Bab 7: When night comes the sun

Romance Series 5981

Farah tersenyum kecil.

Wajah lembut si ibu sang ratu hatinya selepas sekian lama anak matanya tidak terlekap pada wajah itu. Dia merasa sangat gembira kerana dapat melihat lagi. Namun, dalam masa yang sama perasaan sayu, hiba menerjah ke hatinya.

'Abang, sungguh... Farah takkan lupakan pengorbanan mata abang yang abang telah derma pada Farah hari ini. Abang, terima kasih... sungguh Farah tahu... Ucapan ini masih masih tidak cukup, apabila nak dibandingkan dengan pengorbanan abang ini...'

Farah tersenyum kecil apabila tubuhnya terus dirangkul erat dalam dakapan si ayah dan ibu.

"Farah, sayang mama...dah boleh lihat. Mama...mama rasa bersyukur sangat...hikss. Selepas sekian lama, Tuhan telah makbulkan doa mama..."

Farah tersenyum perit. Kalau tiada si dia... Hikss, aku takkan dapat mata aku kembali seperti ini... Bahkan, h-hal ini tidak sanggup untuk aku gembira dan raikan. Selepas baru saja kehilangan seorang abang. Bahkan, semalam... ialah waktu pertama kali aku memanggilnya abang dan menjadi seorang adik. S-Sedangkan aku tidak pernah tahu hal itu. Dalam masa yang sama...ialah kali terakhir aku bersua muka dengannya...

Tidak sedar, setitis air mata mengalir di pipi Farah. Namun, sebaik saja menyinggah ke pipi...terasa pipinya dengan lembut diseka oleh seseorang.

Farah yang menutup kelopak matanya dibuka perlahan memandang seseorang.

Dia menatap sayu ke wajah Karen dan tersenyum kelat. Hanya Karen, orang yang lebih memahaminya saat ini.

Karen tersenyum menawan. Jari runcingnya yang sedikit basah dengan air mata Farah ditunjuknya pada gadis itu lalu menggeleng kecil.

Bentuk pangkah ditunjukkan ke arah Farah tanda tidak boleh menangis.

Farah tersenyum kecil dengan reaksi dan tindakbalas Karen.

Terus hidung Farah dicuitnya manja.

Farah yang masih dalam pelukan ibunya melekapkan telapak tangan ke bibir dan membuat flying kiss ke arah muka Karen. Kenyitan mata nakal turut dihadiahkan kepada si dia.

Karen yang melihat itu dengan tangkas membuat gaya menangkap flying kiss Farah dan membawa genggaman tangan membelai lembut ke pipi Farah tanda dia begitu menghargai dan menyayangi cinta ini.

Dan hal itu membuat Farah tersenyum happy tidak terkata.

Bentuk love ditunjukkan oleh Karen di dadanya. Lagilah membuat Farah semakin tersenyum happy.

Karen tersenyum menggoda ke arahnya.

Melihat Farah dan Karen bersweet tanpa sedar membuat uncle Henry tersenyum kecil. Sungguh, pasangan sejoli itu begitu sesuai sekali sekiranya disatukan.

Dia yakin bakal menantunya ialah pilihan yang terbaik buat anaknya nanti. Tidak sabar rasanya mahu melihat Farah berumahtangga.

********

Farah yang terasa pinggangnya dirangkul erat dari belakang tertawa kecil. Dia tahu... siapa yang memeluknya. Farah memegang sepasang tangan itu yang melingkar ke pinggangnya.

Karen meletakkan dagunya ke bahu kanan Farah mesra. Dia tersenyum bahagia.

"Cik sweetie kita tengah buat apa kat luar ni, hmm?"

"Hehe, saja. Nak ambil angin. Lama. Lama tak tengok pemandangan ciptaan-Nya. Sekarang saya tahu...apa itu erti derita yang sebenar. Biarpun Dia pernah mengambil mata saya... tetapi Dia telah mengajarkan saya erti kesabaran yang sebenar. Mengajarkan saya...cara untuk bersyukur." Farah menoleh badannya menghadap ke arah bakal suaminya.

Kedua-dua pipi Karen disentuhnya lembut. Mata redup Karen tidak berkalih memandang ke wajahnya.

"Dan...saya bersyukur. Kerana Dia juga ...telah membuat saya melihat semula wajah bakal suami saya yang handsome lagi kan seperti Prince ni," Ujar Farah sambil tersenyum terharu.

Farah tersentak. Apabila Karen tiba-tiba menarik pinggang rampingnya sehingga membuat jarak antara mereka begitu dekat.

Karen dengan mata nakal menjelajah ke seluruh inci wajah itu sambil tersenyum manis ke arah gadis itu.

Dari dahi ke hidung Karen melalukan jarinya ke wajah Farah. Farah terpejam mata seketika dengan sentuhan lembut dan belaian dari Karen.

Dan akhir sekali...jari Karen mendarat ke bibir manis Farah.

Farah membuka kelopak matanya perlahan. Mereka saling bertentang mata lama.

Terbit senyuman kecil di bibir mereka.

Dahi Karen bersentuhan dengan dahi Farah. Mereka tertawa kecil sehingga melanggar hidung sesama sendiri.

"Ahem-ahem!" Tiba-tiba datang Puan Maria mengacau detik-detik romantik mereka sambil mencekak pinggang garang.

Farah dengan Karen tersentak. Apa lagi, terus mereka menjarakkan kedudukan mereka sendiri.

Karen sudah berdeham kecil. Manakala Farah sudah terbatuk-batuk secara sengaja.

Mata masing-masing takut mahu memandang ke arah Puan Maria. Kepala ditundukkan ke bawah. Acah-acah malu gitu.

Puan Maria sudah memeluk tubuhnya. Digeleng kepalanya perlahan. Hati sudah tertawa kecil mengena.

"Karen, Farah. Berapa kali mama mahu cakap? Tunggu kahwin dulu...baru boleh sweet-sweet. Ini tidak. Tidak penyabarnya kamu dua. Lepas kahwin nanti...haa barulah kamu boleh buat apa-apapun. Mahu peluk ke...mahu cium ke...haa waktu tu mama dah tak ambik point dah! Faham?" Melihatkan mereka berdua yang terkulat-kulat di situ tidak berkata apa.

"Dengar ke tidak?!"

Tegasan dari Puan Maria mengejutkan mereka sehingga ternaik sedikit bahu. Masing-masing terkejut hampir serentak.

"F-Faham...faham mama..." Jawab mereka berdua sedikit gagap.

Puan Maria menyembunyikan senyumannya. Terasa mahu tergelak pun ada.

"Karen..." Karen yang terasa namanya dipanggil oleh ibu bakal mentuanya menyahut.

"Boleh tak... tinggal mama dengan Farah sekejap? Sebab, ada sesuatu yang mama nak bincang dengan anak mama ni," Lembut Puan Maria berkata pada bakal menantunya.

"Boleh, boleh je ma. Karen minta diri dulu. Farah, mama..."

"Yelah..."

Karen dengan sopan-santun pergi dari situ meninggalkan Farah dan ibunya berduaan pula.

"Farah..." Puan Maria mendekati anaknya. Seperti biasa, tangan anaknya diraih dengan penuh kasih sayang.

"Ye ma?" Farah menyelit anak rambut ke celahan telinga. Angin sepoi-sepoi bahasa sedikit menerbangkan rambutnya.

"Mama tak sangka...Mark dah meninggalkan kita...M-Mama... mama rasa kasihan sangat...Malah, selepas dia meninggal...dia lebih pentingkan Farah..." Tidak sedar Puan Maria menitiskan air matanya.

"Mama rasa terharu dan terhutang budi sangat dengan dia sebab beri matanya pada Farah. Tapi, kenapa dia mesti meninggal? Semoga dia tenang saja di sana."

"Mama... Mama pun rasa tak sangka bahwa dia orangnya yang dermakan mata Farah."

Farah tersenyum sinis. Matanya yang redup kini bertukar sayu.

"Kenapa mama perlu sedih pula? Farah tak sangka mama sanggup kata begini. Seolah-olah Mark bukan siapa-siapa bagi mama bukan? Farah...Farah nangis dan berduka dengan pemergian Mark sebab...dia bukan sahaja kawan baik Farah, mama tahu kan? Tapi mama? Tidak perlu rasanya untuk pura-pura lagi seperti ini pada Farah. Nangis. Nangis sajalah mama," Selar Farah yang sudah mengalir air mata di hadapan ibunya.

Puan Maria tersentak dengan kata-kata Farah.

"Apa...apa yang Farah maksudkan?"

"Ma! Farah ni...bukan anak mama ke? Ma...mama anggap Farah ni sebenarnya apa...Kenapa ma mesti buat Farah macam nih...ma...," Lirih Farah perlahan.

Puan Maria terkedu.

"Kenapa sayang? Mama buat apa? Kenapa nangis? Mama...ada tersalah cakap ke?" Puan Maria menyeka lembut air mata Farah yang menurun perlahan ke pipi. Dahinya berkerut menatap wajah anaknya.

Farah melarikan mata ke arah lain. Hidungnya yang mahu keluar hingus disedutnya perlahan.

Farah dengan mata yang mulai merah kembali menatap lirih ke wajah ibunya.

"Mark Mikhael Arrian...a-atau...Mark Mikhael Henry?" Persoalan dari Farah serta merta membuat Puan Maria terkedu dan terkesima.

"A-Apa yang...kamu maksudkan ni Farah?"

"Ma...Mark ialah anak kandung ma kan? Farah dah tahulah ma...Ma, please...Kenapa ma sanggup rahsia pada Farah sebesar ini ma... Tentang hakikat yang Mark ialah abang kandung Farah...keluarga kita sendiri juga ma! Kenapa ma...Kenapa...Farah kecewalah..." Tangisan Farah semakin teresak-esak.

Hatinya begitu mencengkam apabila difikirkan balik...kenapa dia dengan Mark dipisahkan dari kecil... kenapa ibunya harus rahsiakan perkara sepenting ini...Farah rasa teruk. Dia begitu rasa sakit di dalam sana. Apabila teringatkan balik kenangannya bersama Mark...Setelah dewasa, akhirnya Tuhan kembali menyatukan Farah dengannya.

Namun...

Hiks, namun si dia sudah pergi...Pergi buat selama-lamanya selepas tahu yang dia ialah darah dagingnya sendiri.

"Farah...M-Macam mana Farah boleh tahu..."

"Ma, macam mana Farah boleh tahu? Penting ke soalan tu ma? Sekarang Farah nak tanya...Kenapa kami berdua terpisah dari kecil? Kenapa ma harus rahsiakan hal ni? Hiks...perlu ke ma? Perlu ke? Ma...Ma why did you do like this to me?"

Puan Maria sudah menangis teresak-esak sehingga terhinjut bahunya.

"Farah, m-ma...a-af...k...kan ma sayang..."

Farah tersenyum perit memandang wajah ibunya.

"Farah tak tahu... Farah perlukan masa. Lepas apa yang terjadi ni...ingat senang ke Farah mahu move on macam tu je? Farah pun...layak untuk marah ma. Layak bersikap dingin pada ma...t-tapi, Farah tak buat semua tu...Hikss, sebab Farah dapat rasakan...mama buang Mark dari kecil... sebab mama tak suka dia kan? M-mama pilih kasih...Farah tahu! Farah tahu... sebab tidak ada lagi alasan selain tu ma!"

"Farah kecewa ma... hikss, sungguh kecewa..." Farah beserta air mata yang bergelinangan terus meninggalkan ibunya di situ.

Kepala digeleng perlahan. Dengan wajah yang merah padam kerana menangis Farah sudah tidak dapat menahan emosinya.

Puan Maria menggeleng kecil. Dengan pipi yang membanjir air mata cuba diraih lengan Farah namun gadis itu dengan dingin hanya menepis.

Wajah cuba dibekukan. Air mata tidak henti-henti mengalir ke pipi. Farah menghempap pintu kasar. Terus tubuh belakangnya disandarkan ke dinding dan akhirnya perlahan-lahan kaki melurut jatuh dan terduduk ke lantai hospital.

Kelopak mata dipejam. Dia cuba mengawal suara tangisnya dari terkeluar namun tidak berhasil.

"Hiks hikss...Arghh..." Farah terus menangis tanpa henti sehingga terhinjut bahunya.

Dada kiri dicengkam sekuat hati. Terasa pedih di situ.

Manakala Puan Maria juga sudah menangis tersedu-sedan di situ. Mulutnya bergumam kecil.

"Tidak sangka... Selepas selama ini aku cuba rahsiakan. Akhirnya, Farah sudah tahu hal kebenaran. Ibu apakah diriku ini? Arhh, aku benar-benar bukan ibu yang baik. Hiks..."

"Benar-benar bukan ibu yang baik!"

Puan Maria menekup mulutnya. Punggungnya dilurutkan di atas lantai. Dia menangis semahu-mahunya di situ.

Farah mengerutkan dahi menahan perit yang tertanggung.

Tidak terasa pipinya tiba-tiba disentuh dan dibelai lembut oleh seseorang. Jari runcingnya yang melalukan lembut ke pipi Farah dapat rasakan.

Farah dengan wajah tersebik menangis membuka perlahan kelopak matanya. Secara perlahan, kepala didongakkan memandang seseorang.

Senyuman manis dihadiahkan buat Farah. Bibir merah itu yang melakar senyum menyinarkan lagi wajahnya yang berseri. Si dia mengerdip perlahan matanya.

Selepas memandang ke wajah itu, Farah dengan pantas meraih tubuh itu ke dalam dakapannya.

Karen hanya tersenyum tipis. Dibalas balik pelukan Farah itu. Rambut panjang Farah yang sedikit beralun elok dibelainya lembut.

Dia tahu...Farah sedang menangis. Kerana, dia juga diam-diam curi dengar perbualan antara Farah dan ibunya.

Farah melepaskan tangisnya di bahu Karen. Terasa bahu Karen basah dengan air mata gadis itu.

Terhinjut-hinjut bahu Farah Karen cuba untuk menenangkan.

"Karen...Hiks sakit. Sakit sangat... Bagaimana mahu hentikan rasa sakit ini awak...My heart ...feeling so down...Seolah-olah mahu meletup. And...ia seakan tidak mahu berhenti sakit ini... What I must do...hiks hiks please tell me ...what I must do..."

"The things what you can only do is...just let all of this go, Farah," Karen bersuara perlahan.

"And, you need time."

"Lepaskannya... sekiranya merasa sakit dan hampir tak tertanggung hanya relakannya...Relakanlah dan percayakan lah hati itu untuk menerimanya dengan semua ini. Selagi hati masih memikirkan hal itu...selagi itu awak akan merasa kesakitan, sweetie... Whenever you feel like your heart like the trash yang hanya seperti dipijak-pijak... believe that I'm always be with you."

Farah terpejam seketika kelopak matanya mendengar kata-kata itu. Tangisan Farah yang berlagu begitu menghibakan hati Karen. Sebaknya rasa hanya Tuhan saja yang tahu.

*********
"Cut!"

Akhirnya selesai juga syuting pada hari ini. Kyran yang baru selesai lepas satu scene action terjun dari kolam. Di saat itu, Ciara dengan tuala kecil di tangan mengelap wajah Kyran di hadapannya.

Wajah Ciara yang seperti merah padam menahan sesuatu hanya ditilik tajam oleh Kyran. Malu. Malu sebab pakaian Kyran yang basah menampakkan elok bentuk dada tegap Kyran di hadapannya. Arghh...

Terbit senyuman sinis di bibir merah Kyran.

Ciara hanya teruskan mengocak-ngocak rambut Kyran dengan tuala kecil. Cuba menepis perasaan yang bertandang di hati. Apatah lagi, dengan kedudukan mereka yang agak dekat. Kyran hanya melihat wajah itu dengan pandangan kosong.Tertanya-tanya dia...kenapa gadis itu...selalu saja menutupi separuh wajahnya? Argh, lantaklah...Ada dia kisah. Lagipun, Ciara bukan siapa-siapa baginya.

"Dah?"

Ciara tersengih kecil.

"Dah..."

"Okey, kau boleh bawakkan aku something. Di kedai coffee berdekatan sini. Hanya 30 minit dari sekarang aku bagi. Cepat. Kalau lebih dari 30 minit..."

"Ha-ha boss!" Ciara sudah cemas lain macam. Kakinya mula tidak tetap memijak bumi.

"10 saat sudah berlalu..." Semakin desak Kyran pada gadis itu membuat Ciara semakin tidak keruan.

"Aaa boss! S-Saya...saya mana tahu sangat jalan ke sini. Huhu, boss... Suruhlah orang lain please..."

"Apa suruh-suruh! Kau kan...manager aku. So? Do I care? Buatlah macam mana pun... asalkan kau belikan sesuatu untuk aku. Se. Ka. Rang juga! Go Ciara, time is limit now," Ujar Kyran selamba tanpa perasaan. Terbit senyuman sinis yang terukir.

Ciara sudah membuat puppy eyes. Cuba melembutkan hati bossnya. Namun, reaksi Kyran hanya sama. Kosong. Langsung tak berkesan dengan reaksi kasihan itu. Hampeh!

Namun, dalam masa yang sama. Hati Kyran berasa tersentak...kerana mata itu...mata itu seperti sama dengan reaksi Puteri. Terutama matanya yang agak sama dengan Ciara.

"Ciara, go! Kau dah buang masa selama 8 minit terkulat-kulat di sini. Kalau begitu, hanya tersisa 22 minit untuk kau pergi."

"Hahh?! 22 minit je lagi?! Aaa..." Ciara dengan pantas terus berlari.

"Hye wait! Kau salah arah tu! Turn left!"

Ciara hanya mengikut dan terus berlari. Dia sudah tidak ada masa. Bukan main kejam crushnya ini!

Manakala Kyran sudah menyembunyikan senyumannya memandang Ciara yang seperti berlari tidak cukup tanah. Kepala ditunduk seraya menggeleng perlahan.

Namun, tidak lama fikirannya kembali menerawang ke arah lain.

********

Karen yang sibuk tangannya menyelak beberapa dokumen kerja di atas meja terhenti seketika apabila satu mesej masuk ke handphonenya.

Karen mengambil handphone itu beserta kerutan di dahi. Ditekan mesej itu bagi memperbesarkan.

'Aku tahu siapa pembunuh ibu dan ayah kandung kau pada 23 tahun yang lalu. Pembunuh itu sebenarnya bukanlah Zain. Tidak percaya? Ask him. Hihihih...(emoji smirk),' -unknown

Karen terus terbangun dari duduk apabila melirik mesej yang tidak dikenalinya terpampang. Terbeliak matanya seketika.

Tangan yang memegang phone sedikit menggigil apabila 'sesuatu' yang cuba dia lupakan kini diungkit.

"W-What..."

*********
Farah pov

Mata aku mengitari halaman luar rumah ku yang begitu tampak cantik. Beserta tanaman-tanaman kecil di dalam pasu yang berbunga melentur cantik di hujungnya. Tidak lupa juga, sesinar rembulan bertemankan si bintang-bintang yang berkerlipan di dada langit. Kolam air di sini boleh kelihatan tempias dari cahaya terbentang di dada langit. Cantik.

Aku mengocak-ngocak air kolam yang menenggelami kaki. Sekali-sekala bibir tertawa kecil. Sengaja berbuat begitu walau aku tahu... sekarang sudah lewat malam.

Sedang aku ralit termenung kecil memandang bintang-bintang yang berkerlipan sambil tersenyum sendiri tiba-tiba terasa kedua-dua mataku ditekup oleh seseorang.

"Ermhh...siapa ni?" Soal aku sengaja walau aku tahu si dia sudah mari. Apalah, lewat malam pun mahu datang rumah jumpa dengan aku lagi.

Karen tertawa kecil.

"Tak tahu! Tapi, Si Cantik ni macam dah tahu...siapa orangnya." Karen bernada gemersik.

Farah tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.

Karen melepaskan tangannya dan duduk bersila di tepi Farah.

"Kenapa duduk tepi kolam waktu malam-malam ni? Kan saya dah suruh awak rehat. Farah, awak kan baru lepas pembedahan..."

"Ermm-ermm saya tak nak dengar awak merepek. Fullstop!" Farah sudah menutup kedua telinganya dengan telapak tangan.

Karen menjuihkan bibir ke tepi.

"Awak..." Panggil Karen secara meleret apabila sudah beberapa minit mendiamkan diri.

"Hmm?"

"Saya rasa...saya ada termiss sesuatulah."

Farah mengangkat kepalanya memandang Karen.

"Termiss apa?"

"Tak tahu...benda tu penting sangat. Lagi penting dari nyawa dan jiwa raga saya awak tahu tak?"

Farah mengerdip kelopak matanya beberapa kali.

"Karen, seriuslah! Awak termiss apa sebenarnya ni?" Soal Farah dengan serius.

"Kalau awak nak tahu...saya termiss seorang gadis di hadapan mata saya. Matanya yang redup dan bundar yang memikat hati ini, dan senyumannya yang selalu mencair hati ini. Saya miss segala-galanya dari dia." Kata-kata Karen membuat Farah terkedu seketika.

Farah berdeham kecil. Cuba tidak mengkekokkan suasana.

"Ish mengada!"

Hampir tergelak Karen apabila melihat pipi itu sudah merona. Comel! Macam merah semerah buah epal.

"Farah, gelaplah..." Rungut Karen perlahan.

"Gelap? Kenapa gelap pula? Kat sini kan...ada cahaya bulan...bintang...yang meneduh kita. Haa, kat luar sini pun ada lampu kan..."

"Ermm-ermm bukannnn!" Karen membuat wajah cemberutnya. Seulas bibir itu dirapatkan. Cute! Wajah Karen yang acah-acah macam budak-budak tapi dalam masa yang sama kelihatan matang.

Farah sudah tersenyum kecil. Setiap kali Karen buat wajah tu... hatinya pasti akan tercuit.

"Kali ini apa pula hmm?" Farah mengangkat keningnya. Bibirnya yang tidak henti merekah senyuman setia memandang wajah kacak itu.

"Okay sekarang dah tak gelap."

Farah membuat muka blur. Karen sudah mahu tergelak.

"Saya dah rasa tak gelap. Sebab senyuman awak menjadi punca sinaran dalam hidup saya. Ia takkan gelap lagi kalau awak terus-terusan tersenyum macam ni."

Damn!

Farah sudah mengutuk Karen dalam hati. Habislah wajahnya sudah tidak dapat dicover lagi.

Hisy! Kenapa Karen sweet sangat malam ni hah? Ish Farah-Farah...macamlah kau tak terbiasa. Karen memang dari dulu lagi sweet.

Farah menampar-nampar kasar ke dada Karen.

"Ishh Karennn!"

"Hahahahaha!" Karen sudah tertawa terbahak-bahak. Inilah kelebihan bagi orang sweet talker. Seronok sungguh bila menyakat orang ni. Terutamanya, buat gadis suri hatinya ini.

"Alololo! Habislah...Muka Cik Farah sudah macam tomato. Aumm!" Karen semakin galak menyakat Farah.

Sehingga terpaksa membuat Farah menekup wajahnya dengan tangan. Malu! Andai boleh dia jadi buta seperti dulu. Tak perlulah dia malu-malu selalu macam ni tanpa menghadap muka tampan Karen lagi. Ish mulut tu!

Tak-tak, sepatutnya dia bersyukur kerana dapat melihat wajah itu lagi sebelum mereka berdua akan dikahwini.

Karen tersenyum nakal. Dikocak-kocaknya air di dalam kolam itu dengan kaki. Tawanya masih tersisa sehingga menampakkan lesung pipitnya itu.

"Farah, you know what..."

"What?" Farah kembali menurunkan tangannya. Matanya turut diturunkan merenung kolam air.

Kakinya kembali mengocak air.

"Cinta kita... seperti ibarat air di kolam ni kan? Bila ujian mendatang...ia bagaikan terkocak dengan deras sekali. Namun, biarpun begitu...airnya tidak akan sesekali terpercik keluar. Seperti cinta kita berdua..." Farah kembali mengukir senyum mendengar kata-kata itu.

Mulalah hatinya semakin mahu terpaut dengan Karen.

"Benar. Cinta kita seperti air di kolam ini. Semakin kuat beban yang terpaksa ditanggung oleh air ini...Sekuat mana ia terkocak...Namun, sekuat itu juga cinta kita terikat. Bila mana, halangan semakin datang...tetapi ia malah menguatkan cinta kita berdua."

Farah dan Karen saling bertentang mata lama. Mereka saling menatap dengan penuh cinta sambil berbalas senyum.

Tanpa dipinta, jari-jemari Karen menyentuh lembut tangan gebu Farah.

"Farah, will you promise me? Sekuat apapun dugaan yang menimpa dan menguji cinta kita...cinta awak pada saya tidak akan pernah pudar. Begitu juga saya. Promise me...yang kita tidak akan langsung saling membenci atau bermusuhan sesama sendiri. Biarpun, sebesar apapun salah kita... promise me yang kita akan saling memaafkan dan lebih saling mempercayai antara satu sama lain."

Farah tertawa kecil.

"Amboi, panjangnya promise tu." Farah cuba bergurau kecil.

"Farah, I'm serious now," Jawab Karen datar sambil memandang ke dalam anak mata itu.

"Hehe, ye saya janji my love. Saya janji...Awak pun samalah. Janji dengan saya...Walau apapun terjadi, sebanyak mana pun perselisihan faham antara cinta kita...awak dengan saya tidak akan berpisah. Biarpun, sehingga ke ikrar perkahwinan...kita berdua tidak akan berpisah buat selama-lamanya."

"Hehe, ye kita sama-sama janji. Little finger?" Karen menyua jari kelingkingnya sambil tersenyum menggoda.

Farah tersenyum malu dengan senyuman itu. Dengan perlahan, ditaut juga jari kelingkingnya dengan milik Karen.

"Little finger!" Jerit Farah dengan ceria. Tadi dia berasa muram dan sayu tetapi sekarang rasa itu sudah bertukar kepada rasa yang lain. Kerna, apa? Kerana Karen bersamanya di saat ini.

Setiap kali Karen bersamanya... bagaikan matahari sudah terbit dari malamnya. Bagaikan malam terus terpasang dengan lampu-lampu indah kecil. Biarpun malam masih dihiasi dengan cahaya bintang dan bulan tetapi cahaya matahari mengalahkan segala-galanya. Dan Karen... Ialah 'matahari' itu.

"Tapi bila difikirkan balik...lagi dua hari je kan kita mahu berkahwin. Awak langsung... Tak teringat ke?"

Farah sudah mengetap bibirnya lembut.

"Teringat apa?" Soal Farah pura-pura tidak tahu.

"Teringat..." Tanpa disangka, Karen tiba-tiba mendekatkan wajahnya dengan wajah Farah membuat tubuh ramping Farah automatik terundur ke belakang.

Namun, malah Karen semakin mendekatinya. Terbit senyuman nakal di bibir Karen.

Disebabkan Karen semakin dekat, tubuh belakang Farah sudah mahu mengena ke lantai namun sempat Karen merangkul erat tubuh belakang itu dari jatuh.

Farah tergamam.

Matanya melirik ke arah seulas bibir merah itu yang seperti mahu memaut bibirnya.

Dengan mata yang nakal, Karen turut melirik ke ulas bibir delima itu. Hanya beberapa inci saja jarak antara bibir mereka.

Karen tiba-tiba tersenyum miring penuh makna. Dia mendekatkan lagi wajahnya sehingga membuat Farah terpejam matanya. Mungkin, berfikir Karen akan menciumnya.

Karen yang sengaja berbuat begitu terus statik kembali mengundur sedikit ke belakang.

Terlepas tawa kecilnya seketika melihat Farah terpejam mata.

Farah yang mendengar tawa kecil dari lelaki itu terus statik duduk secara menegak.

Terus kembali berona merah pipi itu. Farah sekali lagi menekup wajahnya. Ahhh malu-malu!

Manakala Karen masih tertawa terbahak-bahak tidak henti.

"Hahah, adehh Farah... nampaknya awak dah tak sabar mahu dapat kiss dari saya. Saya cuma acah-acah jelah tadi. Hehe, takpe. Hari ni saya masih dapat menahan diri. Hanya dua hari... Lepas tu saya bolehlah kiss awak setiap hari kan-kan?" Karen tersengih kecil.

"Haish..." Farah menggerutu kesal di dalam hati.

Argh, malunya! Hanya Tuhan saja yang tahu. Sudahlah, dia fikir first kiss dia akan berlaku hari ini.

Karen hanya tersenyum kecil mendengar keluhan tidak puas hati yang terkeluar dari bibir itu.

Kedua-dua tangan Farah yang masih cuba untuk menekup wajahnya Karen sentuh.

"Alaaa, tak naklah macam ni. Ala, turunkanlah tangan awak tu please-please...Saya tak nak tengok tangan awak ni. Saya nak tengok muka tuan badannya sendiri lagi cantik."

Namun, Farah berdegil diam tidak berkutik. Sampai kiamat pun dia tak nak buka rasanya.

Malunya membahang pipi sehingga naik ke muka. Menghadapi Karen hari-hari aje pasti akan membuat dia malu.

Farah berdeham kecil secara dibuat-buat.

Namun, bila mendengar suara Karen yang terus-terusan merayu ke arahnya akhirnya Farah mengalah.

Perlahan-lahan telapak tangan dipisahkan dari muka namun tangannya masih cuba menghadang muka.

Karen yang masih memegang tangan Farah mengenggamnya lembut sambil kepalanya mula dipalingkan ke kiri dan kanan untuk merenung gadis itu.

"Cak! Cak!" Karen membuat gaya dan suara seperti menghiburkan kanak-kanak. Setiap kali mata mereka bertembung Farah melarikan pandangannya.

"Cak! Cak!" Sekali lagi kerenah Karen membuat Farah tidak dapat menahan senyum sambil tertunduk malu.

Karen menggunakan kesempatan itu dengan menurunkan tangan Farah secara perlahan-lahan ke bawah. Hanya mata redup Karen terlekap ke wajah itu.

Matanya yang seperti tersenyum manakala bibirnya menahan senyum. Namun, disebalik senyuman itu terlihat duka disebaliknya.

Karen melepaskan nafas kecil disaat tersenyum. Dia kembali menunduk ke bawah sebelum kembali menatap wajah cantik Farah itu yang masih menundukkan kepalanya.

Tahu sangat dia kalau Farah tunduk seperti dia mesti cuba menyembunyikan malu yang menebal diri.

Sipi-sipi saja dari seulas bibir itu dia cuba untuk menyamai wajahnya dengan muka Farah.

Karen dengan bibir masih menguntum senyuman kecil mengangkat dagu Farah dengan jari runcingnya lembut.

Di saat Farah mengangkat kepala dan bertentang mata dengannya Karen mendekatkan bibirnya ke dahi Farah. Kedua-dua pipi gadis itu disentuhnya lembut.

Farah yang terasa ciuman hangat menyinggah ke dahinya memejam kelopak mata. Begitu juga Karen.

Detik-detik indah yang mereka cipta...itu mahu membuktikan bahawa cinta mereka tidak pernah pundar dan semakin bertambah hari demi hari.

Farah dengan Karen terlihat bahagia dan begitu selesa sesama sendiri. Akhirnya...

Farah mula terasa terharu yang menerjah ke hatinya.

Sungguh di jauh lubuk hatinya, dia masih merasa terkesan dan berduka dengan pemergian Mark. Hari demi hari dia merasakan teramat teruk dan kesal dengan diri sendiri. Kerna, dia masih lagi tidak percaya bahwa Mark sudah pergi meninggalkannya. Apatah lagi, orang itu sudah terdedah bahwa dia ialah abang kandungnya.

Jikalau begitu, biarlah dia menghabiskan masa selama mungkin dengan menganggap Mark itu sebagai abang kandungnya. Di saat malam itu, kepalanya masih jelas terlayar sampai sekarang. Seakan-akan, tidak mahu pergi ingatan itu dari kepalanya.

Selagi cuba diusir, semakin membuat dirinya ditekan dengan perasaan itu. Semakin difikir, auchh...semakin membuat hatinya berdarah dan merana sendiri tanpa orang lain sedari.

Tuhan...sungguh waktu yang terulur di saat malam itu begitu terasa sekejap. Bahkan, dia dari dulu menginginkan seorang abang. Tidak menyangka Mark ialah abang kandungnya selama ini. Jikalau begitu...mana kenangannya bersama Mark sebagai yang dianggap abang itu? Sungguh, kenangan yang indah juga langsung tidak tercipta. Melainkan... kenangan ketika dirinya menganggap Mark sebagai kawan rapatnya.

Melainkan hanya kenangan pahit yang menghantui dirinya saat ini... Kenangan detik-detik terakhirnya bersama Mark. Ahh, sakit...

Itu sakit sekali Farah rasakan. Terasa dadanya seperti mahu meledak. Begitu sesak dan seperti tiada ruang langsung dalam dadanya. Begitu sakit sehingga tidak dapat terungkap seperti ia apanya.

Bahkan, di saat itu...sebelum Mark meninggal dia sudah menyakiti hati Mark. Dapat dia rasakan, Mark menangis kerana dirinya.

Hal itu membuat hatinya semakin meluntur sakit. Masih ingat lagi kata-kata kasar yang diujarkannya kepada Mark.

"Mark. You. Are. Evil. You are so cruel! Sanggup kau hina aku depan-depan kan... You are not my friend anymore!"

"Farah, iskk...wait..."

And suara tangisan itu...biarpun hanya ingatan tetapi sudah begitu mencengkam hati ini. Betullah kata orang. Hargailah seseorang itu di saat dia masih bersamamu, kerana yang bersamamu juga belum tentu tahu ajalnya akan menjengah begitu juga dengan ajal diri nanti.

Tangan Farah semakin mempereratkan pelukan Karen. Matanya sudah terasa semakin berkolam.

Karen...Yeah, hanya dirinya...yang mampu menyembuhkan hati ini. Lelaki itu saja yang mampu menghadirkan senyuman di bibirnya biarpun merasakan dukanya. Biarpun, tidak dapat hilang dengan senangnya tetapi Karen juga lebih memahami dirinya berbanding orang lain. Sungguh, tanpa lelaki itu di sisi di saat dia sakit...dia pun tidak bayangkan apa yang akan berlaku nanti.

Farah semakin mempereratkan pelukannya. Seolah-olah tidak mahu melepas Karen lagi. Farah memejam kelopak matanya. Serentak itu, air mata yang ditanggung akhirnya terlepas jua.

Karen yang memeluk Farah mencium lembut ubun-ubunnya sambil terpejam mata seketika. Pelukan turut semakin diketatkan.

Dia tahu, Farah masih bersedih tentang hal ini. Matanya... matanya tidak dapat menipu bahawa dia sedang bersedih hati. Hatinya mungkin sedang meronta dan menjerit sakit namun tiada siapa yang tahu.

Sebab itulah, malam ini...dia mahu mengusik gadis itu semahu-mahunya. Cukup hatinya gembira melihat senyuman itu kembali terukir.

Baginya, Farah tidak pandai memendam dan menyembunyikan perasaan sesuatu daripada dirinya. Dia tahu Farah. Dan dia juga boleh memahami gadis itu.

Farah seperti hanya berpura-pura kuat di mata. Namun, di dalam hati? Begitu rapuh di dalam sana.

Karen sudah merasakan bahunya seperti basah. Dia sudah tahu bahwa gadis itu sedang menangis lagi.

Karen yang tidak terasa air mata turut bergenang di pelupuk matanya. Mendengar esakan kecil dari Farah.

Karen mendongak langit ke atas. Dan turut menjatuhkan air mata lelakinya. Dia kembali menunduk ke bawah.

"Farah, please...jangan tahan. Just let it go. Menangislah. Hanya waktu ini... kesempatan bagi awak untuk menangis semahu-mahunya. Lepas ni, saya tak nak awak menangis seperti ini lagi."

Mendengar kata-kata itu akhirnya Farah melepaskan tangisan semahu-mahunya.

"Huhh...iskkk...arghhh....iskkk...hikss erghhh..." Bahu Farah sedikit terhinjut-hinjut kerana menangis.

Karen yang mendengar tangisan mendayu itu hanya memandang sayu ke hadapan sambil membelai lembut rambut panjang yang terurai itu.

Sedang mereka ralit dengan perasaan sedih, tanpa sedar handphone Karen berdering perlahan menandakan panggilan masuk.

Terbit nama 'unknown' lagi iaitu si pemanggil yang tertera.

*********
Karen pov

Aku membelai lembut rambut Farah dari atas sehingga ke bawah dengan hati yang penuh sayu. Butiran bening yang masih tersisa di bawah mata aku seka dengan lembut.

"Farah, feel better now?"

Farah tersenyum pahit. Senyuman yang aku benar-benar tidak suka itu. Aku nak senyuman yang benar-benar happy bukan senyuman sesedih ini.

Tiba-tiba jari runcingku dengan lembut membelai bibir halusnya.

Farah tergamam.

Matanya yang bundar memandang tepat ke arah aku.

Aku tersenyum sinis.

"Hodoh."

"What?"

"Farah, awak nampak hodoh kalau senyum macam ni."

Sedikit tersentak Farah. Namun, beberapa saat baru dia faham di sebalik ayat itu. Farah kembali menunduk kecil. Sesekali matanya bertentang dengan anak mataku.

"Farah, tersenyumlah dengan penuh bahagia. Tanpa rasa terpaksa atau mempamerkan sebarang senyuman palsu. Saya nak...senyuman yang benar-benar ikhlas dan bahagia dari sisi ceria awak yang dulu. Bukan senyuman yang penuh kesedihan dan kesakitan disebaliknya. Awak...boleh buat tu untuk saya?"

Farah merenung aku bagaikan tidak berkelip. Dia seperti tidak terkata dan tidak dapat menjawab soalan aku itu.

Wajah aku yang serius dia pandang.

Aku menyeluk sesuatu ke dalam kocek seluar ku untuk mengambil handphone.

Hairan. Dari tadi, ia asyik berdering.

Unknown? Kening aku bertaut memandang skrin handphone. Tiba-tiba Farah bersuara.

"Kenapa tak angkat? Manalah tahu panggilan penting ke..."

Aku hanya mengangguk kecil menggiyakan.

"Kalau macam tu...awak tunggu sini sekejap."

Farah hanya mengangguk kecil. Dan kembali termenung kecil di tepi kolam.

Kelihatan kakinya sudah tidak memasuki air kolam itu.

Aku terhenti seketika langkahku. Kepala menoleh ke belakang memandang tubuh belakangnya yang membelakangi aku.

Manakala handphone masih setia berbunyi namun aku masih tidak hiraukan lagi.

"Farah!"

Farah menoleh kepalanya. Matanya melirik ke arah aku lama.

"Tangkap!"

"Hmm? Tangkap?" Farah yang masih blur membuat aku tertawa kecil lucu.

Aku membuat flying kiss padanya.

"Tangkap cinta saya sebelum ia menuju ke arah orang lain!" Kata aku tiba-tiba menjerit.

Farah terkedu. Namun, tidak lama senyumannya semakin mekar.

Farah membuat gaya seperti menangkap ke dalam genggaman dan melekapkan tangan itu ke dadanya tanda dia menyimpan elok-elok cinta aku di hatinya.

Aku tersenyum lebar. Kenyitan mata nakal diberi pada Farah.

Farah hanya tersenyum.

Seperti biasa dada aku akan berdebar apabila terpandangkan senyuman itu.

Farah. Dia ialah gadis yang aku mahu dia tersenyum bahagia...walau hidupnya terasa menyedihkan. Tetapi, kehadiran aku dalam hidupnya...akan aku buat si dia bahagia sehingga tidak berfikir hal-hal kenangan perit itu lagi. Akan aku jamin itu.

Selepas merenung dan berbalas senyum akhirnya aku menoleh badan seraya meneruskan langkah yang terhenti tadi.

Tidak jauh, hanya di sebalik pintu luar sini.

"Hello..." Akhirnya aku menjawab panggilan itu selepas sekian lama ia berdering. Haish, rajin ini orang telefon aku malam-malam. Siapalah dia...

Namun, kening aku bertaut buat keberapa kalinya apabila si dia tiba-tiba senyap di talian sana.

Haipp, tadi telefon sangat sekarang diam pulak? Ish, memang mencabar kesabaran aku. Ehh, dia ni siapa eh asyik telefon aku? Salah nombor ke apa?

"Hello...hello...ni siapa?" Lama-lama asyik hello ni aku tutup terus kang.

Manakala di talian sana...

Seorang lelaki yang berkemeja hitam tersenyum miring di ulas bibir merah itu. Senyuman yang penuh makna.

"Hello, Mr. Karen." Akhirnya lelaki misteri itu...bersuara. Suaranya yang husky dan dalam mampu menggetarkan hati para wanita.

Ha jawab pun kau. Ingat pekak dah tadi.

"Hello, anda siapa? Tolong straight to the point. Macam mana kau boleh dapat nombor aku?" Soal aku dengan tegas padanya.

"Hehehehe..." Tiba-tiba si dia di sana tertawa kecil.

Huihh, dia gelak? What the...

"Hye! Aku tak ada masa nak main-main dengan kaulah! Baik kau kata kau nak apa? Sebelum aku tutup handphone ni sekarang juga. Just waste my time."

Lelaki misteri itu mencarik senyuman sinis tatkala mendengar aku berkata begitu.

"Are you sure benda ni will waste your time? Kau belum kenal aku siapa. Dan aku yakin...Benda ni akan jadi lebih shock dan 'panas' nanti. Hahaha! I'll be fun... Can't wait with this...hehe."

Mata aku terbuntang seketika. Entah mahu kata apa tapi rasa nak mencarut aje. Entah apa-apa dia kata. Aku habuk langsung tak faham.

Mendengar suaranya ini...aku rasa dia mungkin seumuran dengan aku.

"Jangan main-main boleh tak? Apa maksud kau hah?" Suara aku sudah mahu menaik seoktaf.

Lelaki misteri di talian sana hanya terus tersenyum sinis. Dan senyuman sinis itu lama-lama menjadi jengkel dan menjadi senyuman jahat seperti iblis.

Tangannya dengan selamba hanya meraup anak rambut yang terjuntai di bawah matanya. Tahi lalat yang turut berada di bawah mata dan bawah telinga menambahkan aura dirinya yang tersendiri. Misteri. Cukup misteri.

"Secret. You'll know later who I am. But, I want to show you something. This will be more fun." Suaranya yang di hujung berdesir halus.

Aku yang mendengar sedikit terkedu. Manakala tidak, suaranya yang halus seperti suara orang psycho pun ada. Siapa dia sebenarnya? Apa motif dia telefon aku? Dan tunjuk? A-Apa yang dia mahu tunjuk?

"Benda ini terkait dengan kemalangan mendiang ibu dan ayah kau dari beberapa tahun yang lalu."

Jantung aku seakan-akan berhenti berdegup. Nafas terasa sesak. Tergamam, terpaku dan terpegun apabila kini nama mendiang ibu dan ayah aku disebut-sebut olehnya. Sekejap, dia ni...ialah unknown yang mesej aku siang tadi tu ke?

Manakala lelaki misteri tu sudah tertawa sinis.

"I know right...Kau pasti diserbu dengan berbagai-bagai persoalan. This will be 'hot' and crazy. But, will be more fun and pain. Bukankah begitu, Karen Anderson?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience