BAB 2

Other Completed 1211

” Eh, jangan pegang. Biarkan dia di situ.” tegah ibu apabila adikku ini cuba mencapainya dengan tangan kanan. Adik hampah lalu kembali ke tempat duduk.

” Kepaknya beracun. Kalau kena tangan nanti sakit.” Kata ayahku pula. Cuba menakut-nakutkan adik yang berwajah kelat menunjukkan ketidakpuasan hati. Aku menoleh ke arah rama-rama itu.

” Sayapnya tak cantik.” Bisikku dalam hati. Aku cuba menimbang-nimbang kata-kata ibu dan ayah tadi.

‘Ada orang nak datang ni.’ Benarkah kata-kata ibu itu atau ibu hanya bermain kata? Minda dan fikiranku terus bersoal jawab.

“Ibu, ada orang nak datang ke rumah kita ke bu?” Aku bertanya kepada ibuku yang sibuk menganyam tikar sambil berbual-bual dengan ayah. Ibu memandang wajahku sekilas sebelum menyambung tugasnya.

” Ya.” Jawabnya pendek.

“Bila?” Soalku lagi.

” Esok, lusa…bila-bila masa terdekat ni.” Jawab ibu.

“Esok?” Aku memandang dua orang adikku yang juga setia menunggu jawapan ibu sejak tadi. Mulut adik bongsuku, Sairah ternganga besar sambil matanya merenung ke atas siling. Cuba memikirkan wajah tetamu yang akan datang ke rumah kami esok atau tulat atau bila-bila masa, seperti kata ibu.

” Tutup mulut tu.” Kataku kepadanya. Sairah tersengih lalu menutup mulutnya. Abangnya menjeling sekilas. Mengejek. Suka sangat bila adiknya ditegur sebegitu.

“Orang lain ke bu?” Tanya Sairah lagi.

” Saudara kamu juga.” Ujar ibu. Tangan ibu masih sibuk dengan tugasnya yang belum siap-siap. Ayah pula hanya mendengar. Tiba-tiba adikku Hafiz berlari ke dapur diikuti oleh Adik bongsuku Sairah yang juga tidak mahu kalah, mengejar abangnya.

Rama-rama itu sedang berlegar di sekeliling lampu kalimantang di dapur kami. Aku turut mengikut adik-adikku. Aku melihat ada dua ekor rama-rama yang sedang galak mengelilingi lampu kalimantang itu.

Kedua-dua adikku terloncat-loncat kegembiraan apabila melihat ragam ungas itu. Tiba-tiba seekor darinya jatuh ke lantai lalu lantas kedua adikku ini menuju ke arahnya dan menopong dagu melihat haiwan kecil yanag lemah dan tidak bergerak-gerak itu.

Aku juga turut serta mengikut perbuatan kedua adikku. Sekarang baru aku melihat dengan jelas keadaan fizikal dan warna rama-rama tersebut. Bentuk fizikalnya agak besar, begitu juga dengan kepaknya manakala warnanya berwarna kehitaman dengan corakyang harmoni.

” Jangan pegang. Ada racun.” Tegah adik lelakiku Hafiz apabila adiknya cuba menyentuhnya. Tangan adikku itu tidak jadi menyentuhnya. Debu-debu halus berada di sekeliling sang unggas kecil itu.

“Ada orang nak datang ni.” Masih terngiang-niang kata-kata ibuku sebentar tadi.

” Dia sakit kak.” Bisik adik perempuanku itu kepadaku.

” Bukan. Dia tak sakit. Dia dah penat terbang agaknya. Nanti dia terbang lagilah tu.” Kataku yakin dengan jawapan yang kuberikan hinggalah esoknya aku melihat rama-rama cantik itu masih berada di situ. Tidak bergerak dan beralih tempat. Berpuluh-puluh ekor semut sudah pun mengharunginya. Tahulah aku, rama-rama itu sudah pun meninggalkan dunia yang fana ini.

Sejak si rama-rama ini datang ke rumah kami, aku dan kedua-dua adikku, Hafiz dan Sairah tidak sudah-sudah menunggu tetamu yang dikatakan akan datang ke rumah kami. Malah kami bertiga semakin sibuk melakar wajah tetamu tersebut di atas tanah ketika pagi menjelang tiba atau senja mula melabuhkan tirainya di dada langit.

” Inilah wajahnya.” Ujar adik lelakiku itu kepada aku sambil menunjukkan lakarannya di depan kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience