BAB 7

Other Completed 1211

Aku menangis tersedu-sedu. Kedua adik kesayanganku juga turut menangis tersedu-sedu di sisi jasad ibuku yang terbujur kaku. Ayah, abang-abangku dan kakak-kakakku yang lain entah ke mana perginya. Aku sudah tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

“Sudah, jangan menangis. Nanti roh mak sakit.” Pujuk kak Zarah, yang entah bila berada di sisiku. Dua adikku yang comel itu sudah pun berada di pangkuan kakakku yang lain.

“Jangan menangis nak. Sabarlah.”Aku terdengar pula suara wanita di belakangku.

“Ibu dah tak ada. Siapa nak jaga kita kak?” Tanyaku pada kak Zarah, satu-satunya kakakku yang masih tinggal serumah denganku yang ketika itu sudah boleh menahan emosi dan perasaan.

“Ayah, abang dan kakak-kakak kita yang lain kan ada.” Jawab kak Zarah. Tersedu sedikit.

“Kenapa rama-rama tu tak bagitahu kita yang emak nak mati kak?” Soalan adik bongsuku, Sairah tiba-tiba membuatkan kesemua kakakku dan abang-abangku tercengang mendengarnya. Malah bukan kami sahaja, rasanya semua yang berada berdekatan dengan kami ketika ini juga turut tercengang.

“Allah yang menentukannya dik. Bukan rama-rama tu.” Jawab kak Zarah dengan suara yang pelahan. Kata-kata adikku itu memberi kesan yang mendalam kepada diriku. Aku masih tidak dapat menerima kehilangan ibu dalam hidupku. Hampir setiap hari aku menangis hinggakan mataka menjadi bengkak akibat kerap menangis. Aku juga sudah membenci sesuatu. Aku sudah tidak boleh menerima kehadirannya dalam hidupku. Ya, aku sudah bencikan teman rapatku, si rama-rama. Kenapa si rama-rama yang selama ini kusayang dan menjadi temanku tidak memberitahu kami sekeluarga awal-awal jika ibu mahu pergi? Kenapa dia tidak memberikan tanda-tanda? Jika dia memberitahunya pasti kami dan lebih-lebih lagi aku dan dua orang adikku, akan lebih bersedia menerima kepergian ibu.

” Han, rama-rama bukan Tuhan. Dia adalah makhluk Tuhan. Macam kita juga.” Nasihat kakakku iaitu kak Zarah apabila melihat aku terus-terusan menyalahkan makhluk kecil yang tidak berdosa itu. Malah, kerana kebencianku padanya, aku pernah memijak setiap rama-rama yang datang ke rumah kami hingga mati. Perbuatanku itu disaksikan oleh abang sulungku, abang Shahril dan kak Zarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience