Bab 1: Deep scars

Romance Series 5981

4 tahun yang kemudian..

"Kau memang nak kena kan?! Kau mari sini! Eiiii aku kerjakan kau sampai mati kut nanti!"

"Arghhh! Sakit...sakit...ma! J-Jangan...Ciara...Hiks Hiks Ciara minta maaf, ma! Tolong jangan buat Ciara lagi...Hiks Hiks. Ianya sakit..."

"Haa tahu pun sakit! Hati aku ni lebih pedih bila kau pulang lewat dari kerja! Ohh, kau sengaja kan kerja sampai lewat malam macam ni ...Kau tahu tak...aku ni hampir kebulur kau tahu?! Dasar anak tak guna! Da*n you! Dahlah gatal mahu mengorat anak lelaki orang! Eii, kau ni anak syaitan ke haa? Kau sengaja mahu buat aku malu. Arghh! Biar aku kerjakan kau cukup-cukup malam ni!"

"Arghhhh! Ma! Sakit!" Ciara terus-terusan terlolong menjerit sakit apabila tubuhnya tidak henti-henti dipukul tali paip oleh ibu kandungnya sendiri.

"Puih! Lega sikit hati aku kerjakan kau! Kalau tak nak sakit buat lagilah ye? Padan muka!" Terus Puan Rosania melontarkan tali paip tadi dari tangannya. Tak cukup itu...sekali pakej dengan kata-kata hina dan keji dilontarkan pada gadis malang seperti Ciara.

Ciara sudah tidak terdaya. Terbaring lemah Ciara di atas rumput sambil menggigil tubuh badannya sakit tidak langsung dihiraukan atau dikasihani oleh ibunya sendiri walaupun sedikit. Sudah acap kali tubuhnya dipukul, dibirat, ditampar, ditendang, dan banyak lagi bertubi-tubi oleh ibunya sendiri. Menggelupur tubuh badannya menahan sakit di situ.

Jatuh satu per satu air mata jernih mengalir ke pipi gadis seperti Ciara. Sudahlah badannya penat baru balik dari kerja selepas itu dipukul lagi oleh ibunya sebaik saja pulang.

"Hikss... hikss ...B-Bila ...m-masa Ciara mengorat anak orang ma? I-Itu s-semua...h...hanyalah fitnah..." tersekat-sekat suara Ciara apabila berkata. Nak saja dia menangis semahu-mahunya di sini.

"Ohh? Fitnah kau cakap? Eihh aku tak nak tahulah kebenaran semua tu! Yang penting...orang dah mula membawang pasal aku tau? Sebab punya anak yang suka merogol lelaki."

"Maa! Apa yang ma cakap ni?...Hiks Hiks, sejahat-jahat Ciara...Ciara tak pernah buat perkara yang memalukan itulah!"

"Tak pernah kau cakap? Tapi, kau dah conteng arang di muka aku! Sini kau! Biar aku cacatkan muka kau yang tak berapa cantik tu! Biar kau rasa...apa rasanya dipermalukan!"

"Erggg...T-tolong...tolong maa ...C...Ciara dah tak sanggup tanggung sakit lagi. T-Tolong... cukup...sudah cukup ma...Hiks... hikss..." Ciara gagahkan diri bangun dari pembaringan. Terdengar desiran kecil dari mulutnya. Dia duduk berteleku di hujung kaki ibunya. Kedua-dua tangannya memeluk lutut ibunya cuba meraih simpati.

"Eyhhhh lepas! Lepaskan aku dengan tangan kotor kau tu! Lepas aku kata!" Terus ibunya menendang Ciara membuat serta merta tangannya terlepas dari pautan lutut ibunya.

"T-Tak...j...jangan...Hiks Hiks ma! Maafkan Ciara...Ciara betul-betul tak buat semua tulah! Percayalah!" Ciara terus-terusan memohon. Kedua-dua tangan disusun 10 jari ke mulutnya tanda memohon. Dia sudah trauma... Betul-betul trauma dengan semua ini...

Entah kenapa angin ibunya kali ini lagi teruk. Tanpa belas kasihan, ibunya mengambil pencakar kecil kebun tanaman berdekatan di situ. Dengan hujung cakaran tajam itu, Puan Rosania terus mengena sisi wajah Ciara membuat gadis itu serta-merta terteleng kepala ke tepi menjerit kesakitan.

"Arghhh!" Ciara memegang pipi kirinya yang sudah mengeluarkan cecair pekat. Pedihnya tidak terkata dia rasakan.

Ciara mendongak memandang ibunya. Kolam matanya yang penuh bertakung dengan air mata sedih hatinya memandang ibunya. Sampai beginikah ibunya menderanya? Sehingga berdarah? Ibu apakah ini?...

"Seorang ibu... langsung tidak mempercayai anaknya...s-seorang i...bu... langsung tidak memberi peluang pada anaknya...untuk menjelaskan...dia hanya terus memukul dan memukul...Begitu bencikah dia pada anaknya sendiri? S-Sungguh...ini tidak a...adil bagi Ciara ma..." Ciara tidak menghiraukan air mata yang tidak henti-henti menurun ke pipinya.

Segenap hatinya...di setiap penjuru merasakan sakit dan perit yang teramat. Sakitnya bukan saja di tubuh...tapi lebih sakit kerana ibunya sendiri yang sanggup berbuat begini padanya. A-Apa bukan dia anak kandung ibunya? Kenapa dari dulu ibunya langsung tidak memberi kasih sayang padanya...walau hanya secebis? Apa salahnya... sehingga di saat ini dia harus merasakan derita ini dengan teruk? Apa salahnya pada ibunya sendiri...bukan dia juga anak kepada wanita itu? Kenapa hanya adiknya saja diberi kasih sayang...K-kenapa...dia sepatutnya diperlakukan sehingga seperti ini?

Puan Rosania langsung tidak berkata apa. Terus dia membuka langkah pergi dari situ. Sebelum pergi, sempat matanya menjeling tajam ke arah Ciara yang sedang menangis teresak-esak itu.

"Sikit-sikit nangis...dasar lemah! Hmmph!" Akhirnya hanya kelibat ibunya yang kian jauh meninggalkan dirinya.

Ciara memeluk lututnya. Sedikit menggigil tubuhnya kerana terkejut dan terlalu trauma yang dirasakan. Sungguh, dia betul-betul rasa sakit. Dan sakitnya... seakan-akan tidak ada penghujungnya.

Ciara meletakkan dagu ke lututnya. Air matanya seakan-akan begitu degil untuk berhenti. Begitu juga darah yang mula turun perlahan-lahan ke bawah dagunya. Air mata yang terkena luka di pipinya sedikit membuat dia rasa pedih namun tetap dia tidak hiraukan itu.

"Should I just die? Mama dah tak sayang pada aku...Tak, dari dulu sejak aku lahir...dia memang tak sayang pada aku. Hiks...Hiks...aku memang tak layak dapat kasih sayang dari dia ke? Walau hanya secebis? Kalau begitu... kenapa dia lahirkan aku? Hiks...Hiks...untuk apa dia lahirkan aku? Tidak apa...aku kan... seperti tunggul kayu yang sangat berat dan takkan jatuh. Aku takkan sesekali jatuh...I-ini...ini aku masih mampu lagi untuk bertahan. Hiks...Hiks.. walaupun...sudah buat aku betul-betul rasa teruk."

Ciara hanya duduk menyendiri di luar. Angin yang sejuk bertiupan sekali sekala menerbangkan sisi rambutnya. Darah dan air matanya secara serentak turun secara perlahan.

*********
"Itu dia...itu dia...Dia dah sampai, ahh! My beloved man! Look at me please!" Semua gadis-gadis mula gila menempik terpekik-pekik sebaik saja satu kereta mewah berwarna putih berhenti di hadapan karpet merah.

Keluar sepasang kasut hitam yang begitu menggilap tanpa cela mula menjejak kaki ke bumi. Lagilah membuat gadis-gadis itu menjerit seronok nakal pada lelaki yang begitu disanjung itu.

Keluarlah seorang jejaka yang bersut hitam bersama kaca mata yang tersangkut di hidungnya. Begitu segak dan bergaya di pandangan orang lain.

Sebelah tangannya diceluk ke poket sambil berjalan dengan lagak artis di hadapan mereka semua. Nasib ada pegawai yang tolong jagakan. Semua peminat lelaki itu benar-benar gila. Kalau tidak dihalang, habis lelaki itu dikerumuni oleh mereka semua.

Seiring langkahnya...walau setapak bunyi kasutnya mampu menimbulkan rasa debar di hati. Angin yang sedikit meniup ke rambutnya menyerlahkan lagi aura maskulin dalam dirinya. Di sisi kanan dan kirinya, terdapat beberapa bodyguard lelaki bergaya yang lain.

Kedengaran kamera diambil dan ditangkap beberapa kali.

Namun lelaki itu langsung tidak mencalit walau secarik senyum di bibir merahnya. Di sebalik kaca mata hitam itu, hanya kaku ke hadapan. Aura dingin begitu mengelilingi dirinya. Hatinya yang sudah ditutup rapat menutupi segala-galanya. Bertukar keji, baran dan dingin dari yang lain.

Langsung tidak mempunyai rasa di saat peminat-peminatnya begitu riuh menyambut kedatangannya.

Seiring langkahnya hanya beriak sombong dan kaku ke hadapan.

Di hadapan, seorang lelaki pertengahan umur sedang menunggunya berserta senyum yang mekar di bibirnya.

Lelaki itu menghentikan langkahnya sebaik sahaja betul-betul berdiri di hadapan lelaki yang berumur pertengahan tahun itu.

"Hye, welcome back Kyran Andrew Johansson. Hehe, tak sangkalah pula saya...Mr. Kyran yang begitu terkenal dan popular ni akhirnya membuat keputusan datang ke karpet merah ni. Ohh so lucky to meet you here. How are you? Sudah bangun dari sangkar sendiri hmm?" Kata-kata lelaki itu atau lebih kepada kata-kata sinis dilontarkan pada Kyran.

Kyran mula membuka kaca mata hitamnya dan disangkut ke kolar bajunya. Terserlah wajah tampannya di hadapan lelaki itu. Terbit senyuman sinis di bibir Kyran langsung dia tidak berkecil hati dengan kata-kata itu.

"Mr. Leo, Mr. Leo...how are you? Dah tua sangat ke sampai kat sini juga you tak sabar nak berbincang tentang hal tu dengan I? Ohh come on mr. Leo! Tonight all of the celebrities will introduce themselves pada khalayak ramai especially me. I know, diaorang semua akan jadi lebih tak sabar untuk berjumpa dengan I kalau you terus halang I jalan macam ni. Hehe, isn't true Mr. Leo?" Kyran menayangkan senyuman jengkelnya. Dan hal itu membuat darah Mr. Leo menggelegak. Nak saja dia tumbuk muka Kyran dekat sini tapi dia tahu...itu mustahil. Sekarang, kedudukan taraf Kyran menjadi lebih tinggi. Jatuh teruk reputasinya nanti kalau terlalu mengikut emosi.

"Mr. Kyran sekarang ni...dah makin hot and arrogant yeah? Ingat mr. Kyran. Dalam hidup ni....jangan sombong sangat. Takut... akan ada perkara yang lain pula yang lebih menjatuhkan you. You dah hampir bangun dari bertukar mayat hidup. Kasihan. Nasib memihak pada you...kerana masih belum hilang kewarasan. Hehe.."

Senyuman sinis Kyran semakin pudar. Tanpa secalit senyuman, dia memandang tepat ke arah Mr. Leo yang berambut karat itu. Begitu tajam dan tepat seperti bilah pedang.

Mereka berlawan pandang seketika. Seakan-akan perang sinis akan bermula tidak lama lagi.

"Saya dah pernah rasa lebih teruknya kejatuhan yang saya pernah alami dalam hidup ini. Mr. Leo...jangan sesekali meremehkan saya. Sekali you cari pasal dengan I...huh! Jangan pula mengadu dekat si isteri nanti ye?" Kyran mendekatkan wajahnya dengan Mr. Leo.

"Remember this, Mr. Leo. I'm. Not. Kyran. Yang. Dulu. So, just do what you must do. Don't crossed the line! You ingat... perusahaan you boleh kalahkan perusahaan ayah I? Just dream it! Without me...produk perusahaan you takkan berjaya dengan laris. Ermmm...kalau layanan Mr. Leo...dah tak berapa baik dengan saya...jadi buat apa lagi saya mahu masuk campur bukan?" Kyran mahu pergi tetapi dengan pantas dihalang oleh Mr. Leo.

"Wait...wait! Please, don't go first. I need you to be my model. Please...jangan tarik diri. Okey, after this....I'll will be more careful with my words." Kyran tersenyum senget apabila melihat Mr. Leo menggelabah.

'Huh! Dasar orang tua yang tak reti bersyukur!' sempat lagi Kyran mengutuk di dalam hati. Di luaran dia nampak tersenyum. Namun, senyumannya langsung tidak ikhlas.

"Good! Ermm...let me think first okay? Yelah, my service is so high! Kalau mahu ambil I jadi model you...kenalah lebih berusaha keras dan layan I dengan baik. Hahaha..." Kyran tertawa jahat seraya menepuk-nepuk bahu Mr. Leo. Dia tertawa menang kerana Mr. Leo sudah kehabisan ayat. Siapalah yang dapat menang dalam bertikam lidah dengannya...siapa berani trylah tapi jangan sampai broken heart.

Selepas itu, terus kakinya dibawa melangkah pergi dari situ dengan lagaknya.

Mr. Leo sudah menggepalkan tangannya sekuat hati. Muncul urat-urat di tangannya itu. Berdesing mulutnya mendengar gelak tawa sinis dari Kyran. Sungguh, kalau mahu buat perusahaannya lebih kaya dan maju dia terpaksa telan saja kata-kata sinis dari Kyran itu.

Terketap-ketap rahangnya menahan amarah memandang tubuh belakang Kyran yang hanya menonong berjalan pergi itu.

"Takpe-takpe Kyran...kau berlagak sangat eh? Kau cuma ahli baru dalam bidang ni. Kau memang silap kerana mencari pasal dengan orang lama! Huh, nasib takkan berpihak pada kau lagi Kyran Andrew. We will see it."

Senyuman yang menghiasi di bibirnya langsung hilang begitu saja. Kyran menghulurkan tangannya...serentak itu bodyguardnya menghulurkan sapu tangan kepada Kyran. Kyran mengelap tangannya dengan sapu tangan merah itu seolah-olah tangannya sudah kotor dan berdebu kerana menepuk bahu Mr. Leo sebentar tadi.

"World...world...Duhai dunia yang kejam....Finally we meet again. Aku akan tengok sampai bila aku akan bertahan. Mereka memang betul-betul fikir aku sudah tidak waras dan gila...hehe...jadi aku akan bentangkan dunia ini dan tunjukkan betapa gilanya Kyran Andrew yang sebenar."

*********
Ciara mengelap dan mengocak rambutnya berkali-kali dengan tuala kecil. Dia yang siap berpakaian tidur dari bilik air duduk secara perlahan di hadapan cermin solek.

Lama. Lama Ciara memandang wajahnya sendiri yang kini berbekas parut di pipi kiri bawah dagunya. Parut yang baru terjadi ini perlahan-lahan dia mengangkat tangannya mahu memegang parut itu.

Ciara memandang sayu ke arah cermin. Hatinya perlahan-lahan terasa diulit dengan rasa biasa. Seakan-akan dia sudah merasa terbiasa untuk merasakan kesakitan ini.

Biarpun begitu, dia tidak dapat nafikan betapa gelora di hatinya saat ini. Dia tidak dapat tipu pada diri sendiri. Biarpun, dia sudah terbiasa...namun mamanya tetap ialah ibunya. Meskipun begitu, dia akan terus merasa kesakitan...merasa terus dalam kesakitan sehingga di satu saat... mungkin kesakitan itu akan menghilang. Bila apa? Bila dia sudah mengalah dengan semua ini. Pergi jauh dari tempat neraka ini.

Tapi, dia tak buat begitu. Kerana dia tahu...kalau dia buat begitu...itu bermakna dia sudah menjadi anak derhaka. Dia juga akan rasa sama tarafnya saja pada budak-budak lain yang derhaka pada ibu bapa.

Ciara perlahan-lahan menurunkan tangannya. Matanya yang kuyu dan tersimpan 1001 kesakitan yang terlindung menunduk sepi ke bawah.

"Di dalam rumah ini...aku hanya seakan dianggap kuli dan cuma tempat dilepaskan amarah dan angin oleh ibu aku. Hanya menjadi tempat untuk dirinya memukul aku. A-Aku rindu sangat ....pada mama aku yang dulu. Dulu, dulu dia tak seperti ini. Arhh Tuhan...Apa yang aku harus lakukan? Tidak ada siapa lagikah yang dapat menghargai aku? Pada siapa lagi... untuk aku ceritakan bagaimana pedihnya hati aku rasakan ini...Bahkan, parut ini...tidak langsung dapat menangani rasa parut di dalam hati. "

Tanpa sedar, mata Ciara sudah berkaca-kaca memandang cermin.

Otaknya kemudian mula teringatkan kenangannya selama ini bersama keluarga sebelum ayahnya meninggal lagi. Baginya, sebelum dan selepas ayahnya meninggal seakan-akan hanya memberi bekas di hati. Yang lain, langsung tidak berubah.

Flashback kisah lama...

"Ayah, ayah nak nasi tak? Ciara ada buat lauk kegemaran ayah ni. Ayah mesti suka." Kata Ciara dengan senyuman ceria mahu mencedok nasi ke pinggan ayahnya.

"Tak payahlah..."

"Ala, ayah tak makan lagi ni. Ayah kan...baru balik. Makanlah sikit. Nanti ayah sakit tau kalau tak makan."

"Eihh aku cakap tak payah...tak payahlah! Apasal kau pekak sangat ni ha?!"

Ayahnya tiba-tiba mengamuk dan menepis segala pinggan di atas meja sehingga jatuh berkecai lauk pauk dan nasi berterabur ke lantai. Pinggan tadi juga tidak semena-mena terjatuh mengena ke kaki Ciara.

"Arghh!" Ciara menjerit kesakitan sambil menahan perit di kaki.

"A-Ayah, ayah dah kenapa..."

"Kau cakap aku kenapa? Dasar anak haram! Kau memang silap besar sebab selalu cuba berbaik dengan aku! Sampai aku mati pun...kau aku hanya akan anggap seperti binatang! Menjijikkan...aku bukan ayah kau!"

"Arghh..." Ciara bertambah sakit apabila ayahnya menarik segenggam rambutnya dengan kuat bagaikan sudah hampir mahu tercabut dari kulit kepala rasanya.

"K-kenapa...hiks hiks...kenapa a-ayah selalu cakap...Ciara bukan anak ayah? Ayah, sampai bila ayah dengan ibu mahu bersikap kejam pada Ciara seperti ini? A-Apa lagi...yang Ciara harus lakukan agar ma dan ayah berlaku adil pada Ciara? Hiks Hiks Ciara...C-Ciara penatlah yah..." Lirih Ciara segenap hatinya. Pecah air matanya di hadapan ayahnya sendiri. Tangannya memegang tangan ayahnya yang masih menarik kuat rambutnya ke belakang. Membuat mukanya terpaksa melangut ke atas.

Namun, ayahnya hanya tersenyum sinis. Tanpa berkata apa lagi...

Pang!

Dia terus melempang anaknya sekuat hati sehingga jatuh terduduk terus Ciara ke lantai rumah. Ciara memegang pipinya. Dia sudah menangis teresak-esak di situ. Perit! Peritnya yang dia rasakan. Ayahnya langsung tidak kasihan padanya.

"Apa yang kau perlu lakukan supaya aku berlaku adil pada kau? Boleh, aku nak kau mati saja di hadapan aku. Boleh ke kau buat macam tu? Kalau boleh, makam kau pasti aku akan sanjung tinggi-tinggi. Sebab apa tau? Sebab...aku bersyukur tidak perlu tanggung dengan anak yang membazir macam kau ni."

SAPP!

Bagaikan mimpi, kata-kata ayahnya begitu menusuk ke lubuk hati Ciara. Begitu menusuk dengan dalamnya...Ciara menggeleng kecil berkali-kali perlahan. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarnya ini. Matanya sudah berkaca-kaca mendongak memandang ayahnya.

"A-Apa yang ayah cakap ni..."

Namun, ayahnya langsung tidak mempedulikan Ciara. Dia hanya terus pergi dari situ dengan wajah yang merah. Sebelum pergi, sempat suaranya meneking naik seoktaf menyuruh Ciara membersihkan semua ini.

"Bersihkan semua ini! Pastikan kau tak guna penyapu! Inilah hukuman bagi kau sebab kacau ketenteraman aku hari ini. Sudahlah baru balik dari kerja. Mahu hadap muka kau pula. Eiii rimaslah!" Katanya, sebelum mendaki satu per satu anak tangga ke atas.

Sungguh, makanan lauk-lauk dan nasi ini langsung tidak bersalah. Kenapa ayahnya sanggup senang-senang berbuat begitu? Punyalah dia susah-susah masak dengan sendiri biarpun dia sendiri demam panas.

Ciara dengan titisan air mata tanpa henti menurun ke pipi mengutip satu per satu kaca pinggan yang berterabur beserta nasi dan lauk-pauk di atas lantai masuk ke dalam satu tong sampah yang kecil berdekatannya.

"Auch..." Sekali sekala jarinya terkena serpihan kaca dan mengeluarkan berdarah. Ciara dengan laju menghisap jari yang berdarah ke dalam mulutnya.

Dengan masih dipenuhi kaca-kaca di atas lantai ini, Ciara bukan saja terkena kaca di jari. Tetapi, kakinya yang sedang melutut di atas lantai tidak semena-mena turut terkena tikaman serpihan kaca.

Ciara tidak mampu berkata apa. Perlahan-lahan menarik serpihan kaca yang tertusuk di kulitnya. Dan berhenti menghiraukan dirinya yang berdarah. Ciara merasakan sakit-sakit di tubuhnya. Sekali-sekala dia akan terbatuk kecil kerana tidak sihat. Dia mahu cepat-cepat selesaikan semua ini.

Sepanjang mengemas itu semua juga, bibir Ciara menguntum senyuman perit.

Ayah dan ibunya dari dulu sama-sama membencinya. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa. Sehingga pada satu tahap...dia sendiri sudah tidak kenal dan pasti bagaimana rasanya merasa kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Bukan kejadian ini saja, dirinya yang mahu menonton televisyen dan kebetulan ayahnya membaca surat khabar lelaki pertengahan umur itu terus menutup surat khabar dengan kasar dan bingkas bangun dari duduk sebaik memandang wajahnya. Terus dari riak tenang bertukar riak bengis terhadap Ciara. Sudah langsung tidak ada mood mahu membaca surat khabar hari ini. Ciara yang sudah duduk di sofa tidak merasa sentap seakan-akan sudah terbiasa dengan semuanya.

Di saat ayahnya, langsung tidak mengambil peduli ibunya dengan keras menderanya. Di saat Ciara memerlukan wang untuk keperluan sekolah dan makan minumnya di luar rumah langsung ayahnya sendiri tidak ambil kisah. Di saat, ayahnya lebih melayan adiknya, siap bermesra dan berlawak jenaka sambil tertawa kecil dalam kegembiraan. Sedangkan ayahnya langsung tidak tersenyum lebar seperti itu ke arahnya. Kadang-kadang, terbit rasa cemburu di hati apabila adiknya dapat layanan yang special dari ibu dan ayahnya sendiri. Adakah cuma kerana dia anak sulung yang menjadikan mereka seperti itu...dia sendiri tidak tahu. Tapi, yang dia tahu...ibu dan ayahnya benar-benar tidak adil. Mereka hanya pilih kasih. Ciara tersenyum dalam kepedihan. Pelupuk matanya yang hampir mengeluarkan air mata diseka perlahan.

End flashback

Tanpa sedar, pipi sudah dibasahi dengan titisan air mata. Bahkan di saat ini...aku cuba untuk tersenyum sendiri di hadapan cermin. Mahu membuktikan pada diri ini...yang aku masih boleh tersenyum biarpun hakikatnya ia begitu perit dan sakit.

Aku mengelus perlahan cadar putih kecil di tanganku. Wajah kembali merenung cermin solek di hadapan. Mata beriak kaku dan kosong di hadapan. Pandangan ditajamkan. Kening aku berkerut seakan menahan sesuatu.

"Mulai hari ini...di saat dan detik ini...Aku hanya akan memakai cadar ini sekiranya keluar rumah. Bukan kerana aku pengecut...tetapi ini sudah cukup untuk aku tidak perlu menadah wajah di hadapan mereka semua lagi. Di hadapan dunia ini...yang hanya penuh dengan kekejaman dan ketidakadilan. 'Selagi kau masih tetap bertahan di dunia ini, selagi itu kau ialah tetap bagaikan barang yang tiada nilainya terlalu berharga biarpun orang lain tidak menghargaimu. Kerana apa? Kerana mereka semua buta. Orang yang kuat dan baik meredakan segalanya ialah orang yang bakal bahagia sekali di dunia ini. Percayalah.' Dan itu...ialah slogan untuk hidup aku sendiri. Cara untuk aku bertahan... hanyalah mengasak kukuh dan tabah di dalam hati. Hanya mampu bergantung pada diri sendiri."

********
Author pov

"Ciara! Ambil order!"

"Ciara, basuh pinggan!"

"Cuci meja!"

Semua Ciara lakukan kerja dengan tertib iaitu menjadi pelayan penghantar makanan dan pencuci kedai makan. Pada waktu malam pula, Ciara mengambil kerja sambilan dengan menjadi pelayan di kaunter kedai runcit mini. Hampir setiap hari Ciara tidak ada waktu rehat kerana sibuk mahu mencari rezeki buat dirinya dan juga ibunya. Tak lupa juga buat mencari duit untuk bayaran kolej adiknya nanti.

Boleh dikatakan ibarat kais makan pagi makan pagi, kais makan petang makan petang. Kadangkala, dia terpaksa mengikat perut demi orang yang dia sayang. Sekolah? Umurnya yang baru menginjak 18 tahun sudah lama terpaksa berhenti sekolah kerana dia tahu...kalau dia sekolah...pasti akan lebih susah nanti. Sejak ayahnya meninggal dunia 1 tahun yang lalu dia sudah belajar berdikari untuk lakukan semua ini. Mula-mula memanglah susah. Tapi, dia sudah rasa terbiasa...Dia yakin! Suatu hari nanti... hidupnya akan berubah tidak akan selalu susah seperti ini. Tak kira cepat... ataupun lambat.

Ciara pov

Sedang aku ralit mengelap meja dengan kain. Peluh yang perlahan-lahan merenek ke tepi dahi aku seka. Aku kerling jam di dinding restoran ni...dah waktu timing rehat.

"Ciara! Sekejap. Apa yang berada kat muka kau tu. Sekejap, kenapa hari ni kau nampak lain? Seolah-olah mahu sembunyikan muka cantik kau tu." Tiba-tiba muncul seketul Zera di hadapan aku. Fuhh! Panjang umur.

"Zera! Kau ni... macam hantu lah! Tiba-tiba muncul depan aku. Nasib baik aku tak terkarate kau tahu?"

Pfft! Zera ni boleh dikata kawan kerja aku. Kalau tiada dia...hidup aku boleh dikatakan kosong dan sepi. Yelah, dia kan jenis suka berlawak hambar dan... friendly.

"Amboi-amboi, jadi kau berani mahu karate hantu Zera? Eihh kalau aku dah lari sampai ke hujung dunia dah." Seloroh Zera sekaki.

"Hehe apalah. Hmm...uni cadar."

"Tahulah cadar, kenapa kau tutup separuh muka kau. Sayanglah, muka kau kan cantik macam Yang Zi pelakon China tu..."

Wahh, ini anak...

"Yang Zi konon. Muka aku biasa-biasa saja lah. Kau ni...sampai ke situ kau melalut ye?" Aku hampir tertawa kecil dibuatnya. Ceyy, seriusly ada ke persamaan muka aku dengan Yang Zi tu? Ngehh...mengarut aje minah ni.

Zera mengecilkan matanya. Betul apa! Walaupun tak seiras 100% kerana Ciara bukanlah gadis yang berbangsa Cina tetapi raut wajahnya sedikit iras dengan wajah Yang Zi. Kulitnya yang putih berseri tanpa jerawat sedikitpun beserta redupan matanya yang tenang dan lembu. Dan...dialah wanita yang sangat cantik apabila tersenyum. Bibirnya yang sentiasa merekah senyum...biarpun hidupnya tidak seindah mana seperti orang lain. Ciara.

Sekali dia tersenyum, buat orang yang memandangnya juga mahu tersenyum. Sekali dia senyum... seakan-akan muncul sinar matahari yang sangat cantik tetapi tidak terlalu bersilau. Itulah Ciara...si gadis dengan tidak lekang senyumannya. Namun, bila dia menangis... seakan-akan matahari itu sudah tidak muncul dan hanya dikelilingi dengan kegelapan, hujan, dan petir guruh yang sangat kuat. Hanya kegelapan...dan hanya kesuraman.

"Tapi, saja. Saja aku tutup muka aku. Kenapa?"

"Weh, sengaja kau cakap? Mustahillah...kau buat ni tanpa sebab. Ni mesti kau ada sorok sesuatu dari aku ni. Mari sini. Aku nak tengok muka kau."

"Tak ada soroklah! Percayalah...Zera, please don't do this to me.."

"No, aku nak tengok juga muka kau tu. Ciara, kau jangan lari!" Hampir terjatuh aku dibuatnya apabila kami kalut sesama sendiri. Langkah menjadi tidak tetap. Aku dengan Zera tidak mengalah semudah itu. Sudah cemas aku dibuatnya apabila kain di wajah aku berjaya ditariknya.

"Yeahh! Akhirnya...Sekejap, Ciara..."

Aku memandang sayu ke wajahnya. Muka ditunduk sedikit ke bawah. Tidak menghiraukan renungan matanya yang hampir tidak berkelip memandang aku. Keadaan tiba-tiba menjadi sepi seketika. Hanya kedengaran suara pekerja-pekerja lain yang bersembang ketika waktu rehat. Kedua-dua tangan di sisi aku meramas kasar di baju.

Zera mengangkat dagu aku lembut supaya memandangnya.

"Siapa...siapa yang buat kau begini?" Tak terkata Zera dibuatnya. Wajahnya kelihatan terpempan dan terkejut.

Pipi bawah dagu kiriku yang sudah menjadi parut disentuhnya lembut.

Aku tidak berkata apa. Mata aku sudah berkaca-kaca namun aku tetap tersenyum lembut memandangnya. Cadar putih yang berada di tangannya aku ambil secara perlahan dan mengikat tali kain itu ke belakang kepala aku dengan kejap.

Hanya sepasang mata ungu gelap aku memandang tepat ke wajahnya.

"Aku tahu siapa yang buat kau macam ni. Mama...m-mama kau lagi kan yang buat? Hye Ciara, ini dah melampau! Naluri seorang ibu...kalau dia seorang ibu, dia takkan lakukan sampai macam ni sekalilah pada anaknya! Kau rasa...ini adil ke? Kasih sayang ibu kau hanya pada adik kau seorang. Kalau dia sayang, dia takkan buat kau seperti ini."

Jantung aku seperti dicucuk oleh kata-kata Zera itu. Dia memang dah tahu kisah silam aku sejak kami mula berkawan rapat.

"See? Aku pula yang jadi emosional disebabkan mama kau. Disebabkan kau juga...hati aku jadi sakit." Kelihatan Zera cuba menyeka air mata yang cuba ditahannya sekilas dengan jari runcingnya.

Aku sudah tersenyum terharu padanya. Terus tubuh Zera aku tarik masuk dalam pelukan aku.

Zera tidak menyangka aku akan memeluknya. Terkebil-kebil matanya seketika.

"Terima kasih...my friend. Kau memang kawan yang baik. K-Kalau tiada kau kat dunia ni...aku...aku pasti akan rasa lebih teruk. Sebab, sekurang-kurangnya...masih ada orang yang sanggup mengambil berat pada aku... s-sekurang-kurangnya masih ada orang yang sudi sayang aku yang banyak kekurangan dalam diri aku ni. Padahal, ramai yang langsung tak nak berkawan atau duduk dekat dengan aku...hanya kerana aku lebih miskin dari mereka semua..."

Zera tersenyum manis sendirian. Terus perlahan-lahan tangannya diangkat membalas pelukan aku.

"Of course, ini Zeralah. Lain dari yang lain. Limited edition punya. Artis yang popular di dunia ni kalau nak dibandingkan dengan aku... mereka tetap kalah tahu?"

Tercetus tawa kecil kami berdua. Pelukan dileraikan.

"Hmm, betul. Kau memang limited edition lagi dari apa-apapun. Bertuah sungguh aku punya kawan macam kau kan.." kata aku tertawa kecil di hujung ayat. Hanya layankan karenah Zera.

"Hehehehe... Okeylah, jom buat kerja. Waktu timing rehat dah nak habis. Nanti, kalau boss nampak kita masih bersantai ni....silap hari bulan buang kerja terus. Kau bukan tak tahu, perangai baran boss kita tu."

Aku mengangguk kecil tanda menggiyakan. Zera... sebenarnya dia ialah gadis yang dari keturunan yang kaya. Dia kerja di kedai makan ni... bukannya mahu mencari duit. Tetapi, disuruh oleh ibu dan ayahnya supaya belajar berdikari dan selami susah dan senang dahulu. Satu saat nanti, dia akan berhenti kerja dan akan mulai sambung pengajian di oversea. Sungguh, masa itu mungkin akan lambat lagi berlalu.

Kadang-kadang aku rasa, tak semestinya orang kaya akan sentiasa bahagia dan duduk bersenang-lenang bukan?...

*********
"Kyran!" Belum sempat Zoey mahu mendepakan tangannya mahu memeluk Kyran. Kyran dengan laju membuat signal tangan tanda stop. Redupan matanya yang dingin memandang tepat ke wajah Zoey.

"Hehe..." Zoey menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tersengih-sengih seperti kerang busuk seketika. Terkulat-kulat dia di situ. Malu. Seakan dia pula yang lebih beria-ia.

Tangannya yang didepakan tadi diturunkan dengan rasa malu yang menebal. Malulah dirinya dengan kawan sendiri. Dia pula yang terasa over.

"Kyran, kau...kau dah memang betul-betul lain. Dengan aku, kau memang tak banyak cakap. Tapi kali ni, perangai kau dah bisu terus. Dingin sangat dengan aku. Bukan aku saja, tapi dengan orang lain pun sama. Haa! Dengan keluarga kau sendiri pun...kau bersikap dingin? Kyran, aku tahu...hati kau dah lama hancur. Tidak ada siapa yang dapat cantumkan hati kau lagi...sebab 'separuh jiwa' kau dah lama pergi bukan?" Namun, Kyran hanya diam sepi. Seolah-olah Zoey sedang bercakap dengan pokok.

"Tapi dah 4 tahun bro...dah 4 tahun! Sampai bila kau mahu jadi macam ni? Kyran, kau tak kesiankan family kau ke? Kalau kau tak kesiankan aku... tolonglah kesiankan pada mommy kau. Dialah orang yang paling bersedih dan risau lihat kau terus-terusan begini tau?"

Kyran menyumbat satu jari telunjuknya ke sebelah telinga. Manakala sebelah tangannya lagi menyeluk poket seluar dengan selamba. Langsung tidak mengambil peduli dengan kata-kata Zoey. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Ish bro! Aku cakap dengan kau ni. Dia buat derk pula." Terus satu jari telunjuk Kyran yang disumbat ke telinga ditepis kasar oleh Zoey dengan rasa tidak puas hati.

Menyakitkan hati pun ada dengan Kyran yang sekarang ni. Masih tidak terbiasa dia rasakan. Kyran yang dulu dan juga sekarang begitu berbeza taraf julangnya. Tidak begitu dia sangka... kawannya akan berubah setara ini.

Kyran tersenyum sinis.

Dia hanya menonong pergi tanpa menghiraukan Zoey. Langsung tidak ada satu patah habuk yang dibicarakan pada Zoey.

Sepanjang berjalan, sempat dia memperbetulkan hoodie di atas kepalanya.

"Weh! Kyran...Kita jumpa ni...macam aku seorang saja yang bercakap. Weh bro! Cakaplah sesuatu. Just anything please.." Zoey mengejar langkah Kyran supaya berjalan beriringan.

Kyran hanya menatap kosong ke wajah kawannya. Kening diangkat sambil bibir masih mengukirkan senyuman sinis.

Zoey menggeleng kepalanya berkali-kali.

'Sejak bila kawan aku jadi bisu. Haih! Ni tak boleh jadi..' gumamnya dalam hati.

Tiba-tiba...

Kedebukk!

Kyran terhenti langkahnya serta merta apabila terasa bahunya terlanggar dengan orang lain. Mata Kyran jatuh kepada seorang wanita yang terjatuh duduk sambil menunduk kepalanya.

Namun, hati Kyran langsung tidak terdetik mahu menolong wanita itu. Hanya lihat tanpa langsung menolong. Kedengaran desiran kecil yang meniti dari bibir wanita itu.

Zoey yang perasan Kyran tidak langsung menolong wanita itu membuat keputusan untuk campur tangan.

"Cik, cik tak apa-apa?"

Aku mengetap bibir bawahku. Ahh...macam mana boleh terlanggar orang pula ni Ciara...

Sekejap, cadar! Cadar aku tercicir ke?! Alamakk...

Di saat lelaki itu cuba untuk duduk mencangkung menolong aku...aku dengan cepat memalingkan wajah aku ke arah lain.

"Cik? Are you okay?"

"O-Okay... cuma, sorry saya terlanggar awak. Rasanya kaki saya terseliuh. Ermmm..." jawab aku tanpa langsung memandang ke arahnya. Manakala kedua-dua tangan aku cuba tergerak sana sini mahu mencari cadar aku. Rasanya, ia baru tercicir di atas ni.

Zoey mengerling sekilas ke arah Kyran. Eiii, nak saja dia ketuk-ketuk kepala tu. Dengan riak tak bersalah lagi tu... sepatutnya dia yang tolong wanita ini. Zoey berdongkol geram di dalam hati namun cuba untuk bersabar dengan perangai gila Kyran yang sekarang ini.

Zoey perasan tangan aku yang tidak senyap seperti mencari sesuatu. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu yang tidak jauh dari sini.

Terus dia bangun dan mengambil kain putih yang hampir terbang itu dan menghulurkan sesuatu padaku.

"Awak cari ni ke?"

"Hahh? Hmm...ye! Terima kasih..." aku dengan segera mengambil cadar putih itu dari tangannya dan mengikat tali kain itu ke belakang kepala. Okey, sekarang aku baru boleh tonjolkan muka aku.

Perlahan-lahan aku bangun dan bertentang mata dengannya. Woah...boleh tahan handsome mamat ni.

"Terima kasih...dan I'm so sorry sebab terlanggar awak tadi...Saya betul-betul tak sengaja." Kata aku dengan redupan mata yang bersalah.

"Ehh bukan saya yang awak terlanggar. Tapi orang tuu...hehe." Kelihatan lelaki di hadapan aku.. menuding jari ke arah seorang lelaki yang sedang membelakangi aku.

"Zoey, I had to go. You're too late." Balas Kyran dengan dingin sebelum terus menyambung langkahnya tanpa berpaling ke belakang lagi.

"Ish Kyran! Tunggulah! Hehe sorry ye awak. Perangai dia sekarang..susah nak jangka. Dengan saya pun dia dingin. Anyway mata awak cantik sangat. Hampir tergoda saya. Okeylah awak, saya pergi dulu. Lain kali hati-hati bila berjalan." Katanya sempat mengengit mata nakal padaku sambil menayangkan senyuman indahnya itu.

Di sebalik kain, aku turut tersenyum membalas senyuman manisnya.

Hampir tergelak aku dibuatnya apabila gara-gara mahu mengejar kawan dingin dia tu...dia hampir terjatuh ke hadapan seperti aku.Haih, macam-macam...Aku menggeleng kecil lucu.

Tapi, siapa eh lelaki dingin tu? Memang mengalahkan kutub ais betul! Berlagak...Haih sesedapnya kau kutuk dia dalam hati Ciara. Tapi, rasanya suara dia macam familiar.. .

Mata kini kian melotot ke kaki pergelangan aku.

Kaki dinaikkan sedikit ke atas. Tidak sedar, sedikit lebam kaki aku. Luka di tubuh aku masih belum pulih. Bukan saja di kaki. Jadi wajarlah kenapa kaki ini tiba-tiba lebam. Ianya dah sakit dari semalam lagi.

Aku mengeluh kecil. Sekarang tiba masa untuk pulang ke rumah. Bermakna, masa akan seperti berulang. Mahu pulang ke rumah...aku kena bersiap sedia segala mental dan fizikal aku.

Sabarlah duhai hati...Ciara...

Kekurangan kasih sayang ibu bapa...Dipilih kasih...Semua itu perit dan sakitnya...hanya orang yang tertentu saja dapat tahu bagaimana rasanya. How do you face it as well? How do you a get strong will through all of this pain... You're my amazing person. Holla semua! Yeah, I'm back >< rindu tk dgn karya miya? heheh, tk kut rasanya sbb miya cuma menghilang beberapa bulan je >< miya dh semakin sibuk. Mungkin, bila-bila masa novel ini akan tergendala tapi readers kesayangan miya jgn risau...miya tkkan biar novel miya tergantung. Untuk novel AKD rindu ke nk sambung chapter dia? Nnti miya cuba update untuk satu lagi chapter. Miya akn unpublish balik untk novel DPH 1 dan TPEBG sbb nk edit semula. Nnti, miya akn cuba publish balik. Buat sesiapa yang ketinggalan DPH 1 beritahu di komen ya? Ohh, sebelum terlupa..untuk sambungan prolog tu miya dh pdm sbb dia scene pertengahan. Just wait..hihih, for my cg Ayka>< if you read this... bagaimana dgn penulisan di chapter miya kali ni ya? Hihih..><

Share this novel

AYKA
2021-06-03 22:54:48 

AYKA rasa okey je, sedih dgn hidup Ciara. Kyran betul² dh berubah, xsweet mcm dulu... huhu. Dada asyik berdebar² je dari tadi, mungkin takut Ciara kena pukul lgi... feel and vibe cukup Miya. Segala tatabahasa tersusun rapi, serta ejaan yg betul. Good luck ><


NovelPlus Premium

The best ads free experience