Bab 10: Life is not always beautiful

Romance Series 5981

Keesokkan paginya...

Cahaya matahari yang sudah muncul ke atas menandakan hari sudah berlanjut pagi. Cuaca di luar pula sedang baik.

Manakala Ciara di dalam bilik sedang berdengkur kecil. Masih tidak bangun tidur. Nyenyak nampaknya gadis itu tenggelam dalam mimpi. Yelah, akhirnya dapat tidur di atas katil king katakan walaupun sekali dalam seumur hidup.

"Oit! Bangun oi! Kau nak tidur sampai ke petang ke makcik!" Kedengaran suara kasar samar-samar memanggilnya. Wah, makcik kau kata?!

Kyran mengetap bibir bawahnya geram apabila melihat Ciara hanya bertindak balas menekup bantal ke mukanya.

"Dasar! Dia memang suka bangun lewat macam ni ke? Ish, aku dahlah lewat ni. Nanti kang...aku tinggal dia terus kat sini baru tahu." Gumam Kyran tidak puas hati.

Bantal dakap yang berada di atas katil dia ambil. Heh, bukan main buas lagi dia tidur.

Terus bantal dakap itu dibaling kuat ke arah Ciara. Namun, yang dibalasnya hanya dengkuran dari gadis itu.

"Ishhhh, taknak bangun juga ehh."

Kyran mendekati gadis itu perlahan-lahan. Punggungnya dilabuhkan di tepi birai katil. Ditariknya perlahan bantal itu dari menekup wajah Ciara.

Terus muka itu dipandangnya tajam.

'Nasib aku bagi kau tidur dalam bilik tetamu ni. Kalau tidak, nak aje aku suruh kau tidur luar terus.' Bebel Kyran dalam hati.

Taktik kasar tidak menjadi. Kali ini dia menggunakan taktik halus.

Tetapi dalam masa yang sama, Kyran mengerutkan dahinya. Cadar kain Ciara masih menutup separuh wajahnya.

Dia tidur pun pakai benda alah ni ke? Sah! Gadis ni memang pelik. Tak ke panas tu? Boleh pula dia pakai waktu tidur. Bukannya aku nak tengok sangat pun wajah dia. Pfft!

Tangan diangkat perlahan sebelum suara dibetulkan.

"Ciara...." Panggilan kasar Kyran kini sudah bertukar serta-merta menjadi lembut. Habis bergetar tulang rusuk nanti.

"Ciara... Bangunlah..." Ciara yang mendengar suara yang begitu lemah-lembut menerjah ke gegendang telinganya perlahan-lahan menggerak-gerakkan matanya yang sambil terpejam itu. Kejap, ni boss aku ke? Pelik... Tapi memang suara dia pun.

Tapi, yang lebih buat Ciara terkejutnya apabila kepalanya diusap lembut oleh bosnya. Bosnya sendiri? Yang garang lagikan dingin tahap langit ketujuh tu?! Bos aku ke ni... tapi rasa peliklah dia buat macam ni.

"Ciara..." Suara menggoda itu membuat jantung Ciara yang perlahan berdegup tadi serta-merta menjadi laju.

Gulp! Air liur ditelan kasar. Aduhh bos! Janganlah buat saya seperti ini boss! Arghh...hati Ciara menjerit sekuat mungkin.

Kyran mengeluh perlahan. Tiba-tiba hatinya terasa begitu ingin tahu di sebalik wajah yang dilindung cadar itu. Tidak semena-mena tangannya mahu perlahan-lahan menarik cadar itu namun terus tangannya diletak kembali apabila melihat mata Ciara serta-merta terbuka.

Akhirnya bangun pun. Nak gerak dia ni...macam nak gerak bangunkan kerbau pula. Susah naw.

Sempat lagi Kyran mengutuk Ciara dalam hati.

Ciara selepas membuka matanya terus bangun dari baring membuat jarak mereka tiba-tiba menjadi dekat. Ciara terkejut begitu juga Kyran.

Tanpa apa-apa Kyran terus menolak Ciara dari dekat dengannya. Ciara yang ditolak oleh bosnya terjerit. Wait what...

"Arghh!" Laju Kyran melingkarkan tangannya ke pinggang Ciara. Mungkin terasa bersalah tolak gadis itu tadi. Yelah, terkejut punya pasal tiba-tiba wajah gadis itu sudah dekat dengannya. Dahlah dengan rambut yang serabai menutup wajah. Tak ke terkejut dibuatnya. Bangun tidur macam bangun hantu cik Ponti!

Disebabkan Kyran sempat menyambut pinggangnya serta-merta tangan Ciara terpeluk leher Kyran. Fuh, selamat.

Ciara terkebil-kebil matanya seketika apabila dirinya sudah sedar yang dia memeluk bosnya itu dengan kejap sendiri. Begitu juga dengan Kyran. Tadi main tolak orang sangat sekarang baru tahu bersalah. Hmmph!

Kyran tersenyum sinis. Mesti gadis itu sudah berangan sampai ke Cameron Highlands. Yelah, siapa yang dapat peluk tubuhnya yang mahal ni. Free full pula tu.

Kyran mendengus kecil. Dia menolak perlahan tubuh yang masih memeluknya itu tetapi kali ini menolak ke atas katil.

Ciara yang baru mahu menikmati detik-detik pelukan pertama terhadap crush pertamanya itu hancur kejap angan-angannya. Hampeh, kasar betul bos aku ni.

"Eh!" Hampir saja lagi kain cadar itu mahu terlerai ikatannya. Nasib Ciara sempat memperbetulkan semula ikatan kainnya itu.

Kyran yang perasan akan hal itu tersenyum sinis. Asyik senyuman sinis yang tidak lekang dari bibirnya.

"Mahal sangat muka kau tu? Tak ada makna aku nak terjatuh hati tengok muka kau tu nanti."

Ciara mengecilkan mata memandang bossnya. Iya? Meluat pula dengan bosnya ini. Tak boleh ke cakap lemah lembut macam tadi. Erk, tak naklah. Nanti tak pasal-pasal lemah jantung aku asyik berdebar dengar dia berkata lembut macam tu lagi. Tak terbayang dek akal rasanya.

"Mahal. Mahal sangat." Jeling Ciara tajam pada bosnya. Agak-agaknya kalau bos tahu muka aku ada iras-iras isterinya apa reaksi dia nanti eh?

Hmm, macam kebetulan pula aku pakai cadar ni kan. Dengan hanya sebab mahu menutup parut di wajah aku... hakikatnya aku langsung tidak ada keyakinan mahu menunjukkan wajah aku di hadapan orang lain lagi. Ini kerana, sudah cukup rasanya untuk aku menunjukkan wajah aku pada orang toxic yang banyak disekeliling aku. I hate them. And I hate myself kerana terlalu lemah dengan mereka. Tak terdaya rasanya untuk aku hadap lagi muka aku pada mereka.

Dan pada bos pun...aku juga tidak ada keyakinan terhadapnya. Manalah tahu, dia pun boleh jadi sama juga dengan orang lain. Biarpun dia crush aku sendiri. Itu tak bermakna aku boleh tunjukkan dengan senangnya muka aku pada dia. Lagipula sudah terbiasa aku pakai dan di bilik tetamu ini juga mempunyai aircond. Huwaaa, punyalah nyenyak aku tidur semalam.

"Dah, cepat siap. Dan mandi. And...untuk baju ganti nanti. Ikut aku. Aku ada sesuatu nak bagi kau. Tapi, ingat! Baju itu hanya untuk pinjam saja." Kyran menuding jarinya ke arah Ciara. Tak lekang juga dengan pandangan tajam yang menusuk itu. Pfft!

Otak aku ligat memikir. Baju? Baju siapa? Baju dia ke? Eeee takkanlah dia nak suruh pakai baju dia kan!

Baru dia mahu bertanya tentang hal itu bertambahkan lagi perutnya yang berbunyi mintak diisi Kyran telah terlebih dahulu bersuara.

"Dah, jangan banyak soal! Aku tak suka orang yang banyak cakap ni. Terutamanya gadis nenek seperti kau. Nanti kau turun kat meja makan. Ada makanan. Aku taklah terlalu kejam sangat sampai terlupa nak bagi anak orang makan. Yelah, dah curi anak dara orang, kan." Tersenyum sinis Kyran berkata.

"Hmm, okay fine. Orang tanya sikit-sikit pun nak marah. Garang sangat anjing laut ni." Namun ayat di hujung Ciara hanya bergumam perlahan tidak mahu bosnya dengar.

"Hahh? Apa kau cakap tadi?!"

"Eh-eh, tak ada apalah bos. Saya cuma fikir nak makan apalah nanti kan. Sebab lapar sangat hehe. Haa macam tu." Ciara sudah tersengih-sengih beruk cuba sedaya-upaya untuk tidak kantoi.

Kepala digaru perlahan.

Kyran hanya mengerlingnya sekilas.

'Dialah tu. Entah-entah tengah menyata aku tadilah tu.'

"Urmm, bos..." Baru Kyran mahu pergi Ciara sudah memanggilnya.

"Hmm, apa pula songeh kau?"

"Hehe, pinjam phone bos bolehh? Sebab phone saya dah habis bateri lah. Mesti mama saya tertanya-tanya sekarang ni saya pergi mana. Nak telefon semalam...tapi macam dah lewat sangat."

"Nah." Tanpa banyak kata, Kyran terus memberikan phonenya.

Ciara tersenyum manis.

"Terima kasih, bos."

"Nanti lepas guna, terus bagi pada aku. Ingat, jangan kau pandai-pandai mahu 'selongkar' phone aku."

"Hehe baik."

"Oh ya sebelum terlupa. Password aku 'Puteri'. Kau jangan lupa pula. Lepas call ikut aku."

"Puteri?"

Kyran tak berkata apa. Hanya berkata singkat dan pergi dari bilik itu.

Ciara menekan on di tepi skrin phone itu Automatik, phone itu menyalakan skrinnya dan terpapar lah background di atas skrin phone itu. Background itu ialah sebuah gambar antara bosnya dengan seorang perempuan cantik.

"Puteri..." Serta-merta tangan laju menaip papan kekunci dengan password 'Puteri'.

"Bos pasti terlalu menyayangi isterinya. Tengoklah sampaikan password bos dan background hanya berkaitan dengan isteri bos saja. Memang patut...bos aku akan rasa sesakit ini..." Gumam Ciara perlahan.

Tanpa berlengah lagi, Ciara menaip nombor phone ibunya.

Namun, apabila cuba untuk menelefon beberapa kali hanya voicemail sahaja yang keluar. Ciara mengeluh nafas perlahan. Nampaknya, ibunya memang tidak mengambil kisah padanya lagi. Kalau dia ambil kisah pun...mesti sebabkan hanya kerana tidak ada siapa yang dapat buat kerja rumah semua itu nanti. Dan mesti saja akan merungut duit darinya.

Yeah, memang itu tanggungjawabnya sebagai seorang anak tapi kalau dah duduk rumah seperti neraka macam mana dia mahu terus bertahan?
Ciara cuba menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan berulang kali. Terus perlahan-lahan kaki dilangkahkan bangun dari birai katil.

"Nah." Kelihatan sehelai pakaian baju putih sekaligus seperti gaun yang agak labuh di paras lutut dilemparkan ke wajah Ciara. Pakaian itu pula bercorak bunga sederhana berwarna peach campur pink di sekelilingnya. Tak lupa juga kedutan di pinggang menampakkan bawahan kain yang agak kembang tetapi tidak terlalu mencolok. Serius cantik!

"Eh, bos." Ciara terus mengambil pakaian itu dan merenungnya tanpa berkelip.

'Cantik, macam... inilah gaun idaman aku yang aku teringin sangat dari dulu mahu pakai.' desis Ciara dalam hati sempat lagi.

"Pakaian siapa ni bos?" Dengan polosnya Ciara bertanya. Rumah ni ada baju perempuan rupanya. Ingatkan nak suruh aku pakai baju dia tadi.

"My wife." Ringkas tapi padat Kyran ujarkan.

Matanya tidak memandang ke arah Ciara. Teringat lagi dahulu, pakaian ini juga akan menjadi salah satu kejutan buat Puteri selepas mereka berdua berpindah ke rumah ini. Dia berfikir pakaian itu pasti akan kelihatan lebih padan dan cantik apabila tersarung ke tubuh Puteri. Namun, semua itu hanyalah kembali menjadi angan-angan dia sahaja. Dari angan-angan yang sangat mustahil untuk dia capai lagi.

Mendengar akan hal itu, Ciara hanya mengangguk diam. Tidak mahu bercakap banyak.

"Ciara! Kau buat apa kat atas hah?! Sedang buat pakaian ke atau tengah bersiap?! Lembab!" Kedengaran suara bosnya sudah terpekik-pekik menyuruh Ciara turun.

Yeah bilik tetamu di rumah ini ada banyak. Beberapa bilik di bawah dan beberapa lagi bilik di atas.

Kyran sudah mengerling jam di tangannya. Sudah keberapa kali dia asyik mengerling jam tapi Ciara masih tak turun-turun.

"Ciara kalau sampai kiraan 10 kau tak turun lagi aku terus tinggal kau kat rumah ni sorang-sorang tau?! Aku ada banyak kerja lagi dari membuang masa untuk tunggu kau."

"Sepuluh!" Kyran mula dengan kiraannya.

"Sembilan!"

"La..." Bila baru kiraan lapan kelihatan muncul dirinya yang turun perlahan-lahan dari atas tangga.

Kyran terdiam sejenak. Terkatup rapat mulutnya tidak jadi bersuara lagi. Manakan tidak, dengan bentuk tubuh Ciara apatah lagi memakai pakaian itu benar-benar kelihatan seperti...

"Puteri..." muncul nama itu meniti di bibirnya.

Ciara menyelitkan anak rambutnya ke belakang telinga. Sampai di anak tangga yang terakhir matanya hanya bertentang dengan mata lelaki itu. Malulah pula dia dipandang sebegitu.

Apa crushnya ini sudah terpikat hati ke tengok dia pakai baju cantik ni? Ciara menggeleng-geleng kepalanya. Tak-tak, mustahil. Ni mesti sebab dia pandang aku lama macam tu sebab aku lambat turun tadi.

"Bos?" Kelihatan bosnya masih tidak sedar. Mengelamun pula dia.

"Bos!"

"Ehem bos!" Kyran melarikan pandangannya. Dia menggeleng kecil. Macam mana pula dia boleh tidak sedar dan teralit lihat Ciara tadi. Tak-tak, Ciara hanya agak menyerupai seperti Puteri. Dia...bukan Puteri kau Kyran. Puteri kau sudah pergi. Kau kena terima itu.

"Bos, kenapa mengelamun panjang sangat? Saya panggil bos tadi."

"Heh, perlu ke aku jawab soalan kau tu?" Kening diangkat sebelah seraya bibir mengukir senyuman sinis.

Ciara menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Err, tak perlu kut. Heheh."

'Aduhh, bos ni. Kerja moody aje memanjang. Silap sikit ada aje nak dimarahnya. Mengalahkan perempuan yang datang bulan! Pfft...'

"Bos, tengok tu! Cantiknya!" Ciara menuding jari ke satu tempat di luar kediaman ini.

Memang waktu datang sini dengan grab pun punyalah tak perasan suasana cantik kat luar seperti ini. Ia lebih cantik dengan suasana angin sejuk pagi.

Di luar sini, terdapat pemandangan seperti tasik jernih yang terbentang dan bermacam-macam tanaman. Cahaya pagi ketika ini menyerlah keindahan alam. Seriuss, pandai bosnya pilih rumah dekat sini. Kalau fikiran kusut atau tertekan boleh petang-petang datang sini keluar rumah! Aaa memang rumah tepi tasik ini yang Ciara impikan. Bertuahnya bos dia.

"Kau suka?" Kening diangkat memandang ke arah wanita itu.

"Hmm-hmm!" Kepala seraya diangguk laju oleh Ciara.

"Bos, boleh kita lepak sini sekejap sebelum hantar saya balik?"

Kyran termangu seketika.

"Pleasee..."

"Hmm..." Kyran hanya berhmm sebagai jawapan.

"Yeayyy!" Terus dengan cerianya Ciara melompat-lompat kecil dan memusing-musingkan tubuhnya mengambil fefeeling gitu. Suara terjerit-jerit kecil.

Manakala Kyran hanya menatap lama ke arah Ciara yang memusingkan tubuhnya sambil mendepakan tangan mendongak langit. Ciara...memang seperti Puteri. Terutamanya pakaian itu. Benar-benar seperti Puteri...

Tidak sedar Kyran menguntum senyuman pahit. Hatinya pedih. Tangan di sisi hanya digenggam melihat Ciara bermain-main seronok seperti itu.

"Puteri!"

Seraut wajah putih itu bersama mata bundarnya memandang ke wajah itu.

"Ye."

"Wanna dance with me?" Nada dipekatkan kepada nada yang romantik. Mata cantik bundar itu dipandang lama olehnya dengan penuh kasih. Satu tangan dihulurkan kepadanya.

Senyuman Puteri dihadiahkan lagi. Menampakkan lesung pipitnya itu. Terus tangan menyambut huluran itu tanpa berfikir panjang.

Akhirnya pasangan itu menari-nari sehingga tubuh Puteri ditarik dan menjatuhkan tubuh itu sebelum menyambutnya. Mata saling bertentang mata.

Kyran tersenyum menggoda. Dengan perlahan-lahan tubuh Puteri didirikan olehnya. Dan menarik tangan itu sekali lagi membuat tubuh Puteri dekat dengan dadanya. Sisi pipi itu Kyran mendekatkan bibirnya. Dalam masa yang sama, berbisik perlahan dalam satu ayat...

"I love you."

Puteri tersenyum malu mendengar hal itu.

Akhirnya pipi itu berjaya dikucupnya lembut membuat Kyran agak terkejut. Namun, tidak lama senyuman di bibir itu semakin mekar. Terus tubuh itu ditarik masuk ke dalam pelukannya.

"Aaaa Puteri Ilynia hanyalah milik saya ajeeeee!" Jerit Kyran dalam kebahagiaan.

Puteri membalas pelukan itu sambil ketawa kecil.

"Puteri..."

"Ye."

"Nak tahu tak...kenapa awak terlalu penting untuk saya?"

"Kenapa?"

"Sebab awak bagaikan pelangi yang selalu muncul dalam hidup saya. Namun, pelangi itu tidak akan sesekali hilang kerana saya tidak akan membenarkannya. Awak bukan saja pelangi saya, tapi awak bagaikan nyawa dan sebahagian dari hati saya. Selagi ada awak, itu bermakna ada saya dan selagi ada saya itu bermakna awak ada. Dan sekiranya Tuhan mengambil awak dari saya itu bermakna saya juga sudah kehilangan sebahagian dalam diri saya. Dan itu, tidak akan bererti apa-apa lagi. Andai jikalau boleh Tuhan tukarkan nyawa saya untuk awak saya sanggup asalkan bukan awak yang tinggalkan saya. Oleh kerana itu, tetaplah berada di samping saya, Puteri Ilynia Khan."

Namun, ayat itu sendiri berbalik padanya.

"Puteri!"

"Arghhh..." Tubuh itu sempat disambut. Manakala darah semakin banyak membuak keluar.

"K-Kyran, S-Saya... s...ss-saya dah t...tak dapat b...bb-bertaha...n..."

"Tak-tak! Awak tak boleh tinggalkan saya Puteri! Jikalau awak tinggalkan saya...demi Tuhan saya tidak akan dapat hidup tanpa awak! Puteri, awak dah berjanji dengan saya!"

"M-Maafk-kan s..s-saya."

"Puteriiiiiiiii!"

Kyran terus menyedarkan diri daripada terus teringat akan kenangan semua itu. Matanya yang mula merah ditunduknya. Manakala perasaan di dadanya bagaikan ombak yang tidak ada hentinya.

Kyran cuba mengambil oksigen sedalam-dalamnya. Air liur ditelan kasar membuat halkumnya sedikit bergerak. Bibir merah dikemam olehnya.

Kemudian kepalanya kembali diangkat. Terasa kabur matanya saat ini.

Kelihatan Ciara menelentang tubuhnya di atas rumput apabila akhirnya sudah puas berpusing. Agak pening tapi dia tak kisah! Hari ini dia rasa bahagia. Tangan turut didepakan di atas rumput.

Ciara tersenyum gembira di saat ini. Mata dipejam perlahan mahu nikmati detik-detik yang indah ini. Manalah tahu, sungguh kegembiraan bagi Ciara hanya terasa jarang. Dan sekarang... Dia benar-benar rasa bahagia. Terutama apabila bersama dengan Kyran.

Dia tahu bosnya sekarang ini sedang memerhatikannya. Tapi, dia saja buat-buat tidak perasan.

Ciara...nampak begitu cantik. Lebih cantik dari sebelumnya.

Ciara membuka perlahan matanya namun dengan hanya satu mata cuba memandang ke wajah muram itu.

Dari tadi sampai sekarang Kyran hanya ralit memandang dirinya namun di sebalik pandangan dalam itu seperti ada otaknya yang ditenggelami dengan mimpi ataupun perkara yang lepas. Dan yang pastinya, Ciara yakin itu bukan perkara yang indah.

'Bos, kenapa saya rasa dalam diri bos terlalu sayu tetapi cuba untuk ditutupkan.'

"Ahem..." Ciara cuba bangun dari baring.

Belakang punggung cuba ditepuknya kalau ada kotoran di pakaian cantik itu. Dahlah cantik baju ni. Apatah lagi ini bukan baju miliknya. Kenalah jaga baik-baik.

Mata hazel Ciara memandang tepat ke dalam anak mata cantiknya. Manakala Kyran hanya menatap lama ke arah Ciara tanpa sedikit pun mengalihkan pandangan.

Melihatkan mata itu membuat dia teralit dan teringat dengan kenangan-kenangan itu. Seperti mana daun kering yang jatuh ke tanah disebabkan angin yang meniup.

"Bos, sebelum balik. Izinkan saya buat sesuatu boleh?"

"Apa?"

"Menyanyi di sini. Err, itu pun kalau bos sudi."

"Hehe, memandangkan mungkin ini hanya kesempatan kali untuk saya berada di tempat cantik ini."

'Terutama sekali apabila bersama dengan Kyran Andrew. Orang yang saya sayang sekali.' namun di hujung ayat ini Ciara menyebutnya dalam hati.

Kyran hanya mengangguk sebagai jawapan. Manakala mata itu hanya setia memandang ke arah Ciara.

Ciara mencarik senyuman manisnya. Dan Kyran dapat rasakan di sebalik kain itu Ciara sedang tersenyum ke arahnya.

Agak lama Ciara termangu sebentar mahu memandang ke wajah kacak itu sepuas-puasnya dengan penuh cinta. Manakala Kyran tidak sedar itu. Dia hanya pandang ke wajah Ciara namun dalam kenangannya bersama Puteri.

Ciara mengambil nafas sedalam-dalamnya. Sebelum bibir itu bergerak-gerak mahu nyanyikan sebuah lagu. Hatinya terdetik dan benar-benar mempunyai mood untuk menyanyi sekarang.

'Dan lagu ini juga...ialah lebih khas dinyanyikan hanya untuk dia.' mata dipejam perlahan.

Life is what you make of it,
It's the fire in your soul,
If you keep on hiding it from the world,
You will never know.

Kyran tersedar dari lamunannya. Fikirnya suara Ciara juga merdu di telinganya. Kini, matanya fokus hanya untuk Ciara.

Who will see the best in you,
And stand by you through the storms,
So keep shining bright like the sun,
And don't stop for everyone.

Ciara membuka matanya. Kaki perlahan-lahan dilangkahkan ke hadapan mendekati Kyran. Tidak ada lagi batasnya sebagai seorang pekerja dan bos.

Tangan itu dihulurkan ke arah Kyran. Senyuman dihadiahkan.

Some will stay, some will go,
Always remember,
They don't define who you are,
Let them stay, let them go,
Never forget,
You gotta love who you are.

Kemudian jari telunjuknya dituding ke arah tepat dada kiri Kyran tanpa menyentuhnya dan terus melekapkan tapak tangan itu ke dadanya sendiri.

Kyran hanya terkaku dan melihat Ciara dengan lama.

And those who love,
The real you,
Are meant for you,
You were born to stand out,
So, what are you waiting for?

When you realize,
You are one of a kind,
No one can dim your light.

Some will stay, some will go,
Always remember,
They don't define who you are,
Let them stay, let them go.

Never forget,
You gotta love who you are,
And those who love,
The real you.

Are meant for you,
When you know your truth ,
You know what you deserve,
You know what is best for you.

So don't be afraid to have it all,
It's time to be the real you,
And find out who you are,
Take your own path.

And see who walks with you,
The right ones will want to,
Some will stay, some will go,
Always remember...

They don't define who you are,
Let them stay, let them go,
Never forget,
You gotta love who you are.

Some will stay, some will go,
Always remember,
They don't define who you are,
Let them stay, let them go.

Never forget,
You gotta love who you are,
And those who love,
The real you,
Are meant for you.

Sejurus lagu itu disudahi seraut bibir itu dikemam. Kyran... sudah terasa lain macam dalam dadanya. Nampaknya, Ciara membuat dia rasa sedih dengan nyanyian itu.

Mata itu seperti berkolam dan namun di sebalik mata Ciara pula muncul sinar. Dan sinar itulah, yang akan menerangi kegelapan dalam hidup Kyran.

Manakala di tempat Kyran lain. Selepas saja Ciara menyudahi nyanyian dia terlihat wajah Puteri yang sedang memandang dan tersenyum di hadapannya saat ini.

Kyran turut tersenyum dalam sendu. Satu titisan air mata terus mengalir ke pipi apabila wajah itu akhirnya kembali muncul di hadapannya. Muncul wajah Puteri yang memakai pakaian itu.

'Puteri...P-Puteri?'

Tanpa Kyran sedar, terus tubuh Ciara yang dianggap Puteri itu dipeluknya erat membuatkan Ciara terkejut dan terkaku.

Kyran tahu, itu hanya imaginasinya. Dan dia sedar yang ini ialah Ciara bukan Puteri. Namun, sudah lama dia tidak melihat wajah itu dalam imaginasinya.

Disebabkan tidak dapat menahan diri kerana terlalu rindu dan Ciara juga sangat seperti Puteri, akhirnya dia tidak mempedulikan dan terus memeluk gadis itu.

Mungkin, hatinya akan sedikit lega dengan menganggap yang dipeluk itu ialah Puterinya walau ia sama sekali mustahil.

Dan juga, walau ia sangat mustahil untuk bersama dan hidup dengan Puteri.

Manakala di sisi Ciara pula lain, dia berasa amat terkejut.

Bos... tiba-tiba memeluknya? Woah, adakah kerana lelaki itu terlalu sedih dan cuba untuk menutup kesedihan dengan memeluk dirinya?

Ciara membuat andaian seperti itu. Mudah saja dirinya sudah terasa debaran di dada apabila ditambahkan pula lelaki itu memeluknya.

Tangan Ciara perlahan-lahan naik untuk membalas pelukan namun diturunkan semula tangan itu. Tak-tak, aku bukan isterinya mahupun siapa-siapa. Dia cuma peluk kau kerana sedih Ciara. Tak lebih dari itu.

Jangan pernah berharap cinta dari lelaki itu Ciara. Dia hanya lebih sayangkan isterinya walaupun sudah tiada.

Ciara cuba memujuk hatinya dari jatuh.

Dagunya diletakkan di atas bahu Kyran sambil memejamkan mata tanpa langsung membalas pelukan itu.

*********

"Thank you bos sebab hantarkan saya. And...tawarkan saya pizza
Hehe, apapun...hari ini ialah hari terasa cukup bermakna bagi saya, tahu? Sekali lagi terima kasih pada bos." Ujar Ciara sambil tersenyum manis.

Kyran mengerutkan dahinya.

"Peliklah orang macam kau ni. Aku culik kau seharian dan paksa kau buat kerja rumah macam bibik kat rumah aku kau dah kata hari kau cukup bermakna. Pelik betul kau ni rupanya." Bidas Kyran tersenyum sinis.

Ciara hanya tertawa kecil dengan kata-kata itu.

"Ala, lagipun...bukan saya seorang yang kena buat semua tu. Saya tahu, bos pun ada bantu saya secara senyap-senyap juga kan."

Mata Kyran berkalih memandang ke hadapan. Ciara sudah tersenyum comel. Tahu kalau bosnya berpaling ke arah lain. Maknanya kata-katanya ialah benar.

'Macam mana dia boleh tahu? Ah...' getus lelaki itu dalam hati.

"Kau dah telefon mama kau? Dia kata apa? Nanti kang tak pasal-pasal dia marah aku sebab kau lambat beritahu dia."

Senyuman Ciara menjadi pudar.

"Oklah bos. Saya pergi dulu. Hati-hati jalan." Gadis itu tidak menjawab soalannya. Mungkin, dia mahu cepat ke mamanya. Maybe, dia tidak mahu tinggal mamanya sendirian lama kat rumah. Kyran berandai seperti itu.

Sebelum kereta bosnya membelah jalan sempat dia menunduk sedikit belakangnya sebagai tanda hormat. Dengan ekor mata, dia hanya memandang kosong ke arah belakang kereta bosnya yang semakin pergi.

Kyran yang memandu keretanya mengintai sedikit dari cermin luar untuk melihat ke belakang. Senyuman meniti ke bibir itu apabila melihat gadis itu masih tercegat di situ.

Kyran memandang ke tempat duduk di sebelahnya. Kelihatan beg sandang Ciara tersandar elok di bawah kerusi.

"Ah sudah, perempuan ni bukan setakat pelik. Sekali pakej pelupa." Kyran menggeleng kecil di hujung ayat. Terpaksa pula dia tunggu jalan yang sesuai untuk berpatah balik.

Ciara pov

Aku hanya berjalan dan berjalan untuk ke rumah aku. Bersama hati yang kosong, aku akan kembali balik ke rumahku, nerakaku. Kenapa aku kata ia neraka? Kerana semua kesengsaraan aku juga berpunca dari rumah itu.

Aku mencarik senyum sedikit. Bagi orang lain rumahku is syurgaku but bagi aku itu malah di sebaliknya.

Sedang aku jalan tanpa sedar ibu aku yang turut berjalan di jalan yang sama sedikit terkejut namun selepas itu dia tersenyum sinis.

"Baru balik kau, huh? Takpa kau tunggu..." Gumamnya perlahan seraya laju berjalan ke arah anaknya.

"Woii!" Telinga aku mendengar seseorang seperti menjerit dan mahu menghampiri aku.

Perlahan-lahan kepala berpaling memandang seseorang itu. Muka aku beriak kosong. Ianya ibu aku sendiri.

"Baru ingat mahu balik, huh? Semalam kau pergi mana? Tidur dengan jantan lain lagi?" Kasar sungguh bahasa dia. Kelihatan dia mencekak pinggang sambil mencerlung tajam memandang aku.

Aku mengeluh kecil.

"Ma... Tak boleh ke kalau tak buruk sangka dengan Ciara. Orang penatlah..."

"Suka hati akulah. Penat? Huh! Kau penat buat apa? Penat layan lelaki di luar sana tu macam tu ke?" Sinis kata-kata mama aku pada diri aku.

Terkejut. Aku terus memandang tepat ke arah ibu aku dengan rasa tak percaya.

"Ma, sanggup mama kata macam tu pada anak sendiri. Ma, k-kalau ma tak percayakan Ciara... sekurang-kurangnya t-tolong jangan buruk-burukkan Ciara ma...Ni kat tempat orang awam. Nanti diorang tengok."

"Teh! Ada aku kesah? Biarlah orang nak tengok sekalipun! Biar mereka tahu betapa busuk dan jalangnya perempuan macam kau! Tolong jangan buruk-burukkan? Habis tu? Yang kau tergagap-gagap ni kenapa? Masih lagi cuba untuk menipu, huh?!"

Terkilan sebentar. Cuba menarik nafas sedalam-dalamnya. Sungguh, setiap kali bercakap dengan ibu aku terasa hati disiat-siat sebanyak kali. Dan untuk sembuhnya? Sangat susah.

Terasa panas air mata aku. Tergagap-gagap? Ini kerana aku cuba menahan diri dari menangis! Disebabkan suara kuat dari ibu aku akhirnya kami menjadi tumpuan orang ramai yang lalu-lalang.

Kedengaran mereka sedang berbisik antara satu sama lain. Mungkin mereka anggap aku ialah anak derhaka yang suka melawan.

Tuhan, hanya Engkau saja yang tahu betapa hancurnya hati ini dan malunya diri aku saat ini.

Pangg!

Tiba-tiba satu tamparan hebat melekat ke pipi aku.

"Kau memang suka mempermalukan aku. Demi Tuhan, kau memang anak yang tak guna. Memang langsung tak layak dapat kasih sayang dari aku."

"Ciara Quitta! Kau ingat satu ayat ini. Sampai mati pun kau takkan dapat kasih sayang dari aku! Selama setiap saat dan masa aku rasa menyampah dan jijik setiap kali tengok muka kau! Eee, tak boleh ke kau beri aku kesenangan sikit?! Rimaslah!"

Setelah berkata begitu aku ditinggalkan begitu saja di hadapan khalayak ramai oleh ibu sendiri.

Terus butiran air jernih jatuh ke atas kasut aku. Terduduk aku di sini tidak dapat menahan lagi perasaan ini.

Ma...Apa salah Ciara?

Teresak-esak aku menangis tidak hiraukan di sekeliling lagi. Sakitnya yang aku rasa.

Tangan yang berada di atas jalan tar aku genggam seerat mungkin. Menggigil kecil tubuh kerana menangis.

"Arghh..." Dada ditepuk berkali-kali sekuat mungkin. Tak tahan. Rasanya tidak dapat kutahan.

Laju air mata mencurah-curah ke pipi.

Dan tanpa disangka kejadian itu disaksikan oleh Kyran sendiri.

Kyran berjalan perlahan ke arah gadis itu. Beg sandang milik gadis itu dia perlahan-lahan bengkokkan tubuhnya meletak beg di tepi gadis itu yang terduduk saat ini sambil nangis.

Merah pipi Ciara baru ditampar kelihatan dengan jelas.

Aku membuka mata perlahan memandang kasut yang menghampiri aku sekarang ini. Dan juga memandang beg sandang di tepi aku bersilih ganti. Sudah tahu siapa si dia tanpa lagi mendongak ke atas.

Kyran mengerdip matanya perlahan. Entah kenapa gadis itu selalu mengingatkan dia pada seseorang.

Dulu, Puteri juga pernah diuji seperti ini. Tetapi cuma bezanya bukan keluarga sendiri tetapi seseorang yang begitu dengki dengan kebahagiaan dia sendiri.

Kyran menggenggam tangannya membentuk buku lima. Mengingatkan kejadian lalu benar-benar membuat dirinya begitu marah. Marahnya tiada siapa yang tahu. Kisah silam itu hanya benar-benar dia selalu kenang dalam fikiran.

Kyran menunduk ke bawah memandang kepala gadis itu yang hanya ditunduk.

Walaupun dia tidak ada di tempat Ciara, namun sepertinya dia boleh rasa perasaan itu. Perasaan yang apabila kita cuba untuk mengelaknya tetapi ia terus-terusan menghantui diri kita. Sakit.

Tangan tanpa teragak-agak menyeluk poket mengambil sapu tangan.

Tangisan gadis itu masih kedengaran di cuping telinganya. Kyran mengeluh kecil.

Dia turut bertinggung di hadapan gadis itu.

Aku yang terasa seperti sentuhan hangat di tangan seperti disua sesuatu olehnya. Ia ialah sapu tangan.

Selepas menyua sapu tangan di atas telapak tangan gadis itu, Kyran bangun dari bertinggung semula. Kaki mula mahu melangkah pergi.

Titisan air mata jatuh di pipi.

"Semua ibu bagaikan hanya satu pembohongan. Anak derhaka memang muncul di dunia ini tapi ibu? Bagaimana pula layanan tidak adil mereka terhadap anaknya sendiri? Bagi ibu yang tidak bertanggungjawab panggilan apa pula yang sesuai buat mereka sendiri?"

Langkah Kyran terhenti seketika mendengar akan hal itu. Terus mukanya berpaling memandang ke arah aku.

Perlahan-lahan aku turut mendongak memandang ke arahnya.

"Apa salah saya sehingga perlu dilayan buruk seperti ini? Dan a-apa pula 'penawar' saya bagi semua kesakitan ini? Semua penyakit dan sakit pasti ada penawarnya bukan... T-tapi selepas apa yang terjadi masih adakah penawarnya?" Titisan air mata mengalir lagi ke pipi.

Bibir aku kemam manakala tangan sedikit menggigil sendiri.

"Saya tahu hiks ini semua ujian dari Tuhan. Tapi, sampai bila? Sampai bila saya tidak akan dibelai dengan penuh kasih."

Dada itu ditepuk-tepuk sekuat hati.

"Diri ini. Diri ini! Hanyalah dahagakan kasih sayang. Apa kebahagiaan seorang gadis yang bernama Ciara tidak layak untuk memilikinya?"

Kyran hanya mendiamkan diri mendengar luahan itu.

"Sepanjang hidup saya, saya memang hanya perlu hadap kesakitan ini hari-hari ke? T-takkan ada tangan untuk diri sayakah di saat saya merasa begitu jatuh dan jauh sekali? Bahkan, tiada siapapun yang mahu memandang ke wajah ini sedikitpun. Adakah saya hanyalah tunggul? Saya sendiri pun tak tahu. Hiks, boss rasa apa yang saya perlu lakukan dalam hidup ini? Adakah hanya terus berdiam diri seperti ini dan biarkan diri ini hanya sengsara selama-lamanya. Penat. Hiks, saya dah penat berharap dan menunggu kebahagiaan hidup saya sendiri."

Wajahnya aku pandang sayu. Entah kenapa aku jadi begitu senang sekali meluahkan perasaan ini padanya. Nampaknya, aku memang perlukan seseorang untuk meluah sesuatu.

Kulihat si dia berjalan semula menghampiri ke arah aku. Kaki duduk bertinggung di hadapan aku.

"Kau rasa? Hidup kau begitu menyedihkan ke?"

"Maksudnya?"

Lelaki itu mencarik senyuman sinis.

"Kau patut beruntung hidup kau yang datang susah, sedih dan sakit dulu. Kalau kau tidak pernah merasai kebahagiaan sebenar. Percaya cakap aku. Dia akan datang. Tapi, kau fikir dia akan datang bergolek pada kau sendiri ke macam tu? Apa yang membuat kau happy, ceria semua tu hanya kau saja yang tahu. Berusaha untuk cari dan dapatkannya. Dan akhir nanti kau akan benar-benar merasainya. Huh, tak macam aku."

"Tak macam bos?"

"Yeah, kau nak tahu something tak? Dulu hidup aku begitu bahagia sekali. Sehingga munculnya si dia. Hidup aku bertambah bahagia dan ada sinarnya. Namun, bila ketiadaan dia semuanya sekaligus berubah begitu saja. Tidak ada lagi kebahagiaan...dan tidak ada lagi senyuman. Dan kau sepatutnya bertuah...kerana selepas kau merasai pahitnya nanti kemanisannya juga akan ada. Hal ini kerana, setiap perkara itu tidak kekal selamanya. Dia pasti juga akan berubah. Begitu juga berkait dengan perasaan kita sendiri. Sama juga dengan buah. Kalau dibiarkan lama juga, dia juga akan hilang manisnya nanti," Ujar Kyran tanpa reaksi dengan penuh makna yang tersendiri.

Kyran menatap lama tangan itu yang sedang menggigil kecil.

Kelihatan dia mahu bangun lagi mahu pergi namun cepat aku menyua tangan aku padanya.

"Kalau macam tu...bos pun harus cari kebahagiaan bos sendiri! Mungkin isteri bos dah meninggal tapi bos? Walau ia begitu mati di dalam tapi hakikatnya bos tak boleh nafikan yang bos benar-benar hidup di hadapan saya dan sedang bercakap."

Kyran termangu seketika. Dia memandang ke arah lain tanpa menatap wajah Ciara.

"Sebab bagi aku Puteri ialah seluruh kebahagiaan aku. Shh, kau tak faham. Pastikan mulut kau tu senyap aje."

Aku menyeka air mata perlahan di pipi. Tidak mampu lagi mahu membalas suara.

"Tangan bos. Boleh saya minta tangan bos?"

Kyran mengangkat keningnya tertanya-tanya.

"I'm sorry. Saya bukan mahu mengambil kesempatan. Tapi...saya betul-betul perlukan tangan seseorang. Selama ini...tidak ada tangan yang sanggup menyua ke arah saya. Saya hanya berada dalam kesepian. Dan...kegelapan."

'Dari orang yang bermakna buat saya sendiri.' namun ayat terakhir hanya aku simpan dalam hati.

Namun kelihatan si dia hanya merenung lama ke wajahku.

Aku mengelap sisa baki air mataku. Kepala aku tunduk bersama tangan yang perlahan-lahan diturunkan. Tahu, dia tidak akan menyambut tangan aku. Lagipula, ini seperti mengambil kesempatan bukan. Tangan kanan di atas riba aku sentuh dengan tangan kiriku. Tak apa, sentuh tangan sendiri pun boleh.

Aku cuba menarik nafas panjang untuk cuma menenangkan diri sendiri.

Kyran terdiam seketika.

Perlahan-lahan dia kembali duduk bertinggung. Terus tangan itu disentuhnya tanpa perasaan.

Aku tersentak. Terasa tangan disentuh hangat.

Mata aku serta-merta tepat memandang anak matanya. Tidak terasa mata mulai berkolam.

Terus tanpa dihiraukan, aku terus memeluknya erat. Muka aku sembamkan ke dadanya. Terpejam mataku seketika cuba menahan rasa yang bergelora di hati.

Kyran tergamam. Kedua-dua tangannya yang diangkat tidak membalas pelukan itu. Terasa tubuhnya betul-betul dipeluk erat bagaikan tidak mahu lepas.

Kolar bajunya terasa ditarik dan menjadi tidak rata.

Selepas beberapa saat, Kyran menurunkan tangannya. Mulai membiarkan gadis itu memeluknya sendiri.

Mata dingin itu kelihatan hanya mengerdip perlahan.

********
Author pov

Selama perjalanan memandu keretanya, Kyran berfikir panjang memikirkan tentang hal tadi. Masalah personal dari pekerjanya itu.

Jari telunjuk dibawa ke bibir sambil mulut dikemam rapat. Manakala sebelah tangan lagi mengawal stereng kereta. Lengan baju yang disinsing ke siku disandarkan atas pintu yang terbuka tingkapnya.

Berkerut dahi Kyran masih tidak melupakan hal kejadian tadi. Nampak. Dia nampak segala-galanya apa yang ibu Ciara lakukan. Tampar, hina semua itu.

Oh Tuhan, ini kali pertama dia melihat ibu seperti itu dalam hidupnya. Sedar bahawa tidak semua ibu sempurna dalam dunia ini. Dalam masa yang sama, dia terasa bersyukur kerana ibunya jauh sekali berbeza apabila mahu dibandingkan dengan ibu Ciara.

Arghh, malas dia mahu fikir dah! Lagipun, ini bukannya masalah dia pun. Yeah, lebih baik dia fikirkan diri sendiri bagaimana mahu hidup.

Dan Ciara juga, setiap kali bersama dengannya dia merasakan...

"Ciara...Ciara...Kenapa sifat dalam diri kau ni selalu mengingatkan aku pada si dia?"

********

Kedengaran sudu dan garpu berlaga dengan pinggan di atas meja makan. Masing-masing antara mereka hanya banyak berdiam diri.

Masing-masing seakan sibuk memikirkan hal sendiri.

"Oh, mommy Farah sempat gitau tak dapat join dengan kita untuk dinner bersama."

Hanya suara itu yang bergema. Kyran memberitahu mommynya kemudian keadaan menjadi sepi seketika.

Datin Arina memandang kedua-dua anak lelakinya. Di dalam hati, dia sedang mengeluh.

Kenapa yang dia rasakan...hari demi hari keluarganya tidak harmonis seperti dulu? Dia rindu...Rindu akan kenangan semua itu. Sampai sekarang, dia masih berharap satu hari keluarganya akan jadi seperti dulu. Di saat Puteri masih ada, semuanya menjadi ceria. Sangat harmoni. Tapi sekarang... rasanya hanya seperti bersendirian di rumah agam ini.

"Haih, diam nampak. Zain, baru balik kan? Diam sebab penat eh?"

Zain menarik senyuman kecil.

Tangan Datin Arina yang mula menampakkan kedutan sedikit ditarik dalam genggaman tangannya.

"Taklah, mommy lah. Terlalu cantik sampai terdiam Zain dibuatnya." Tersengih kecil Zain di hujung ayat.

Datin Arina laju saja mencubit manja tangan Zain yang memegang tangannya itu.

"Amboi, budak ni. Tak sah kan kalau tak bodek mommy." Datin Arina mengerling ke arah anaknya.

Zain sudah ketawa kecil mengena.

"Kyran, macam mana sekarang?"

"Hmm, macam biasa aje. Ermm, Kyran naik dulu ye?"

"Eh, nak. Tak habis makan?"

"Takpe Kyran dah kenyang." Kyran seperti dengan wajah kosong pergi meninggalkan meja makan.

"Oh sebelum tu... Welcome back to our home my brother." Ujar Kyran seraya tersenyum segaris. Selepas itu, dia terus pergi masuk ke biliknya.

Zain memandang ke ibunya.

"Mommy, Kyran..." Belum sempat lelaki itu mahu habis berkata-kata Datin Arina laju mengangguk.

"Yeah, seperti biasalah Zain. Kyran masih seperti itu. Mommy dengan daddy dah tak mampu mahu buat apa lagi." Ujar Dato' Johansson pula di tengah meja makan.

Zain mengeluh kecil. Dia melihat ke wajah ibunya. Kelihatan wajah itu seperti sayu dan mahu menangis. Disebabkan itu, dia terus bangun dan berhenti sekejap makan dan terus memeluk Datin Arina dari belakang.

Datin Arina tersenyum kecil. Zain berjaya membuat hatinya berasa sedikit tenang. Sungguh, anaknya tidak suka dia bersedih hati.

Zain juga hanya termenung kecil sambil mendakap ibunya itu.

Dia juga penat memikirkannya. Dulu, dia mempunyai isu dengan adiknya sendiri dan ada pertelingkahan besar. Sekarang bila dah makin baik perkara ini pula yang terjadi.

Kyran sudah jadi dingin dari sebelumnya.

*********
Ting tong! Ting tong!

Loceng itu dibunyikan beberapa kali.

Zain membuka pintu rumah apabila seseorang membunyikan loceng di rumahnya.

Pagi-pagi lagi ada orang sudah datang. Haih, nasib lah dia duduk seorang kat rumah. Mommy dengan daddy katanya ada urusan penting. Katanya, mahu berdua-duaan berjalan sekali-kala. Kyran pula sibuk dengan kerja.

Takpe, bukan selalu dia dapat cuti dari bekerja di syarikat daddynya di sini. Lagipun dia baru balik kan.

Tergamam. Serta merta dia menjadi tergamam apabila seseorang itu ialah orang yang dia kenal sendiri.

"Karen?"

Dengan berjalan perlahan-lahan ke hadapan, pintu pagar yang dibuka sendiri itu akhirnya menampakkan lagi dengan jelas mukanya.

Karen yang mengerutkan keningnya memandang tepat ke arah Zain.

"We need to talk."

"Malam ni aku ada urusan penting dengan seseorang. Ia berkaitan dengan kerja. Kau pun...perlu ikut sekali." Ujar Kyran memberikan arahan sekali. Tegas.

"Baik boss." Ujar Ciara.

"Ingat, jangan lupa pula. Nanti kang kau lari."

"Ehh lari? Mana ada saya lari? Bos rasa saya orang macam tu ke? Senakal-nakal saya...saya takkan lari dari tanggungjawab sebagai pekerja. Percayalah bos."

"Yalah tu." Kyran mencebik senyuman sinis.

Namun, dalam hatinya apabila melihat senyuman gadis itu. Hatinya sedikit tercuit. Bagaikan semalam tidak ada apa yang terjadi langsung dia malah hanya tersenyum semekar ini? Ada juga manusia yang seperti ini, huh?

Ataupun...mungkin di luar dia tersenyum tetapi dalamnya tiada siapa yang tahu kan?

"Iya betullah! Bos jangan risau. Saya takkan kemana-mana. Saya akan selalu berada di sisi bos setiap masa bos perlukan saya, okay?" Ciara mengenyit mata nakal.

Tersentak mendengar kata-kata itu. Hatinya kembali berasa tercuit tetapi kali ini begitu sayu rasanya.

Kata-kata ini...juga mengingatkan dia pada kenangan itu lagi.

"Kyran, janganlah macam ni...Awak kan selebriti. Sibuk. Kalau awak terus berkepit dengan saya macam mana awak nak kerja, hmm?" Ujarnya dengan lembut.

Kyran dari tadi memegang tangan itu sambil tersenyum. Sambil membelai tangannya. Mata menatap mata.

"Ala Puterii, awak tak suka saya berkepit dengan awak ke hmm?" Kyran buat muka kasihan. Sambil-sambil tu anak rambut yang berjuntai ke dahi Puteri dia selitkan ke belakang telinga lembut.

Puteri tersenyum manis.

"Taklah, saya suka awak dekat dengan saya. Tapi, awak kan..."

"Shh-shh! Eee mulut ni. Banyak cakap! Cium baru tahu." Kyran mencubit manja bibir itu nakal.

Puteri menepis lembut tangan itu. Mata menjeling manja ke arah Kyran.

"Ala... bagilah saya masa untuk berdua-duaan dengan awak sepuas-puasnya dulu." Kyran membaringkan kepalanya di atas riba Puteri. Tangan itu dipegang kejap bagaikan tidak mahu lepas.

"Nanti, kalau saya perlukan awak...barulah awak akan berada di sisi saya sepenuhnya, okey?"

"Ala, yelah tu. Puteri, you know what...awak ni seperti coklat tau. Manis, tapi kalau jatuh sikit mudah patah."

"Ala, kenapa? Saya bukannya nak tinggalkan awak terus pun hehe."

Kyran mencubit dan menarik hidung itu sekuatnya.

"Aaaa sakitlah!"

"Ha-ha, kata macam tu lagi..."

"Hmm, tapi tetap tak mahu berpisah dengan awak sweetheart! You know what...setiap kali saya berlakon mesti saya akan terbayang-bayangkan wajah awak di hadapan saya ni. Jadi, awak beritahu saya...macam mana saya nak kerja kalau saya setiap masa, setiap saat asyik fikirkan awak hmm? Pasal duit? Awak jangan risau. Duit simpanan saya banyak lagi."

Puteri mencebik mulut ke tepi.

"Awak ni...dah angau teruk ni dengan cinta."

"Of course, saya teruk angau cinta dengan awak. Just you! You know what... you're my life Puteri. My dunia. And my heart. Setiap hati saya hanya ada pada awak seorang. Dan kalau awak pergi. Itu bermakna awak bagaikan sudah hilangkan hati saya dan jiwa raga saya."

Puteri tersenyum manis dengan kata-kata itu.

"Awak jangan risau. Saya...takkan ke mana-mana. Awak nyawa saya. Kalau saya pergi tinggalkan awak itu bermakna bererti saya sedang membunuh diri saya sendiri."

"Betul ni? Awak takkan tinggalkan saya?"

"Yeah betullah! Awak ni...terlebih takut sangat. Tapi, dengan satu syarat. Kalau awak takut kehilangan saya..."

"What? Apa syaratnya?"

"Awak kena berlakon."

Kyran memejamkan matanya pura-pura tidak dengar.

"Eeee awakk! Pura-pura tak dengar pula. Saya cakap ni." Telinga itu dicubit Puteri geram.

"Arhh."

"Kenapa? Awak sakit ke? Sorrylah, tapi saya cubit perlahan aje." Tangan Kyran disentuh olehnya.

Serta-merta tangan Puteri ditariknya sehingga tubuh itu tiba-tiba mendadak dekat dengannya. Hanya seinci wajah mereka. Kyran tersenyum nakal dan memandang seluruh inci wajah cantik itu.

"Eeee, nakalnya awak. Memang nak kena! Saja kan!"

Kyran tertawa terbahak-bahak.

"Eh-eh, awak nak pergi mana tu?"

"Nak ke toilet. Kenapa?"

"Nak ikuttt."

"Eee, jangan nak mengada sangat eh?" Laju saja tangan Puteri naik membaling bantal sofa ke arah muka Kyran.

"Hahahahahahaha..."

Kyran hanya ketawa terbahak-bahak seronok mengenakan Puteri.

Ekor mata itu mengekori tubuh kecil itu yang sedang berlari anak cuba melarikan diri darinya. Malulah tu. Haih, Puteri... Puteri... Setiap kali bersamanya mesti saja wajah itu akan tersipu-sipu malu.

Ciara sudah menjadi pelik. Dari tadi dia memanggil bosnya itu tetapi tidak menyahut. Apa bosnya itu sedang berangan? Atau... teringatkan sesuatu?

Ciara berjalan perlahan-lahan mendekati bosnya. Dahi itu disentuhnya spontan.

Kyran terkejut. Terus dia mengundur sedikit ke belakang dan menepis laju tangan itu dari menekap ke dahinya.

"Eh apa ni? Yang kau dekat dengan aku dah kenapa?!"

"Hehe alaa jangan marah. Bos tu yang dah kenapa? Dari tadi mengelamun. Penat saya panggil bos tadi tau? Saya fikir bos demam, sakit ke...sebab tu saya tekap dahi bos tadi tu."

"No, I'm fine."

Berbalik kepada keadaan tadi...

"Kenapa datang sini? Kau nak jumpa abang ipar kau? Dia tak ada." Ujar Zain padat.

"Aku datang sini bukan nak jumpa dia."

"Habis tu? Datin? Dato'? Diorang pun tak ada."

"Aku pun tak nak jumpa dengan diorang." Bidas Karen tanpa banyak kata lagi.

Satu dua dimajukan ke hadapan.

"Tapi kau. Aku nak jumpa dengan kau dan urusan kita masih belum selesai."

Mata saling bertemu mata memunculkan kerutan di dahi pada wajah kacak masing-masing. Kelihatan mata Karen dengan tajam dan tepat hanya memandang ke arah Zain.

Manakala Zain memandangnya dengan penuh soal. Mereka saling bertatapan lama. Tambah dengan cuaca panas pagi hari ini. Memang masuk seperti situasi yang 'ketat' dan mulai mahu panas.

Zain berasa pelik. Apa pula kali ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience