Bab 6: Tears

Romance Series 5981

"D-doktor... Bagaimana dengan keadaan abang saya?"

Karen yang turut berada di situ bersama Farah mengerutkan dahinya tidak mengerti. Abang?

Dia memandang Farah lama dengan rasa tertanya-tanya.

"Maafkan kami kerana tidak berjaya selamatkan abang awak...Abang awak sudah sempat menghembuskan nafasnya yang terakhir di minit-minit yang lalu. Kami... Sudah tidak terdaya untuk berbuat apa lagi."

"Disebabkan tubuhnya yang sudah kehilangan banyak darah...Ia sudah tidak dapat diselamatkan lagi," sambung doktor itu lagi.

Mendengar jawapan dari doktor itu serta-merta berjaya melemahkan lutut Farah.

Farah mahu terjatuh tetapi nasib sempat disambut oleh Karen. Kedua-dua bahu wanita itu disentuhnya dengan tangkas.

K-Kehilangan banyak darah? Tak...T-Tak m-mungkin...

"Ehh Farah...Farah? Farah?!" Karen hampir menjerit melaung nama Farah. Dirinya sudah cemas apabila melihat kelopak mata Farah perlahan-lahan dipejam. Farah pengsan tidak sedarkan diri.

Hatinya sayu melihat air mata Farah yang sempat menitis ke pipi sebelum pengsan tidak sedarkan diri. Hatinya begitu terpukul. Dia tahu, Farah pasti akan berasa sangat sedih kerana kali ini Mark pergi meninggalkannya.

********
Farah pov

"Mark! Where are you going? Mark!" Aku cuba untuk mengejarnya. Di setiap penjuru di sini mempunyai pokok yang meneduh kami.

Setiap kali berlari, pasti kepala kami cuba menunduk cuba mengelak dahan-dahan pokok yang ada. Namun kedengaran tawa kecil lelaki itu yang terus-terusan pergi tanpa menunggu aku di belakang.

Dan yang paling anehnya, aku dapat melihat wajahnya yang begitu jelas yang sekali-sekala menoleh ke belakang memandang aku. Berserta senyumannya yang merekah di bibir... Tidak asyik berhenti terletus tawa kecil di bibirnya sekali-sekala menatapku.

Namun, kakinya tidak henti-henti berlari kecil seakan kami...sedang bermain kejar-kejaran.

"Mark! This is not funny! Stop running please? Macam budak-budaklah! Mark! I'm tired!" Mulut aku tidak henti-henti memarahinya. Kaki masih setia cuba mengikutnya dari belakang. Namun, bibir tidak semena-mena mengukirkan senyuman kecil apabila mendengar dirinya turut tertawa kecil.

Dirinya yang serba putih berserta wajahnya yang kelihatan begitu bersih bagi aku.

Dup...dap...dup...dap...

Jantung aku tiba-tiba berdetak tidak terkawal. Seolah-olah, akan ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Dunia seakan berputar. Jarum jam seakan-seakan terhenti serta-merta di minit masa. Senyuman aku mula semakin pudar. Rasa ini...

Tiba-tiba...

Ada sebuah pacuan empat roda berdesup laju muncul di hadapan Mark.

Bumpp!

Bagaikan terhenti masa seketika. Langkah aku serta-merta terhenti. Aku menggeleng kecil perlahan.

Tubuh Mark yang dilanggar kereta terus terpelanting ke udara betul-betul di hadapan aku sendiri.

"No-no-no...Mark! Mark!"

Sebelum tubuhnya jatuh menghentam bonet kereta dan tergolek di jalan raya. Kepalanya mula dibanjiri darah.

Kedebukk...aku terjatuh terduduk terus di atas jalan tar di hadapannya. Jarum masa automatik berhenti mendetak.

Badan aku yang mula menggigil kecil terkaku seketika menatap tubuhnya yang sudah tidak sedarkan diri. Titisan jernih air mata terus-terusan mengalir ke pipi ini.

Aku memandangnya dengan rasa terkilan dan tidak percaya. Tak...tak, ini...I-Ini mimpi kan...

Aku memeluk lutut aku sambil tidak henti-henti menggigil.

"Mark... Mark! Please don't leave me Mark...hikss Mark!"

"Ergh...no! Mark! Mark!"

"Arghhhhhhhhhh! Hikss.... Arghhhh why?!"

Suara jeritan bersama tangisan begitu bergema di jalan raya itu hanya bersaksikan pokok-pokok di situ beserta angin dan sinaran matahari. Hanya kedengaran sayu dari jeritan suara dan rintihan seorang gadis di situ.

"Arghhh!" Serta merta aku terbangun dari tidur dan duduk merapat lutut di atas katil.

Rambut aku kocakkan serabut. Tidak sedar, air mata mengalir perlahan ke pipi.

Apabila terasa tangan aku disentuh lembut oleh seseorang. Kepala aku statik terpusing ke kanan.

"Farah..." Muncul suara yang aku sangat kenali.

"Karen...mana Mark?"

Karen serta merta terkedu dan terkelu lidahnya dengan pertanyaan gadis itu. Dia tersenyum kelat. Tidak sanggup hatinya melihat gadis itu akan menangis teruk nanti.

"M-Mark...Mark..."

Mulut Karen seperti tergagap-gagap mahu berkata. Matanya yang sayu memandang wajah Farah.

"Mark apa Karen? K-Karen... beritahulah. Mark di mana?!" Aku sudah mula hampir menjerit histeria.

Hati aku...hikss kenapa dengan hati aku? Ianya seakan-akan, begitu tercucuk sekali. Sangat dalam...

"Hikss...w-why I'm crying? My heart...Karen, my heart feel like wants to break...arghh..." Aku mengetuk dada aku sekuat hati bertubi-tubi sehingga dapat didengari.

"Farah... please stopp..." Lirih Karen perlahan seperti merayu sedih. Terus tubuh aku dipeluknya dengan erat.

Aku melepaskan tangisan keras di pelukannya di situ juga.

"Karen... please, please tell me... Kata-kata doktor tu... hanyalah khayalan saya je kan. Hiks... Karen, katakan ia! T-That's just my illusion right..."

Karen membelai lembut rambut panjang aku yang terurai di belakang. Bibirnya dikemam rapat.

"Farah ...what did you say...I-Itu semua...itu semua benar... Kata-kata doktor tu...s-semuanya realiti. You must accept it..."

Terpempan dengan kata-kata Karen sebentar tadi.

Terus pelukan dileraikan. Mata aku sudah berkolam air mata memandang tepat ke arahnya.

"Tak...tak, tak mungkin...i-itu, itu mustahil! Karen, awak kejam! This is not funny to joke you know?! Hiks...Karen..."

Aku sudah menjerit tidak tentu hala. Dan merintih.

"No! I'm not kidding...Farah, please...I know you're hurt. You're in so much pain! But...tolong terimanya dia sudah tiada. Rohnya tidak akan tenang kalau awak berkelakuan begini. Awak layak nangis Farah... B-But please just believe this painful fate..."

"W-What... j-jadi semuanya memang betul... semuanya memang betul..." Gumam aku perlahan beberapa kali. Mulut aku hanya berbisik perkataan itu.

Aku mencengkam rambut aku kasar dengan sebelah tangan. Tidak pedulikan rambut sudah menjadi serabai.

Manakala sebelah tangan lagi menekup mulut. Aku menangis teresak-esak sehingga terhinjut bahu.

Karen dengan wajah simpati dan lirih membelai lembut rambut dan wajah aku. Setiap cecair butiran jernih yang jatuh dari pipi aku dia seka dengan lembut.

"Karen, you know what... Patutlah sebelum dia meninggal ...dia paksa saya untuk bersamanya. Dia suruh saya tidak tinggalkannya. T-Tapi, tapi dia tak beritahu...yang dia mahu bersama dengan saya buat kali terakhir. B-But...saya hiraukannya. Saya tengking dan jerit padanya...tapi ketika itu dalam masa yang sama...dia beritahu yang...dia ialah abang kandung saya sendiri..."

"Yeah, saya pun shock. Sungguh, kenyataan itu benar-benar tidak sangka. Susah untuk saya percaya. T-tapi ...dari dulu lagi. Saya memang anggap dia seperti abang. Dia pernah mengaku...dia cintakan saya. Lebih dari seorang kawan. Dia j-juga...seakan tak dapat terima kenyataan itu."

"Karen, dia mati dalam dakapan saya. Sebelum dia menghela nafas terakhir... bahkan dia masih sempat mahu saya peluknya. Itu...hikss, begitu mencengkam hati inilah!"

Jari telunjuk aku tekan sekuat hati di dada kiri. Kening aku bertaut manakala bibir diketap sekuat hati menahan perasaan yang begitu sakit di hati.

"Dia sebenarnya ada kanser...tahap 3. Ta...pi saya tak tahu pula...masa itu juga dia akan pergi tinggalkan saya. Tinggalkan saya...begitu saja tanpa titip perkataan selamat tinggal. Dengan memecahkan hati ini...dia hanya pergi meninggalkan saya. Buat selama-lamanya...Sampai hati dia kan..."

"But...why?! Orang cacat penglihatan macam saya... kenapa masih ada orang rebutkan? Siapa saya... Saya takut... entah-entah saya penyebab dia meninggal. Karen! Saya takut...Takut...takut sangat hikss!" Aku sudah tidak keruan. Lutut aku rapatkan ke dada sambil menggoyang tubuh beberapa kali.

Mata aku sudah bertukar merah kerana menangis.

Rambut semakin dicengkam oleh aku.

Karen tersenyum kecil dalam kepedihan. Dari tadi telinganya hanya setia mendengar suara Farah merintih halus.

"I don't know...but, the girl named Farah is a girl that very strong and...ada tarikan yang tersendiri. Wajarlah ...kalau ada saja yang akan tertarik dengan awak selain saya." Karen bersuara lembut.

Dia menyelit anak rambut aku ke belakang telinga. Sentuhannya begitu lembut dan mendamaikan membuat aku sedikit tenang dari tadi.

Dicuitnya lembut dagu aku sambil menghadiahkan senyuman lembut.

"Saya pun... rasa bersalah pada Mark. Lagipun, saya pernah simpan perasaan marah pada dia dulu. Ini kerana, dia pernah cuba mahu jauhkan awak dari saya. Saya marah. Cemburu. Sakit hati. Dulu dia dengan senangnya boleh bersama dengan awak biarpun awak fikir hubungan awak dengan dia hanya sekadar kawan tetapi hakikatnya dia memang anggap awak melebihi dari kawan."

"M-Macam mana...awak tahu?"

"Farah, saya lelaki. Saya tahu pandangan cinta seorang lelaki itu pada perempuan. Cinta dia...begitu tulus. Sama seperti cinta saya pada awak. Dari sinar matanya merenung awak...dari senyumannya yang dia tunjukkan pada awak."

Sambil berkata, Karen membelai lembut pipi aku. Tidak lupa dengan senyuman manisnya itu. Dia cuba untuk menceriakan aku daripada asyik bersedih.

"Karen, awak rasa...dia marah ke dengan saya..." Lirih aku perlahan.

Karen memeluk aku dan menepuk-nepuk lembut belakang aku cuba menenangkan.

"Kalau awak kata...dia minta awak peluk dia buat kali terakhir...itu bermakna dia tidak marah awak. Kemarahan, kebencian, dendam...semua rasa itu tak akan dapat melawan dan melebihi rasa cinta. Kerana kuasa cinta...ia lebih hebat dari apa yang kita sangka. Luarannya yang begitu manis dan lembut namun luarannya juga begitu pahit dan keras. Tiada kesakitan...maka tiadalah cinta antara hubungan itu. Tiada kesedihan...maka tak sempurnalah cinta itu."

Kata-kata Karen semakin membuat aku menangis.

"Karen, pinjamkan saya dada awak..."

Karen mengukirkan senyum.

"Saya milik awak...tiada apa yang perlu minta kebenaran. Bila-bila masa awak perlukan saya pun...saya sentiasa berada di samping awak Farah."

Akhirnya aku menyembamkan muka aku di dadanya. Sambil menangis sepuas-puasnya.

Karen tersenyum pahit. Matanya yang redup sambil tidak henti-henti menepuk belakang Farah seperti budak kecil.

Keluhan kecil dilepaskan.

********

Ciara dengan senangnya tersenyum-senyum seorang diri seperti orang angau berjalan mahu ke kedai makan tempatnya bekerja. Apa lagi mahu beritahu bosnya tentang dia mahu berhenti kerjalah.

Ciara tahu... Bekerja sebagai manager Tuan Kyran hanya selama sebulan. Tetapi, takkan dia nak minta cuti pada bosnya itu selama sebulan untuk bekerja dengan crush kesayangannya sendiri. Gerenti kena kejar parang dengan bosnya nanti!

Tapi, segarang-garang bos dia tak dapat tandingi kegarangan ibunya.

"Settle berhenti kerja di kedai runcit sekarang kita ke restaurant!" Ciara menjerit riang. Memang hari-hari dihiasi dengan keceriaan Ciara. Biarpun dalamannya begitu terluka dan rapuh sekali. Hanya Tuhan saja yang tahu.

Tanpa senyumannya...seakan tiada sinar matahari yang menyinarinya. Itulah Ciara.

Ciara sudah sampai ke destinasi yang ditujuinya. Matanya meliar cuba mencari sahabat baiknya itu.

Pekerja-pekerja yang berada di situ seperti biasa setiap kali memandangnya pasti akan berbisik-bisik. Mengumpatnya lah tu.

Ciara ternampak dua orang perempuan di hujung sudut sedang bersembang sesama sendiri. Sekali-sekala mata mereka memerhatinya dengan serong. Terbit senyuman sinis di bibir masing-masing.

Dia kenal benar dengan dua orang itu. Salah seorang darinya jugalah, orang yang paling dia tidak suka. Gadis itu jugalah yang paling banyak menambah sakit dan duka dalam dirinya. Naura.

Ciara mencarik senyuman kecil. Dia sudah terbiasa dengan sikap pekerja-pekerja di sini. Malah, mereka semua hanya tahu menindas orang yang dianggap lemah sepertinya. Masing-masing langsung tidak sudi mahu berkawan apatah lagi mahu semeja dengannya. Satu saja alasan mereka layannya seperti itu. Miskin. Yeah, Ciara hanyalah perempuan miskin dan membosankan. Bahkan, dialah yang dianggap orang yang paling miskin bekerja di situ. Hanya kerana itu saja. Huh, manusia memang tidak adil.

Disebabkan dia naif dan terlalu baik. Ramai orang mengambil kesempatan dengan terus memijak kepalanya.

Ciara langsung mahu ke bossnya. Disebabkan Zera seperti tidak ada di sini. Mungkin, gadis itu minta cuti hari ini. Namun, kelibat bossnya tidak ada juga di situ.

Pekerja-pekerja di situ yang melihat Ciara asyik ulang-alik seperti mencari seseorang. Dia seperti orang dungu sebentar.

Akhirnya, dia mengalah. Nak tak nak dia terpaksa bertanya pada salah seorang dari mereka.

"Ermmm, Ziana. Boss ada tak?"

"Boss? Dia keluar tadi." Jawabnya acuh tidak acuh.

"Ohh okey...Saya akan tunggu di sini." Ciara duduk di satu meja sendiri.

Tiba-tiba Naura and the gangs mula datang ke arah meja Ciara dengan gengsternya.

Naura si gadis itu meletakkan kakinya ke atas meja di hadapan Ciara dengan selamba. Boss tak ada. Bolehlah mereka buat macam-macam. Mentang-mentang jugalah tak ada CCTV kat sini.

"Woi miskin! Kau boleh duduk saja kat sini eh? Buat kerja aku sekarang! Pastikan kau settle cepat-cepat!"

Namun, Ciara hanya terbatu di situ. Kali ini dia tidak mahu mendengar kata gadis itu lagi seperti orang dungu.

"Woi, kau pekak ke apa?! Ohh, dah makin berani dengan aku ehh!" Naura sudah mencengkam kuat dagu Ciara dan menekannya dengan kuku tajam sehingga gadis itu meringis kesakitan.

"Naura... lepaslah...Sakitlah! Mulai hari ini saya tak kerja lagi kat sini. Saya datang sini...cuma nak jumpa dengan boss saja!" Rintih Ciara perlahan. Hampir mengalir air matanya kerana terlalu sakit dirasakan.

"Dah benda kain apa pulak ni?!" Tanpa Ciara sempat berkata apa, Naura sudah mencabut kain di wajahnya.

"Naura!" Terus terbangun Ciara dengan perbuatan biadap Naura.

Naura yang melihat ada parut di wajah Ciara tiba-tiba mentertawakannya. Diikuti dengan geng-geng Naura yang lain.

"Hahahahaha! Kau ada parut Ciara? How so ugly face! Hahaha..." Ciara menunduk wajahnya.

Terasa pipi dibasahi dengan air mata. Tangan di sisi sudah digenggam seerat mungkin menahan perasaan.

Manakala mereka semua terus-terusan mentertawakannya.

"Hey miskin! Kalau kau berhenti kerja...siapa yang nak tolong aku buat kerja semua ni?! Hye! Kau dahlah miskin hodoh pula tu! Eeii...so disgusting!" Kepala Ciara terus-terusan ditunjal oleh Naura sehingga membuat dia terundur sedikit ke belakang.

Hodoh? Hanya orang yang dengki dengan Ciara saja berkata begitu. Setakat parut yang berada di bawah pipi Ciara...hal itu masih tidak menjejaskan kejelitaan di wajahnya. Ciara masih kelihatan cantik namun orang ada saja mahu menghinanya.

"Kau tu! Hanya layak jadi kuli aku je! Berani eh kau...nak berhenti kerja! Nampak sangat kau lemah kan? What the fu*k you! You're so d*mn sh*t! So stupid and like the b*tch to that trash! Macam jamban rumah aku. Kau tahu?!"

Ciara tersenyum pahit. Sungguh begitu kasar sekali kata-kata yang dilontar ke arahnya.

Hatinya menjerit pilu dan sedang menangis. Dia mahu melawan...tetapi seakan-akan ada satu tembok yang menghalangnya. Tahu tak rasa tu? Dia memang tak boleh. Dia tak boleh jadi kuat dan boleh lawan seperti orang lain.

Bahkan, dia mahu bertentang mata dengan orang lain dia rasa tak sanggup...Dia rasa lemah. Hiks, rasa pengecut. Betullah kata Naura dia memang orang idiot dan lemah. Patutlah hanya sakit yang menemani dirinya. Hatinya mahu meronta-ronta untuk melawan t-tapi...tapi seluruh anggota badannya seakan-akan dikawal dengan alat kawalan. Tidak boleh bergerak. Hanya mampu menerima bulat-bulat segala cacian makian dan bulian yang berlaku ke atas dirinya. It is so pain...

Sejak dirinya di sekolah...dia hanya dibuli seperti ini. Bahkan, ketika di tempat kerja... hatinya seakan-akan feeling dying inside...

Walaupun dirinya kelihatan hidup namun hatinya? Tidak dapat terungkap bagaimana rasa peritnya.

Pang!

Pipi Ciara ditampar sedas.

"Aku kata jawab...jawablah! Yang kau diam tu dah kenapa?! Ohh, lupa. Kau kan jenis pendiam. Ohh. My. God. Apa yang aku harus buat pada kau ni eh? Penat tau!" Geng-geng Naura sudah bergelak ketawa besar melihat Ciara memegang pipinya yang mulai kemerahan.

"Disebabkan kau masih diam tak nak ikuti arahan aku...guys! Bawa dia ke bilik air! Kita kasi dia 'ganjaran' sikit."

"Baik Queen!" Mendengar akan hal itu Ciara sudah menggelabah cemas dan menggigil takut.

Geng-geng Naura mula mengepung dan menariknya kasar ke bilik air.

"Hikss... Hiks...tak nak! Lepas! Aku sakit! Aku penat! Kau nak aku jadi terus gila ke hahh?!" Ciara cuba meronta-ronta tangannya dari dicengkam kuat oleh geng-geng Naura.

"Arhhh!" Ciara menjerit sakit apabila rambutnya ditarik dengan kuat bagaikan mahu tercabut kulit kepalanya. Membuat mukanya turut terdongak ke atas.

"Kau jangan melawan boleh tak?! Ikut jelah!" Salah seorang dari geng Naura menendang kuat belakang tubuh Ciara membuat serta-merta lutut Ciara tersembam ke lantai.

"Arghhh!" Ciara berasa sakit apabila belakangnya ditendang dengan kuat. Belakangnya juga tempat mangsa ibunya selalu memukulnya.

Geng-geng itu masih cuba menarik Ciara. Lebih sadisnya, pekerja-pekerja yang lain hanya mampu melihat Ciara asyik dibuli. Ada yang bersimpati dan ada yang hanya memandang kosong. Mereka tidak mahu membantu kerana takut turut menjadi mangsa buli Naura and the gangs.

Ingat di sekolah saja ada pembuli tetapi tidak kira tempat setiap kali Ciara ada pasti ada saja orang yang cuba untuk menyakitinya.

"T-Tolong...tolong kasihan pada aku! Tolong...Hiks aku merayu! Hanya kali ini... tolong lepaskan aku. Aku tak nak masuk dalam bilik air tu! Aku tahu korang akan buat apa nanti pada aku! Siapa-siapa hikss...help me! Tolonglah!" Ciara terus-terusan menjerit merayu meminta tolong namun langsung tiada seorang pun yang sudi menolongnya.

Bagi orang lain, menolong Ciara bagaikan mahu 'membunuh' diri sendiri. Tetapi hanya seorang saja yang bagaikan penyelamat Ciara. Seseorang itu juga digeruni oleh Naura and the gengs. Zera. Yeah, gadis itu kan dari keturunan yang kaya raya asalnya. Kalau sekali orang cari pasal dengannya dan Zera mengadu kepada ayahnya a.k.a. dato'. Habis masa depan orang tu nanti.

Namun, malangnya kelibat Zera tiada pula di sini.

"Apa yang terjadi di sini?! Semua orang...kembali buat kerja!" Boss tiba-tiba datang menerjah. Serta-merta Ciara dilepaskan begitu saja. Habis bertempiaran orang menuju ke tempat masing-masing untuk menyambung kerja semula.

Ciara yang terduduk seketika di atas lantai dalam keadaan tidak terurus bajunya dan rambutnya yang serabai.

Boss itu mendekatinya.

"Ciara, are you okay?" Ciara yang sedang menitiskan perlahan air matanya cuba berdiri dari duduk di atas lantai. Terus pipi disekanya kasar.

"Saya Ciara Quitta ingin berhenti kerja dari sini. Boss cakaplah apapun. Mulai sekarang...boss bukan boss saya lagi. Keputusan saya muktamad. Terima kasih atas segalanya. Saya fikir...dengan bertemu face to face dengan tuan...mungkin akan jadi tanda penghormatan terakhir saya pada tuan. T-Tapi...saya tak sangka. Untuk kedatangan saya terakhir ke sini...akan lebih menconteng luka dalam diri saya. I-Itu menyakitkan. K-Kalau saya tahu...hal ini akan berlaku. Lebih baik...saya telefon tuan saja mahu memberitahu perkara ini...Saya pergi dulu." Selepas berkata begitu, tanpa memandang ke belakang lagi Ciara dengan berlari-lari anak terus meninggalkan tempat itu. Tempat yang turut lama menjadi luka parut di hatinya.

Akhirnya, selepas terasa jauh dia dengan tempat itu terus terduduk dirinya di atas jalan tar.

Ciara terus melepaskan tangisannya di situ juga sambil mencengkam dadanya sekuat hati.

"Arghh! Hikss...hikss..." Ciara menggaru lengan kanannya beberapa kali yang telah menjadi tabiat dirinya.

Terus digaru-garu berkali-kali sehingga kulit lengannya mengeluarkan darah.

Ciara terhenti menggaru lengannya. Dia hanya memandang kosong ke arah kukunya yang terkena darah sendiri.

Lengan ditadah ke atas. Hanya membiarkan satu per satu darah menitis jalan tar. Setiap titisan darah itu juga dia menitiskan air matanya.

Tangannya yang menggigil trauma Ciara sentuh dengan tangan kirinya. Cuba menenangkan diri sendiri.

"Kau dah lakukan yang terbaik Ciara...hikss kau takkan merana di tempat itu lagi. Syabas Ciara...kau berjaya lakukannya. Aku takkan lagi bekerja di situ lagi. T-Takkan sesekali Hiks... hikss..."

Ciara mendongak memandang langit. Senyuman hambar meniti di bibirnya.

********

"Cik Farah Mikayla?" Tiba-tiba datang seorang doktor perempuan yang bersuit putih memanggil nama Farah.

Aku yang terasa nama dipanggil memalingkan wajahnya sedikit ke tepi.

"Yes, doc?"

Karen turut memandang doktor itu.

"Sebenarnya, sebelum Encik Mark meninggal...dia ada sampaikan pesanan yang lebih personal kepada saya. Ianya ialah satu permintaan terakhir. Katanya, sekiranya dia memang benar sudah meninggal nanti...dia mahu matanya didermakan kepada Cik Farah. Supaya Cik Farah... dapat melihat lagi seperti dulu. Selepas dia tahu...Cik Farah ialah adik kandungnya terus dia menelefon saya beritahu hal itu. Dia begitu ambil berat pada cik selama ini..."

Aku terkesima.

Tangan dicengkam kasar cadar katil hospital.

Bibir aku sudah menggigil. Aku begitu sedih... rasanya begitu teruk sekali.

"Bahkan...s-sebelum dia mati pun...dia masih fikirkan Farah Mikayla..." Suara aku yang bergetar lirih.

Hati aku yang sedang meronta-ronta masih cuba menidakkan kepergiannya yang baru terjadi.

"Cik Farah...boleh kita mulakan pembedahan untuk pertukaran mata sekarang? Daripada menunggu lama atau ...Cik Farah memang mahu tunggu ibu dan ayah Cik Farah dulu untuk datang sini?" Kata doktor itu dengan suara yang lembut.

Aku memejamkan mata aku seketika. Cuba berfikir sejenak. Kata-kata Mark masih terngiang-ngiang di kepala.

"Dan as your brother, aku akan dermakan mata aku pada kau Farah."

"Maaf, sebab abang bodoh sebab telah cintakan adik. Maaf juga, kerana cuba menghasut adik dari mengahwini Prince adik sendiri. Dan... Maaf juga kerana terlalu terburu-buru. Semuanya dah terlambat. Adik takkan boleh buat apa-apa. Ini kerana, abang yakin mata abang pasti sesuai dengan adik. Sebelum penglihatan abang semakin kabur disebabkan penyakit ini... tolong manfaatkan abang...demi kepentingan adik sendiri."

"Sekarang adik tahu kan... betapa sayang dan cintanya hati ini pada seorang wanita yang bernama Farah Mikayla. Thanks sebab hadir dalam hidup abang. Thanks for everything. Hari-hari abang begitu indah...ketika setiap kali bersama dengan adik...ergg..."

Tanpa sedar air mata masih setia membasahi pipi.

Pengorbanan Mark...Hiks begitu tinggi pada aku. Bahkan di saat dia sudah mati...aku masih terhutang budi padanya. Tuhan... kenapa orang yang sebaik dirinya harus pergi dahulu... A-Aku bahkan...tidak sempat mahu mengucap selamat tinggal,terima kasih dan masih tidak puas bersamanya... I-Itu benar-benar menyakitkan Tuhan...

"Tak perlu." Tiba-tiba Farah bersuara perlahan.

"T-Tak perlu tunggu ibu dan ayah saya..."

"S-Saya... dengan ini...terima untuk membuat pembedahan pertukaran mata dengan seorang lelaki..." mata aku masih terpejam. Terhenti seketika kata-kata aku.

Titisan air mata mencurah ke pipi.

"Y-Yang telah menjadi abang saya. Mark Mikhael..." Akhirnya, aku menyudahkan kata-kata aku dengan menangis teresak-esak.

Karen di sisi memeluk bahu aku erat.

" Farah...a-awak dah buat keputusan yang benar... You're the braved girl...Saya akan telefon ibu dan ayah awak untuk beritahu perkara yang sebenar dan menyuruh mereka ke sini. I'm sure they will be agree it..." Karen di sisi membisik aku perlahan dengan lembut.

Suaranya di sisi aku membuat aku sedikit tenang.

Bahu aku diusap-usapnya lembut.

Aku tersenyum pahit dalam tangisan.

*******

Stretcher ditarik oleh nurse bersama-sama keluarga aku di sisi. Kedengaran suara mereka memberi semangat pada aku. Mama...sudah menangis. Entah menangis kerana apa. Mungkin dia takut juga...kalau pembedahan ini...tidak berjalan lancar. Namun, dalam masa yang sama. Dia selalu berkata. Dia tidak akan berhenti berdoa pada aku sepanjang pembedahan berlangsung. Mama seakan-akan tidak mahu melepaskan tangan aku sepanjang stretcher ditolak oleh nurse.

Aku hanya tersenyum kecil. Walaupun Karen tidak bersuara. Namun, aku tahu...dia turut berada di sisi aku turut menolak stretcher.

Aku tahu...dia pun pasti risau juga pada aku seperti mama dan papa. Namun, apabila memikirkan Mark... Aku yakin...kalau Karen beritahu mama dan papa aku siapa penderma mata aku yang sebenar. Mereka pasti akan terkejut besar.

T-tapi...kenapa Mark terpisah dengan aku dari kecil? Dan kenapa...mama dan papa aku tidak ceritakan perkara sebenar yang aku juga mempunyai abang? Dalam masa yang sama, aku masih marah pada mama dan papa aku kerana merahsiakan hal yang sebesar ini.

"Farah, jangan takut ye nak..." Mama aku cuba memberi semangat pada aku. Aku dengan reaksi kosong hanya mengangguk kecil.

Apabila sudah tiba di pintu pembedahan. Nurse-nurse mula menghalang siapa-siapa dari masuk.

Terasa stretcher terus ditolak ke dalam bilik. Kedengaran pintu sudah ditutup oleh nurse tadi dari dalam.

Hati aku mula terusik takut.

********
Author pov

Karen berjalan perlahan-lahan ke arah Puan Maria dan suaminya Heydie.

"Aunty...Uncle...saya ada nak beritahu sesuatu ni."

"Ha'aa, kamu kata nak beritahu penderma mata Farah. Siapa dia sebenarnya? Auntie pun teringin sangat nak tahu. Walau siapapun dia...dia bagaikan malaikat yang sanggup derma matanya. Auntie ...berasa terhutang budi sangat dengan jasa besar dia pada Farah."

Karen tersenyum kelat apabila mendengar kata-kata Puan Maria itu.

"Sebenarnya... penderma tu dah meninggal... Lagipula, siapa yang akan menderma mata yang begitu berharga bagi seseorang itu dalam keadaan masih hidup. Pasti akan lebih buat dirinya berisiko nanti."

Puan Maria dan suaminya berpandangan seketika.

"A-Auntie...tak tahu pun dia dah meninggal. Siapa orangnya? Apa dia kenal Farah?"

"Kenal. Kenal sangat. Mereka berdua memang rapat pun auntie...Kalau aunty dan uncle nak tahu...penderma mata Farah yang sebenar...ialah Mark Mikhael."

Puan Maria dan suaminya berasa terpempan terkejut besar tidak terkata.

"M-Mark...anak kita ke bang..." Akibat terlalu terkejut, Puan Maria tidak dapat mengimbangi tubuhnya. Mujur suaminya sempat memegang kedua-dua bahunya.

Karen tergamam. Jadi...Puan Maria memang ibu sebenar bagi Farah namun...Mark terpisah dan dibela oleh ibu angkat lain? Ohh my...ini memang tak disangka. Kenapa mereka sanggup buang Mark dari kecil...Ini memang tak adil bagi Mark.

"Kamu kata penderma dia dah tak ada?! Tak mungkin...tak mungkin Mark orangnya!" Puan Maria sudah menjadi histeria. Sukar untuk dia untuk terima semua ini.

Manakala suaminya masih lagi terkejut dengan kata-kata Karen.

Karen tersenyum pahit.

"Jadi, Mark ialah anak aunty yang sebenar. Tapi kenapa aunty buat dia seperti itu? Aunty tak patut buang dia dari kecil. Mark, dia juga ialah anak kandung aunty bukan...Dia juga...seorang anak yang memerlukan kasih sayang ibu dan ayah kandungnya. Tapi, sekarang dia dah tak ada. Auntie dengan uncle cuba fikir balik...Ini semua karma aunty, uncle...Dia dah tiada buat selama-lamanya. Dan aunty dengan uncle kena hadamkannya..." Kata-kata Karen serta merta membuat Puan Maria sudah melepaskan tangisan.

"Hikss, jadi ini pembalasan Tuhan pada aku...Tuhan, aku tak bermaksud untuk membuangnya dari keluarga ini. Hikss, Karen kamu dah salah faham. Memang salah kami kerana membuang dia. T-Tapi, itu juga demi kepentingannya...Dia layak hidup lebih bahagia bersama ibu angkatnya. Saya tahu itu. Dia lebih bahagia dan rapat bersama ibu angkatnya berbanding ibu kandungnya sendiri. Jadi, saya sebagai ibu...harus buat apa lagi? Kami bukan buang dia...kami masih ambil peduli tentang dia... Please... jangan kata kami buang dia..." Puan Maria sudah beremosi.

Dia menangis teresak-esak tanpa cuba mengeluarkan suara. Karen menggeleng kecil. Tidak menyangka...hanya kerana itu alasannya.

"Mungkin aunty dan uncle tak tahu. Kebahagiaan seorang anak yang sebenar... hanyalah apabila dibelai kasih oleh keluarga kandungnya. Tak salah kalau dia dijaga oleh keluarga angkat. Saya pun samalah. Dijaga oleh keluarga angkat dan lama terpisah dari keluarga kandung saya. Hikss, s-saya boleh rasa apa yang Mark rasa. Kehilangan keluarga... kehilangan tujuan hidup... sedangkan keluarga yang sebenar ialah seakan-akan bererti arah tuju yang sebenar."

"Tapi, apa yang bezanya ialah...saya dijaga oleh keluarga angkat saya kerana... ibu dan ayah kandung saya dah lama meninggal. Tapi Mark? Dia dijaga keluarga angkat biarpun keluarga sendiri dia masih ada? Saya yakin...lepas dia tahu kenyataan ini. Hatinya pasti sudah hancur."

Puan Maria dan suaminya terdiam seribu bahasa. Dan hal itu buat Karen rasa...tak suka.

Dia tak sangka... sanggup Puan Maria dan suaminya berbuat begitu kepada Mark hanya kerana Mark lebih selesa dan bahagia dengan keluarga angkat?

Bahkan, keluarga sendiri pun boleh bahagiakannya dan Mark akan mula terbiasa tapi mereka lebih pilih...untuk biar Mark dijaga oleh orang lain?

Cerita ini... memang melucukan.

Karen turut terdiam melayan perasaan sendiri.

********

Akhirnya tunggu punya tunggu pembedahan Farah berjalan lancar.

Farah kini diusung ke bilik wad biasa selepas pembedahan. Kedua-dua matanya yang ditutup kain putih masih tidak boleh dibuka. Semua orang kini hanya menunggu Farah untuk sedarkan diri.

Puan Maria dan suaminya sementara menunggu Farah sedar mereka ralit dengan melayan perasaan sendiri. Mereka menangis dalam diam bersama perasaan kesal yang begitu menebal di dalam hati.

Karen turut berada di situ menatap sayu tubuh Farah di atas katil yang masih tidak sedarkan diri.

Sekali-sekala kedengaran esak tangisan Puan Maria apabila anak lelakinya sudah tiada. Terasa begitu cepat dia rasakan. Baru saja dia merancang mahu beritahu Mark dan Farah perkara yang sebenar dan mengajak Mark tinggal bersamanya. Pasti, Mark akan memaafkan dirinya. Sungguh, dia begitu menyesal. Sangat menyesal...

Di saat seorang nurse mahu berlalu pergi selepas memeriksa keadaan Farah di situ Puan Maria dengan cepat memanggil nurse itu.

"Ya, Puan?"

"B-Boleh...saya lihat mayat penderma mata anak saya buat kali terakhir?" Soal Puan Maria dengan mata yang berkaca-kaca.

"Boleh, puan boleh ikut saya segera." Puan Maria diikuti suaminya mengikut nurse itu.

Karen tidak bereaksi apa. Mereka memang layak bersedih dan menyesal seperti tadi.

Karen menapak langkah menuju lebih dekat ke katil Farah. Senyuman kecil meniti di bibirnya. Terus tangan putih Farah dibawa ke bibirnya. Ciuman dilekapkan ke situ.

********

Apabila nurse yang bertugas untuk menguruskan mayat Mark itu membuka perlahan kain putih yang menutupi tubuh Mark. Kain disingkap ke atas sedikit hanya menampakkan wajah Mark.

Terpampang wajah itu dengan jelas di pandangan Puan Maria dan suaminya.

Puan Maria sudah menekup mulutnya. Nak saja dia menangis semahu-mahunya di sini.

"Nak..." terpacul panggilan itu dan merintih perlahan. Dengan suara yang serak dan tangisan mendayu dari Puan Maria cuba diangkat tangannya perlahan untuk menyelus pipi anaknya buat kali terakhir.

Tangannya sedikit menggigil. Diciumnya lembut dahi Mark yang mulai sejuk dengan penuh kasih sayang. Wajah pucat Mark dipandangnya dengan penuh rasa sayu dan hiba. Sebagai seorang ibu, dia memang tidak patut berbuat begitu pada anak lelakinya dari kecil lagi.

Encik Heydie turut melabuhkan ciuman di pipi anaknya buat kali terakhir.

"M-Mark...tolong maafkan mama please? Hikss...hikss...memang betul cakap Karen itu. Mama... memang bukan ibu yang baik bagi Mark. Mama sebenarnya pilih kasih. Mama buat keputusan untuk membiarkan Mark dijaga dengan baik oleh kawan mama. M-Mama Hiks...mama berdosa sangat kepada Mark...Mama fikir, Farah sudah cukup untuk jadi anak mama. Sedangkan mama...Hiks hakikatnya bukan mempunyai anak seorang. Mama terlupakan Mark. Mama memang tak jadi ibu yang terbaik buat Mark..."

"Hiks...Hiks...Mark...Mama dah menyesal. Mama dengan papa mahu tebus balik dosa kami pada kamu. T-Tapi kenapa...Hiks Hiks di saat kami baru sedar...Mark sudah tinggalkan kami..."

"Arghh, ini ialah karma buat mama. Mama...mintak maaf... Mama mintak maaf sangat-sangat... Maafkan mama...Hiks tolong maafkan mama please...sayang."

"Mark...papa pun rasa bersalah sangat. Tolong maafkan papa juga ... alangkah masa dapat diundur lagi...walau apapun terjadi, Mark tetap anak kami..." Ujar Encik Heydie pula dengan suara yang lirih.

Disebabkan sudah rasa tidak sanggup lagi mahu melihat mayat anaknya Puan Maria akhirnya memeluk dan menyembam muka ke dada suaminya melepaskan tangisan di situ juga.

********

Detik yang dinanti-nantikan sudah tiba. Farah sudah sedar dari tidurnya. Doktor dan semua orang mula mengelilingi katilnya. Bersedia untuk membuka kain di matanya.

"Cik Farah. Are you ready?" Farah hanya mengangguk tanda menggiyakan.

Tangannya meramas seluar tidak dapat dia bayangkan apa perasaannya nanti selepas beberapa tahun akhirnya dia dapat melihat lagi.

"Dalam kiraan...satu, dua, tiga. Lepas saya buka kain ni. Cik Farah boleh buka mata secara perlahan-lahan. Okay?"

Farah sekali lagi mengangguk kecil.

Manakala Karen yang berada di antara ibu dan ayah Farah turut berasa hatinya berdebar-debar. Tanpa sedar, matanya mula sedikit berair. Terharu. Kerana, Farah bakal melihat semula. Inilah yang dia nanti-nantikan. Melihat mata Farah yang merenung dirinya...di saat masa itu tiba dia betul-betul rindukan. Inilah saatnya.

Alahai Karen... sensitifnya kau.

Doktor itu mula menguraikan ikatan kain dan melepaskannya dari mata Farah.

Kini, kelopak mata Farah dipejam seketika sebelum kelopak matanya cuba digerak-gerakkan sedikit untuk membuka.

Dengan penuh berhati-hati, Farah membuka kelopak matanya perlahan.

Pandangan di hadapan mata dirasakan mula-mula agak kabur sehingga kembali menjadi jelas. Farah memandang satu per satu wajah yang merenungnya tidak berkelip.

Puan Maria sudah menekup mulutnya. Mata Farah... sekarang betul-betul memang sama dengan anak lelakinya. Pupil mata yang begitu cantik.

"Ma..."

"Farah..."

Sorry krn terlalu lma menghilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience