BAB 9

Other Completed 1211

“Eh, kasihannya. Jahat awak Shahir.” Amira, si gadis genit dan bertudung labuh dan duduk di depan sekali memarahi Shahir. Shahir hanya tersengih mempamerkan gigi kapaknya di depan tanpa ada perasaan bersalah atau menyesal. Aku pula hanya bisa menunggu ungkapan yang akan keluar dari bibir ustazah muda yang comel itu.

” Ustazah, kenapa ustazah tiba-tiba bercerita pasal rama-rama ni.” Tiba-tiba Zahid melantunkan suaranya dari belakang. Ustazah Khamisah tersenyum. Lalu dengan nada lembut dan mesra dia pun menjawab.

” Sebenarnya, rama-rama itu adalah hamba Allah s.w.t yang paling baik. Paling cantik. Paling comel. Paling mulia dan paling disukai oleh manusia.” Ustazah Khamisah memulakan madahnya. Kami semua menunggu tidak sabar.

” Kala bunga mula mekar mengembang, rama-rama adalah temannya yang setia. Dia akan bertenggek di atasnya beberapa lama sebelum pergi kepada bunga yang lain. Jadi rama-rama adalah tempat bunga itu mengadu kesedihan tatkala si lebah, musuh setianya ini datang menghisap madunya. Dialah juga yang akan menceriakan hidup si bunga ini tatkala si bunga ini sudah mula layu dan tidak lagi bermakna di sisi manusia. Lihatlah di taman-taman yang mempunyai banyak bunga, pasti kita akan melihat seekor rama-rama bertenggek di atas sejambak bunga tak kira yang masih mekar atau sudah layu kan.” Ustazah Khamisah menghentikan kata-katanya. Seketika kemudian dia meneruskan ceritanya kembali.

” Taman-taman bunga akan ceria dengan kehadirannya. Tasik-tasik juga akan ceria dengan kehadirannya. Manusia-manusia juga akan ceria dengan kehadirannya. Seluruh hidup kita akan selalu ceria dengan kehadiran si comel ini. Malah ke mana-mana kita pergi, kita pasti akan dijamu dengan kehadirannya. Contohnya ustazah, sejak kecil hingga sekarang ustazah tak pernah kehilangannya. Dia pasti akan sentiasa bersama dengan kita. Dialah yang menjadi teman kita sejak kecil. Dialah yang menceriakan hidup kita dan pelbagai lagi makhluk Allah. Tanpa rama-rama, bunga tak akan berseri. Bunga tak akan dikenali. Dan mungkin juga, bunga itu ibarat kayu buruk yang tak memberi apa-apa faedah lagi kepada manusia dan si lebah.” Aku mula berasa dadaku sebak. Kolam mataku juga mula digenangi air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience