Hati aku sakit bila kena kahwin dengan kau!! Hati Masyitah sakit bila aku kahwin dengan kau, kau tak ambil peduli pun?!" herdik Zaquan di cuping telinga aku.

Air mata aku mengalir. Pedih diperlakukan sebegini..

"Asal kau menangis?" Dia memegang dagu aku, kasar.

"Simpan lah air mata murahan kau tu. Muak aku!!" Dia terus menampar pipi aku sebelum masuk kedalam bilik.

Aku hanya menangis dan menangis mengenangkan nasib aku.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi di atas meja. Aku perlahan-lahan mengambil telefon itu.

Umi.....

Aku menangis lagi. Cepat sahaja aku seka air mata aku.

"Assalamualaikum umi? Ya, Anna sihat je. Umi dan walid sihat? Safuan sihat?"

Aku berbicara seperti biasa. Berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Hah? Anna bahagia ke tidak?"

Aku gigit bibir. Air mata aku tumpah.

"Bahagia umi. Bahagia sangat. Abang Wan layan Anna macam queen. Anna bahaaaaagia sangat." ujar aku sambil air mata mengalir pada pipi.

"Hah? Anna menangis? Tak ada lah, umi.. Anna tengah kopek bawang. Nak masak nasi goreng." tipuku sambil menangis.

"Bye, umi.. Anna nak masak ni... Assalamualaikum."

Sejurus panggilan ditamatkan, air mataku mengalir lagi.

Air mata, berhenti lah mengalir......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience