BAB 8

Other Completed 1211

” Ya Allah, kenapa dengan Han ni?” Tegur abang Shahril kepadaku.

“Saya bencikan dia. Sebab dia ibu mati” Jawabku pendek tapi tegas, menunjukkan kebencianku yang meluap-luap.

” Apa kaitan kematian ibu dengan rama-rama yang lemah ni Han?” Soal abang Shahril dengan tegas. Marah dengan tindakan kurang warasku. Sambil menangis aku menjawab soalannya.

“Kalau dia beritahu awal-awal, mesti saya akan tahu bila mak….” Aku tidak dapat meneruskan kata-kataku. Air mataku merembes keluar.

“Zarah dah cuba jelaskan pada dia bang. Tapi entahlah, Zarah pun tak tahu macam mana nak kembalikan dia pada jalan yang betul.” Bisik kak Zarah pada abang Shahril.

” Astghafirullahalazim, Hana, mengucap sayang. Hana kena ingat, semua itu ketentuan Allah.”

” Tapi kalau dia boleh bagitahu kita orang nak datang ke rumah kita, kenapa dia tak boleh bagitahu kita bila orang tu nak mati?” Aku masih tidak mengalah. Muka abang Shahril yang tenang tiba-tiba berubah menjadi merah.

” Han dah tingkatan berapa sekarang? Han dah tingkatan dua kan. Han dah boleh fikir yang rama-rama tu cuma binatang yang tidak punya kuasa apa-apa apatah lagi nak buat seperti yang Hana maksudkan tu. Hana ni terlampau percaya sangat dengan perkara tahyul. Tak semestinya rama-rama muncul ke rumah kita, maka orang akan datang. Rama-rama tu macam kita juga. Dia pun tak tahu bila dia mati. Apatahlagi nak beritahu manusia bila manusia tu akan mati. Dia tu cuma makhluk yang lemah Han. Dia tak ada kuasa nak menghidupkan dan mematikan manusia. Semua kuasa tu Allah yang pegang.” Suara abang Shahril sudah mula tegang dalam pendengaranku.

“Emm, taksub sangat dengan fahaman kolot dia tu. Ada otak tak nak fikir. Belajar agama pun, hai, tak tahulah nak cakap. Adik-adik dia pun tak jadi macam dia.” Ayah yang tiba-tiba muncul menyampuk.

Namun aku masih tidak dapat menerima kata-kata dan nasihat dari keluargaku. Semakin mereka menasihati aku agar tidak menyakiti binatang itu, semakin meluap kebencianku terhadapnya. Kebencianku berterusan sehinggalah aku menjejak kaki ke tingkatan empat. Asal sahaja aku nampak rama-rama walaupun seekor ataupun rama-rama itu baru mahu belajar terbang, aku pasti akan membunuh mereka. Kebencianku pada rama-rama masih tidak berubah, hinggalah suatu hari aku mendengar kata-kata dari seorang ustazahku yang telah membuka fikiran dan hatiku yang tertutup oleh hijab syaitan selama ini. Ketika itu aku dan beberapa rakan-rakan sekelasku sedang belajar subjek pendidikan Islam.

” Pernah nampak rama-rama tak?” Soal ustazah Khamisah yang lebih mesra kami panggil ustazah sahaja.

“Pernah” Semua rakan-rakanku seramai sembilan belas orang angkat tangan.

” Siapa yang rumahnya pernah didatangi oleh si rama-rama itu.” Soalan cepumas ustazah kesayangan kami itu membuatkan aku tidak berani mengaku. Aku hanya memerhatikan raka-rakanku yang lain.

“Saya ustazah.”

“Saya.”

“Saya ustazah.” Satu demi satu kawan-kawanku mengaku.

” Apa kamu buat bila dia datang di rumah kamu?”

“Saya main dengan dia ustazah.” Jawab Fahmi, rakan sekelasku yang paling bijak dan paling tua di antara kami.

“Saya kurung dia dalam botol ustazah. Ha..ha..ha.” Kata Shahir pula, pelajar lelaki yang agak nakal di kelas.

“Kenapa Shahir kurung rama-rama tu?”

“Saja ustazah. Nak seronok.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience