BAB 11

Other Completed 1211

Aku hanya memandang langit kelam dengan linangan air mata. Cuba mencari si rama-rama tetapi gagal. Yang kelihatan hanyalah awan putih yang berketul-ketul di langit nan biru. Hari itu adalah hari terakhir aku berjumpa dengan sahabatku yang mulia ini.

Itulah kisah hidupku dengan si rama-rama. Sejak peristiwa yang merubah hati dan perasaanku dari keras menjadi cair terhadap makhluk Allah yang tidak berdosa ini, aku tidak lagi dapat berjumpa dengannya. Walaupun aku menyesal, aku tidak dapat lagi mengecapi kegembiraanku suatu masa lalu. Aku tidak dapat lagi merasa kehangatan tubuhnya ke atas kulitku. Malah sampai sekarang, di usiaku dua puluh empat tahun dan tidak lama lagi akan menjadi seorang guru, aku masih tertunggu-tunggu kedatangannya ke rumah sewaku ataupun di rumah kami setiap kali aku balik kampung. Hamba Allah, yang pernah menjadi teman sepermainanku suatu ketika dulu, namun harapanku hanya tinggal harapan. Mereka tidak pernah lagi hadir dalam hidupku. Malah, melalui ayahku di kampung, aku mendapat tahu, tiada lagi rama-rama yang datang ke rumah kami. Aku kembali merinduinya. Aku memang menyesal dengan kesilapanku di masa lalu namun semua yang baik itu tidak mungkin akan kembali. Aku kembali meniti hari dewasa dan mungkin hari tuaku tanpa melihat sang ungas ini lagi. Merasai kegembiraan bersamanya. Merasai keseronokan bersamanya. Merasai kehanyatan tubuh halusnya. Mungkin inilah balasan yang aku terima dari Allah s.w.t atas khilaf yang aku lakukan. Hukuman dunia iaitu hukum karma telah datang dalam kamus hidupku. Benar kata pujangga.

” Hargailah mereka yang ada di depan mata, kerana sesudah mereka pergi, kita ibarat musafir yang berkelana dengan debu-debu pasir di lautan duka.”

Ya, sekarang aku seperti si musafir itulah. Sentiasa berkelana dengan kesedihan dan penyesalan yang tak sudah-sudah. Azamku, apabila aku sudah menjadi guru nanti, aku akan menceritakan kisahku ini pada pelajar-pelajarku agar mereka lebih menghargai hamba Allah yang lemah ini mahupun binatang yang lain. Sejak itu, dalam setiap solat sujudku, aku sering berdoa.

” Ya Allah, ampunkanlah dosaku. Ya Allah, hadirkanlah rama-rama dalam hidupku. Hadirkanlah ia dalam hidupku ya Allah. Walaupun hanya sekali.” Dan selesai berdoa, aku pasti akan menangis.

Aku baru bersiap-siap mahu ke kedai apabila teman serumahku, Zakiah mengajakku jogging di taman yang berada di belakang rumah kami. Sekarang sudah setahun lebih aku atau dipanggil Cikgu Hana menjadi guru di sebuah sekolah yang terletak berdekatan dengan kampung dan tinggal di rumah sewa yang disediakan. Aku tidak jadi ke kedai lantas mengikut sahabatku ini. Lagipun aku juga suka bersenam sejak di universiti lagi hingga terbawa-bawa sampai sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience