Bab 14

Romance Series 10493

"Waktu tu dah sayang cakap abang ni Zaquan, abang terpaksa je lah mengaku. Nanti susah nak explain. Complicated." terang Zafran.

Aku mengangguk. Hrmm... Make sense! Kemudian air mata aku berair.

"Abang tahu tak sayang mati-mati ingatkan Zaquan tu abang tahu tak? Abang jahat... Mana abang pergi?" soalku sambil mencebik mahu menangis.

Dia memeluk aku sekali lagi.

"Maaf, sayang. Abang ada dekat oversea time tu. Abang study."

Aku mencebik lagi. "Abang dah tua bangka buat apa nak study lagi?"

Zafran ketawa kuat mendengar rengekan aku. Comel!

Dia memegang pipi aku lembut. "Sayang, ilmu itu penting. Berharga. Sebab tu abang cari ilmu. Abang nak jadi orang yang berilmu. "

Aku hanya diam. Terkesan dengan kata-kata Zafran.

"Memang dekat Perth, abang dah decide nak pinang sayang after dah graduate. But tak sangka ibu dan ayah pinang sayang tapi bukan untuk abang, untuk adik kembar abang." Zafran tersenyum pahit. Tidak sangka bukan dia, tetapi adik kembarnya, Zaquan.

"Bila korang dah kahwin, abang frust sangat. Sampai tak boleh balik Malaysia dah. Hati abang sakit, orang yang abang cinta jadi milik adik kembar abang sendiri."

Air mata aku menitis mendengar luahan hati seorang Zafran Amar. Lelaki yang aku cintai selama 14 tahun. Bukan adik kembarnya Zaquan Amir yang aku cintai, tetapi abang kembarnya.

"Abang selalu doakan agar Allah berikan abang jodoh yang abang rindui. Dan Allah makbulkan doa abang." Zafran tersenyum manis memandang aku. Dia mengesat lagi air mata aku.

"Bila abang dengar je sayang dah bercerai, abang happy. Abang nak sangat pergi dekat sayang tapi abang nak beri sayang masa." ujar Zafran lagi.

"Sayang gembira Allah aturkan semua ini... Rupanya, abang lah jodoh yang sayang rindukan!" Aku tersenyum lebar sambil air mata mengalir terharu.

Zafran membelai rambutku. "Ya, jodoh yang dirindukan!"

Aku tersenyum bahagia.

Apa yang kita nampak, tak semestinya jodoh kita. Jodoh itu rahsia Allah.

Allah tak akan biarkan hamba-Nya menderita terlalu lama.

Disebalik hujan, pasti akan ada pelangi yang indah.

Jodoh yang aku rindukan selama ini bukannya Zaquan Amir, tapi Zafran Amar.

Aku bersyukur sangat-sangat dengan aturan Allah. Alhamdulillah.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience