BAB 3

Other Completed 1211

“Lelaki?” Kata adik perempuanku pula. Adik lelakiku itu hanya mengangguk kemudian tersenyum memperlihatkan giginya yang rompang.

” Sekarang tengok tempat akak pula.” Kataku pada mereka. Kami beralih tempat. Aku menunjukkan wajah tetamu yang menjadi impianku di hadapan kedua adik kesayanganku ini.

” Perempuan? Kak, betul ke ini yang akan datang ke rumah kita?” Tanya adik lelakiku.

“Entah. Alaaa, kita tengok jelah nanti. Hah, macam mana pula dengan Ira.” Soalku pada adik bongsuku ini. Muka adik perempuanku ini membesarkan matanya. Kami berdua berasa hairan.

“Kenapa?” Soal kami serentak.

“saya tak buat.” Katanya sambil ketawa comel.

” Nanti kita tengok siapa yang kena. Perempuan atau lelaki.” Kami semua berteka teki. Hampir setiap hari kami bertiga akan bangun awal dan turun ke tanah seawal pagi sebaik sahaja cahaya alam menembusi langit sambil diselaputi embun pagi. Sambil menunggu kami akan bermain apa sahaja yang ada di fikiran hinggalah matahari muncul dilangit lazuardi.

Namun sudah lima hari berlalu, orang yang di maksudkan tetap juga tidak muncul sehingga kami berasa bosan menunggu. Adik lelakiku yang memang panas baran orangnya walaupun masih kecil mula membebel dan bertanya itu ini pada ibu hingga ibu hanya diam apabila tidak mampu menjawab soalannya yang bertubi-tubi itu.

” Ibu bohong!” Katanya kepadaku. Matanya mula merah. Sebentar lagi tangisan dari hero ayah dan ibu ini pasti akan meletus.

“Ibu tak bohong.” Bantah adiknya yang lebih banyak bersabar berbanding abangnya.

“Kita tunggu lagi dua hari.” Pujukku walaupun hatiku juga mula berasa ragu-ragu dengan kenyataan ibu. Adikku bersetuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience