BAB 4

Other Completed 1211

Tiba-tiba tengah hari itu, kami dikejutkan dengan kedatangan sebuah teksi berwarna merah yang berhenti di tepi jalan. Ketika kepala kami tertanya-tanya siapa yang datang, pintu kereta terbuka dan keluar seorang lelaki dari dalam. Rupa-rupanya abang sulungku. Adik-adikku yang dua orang itu melonjak-lonjak kegembiraan. Ibu bapaku tersenyum. Kakakku yang berada di dalam juga turut keluar untuk menyambut kedatangan abang sulung kami ini.

“Saya minta maaf ayah, mak sebab tak beritahu awal-awal yang saya nak balik. Saya sebenarnya saja nak buat kejutan kepada kamu semua.” Terang abangku ataupun nama sebenarnya Muhammad Shahril.

Ibu tersenyum.

” Kami dah agak dah.” Kata-kata ibu membuatkan abang melopong.

” Mak ayah tahu? Macam mana mak ayah tahu?”

“Teman kamu masa kecil-kecil tu yang beritahu.” Ringkas jawapan ibu. Selamba. Dahi abang berkerut seribu tetapi tidak lama dia tersenyum. Aku juga tidak faham dengan kata-kata ibuku.

” Oh, tahu…tahu…ini mesti si rama-rama itu datang ke rumah kan?” Teka abang dan ibu mengangguk. Oh, rupanya abang merupakan teman setia kepada si makhluk Allah ini semasa kecilnya. Aku sungguh gembira.

“Terima kasih wahai rama-rama.” Bisikku dalam hati kepada sang unggas yang berada jauh dari mataku. Akhirnya penantian kami adik-beradik berakhir. Namun, tabiatku dengan adik-adikku masih tidak berubah. Kami masih suka bangun awal pagi dan turun ke tanah untuk main permainan Ondak-ondek, main teng-teng atau main guli.

Sejak hari itu, aku berubah menjadi pencinta sang rama-rama. Hampir setiap malam aku akan menunggu kedatangan si ungas ini yang sekarang menjadi teman sepermainanku hampir setiap hari. Malah aku selalu mencari rama-rama kecil dan bermain dengannya. Duniaku bukan lagi guli, ondeh-ondek atau teng-teng sehinggakan kerana keasyikanku terhadap teman baruku ini, adik-adikku merajuk denganku tapi rajuk mereka akan hilang apabila si temanku ini muncul di rumah kerana kami bertiga akan bermain dengannya. Setiap kali si rama-rama ini datang ke rumah, mesti ada sahaja perkhabaran yang ditunjukkannya iaitu seperti kata-kata ibu dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience