BAB 5

Other Completed 1211

“Ada orang datang ni.”

Ya, itulah yang kami alami. Jika si temanku ini datang, otakku ini terus mensetkan bahawa ada orang yang akan datang ke rumah dan memang setiap kali dia datang, setiap kali itulah rumah kami akan dikunjungi orang tak kira saudara jauh atau dekat mahupun adik-beradikku sendiri.

” Kak, mari kita main teng-teng.” Suatu hari, adik-adikku mengajakku bermain dengan mereka. Aku tidak menolak. Kami turun ke tanah dan bermain dengan seronok sekali walaupun ketika itu senja sudah mula melabuhkan tirai senjanya. Angin juga sudah mula bertiup lembut dan sejuk menandakan tidak lama lagi malam akan mengundang datang. Namun kami tiga orang masih tidak naik ke dalam rumah.

“Eh, apa tu” Tanya adik lelakiku sambil tangannya menunjuk ke arah sekumpulan makhluk yang terbang dari jauh menuju ke arah kami. Kami bertiga menunggu.

“Eh, rama-rama kuninglah. Wahhhh, cantiknya…” Kami dikejutkan dengan kedatangan sekumpulan pengembara si kupu-kupu yang comel ini apabila melalui halaman rumah kami untuk kali pertama dalam seumur hidup kami. Bilangan kupu-kupu kuning itu tak terkira banyaknya. Kami berasa seronok mengejar mereka semua. Ada kalanya mereka akan bertenggek di badan kami sebentar sebelum meneruskan perjalanan jauh mereka. Aku tidak mampu mengucapkan kata-kata apabila melihat apa yang terhidang di pandangan mataku tika ini. Keajaiban Tuhan yang menciptakan makhluk-makhluknya.

” Ini kupu-kupulah dik.” Terang adik lelakiku.

” Ini rama-ramalah.” Adik perempuanku masih berkeras.

” Ah, sama saja. Kupu-kupu ke, rama-rama ke, sama saja bagi akak. Lagipun bentuknya hampir sama, Cuma berbeza fizikalnya. Yang datang kat rumah kita tu badannya besar. Ni pula kecil” Kataku, menghentikan pergaduhan kedua adikku itu. Hampir lima belas minit, barulah sang rama-rama yang beribu-ribu ekor itu menghilang dari pandangan kami tanpa ada seekor pun yang tertinggal. Aku jadi sayu tiba-tiba. Entah bilakah lagi aku akan melihat keajaiban seumpama ini. Apakah ini kali pertama dan kali terakhir buat aku dan adik-adikku? Aku masih terbayang wajah dan badan comel teman-temanku itu sebentar tadi. Ia seakan-akan menari di ruang mataku. Aku terbayangkan sayap moleknya. Asyik berkibar-kibar setelah badan sejemputnya bertenggek di atas tanganku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience