BAB 6

Other Completed 1211

Semenjak kedatangan si pengembara dunia itu, aku menjadi semakin obses dengan ungas kecil ini. Sehingga kadang-kadang aku lupa untuk makan hanya kerana mahu mencari temanku ini. Memang agak susah mencarinya, kerana rama-rama kecil ini tidak selalu berada di halaman rumah kami. Jika kami berjumpa, aku akan dekat dengannya pelahan-lahan dan dengan penuh hati-hati aku akan melunjurkan jari telunjukku ke arahnya. Si unggas ini pula tidak mahu lari malah suka pula bertenggek di jariku.

Jika di bendang pula, selesai mengerjakan sawah aku akan mencari rama-rama untuk bermain dengannya tanpa mempedulikan kedua adikku yang marah dengan tindakan kakak mereka ini. Bagiku, hidupku lebih menyeronokkan dengan kehadiran si comel ini bagaikan aku akan berada di dunia lain. Seringkali juga aku berangan-angan untuk pergi ke dunia rama-rama. Tentu seronok, melihat beribu rama-rama pelbagai warna dan saiz berterbangan di taman-taman bunga yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang cantik dan indah. Aku akan pergi kepada mereka dan melihat mereka menghisap madu bunga itu. Kerana perangai anehku ini, ayahku pernah menutup pintu dapur apabila aku hendak ke dapur untuk makan tengah hari bersama seekor rama-rama. Aku yang mahu melangkah ke bendul terus terhenti separuh jalan. Terkejut dengan tindakan ayahku.

“Kau hiduplah dengan rama-rama tu. Tak payah makan lagi. Kau dah kenyang kan.” Aku terdengar suara marah ayah di balik pintu. Serta merta aku menjadi sedih. Sampai hati ayah buat aku begini. Tetapi kesedihanku bersifat sementara apabila ibu membuka pintu untukku setelah mereka selesai makan dan ayah pula hilang dari dapur. Sejak itu aku membahagikan masa makan dan bersama-sama dengan teman-temanku ini. Aku tidak mahu tindakan keterlaluan ayah itu berulang lagi terhadap diriku. Zaman kanak-kanak hingga sedikit zaman remajaku, hanya berlegar dalam tempurung sahaja kerana aku hanya suka bermain dengan temanku ini. Si ungas yang bersengungut panjang menongkah langit lazuardi hinggalah suatu hari, hari yang sepi dan sunyi. Mungkin hari yang bening juga. Hari yang menghentikan pawana hidupku. Menghentikan aliran hidupku sehingga menjadi beku. Sebeku air salji yang turun di luar negara ketika musim salji tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience