Bab 3

Romance Series 10493

"Aku nak kau masak kari udang malam ni. Waktu aku balik, aku nak tengok makanan terhidang atas meja." arah Zaquan.

Aku hanya diam, tidak menjawab. Meneruskan memotong bawang.

"Kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni?!" jerkah Zaquan yang sedang memakai stoking.

Aku tersentak. "Dengar, bang."

"Jangan panggil aku abang! Aku bukan abang kau! Geli lah!"

"Dah tu nak Fea panggil apa?"

Zaquan tersengih sinis. "Tuan Zaquan. Kau tu hamba je. Ingat." ujar Zaquan lalu mengambil begnya.

Aku mengeluh berat sebelum berlari terkedek-kedek mendapatinya

"Kau nak apa?!"

Aku menghulurkan tangan. "Salam." Aku tersenyum manis.

Zaquan acuh tak acuh membenarkan aku mencium tangannya.

"Dah lah, aku nak gerak dulu."

Zaquan terlalu berlalu pergi.

Aku tersenyum.

Zaquan kacak. Zaquan kaya. Zaquan baik. Dia sempurna.

Dia senior di sekolah menengah. Dia sangat baik.

Senyumanku pudar. Tapi itu dulu. Sekarang Zaquan sudah berubah.

Aku mengeluh sebelum menutup pintu.

********************************

Aku sedang berlari mahu pergi ke bilik guru. Yaya bilang, cikgu Siti mahu jumpa aku.

"Assalamualaikum, cikgu!" sapa aku ceria.

Cikgu Siti yang sedang menyemak buku-buku latihan.

"Waalaikumussalam. Hah, Sofea. Datang pun kamu." sahut cikgu Siti.

"Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Tolong bawa buku-buku ni ke kelas 5 Arif." pinta Cikgu Siti lalu menghulurkan buku-buku latihan.

"Baik cikgu!"

Aku mengambil buku-buku itu. Aku terus keluar dari bilik guru itu dengan laju sekali.

Aku kena cepat! Masa rehat dah nak habis!

Dek kerana aku terlalu tergopoh-gapah, aku terlanggar seseorang sehingga buku-buku dipegangan aku jatuh.

"Arghh!!" Aku menjerit kecil.

"Err... Awak tak apa-apa?"

Aku menggerutu. Tak apa-apa ke kalau semua buku ni jatuh? Aku dah lah tak rehat lagi!

Aku mendongak memandang empu badan yang berlanggar dengan aku.

Terkedu aku melihat wajahnya.

"Err... Senior Za—Zaquan!" Itu Zaquan Amir! Senior form 5! Senior yang menjadi rebutan ramai. Aku terkecuali ye.

Air muka Zaquan sedikit berubah. Kemudian dia mengukir senyuman.

"Awak kenal saya ke?" soalnya. Dia mana lah pakai name tag.

Aku menekup mulut aku. Itu lah, Sofea. Kau main cakap je. Mana lah aku tak boleh kenal dia? Semua batch form 3 minat dekat dia. Memang aku form 3, but aku tak minat dia!

"Maafkan saya ye sebab terlanggar awak." ucap Zaquan lalu menunduk mengambil buku-buku latihan yang berterabur diatas lantai.

"Ah? Err... Tak apa, tak apa! Saya pun nak minta maaf sebab langgar awak!" Aku kalut mengutip buku latihan.

Mampus aku kalau fan Zaquan Amir ni nampak aku tengah bersembang dengan Zaquan. Salah satu fan nya ialah kawan-kawan aku sendiri!

"Kelas 5 Arif? Mari saya tolong awak hantar." ujar Zaquan setelah membaca kelas pada buku latihan itu. Dia mengangkat semua buku itu.

Aku sudah panik. "Hah? Err... Tak payah, senior! Buat susah-susah je."

Gila! Lagi mampus aku kalau fan Zaquan nampak aku berjalan seiringan dengan Zaquan! Ish, tak mahu aku kena kejar dengan peminat-peminat Zaquan!

"Anggap je lah ini sebagai maaf saya sebab langgar awak." Zaquan masih bertegas.

"Eh.. Saya pun langgar awak. So kita kosong kosong ya?"

"Biar je saya nak tolong awak. Lagipun saya memang kelas 5 Arif." Aku tahu sangat kau kelas 5 Arif.

"Tak payah lah awak... Lagipun ini amanat cikgu Siti dekat saya." balasku. Apa yang kau melalut ni, Sofea?

Zaquan gelak kecil mendengar bicaraku. Aku tak tahu lah part mana yang kelakar sangat tu.

"Lagipun saya dah lambat ni awak. Saya tak rehat lagi ni!" kataku dengan harapan dia akan berikan semula buku-buku kepada aku.

"Sebab tu lah saya nak tolong awak. So lagi cepat dan awak tak akan jatuh lagi macam tadi. Kita dah bertekak dekat 5 minit tahu?"

Aku terdiam. Apa salahnya kan dia tolong aku? Tolong je pun. Bukannya buat apa-apa pun.

"Yalah yalah." Aku mengalah.

Kami berjalan seiringan menaiki tangga.

"Sofea Rhianna." Tiba-tiba sahaja dia menyebut nama penuh aku.

Berkerut dahi aku. Macam mana Zaquan tahu nama penuh aku?

"Macam mana awak tahu nama saya?" Nak cakap aku ni famous, memang tak betul fakta tu.

Zaquan gelak kecil. Dia menjuih mulut.

Makin blur lah aku. Kau nak kiss aku ke apa?

Melihat wajah blur aku, Zaquan gelak lagi sambil berkata.

"Tu dekat tudung awak tu." ujarnya disusuli dengan tawa.

Aku high five dengan dahi aku. Yalah! Aku kan ada name tag! Kau nk Sofea, perasan sangat dia boleh tahu nama kau!

"Awak ni lawak lah." pujinya. Err... Aku pun tak tahu itu pujian ke sindiran.

"Ouh ye ke? Ada bakat nak masuk Lawak Solo tak?" balasku acuh tak acuh.

Dia ketawa kuat sambil mengangguk. "Ada. Ada bakat jadi juara pula tu."

Kami diam. Ah, kenapa tingkat 4 ni rasa macam lambat sangat ah? Hatiku mengeluh.

Kemudian dia bersuara lagi.

"Awak ni cute lah."

Okay. Aku mula rasa lain macam dengan mamat ni.

"Thank you. Tetapi puji DIA lah ye. DIA yang cipta saya" balasku lagi sambil menunjuk kearah langit.

Zaquan hanya tersenyum.

'Gadis ini memang special...' desis hatinya.

Finally... Sampai pun dekat tingkat 4!

Kami berjalan lagi. Dah sampai dekat kelas 5 Arif!

"Nah." Aku memberikan buku-buku kepadanya.

"Terima kasih awak." ucapku ikhlas.

"Sama-sama kasih." balasnya sambil kenyit mata nakal.

Merona merah mukaku sebelum berlari menuruni tangga. Aku memegang dadaku.

Ah, kenapa jantung ni jadi gedik sangat ah?

Kriiiing

Ala, waktu rehat dah habis lah. Tak sempat nak makan.

Aku masuk kedalam kelas semula, meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa.

Fayz datang kepadaku. "Sofea, tadi ada orang bagi." Dia hulurkan roti bun Russia kepadaku.

Berkerut dahi aku. Siapa pula yang bagi aku roti bun Russia ni?

"Siapa yang bagi?" soalku.

"Zaquan Amir."

Hatiku berdetak laju. Dia bagi?

"Alaaa... Untung lah abang senior bagi.." rengek Yaya.

"Yaya. Aku kan ada?" Fayz melirik nakal.

"Eiii... Tak kuasa aku!"

Aku lambat-lambat mengambil huluran tersebut.

Ada nota kecil lah dekat roti bun ni.

'Awak kan cakap tak rehat lagi. Jadi, saya belanja awak roti bun Russia.'

                     Your precious  Z. A

Aku tersenyum simpul. Berbunga-bunga hati aku!

Aku mengeluh. Aku terkenangkan peristiwa lama. Kenapa Zaquan sekarang sebeku ini? Kemana perginya Zaquan yang romantis? Yang baik? Selama 14 tahun ini... Kemanakah kau menghilang?

Sofea, mengeluh pun tak guna. Zaquan yang lama tak akan kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience