Bab 7

Romance Series 10493

"Abang!! Cantik tak Fea?!" soalku kepada Zaquan yang sedang menonton televisyen.

"Kau ni semak lah—" Kata-kata Zaquan terhenti melihat aku yang sedang memakai tudung shawl.

Aku tersenyum lebar melihat Zaquan hanya kaku disitu

"Kalau kau pakai tudung, sebab Masyitah. Tak payah lah. Baik kau pakai tudung sebab Allah." ujar Zaquan dingin.

Aku senyum. "Ini semua kerana Allah. Saya dah dapat hidayah untuk pakai tudung."

"Pakai lah tudung, tetap tak mampu nak ambil cinta aku."

"Ambil? Siapa kata nak ambil? Saya nak curi."

"Sofea, kita sebernanya bukan jodoh."

"Tapi kita kan dah kahwin.."

"Malas lah nak cakap dengan orang tak faham bahasa macam kau ni!" dengus Zaquan lalu terus pergi.

Aku terkebil-kebil. Kemudian aku mengeluh. Cara apa lagi yang harus aku pikat hati Zaquan?

********************************

"Iron baju-baju aku ni." arah Zaquan lalu mencampak baju-baju itu kepada aku yang sedang menyemak buku-buku latihan milik anak-anak muridku.

Aku gigit bibir menahan sebak. Sudah 2 bulan usia perkahwinan aku. Tetapi layanan yang diberikan oleh Zaquan seteruk hamba.

Segala cara untuk aku pikat hati Zaquan, langsung tak berhasil. Semua tak jadi. Semua usaha aku gagal. Semua taktik aku gagal. Projek Memikat Hati Suami sudah gagal. Aku telah mendapat F-

"Abang, kan Fea dah iron baju abang dah? Ada dalam almari."

"Eh, perempuan?! Aku ada meeting kau tahu tak?! Meeting untuk orang atasan! Tak kan lah aku nak pakai baju lame tu?!" jerkah Zaquan.

Aku hanya diam sebelum menjawab. "Baik, bang."

Zaquan mendengus. "Jangan panggil aku abang lah!"

********************************

"Masyitah...." panggil aku.

Masyitah memandang aku sambil tersenyum manis. Semakin sakit hati aku. Aku ibarat watak Rafeeqah yang sedang berhadapan dengan watak Husna dalam Jangan Benci Cintaku.

Bezanya, aku dapat rasakan Masyitah ini memang baik. Bukan lah perosak rumah tangga orang sebab dia yang ajar erti cinta buat Zaquan dulu.

Patutlah Zaquan cintakan dia...

"Boleh tak, awak tinggalkan suami saya? Please...." rayu aku.

Masyitah terkesima dengan rayuan aku. Dia tersenyum sambil genggam erat tangan aku.

"Maafkan saya, kak Sofea.. Saya tak boleh tinggalkan abang Wan. Saya rela dimadukan, kak."

Aku sungguh tergamam mendengar bicara Masyitah. Dimadukan?

Mungkin kau rela, tapi aku tak rela! Kaum Hawa mana yang mahu berkongsi kasih suami walaupun suami sendiri tak memberi kasih?

Aku terus meninggalkan dia kerana tidak tahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience