Bab 5

Romance Series 10493

"Assalamualaikum."

Zaquan masuk kedalam rumah. Kenapa macam sunyi je ah?

Dia membuka peti ais. Mahu minum air. Ternampak pula kari udang yang Sofea buat.

Dia mengeluh. Lalu ditutup pintu peti ais rapat.

Zaquan masuk dalam bilik. Terkejut dia melihat isterinya.

"Arghh!! Apa kau buat ni?!"

Aku tersenyum nakal. Petua pikat hati suami. Ibu cakap, lelaki ni cepat tergoda. Zaquan pula imannya hanya senipis kulit bawang.

"Buat apa?" soalku pura-pura tak tahu. Aku duduk menghadap meja solek.

Losyen diambil lalu disapu pada kaki sampai pehaku yang terdedah.

Zaquan meneguk air liurnya beberapa kali melihat perlakuan aku. Barangkali sudah tergoda mungkin.

Aku tarik senyuman. Alamak! Cepatnya tergoda!

"Aku tak tergoda lah dengan kau." kata Zaquan gugup.

"Fea tak goda abang pun." balasku selamba lalu meraup rambut panjangku.

Zaquan semakin tidak tahan melihat leher putih mulus itu.

Aku bangun lalu mendekati Zaquan yang mula tak tentu arah lagaknya. Dia hanya kaku disitu.

"Abang....." bisikku penuh ghairah. Aku memintal-mintal tali leher miliknya.

"Berambus."

Aku senyum lagi. "Abang tak nak bagi nafkah ke?" soalku dalam nada yang meleret.

"T—Tak nak."

"Okay, fine. Abang tolak rezeki." Aku baru mahu keluar, tangan aku ditarik. Aku senyum.

"Kau jangan menyesal." katanya keras.

Aku mengangguk sambil senyum.

********************************

"Sayang, I perkenalkan dekat you, my kawan baik."

Aku terkedu. Aku? Kawan baik? Siapa perempuan bertudung ini? Kenapa Zaquan memanggilnya sayang?

"Hi, saya Masyitah." Masyitah memperkenalkan dirinya lalu menyalami tangan aku.

"A—Awak ni siapa?" soalku gemuruh.

"Dia ni kekasih aku. Sebelum aku kenal kau, aku nak kahwin dengan dia. Tapi semuanya punah sebab kau!!" jerit Zaquan bagai gila. Aku tersentak.

"You... Jangan lah macam ni.. Dah kita tak ada jodoh.." pujuk Masyitah.

Aku terus berlari sekuat hati. Aku menahan teksi.

"Pergi mana cik?"

"Tak kisah!!"

Aku menangis semahu-mahunya. Jadi apa makna perbuatan semalam?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience