Bab 4

Romance Series 10493

Aku sudah masak kari udang. Aku meletakkan diatas meja.

Aku tersenyum. Harap abang Wan suka!

Ibu bilang, salah satu cara untuk pikat hati suami, ikat perut dia dulu. Kari udang ni, aku tambah dengan my secret ingredient! Konfem sedap!

Ya, aku perlu lancarkan 'Projek Memikat Hati Suami!'

Kembalikan Zaquan yang lama!

Ding Dong....

Kedengaran bunyi loceng. Tandanya, Zaquan dah balik!

Aku membasuh tangan aku dahulu sebelum membuka pintu.

"Aku tunggu dari tadi, kau pula kenapa lambat buka pintu?!"

Baru sahaja mahu buat projek, dah kena tengking. Sofea, kuatkan hatimu...

Aku mengukir senyuman. "Tadi Fea tengah basuh tangan. Maaf lah, ye."

"Oh, patutlah. Tangan kau kan tangan miskin. Banyak bakteria."

Mati senyumanku.

Zaquan melangkah masuk kedalam rumah.

"Abang, Fea masakkan kari udang macam yang abang suruh." ujar aku sambil memaksa diriku untuk tersenyum.

Zaquan memandang sekilas lauk diatas meja sebelum bersuara.

"Aku dah makan dah. Kau makan je lah."

Aku terkedu. Aku gigit bibir. Buat penat je aku minta dekat umi nak gunakan secret ingredient tu. Buat penat je aku masak.

"Tapi bukan abang yang—"

"Jangan panggil aku abang, kau faham ke tidak?!" jerkah Zaquan.

Terhinjut bahuku dek dijerkah. Tapi aku tetap tidak berputus asa.

"Kalau boleh, makan sikit pun tak apa."

"Mana tahu kalau kau letak ubat jampi apa-apa ke. Tak nak aku." Kata-kata Zaquan amat memedihkan hati aku.

"Ya Allah, bang! Sumpah Fea tak letak benda-benda tu!" Sakit hati, suami sendiri tuduh.

"Kau tak payah lah nak gunakan nama Allah. Pakai tudung dulu, baru sebut nama Allah. Jijik aku." ujar Zaquan sebelum beredar.

Aku jatuh terduduk. Begitu hebat penghinaan yang aku terima. Hina sangat ke aku ni? Jijik sangat ke aku ni?

"Abang... Abang nak pergi mana?" rintihku pilu melihat Zaquan sedang keluar dari rumah.

"Aku nak lepak. Malas nak layan perempuan macam kau." Zaquan terus lesap.

Air mata aku mengalir. Ya Allah... Begitu jijikkah aku dimatanya? Kerana aku tidak memakai tudung?

Ya Allah... Kau kuatkan lah hati hamba-Mu ini...

********************************

Minuman teh tarik menjadi peneman seleranya pada malam ini.

"Bro, kau ni kan selalu je lepak dengan kitorang. Bini kau tak marah ke?" soal Khusyairi.

"Berani dia nak marah aku?" sinis Zaquan.

"Tapi bini kau tu bukan junior kita ke dulu waktu sekolah menengah? Sebelum kau pindah." tanya Hazman.

Zaquan hanya jungkit bahu. Bukan tak tahu, tapi malas nak layan dan ambil tahu.

"Kesian kau wei buat bini kau macam tu." sambung Hazman lagi.

Zaquan mendengus. "Aku datang sini sebab nak release stress. Jangan sampai aku tumbuk kau."

Hazman dan Khusyairi hanya diam.

Jujur di sudut hati mereka, mereka berasa kasihan dengan Sofea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience