"Mr. Kyran, adakah anda sudah bersedia dan kembali ke industri berlakon semula selepas empat tahun lamanya mendiamkan diri?"
"Mr. Kyran, bagaimanakah rancangan anda selepas ini dalam industri lakonan? Dengar kata, Mr. Leo menginginkan anda supaya menjadi model produk untuk syarikatnya. Adakah anda setuju?"
"Mr. Kyran, terdapat berita-berita yang mengatakan anda sakit. Adakah ianya betul? Dan apakah penyakitnya? Ia adalah penyakit serius?"
"Mr Kyran, tolong jawab soalan dari reporter kami semua."
Satu per satu soalan diajukan kepada Kyran. Namun Kyran langsung selamba tidak menjawabnya. Dia sekarang dikelilingi dengan para wartawan. Malas dia mahu menjawab satu per satu soalan yang terbentang.
Disebabkan itu, Kyran hanya selamba berjalan pergi seakan-akan tidak ada apa yang berlaku. Namu, semua wartawan itu tidak mengalah dan terus mengikut Kyran selagi mereka tidak mendapat jawapan dari soalan yang mereka utarakan.
Tiba-tiba ada satu soalan dari salah satu reporter wanita yang berjaya menghentikan langkah Kyran serta-merta.
"Mr Kyran, adakah anda sudah habis berduka dengan pemergian isteri anda dan cuba untuk memulakan hidup yang baru dalam industri model dan lakonan? Tolong, jawab soalan ini Mr. Kyran. Apa memang benar anda menghilang selama ini selama empat tahun kerana pemergian isteri anda?"
Bagaikan terhenti seketika jantung Kyran apabila topik mendiang isterinya pula disebut-sebut oleh seorang reporter. Bagaikan menyirap terus darahnya naik ke otak. Itu ialah soalan yang begitu sensitif baginya. Tiada siapa yang boleh menyebut tentang isterinya!
Tanpa sedar, tangan di sisi sudah sedikit menggeletar.
Kyran dengan wajah yang merah padam menahan sesuatu terus berlari dari kelilingi wartawan-wartawan itu. Nasib, bodyguard-bodyguardnya dapat menghentikan semua reporter itu dari mendekati Kyran.
Manakala Kyran di satu tempat cuba bertahankan tangan di sebuah pasu bunga di tepi jalan.
"Arhhh...ergg...h..." Kyran melonggarkan tali lehernya dan membuka satu kancing dari atas dadanya cuba mengambil nyawa. Dahinya berkerut menahan perasaan.
Terasa tersekat-sekat oksigen yang dirasakan. Tangan Kyran mula sedikit menggigil dan mengeluarkan peluh. Kyran memejamkan matanya. Tangan yang sedang cuba bertahankan pegangan digenggam sekuat mungkin. Dahinya sudah merenik peluh.
"T-Tuan, tuan tak apa-apa?" Darwish iaitu sebagai manager Kyran sudah beriak cemas dan risau. Kyran biasanya akan jadi seperti ini... sekiranya seseorang tiba-tiba menyebut tentang isterinya.
"Tuan cuba menarik nafas dalam-dalam dulu. Lepas tu hembusnya perlahan. Saya yakin, tuan boleh." kata Darwish cuba memberi semangat pada tuannya. Tercuit hatinya apabila melihat tangan tuannya tidak henti-henti menggigil. Tangannya cuba untuk menyentuh tangan Kyran untuk menenangkan. Tersentuh hatinya, apabila melihat air mata yang menitis perlahan-lahan dari celah mata Kyran.
Kyran cuba mengikut kata-kata managernya. Dia cuba menarik nafas sedalam mungkin dan menghembusnya. Selepas lama berbuat begitu, tangannya perlahan-lahan tidak kuat menggigil. Dirinya menjadi sedikit tenang daripada tadi.
"Tuan, nah ini air untuk tuan." Darwish menghulurkan air botol mineral buat Kyran. Sungguh, dia memang manager yang baik dan sudah siap menyediakan segalanya. Dia tahu benar dengan tuannya. Termasuk segala derita dan kesakitan yang tuannya hadapi dia tahu semua itu. Walau, sejauh duka dan lara yang cuba untuk disembunyikan oleh tuannya namun dia dapat rasakan...tuannya langsung tidak bahagia.
Kyran meminum air mineral itu dan air yang selebihnya itu menuangkan terus ke atas kepalanya .Kyran mendongakkan kepalanya. Terpejam matanya apabila merasakan air yang sejuk menimpa ke wajahnya bagaikan air hujan yang mencurah ke bumi. Kepalanya digoyang-goyang sedikit dan akhirnya botol itu sudah menjadi kosong. Kolar baju Kyran sedikit basah terkena air dari botol mineral itu.
Darwish hanya diam memandang tuannya dan hanya setia berada di samping tuannya itu.
Kyran menunduk wajahnya. Sebelah tangannya masih memegang sesuatu. Botol mineral yang di sisi digenggamnya sehingga remuk.
"Tiada siapa yang akan menyebut tentang isteri aku lagi termasuk para wartawan. Pastikan mereka ditegaskan supaya tidak melontarkan soalan yang berkait tentang isteri aku lagi! Kalau tidak, pastikan mereka dibuang saja kerja." Aura dingin mula menyinggah di sekeliling.
Tajam renungan mata Kyran seperti helang memaku ke hadapan.
"B-Baik..baik tuan.." Darwish hanya akur dengan arahan tuannya. Tuannya yang sekarang lebih beremosi dari yang dulu. Dia harus tetap berhati-hati.
Apa susah mahu pecatkan seorang wartawan. Kyran ialah dari golongan martabat yang kaya-raya semua dia boleh lakukan dengan sekelip mata hanya kerana wang. Lagipula, keluarga Kyran sangat berpengaruh.
"Mereka tidak tahu... bagaimana rasa sakitnya. Aku...akulah yang mengalaminya. Bahkan, hati aku hampir tidak tertahan menanggung rasa sakit itu. Sungguh, ia memang betul-betul perit. Kenangan aku bersamanya betul-betul menjerat diri ini. Kenangan aku dengan dia tidak sesekali luput dari ingatan ini. Biarlah diri ini menanggung sakit berbanding aku terpaksa harus melupakannya. Sudah cukup sekali aku hilang ingatan tentang kenangan kami."
Bawah dalam lingkaran mata Kyran sudah bertukar merah. Bebola matanya mula berkaca-kaca di saat dia melontarkan kata-kata itu.
"Dia sudah rasa perit itu semua di saat aku hilang ingatan dulu. Namun, hiks...Hiks...itu sudah terlambat. Dia juga sendiri meninggalkan aku selangsung itu membuat hati ini begitu parah dan terhiris lagi."
Tanpa Kyran sedar, setitis air mata jernih mengalir perlahan dari pelupuk matanya. Satu per satu kenangan itu masih jelas terlayar di mindanya.
Puteri. Hanya nama itu saja yang tersemat di dalam hatinya. Namun, sayangnya pemilik nama itu sudah lama meninggalkan dirinya...Hal itu bermakna juga...hatinya sudah tertutup rapat sehingga tidak ada cahaya lagi yang menerobos ke hatinya. Puteri ibarat cahaya hidupnya. Matinya seorang Puteri bagaikan mati juga jiwa dan hati seorang lelaki yang bernama Kyran. Bahkan, sebuah cinta lain tidak akan lagi dirasakannya. Sedangkan cinta yang satu ini sudah cukup dirasakannya.
Nama itu, akan tetap meniti dan bertahan di hatinya. Biarpun sehingga dia tua kereput sekalipun. Itu akan dia pastikan!
*********
"Kyran...sayang...ohh sayang. Bangunlah." dengan nada suara yang begitu lembut dan meleret. Beserta bibir delimanya yang terpesona mencarik senyuman. Matanya yang indah dan redup seperti lautan biru yang dalam memandang wajah suami yang tercinta itu dengan penuh kasih sayang.
Perlahan-lahan tangan sebersih dan putih itu melalukan jarinya lembut ke wajah Kyran.
Kyran perlahan-lahan membuka matanya. Memandang raut wajah yang nampak bersinar yang begitu dia kasihi dan rindui itu Kyran terus bangun dari pembaringan. Terus tubuh wanita itu dipeluknya dengan ketat.
"P-Puteri, s-saya...saya rindukan awak. Hiks...Hiks...rindu sangat-sangat. Separuh jiwa saya...dah mati disebabkan awak. Awak tidak boleh pergi tinggalkan saya lagi. Hiks...hikss...never! Saya...saya nak kita hidup bahagia. Saya tak rela awak pergi lagi Puteri... You're my life and my destiny."
"Di mana awak pergi selama empat tahun selama ini? Awak tahukan...saya tidak boleh hidup tanpa awak di sisi. Puteri, I miss you so much! Rindu sangat sampai nak gila. I really love you.."
Roh Puteri yang begitu mirip mengusap lembut belakang rambut Kyran yang erat memeluknya. Nasib menyebelahinya, kerana biarpun dia sudah menjadi roh..tapi dia dapat sentuh suaminya walau hanya dalam mimpi. Dan bukan realiti. Bibir ulasnya hanya tersenyum lembut di dalam pelukan Kyran.
"Sayang, janganlah seperti ini...Awak harus kuat. Saya yakin, awak boleh hidup tanpa saya. You're my love and my husband
forever. Biarpun, jiwa saya sudah lama mati...tapi hati saya masih hidup untuk awak." Puteri perlahan-lahan meleraikan pelukannya.
Kyran sudah pecah air matanya. Dia menggeleng kecil berkali-kali. Tangannya bagaikan tidak mahu lepas memegang tangan isteri tercintanya itu.
Puteri tersenyum lirih. Kyran masih tidak dapat menerima kenyataan pemergiannya. Dan disebabkan itu, dia mula hadir di dalam mimpi suaminya. Dalam diam, dia sudah menitiskan air matanya. Begitu tidak tenteram rohnya rasakan untuk pergi semakin jauh dari Kyran. Kyran tidak boleh terus-terusan seperti ini.
"Sayang, cuba awak rasa hati saya ni..." Puteri membawa tangan Kyran yang memegang erat tangannya itu ke dada kirinya.
Dapat Kyran rasakan debaran hangat di situ.
"Hati saya...Biarpun saya, dah lama mati...tapi hati saya masih hidup dan berdebar hanya untuk awak seorang, my hubby. Biarpun, jantung saya dah lama berhenti berdegup, tetapi hati ini...tidak akan sesekali mati untuk awak. Bukankah saya pernah beritahu pada awak sayang...setiap langkah awak tujui...itu bermakna setiap kali debaran hati saya hanya untuk awak. Walaupun, itu sangatlah mustahil."
Puteri mengangkat tangannya perlahan membelai lembut pipi Kyran. Kyran memegang tangan Puteri yang berada di pipinya. Kelopak mata dipejam perlahan. Sungguh, begitu dia rindui sentuhan ini.
Sudah tidak tertanggung rasa terseksa di hatinya menanggung rindu pada si dia yang tidak akan kembali. Begitu terluka yang tersemat di hatinya selama ini. Selama empat tahun juga, dia sudah lama tidak tersenyum. Selama itu juga, hatinya begitu rapuh dan luka parut yang dalam menusuk ke hatinya masih belum pulih sehingga ke saat ini.
Kyran membuka perlahan kelopak matanya. Menangis teresak-esak sehingga terhinjut bahunya. Perlahan-lahan seraut wajah cantik itu disentuh, dibelai dan dicium dengan penuh rasa syahdu dan rindu.
Puteri hanya tersenyum.
"Sayang saya, my wife...kenapa awak terlalu cepat pergi? Puteri, saya dapat rasakan ini cuma hanyalah mimpi! Hiks...Hiks... please...Saya mohon...Jangan tinggalkan saya! Saya sudah tidak kuat lagi. Kalau awak mahu pergi...ajaklah saya sekali. Saya betul-betul mahu pergi bersama awak. Please... izinkan saya pergi bersama awak sayang. Saya...saya dah rasa hidup saya tidak ada gunanya lagi tanpa awak. Awak tahukan...betapa teruknya saya rasa selepas kehilangan awak. Saya hampir jadi gila...Saya hampir hilang kerjaya...dan saya hampir bunuh diri sendiri..."
Kyran sudah menangis lebat. Suaranya yang bergetar tidak dapat dia tahan. Dapat dia rasakan...momen ini hanya sementara saja. Dia tak nak...dia betul tak nak. Kalau boleh...dia mahu tidur buat selama-lamanya hanya kerana mahu bermimpi bersama dengan isterinya.
Puteri menggeleng kecil perlahan. Kedua-dua pipi Kyran disentuhnya lembut.
"Sayang, walau apapun terjadi... tolonglah hidup demi saya? Hanya teruskan hidup awak seperti dulu...Please? Saya mohon...ini ialah permintaan terakhir saya sebagai isteri awak. Kalau awak berjaya lakukannya...itu bermakna sayang awak pada saya tidak pernah kurang dari dulu sehingga sekarang dan hal itu...dapat buktikan cinta kita... yang sudah lama terpisah ini seakan-akan dapat bersatu kembali.." Puteri dengan lembut melekapkan telapak tangannya ke dada kiri Kyran.
Getaran suaranya cuba menahan rasa di dalam hati.
Kyran mengerdip mata kuyu. Air mata satu per satu menitis ke pipi itu. Dan setiap kali itu jugalah, Puteri cuba menyapu air mata itu perlahan-lahan dengan jari runcingnya.
Kyran memegang lembut tangan Puteri yang sedang menyeka air matanya itu.
"Puteri..."
"Kyran, walau apapun terjadi...tolong hidup demi saya. Jangan sesekali biarkan hidup awak hancur hanya kerana saya. Hakikatnya, saya sentiasa melihat awak dan berdamping dengan awak. Walaupun, awak tak dapat merasakannya...tapi percayalah awak tak keseorangan."
"Saya minta maaf...saya terpaksa tinggalkan awak. Sayang, awak jagalah diri awak dengan baik. Tanpa awak sedar, saya selalu memerhatikan awak dari jauh." Selepas Puteri berkata begitu.
Dia tiba-tiba bangun dan mengundurkan dirinya ke belakang setapak demi setapak.
Kyran sudah menggelabah. Dia turut berdiri sama.
"Puteri, jangan tinggalkan saya!" Namun sudah terlambat, roh Puteri tiba-tiba lesap di hadapan Kyran di saat tangan itu cuba untuk tergapai-gapai.
Kyran serta-merta membuka matanya dengan luas dari atas katil. Terus terbangun Kyran dari baring secara tiba-tiba. Teringatkan Puteri yang melesap di hadapannya. Terduduk terus Kyran di atas lantai dan menjerit histeria.
Jeritan dan tangisannya yang begitu mendayu memecahkan kesepian di waktu malam ketika itu.
"Arghhhh! Puteri... Puteri! Jangan tinggalkan saya...Please don't leave me arghh!" Kyran menyerabutkan kepalanya. Menangis histeria dia di situ sambil merapatkan lututnya. Dirinya tersandar seketika sambil kepalanya dongakkan sambil menangis teresak-esak. Sungguh, dia betul-betul rasa lemah.
Datin Arina yang mendengar suara anaknya menjerit dari dalam bilik terus terbangun dari tidur.
Datin Arina menggerakkan suaminya untuk bangun. Maka, bergegaslah si suami isteri itu ke bilik anaknya dengan cemas.
"Kyran!" Terus datin Arina memeluk anaknya dengan kejap.
"Nak! Kenapa ni sayang?"
"Hiks...hikss...mommy! Puteri... Puteri...dia mahu tinggalkan Kyran mommy...Hiks...hikss...tadi...tadi dia ada di hadapan Kyran tadi...t-tapi...tapi dia dah pergi...Dia mahu pergi jauh dari Kyran! Arghhh...Hiks hikss...kenapa...kenapa?!"
"Demi Tuhan nak...kalau kamu terus-terusan begini... Puteri akan lebih sedih. Mommy dan daddy akan turut jadi lebih sedih. Tolong nak...jangan buat mommy macam ni...Hiks Hiks...sedihnya mommy rasa lihat kamu seperti ini. Tolong terima kenyataan yang sedia ada. Walaupun perit, kamu kena terimanya. Puteri, isteri kamu dah lama meninggal nak!"
Datin Arina menggerakkan kedua-dua bahu anaknya beberapa kali cuba menyedarkan Kyran.
Namun, tiba-tiba tubuh Kyran menjadi lembik. Kyran tidak sedarkan diri di situ juga.
"Kyran? Hiksss...Kyran?!" Datin Arina sudah semakin kalut. Terus dirinya dan suaminya cuba menahan tubuh Kyran ke katil. Kyran pengsan kerana terlalu penat dan letih kerana menangis.
"Awak jangan risau. Esok pagi, saya call doktor suruh datang ke sini." Jawab Dato' Johansson perlahan. Sayu juga hatinya memandang anaknya sebegini. Hati orang tua yang manakah tidak risau dan sakit lihat anaknya terus-terusan seperti ini. Sayang, anaknya masih muda dan boleh pergi jauh untuk masa depannya nanti. Tapi, tidak sangka...sejak kematian Puteri dia akan jadi lebih teruk seperti ini. Sungguh, dia rasa begitu kasihan pada anaknya itu.
Tanpa mereka sedari, melayan perasaan sedih memandang anak mereka yang tidak sedarkan diri Puteri yang berada di hujung sudut sana sedang tersenyum dalam kepedihan.
"Mommy, daddy... Puteri yakin...cinta Puteri (Kyran) dia akan dapat meneruskan hidupnya nanti tanpa Puteri...Suatu hari nanti, akan ada yang dapat gantikan Puteri dan akan perlahan-lahan memindahkan rasa sakit dalam diri hubby ini sejauh-jauhnya. Takdir akan mengubah segala-galanya. Cahaya akan perlahan-lahan menusuri hidup Kyran. Dan di saat itu, sudah tiba masanya untuk Puteri pergi jauh dari kalian semua."
"Sayang, maafkan diri ini seandainya...tidak mampu tetap bersama awak. Sungguh, saya rasa sudah bersyukur...kerana telah menjadi isteri 30 minit bagi awak. Itu, sudah cukup bagi saya..." Puteri dengan mata berkaca-kaca memandang sayu ke wajah suaminya.
"Awak akan bahagia tanpa saya, hubby."
********
"Rosania! Ohh Rosania!" Tiba-tiba kedengaran suara seorang makcik yang begitu tidak asing di cuping telinga aku.
Atau lebih dikenali panggilan aku padanya... makcik bawang pedas berasap. Tak pun makcik kambing. Nak tahu sebab apa? Sebab makcik tu...kerja asyik membawang dan bercakap banyak macam kambing ada saja yang nak mengembeknya. Hehe bila makcik tu cakap...macam kambing yang mengembek tulah! Ahak...Bukan nak mengutuk. Tapi, memang betul pun. Sekali dia mengembek...bagaikan dia menyembur api seperti naga. Pfft!
"Haa kau dah kenapa datang rumah aku ni? Terpekik sana... terpekik sini...dah macam ayam dah." Haha, tengok! Mama aku pun kata macam ayam hehe beza pula dengan kata aku. Macam kambing.
Aku yang berada di sebalik dinding ruang tamu terintai-intai memandang mereka berdua dari jauh. Mahu curi-curi dengar apa pula kali ini yang makcik kambing tu mahu bawangkan. Tak habis-habis mahu ajak mama aku join sekaki. Ish-ish...
"Anak kau tulah! Dah heboh orang kata yang anak kau tu... sebenarnya pengorat anak lelaki orang. Heh! Nampak je muka macam suci tapi hakikatnya...macam tahi! Hampeh... kau ni pun satu Rosania! Tak reti bela anak ke apa? Pandai beranak tapi tak reti jaga."
Terpegun terus aku bagaikan digam di sini. Kata-kata pedas yang keluar seperti berapi kaw-kaw punya menusuk tepat ke jantung ini. Wah-wah... makcik...Mahu membawang soal selidik dululah! Wargh, dia bagitau kat mama aku depan mata aku pula tu! Habis ...habis!
Kelihatan reaksi mama aku seperti terkejut dan tak terkata. Wajahnya mula merah padam menahan rasa. Entah sedang menahan malu ataupun marah.
"M-Macam mana kau tahu?..." W-What...m-mama aku... percayakan makcik tu? Dengan hanya sekacang saja dia percayakan makcik tu?!
Mata aku mula terasa panas. Berkaca-kaca memandang mama aku dengan lama.
K-kenapa...mama aku memang langsung tak nak percayakan kata-kata aku dari dulu lagi... Seolah-olah...aku bukan anaknya langsung...Dan sekarang...dia hanya percaya bulat-bulat dengan kata-kata fitnah makcik kambing tu dari anaknya sendiri?
"Heyy, ini akulah! Orang yang paling pandai dan paling cepat tahu sebaran berita gosip di kawasan sini. Hello! Aku rasa malu betullah punya kawan seperti kau macam ni...Punya anak yang tak tahu malu. Eii jatuh air muka aku kawan dengan kau tahu? Nih, aku nak pesan sikit buat kau Rosania. Pandai-pandailah kau didik anak kau tu. Takut apa tau? Takut...nanti makin melarat pula perangai anak kau tu. Itulah aku kata...anak perempuan kau tu memang tak guna. Tak reti kenang budi dengan jasa ibu dia! Pasti saja dia mahu mempermalukan kau! Eii, kalau aku jadi kau kan... dah lama aku usir dan buang anak aku tu. Menjijikkan!"
Jatuh satu per satu air mata aku mendengar kata-kata itu. Setiap butir perkataan yang dikeluarkan begitu menghancurkan rasa hati ini. Sakitnya...
Mama, please... jangan percaya dan terpengaruh dengan kata-kata makcik itu. ianya ialah fitnah. Sementara hati aku, sedang menjerit dan merintih sekuat hati.
Dia sengaja berkata begitu tanpa usul selidik...sengaja mahu kita lebih bermusuhan antara anak dan ibu. Hiks...Hiks... ya Tuhan...tolonglah sedarkan hati ibu aku itu. Kenapa hatinya begitu mudah percayakan kata-kata makcik itu...
Kelihatan puan Rosania sudah menggepalkan kedua-dua tangan di sisinya. Kalaulah boleh dilihat dengan mata kasar, pasti sudah nampak asap yang keluar dari telinganya. Bagaikan perang dunia ketiga akan berlaku. Habislah aku nanti...
"Ciara!" Terus ternaik sedikit kedua-dua bahu aku gara-gara terkejut dengan jeritan suara dari ibu aku. Betapa kuat suaranya memanggil nama aku...sudah terasa rumah ini hampir bergegar dah. Nasib tidak terus roboh...Haih, minta-minta jangan terus terkencing dalam seluar terus sudah kau Ciara...
Aku telan air liur dengan kasar. Dengan langkah yang lemah, aku keluar dari tempat persembunyian aku dan berjalan perlahan-lahan mendekati mereka berdua.
Kecut perut aku apabila bagaikan ada satu laser di kedua-dua bebola mata ibu aku begitu tepat menusuk ke anak mataku. Nasib, mata aku terus tidak terbakar jadinya. Jatuh merundum terus semangat aku dibuatnya.
Aku sudah menekur lantai ke bawah. Tidak berani menentang mata dengan ibu yang garang.
Manakala makcik di sebelah, sudah tersenyum sinis mungkin seronok lihat aku tersepit seperti ini. Seronok dia aniaya aku seperti ini. Apa salah aku...
"Kenapa takut? Rasa bersalah? Jadi betullah apa yang dikata tadi? Hah?! Aku tanya jawablah!"
Buat keberapa kalinya bahu aku ternaik sedikit dengan jerkahan ibu aku.
Bergenang air mata aku rasakan. Dengan mata yang berkaca-kaca, aku cuba berani bertentang mata dengan ibu aku.
"P-Perlukah Ciara bentangkan segala bukti agar ma terus percaya kata-kata Ciara berbanding makcik ni? Ma...ma ibu Ciara tahu? Ciara dan beritahu...ini semua fitnah. Makanya fitnahlah ma! K-kenapa ma masih ragu-ragu dengan Ciara ma?!"
Pang!
Tak terkata aku rasanya apabila ibu aku tiba-tiba menampar pipi aku sekuatnya. Tak cukup itu pipi kiri aku turut ditamparnya dengan sekuat hati. Terteleng kepala aku dua kali memegang kedua-dua pipi aku yang terasa panas dan sakit dengan tamparan kuat dari ibu aku. Terduduk aku di atas karpet di tengah ruang tamu ini.
Aku memegang pipi aku. Kening berkerut menahan sakit. Dapat dilihat dengan kasar kulit pipi aku mula bertukar kemerahan. Kalah dengan makeup blusher dah!
Tangan yang sudah menggigil aku genggam sekuat hati bulu-bulu karpet di ruang tamu. Setitis demi setitis air mata mendarat ke atas karpet ini. Langsung tidak dibelas kasihan oleh si ibu.
"Berani kau tengking pada aku! Dasar anak cel*ka! Pembawa s*al! Mulai hari ini...kau bukan anak aku lagi! Jangan pernah panggil aku dengan panggilan 'ibu' lagi! Kalau tidak...aku cili-cilikan mulut kau tu nanti ergh!"
"Arhhh...sakit! Sakit ma... Ma!"
"Kau tu cuma layak mati je! Ehh, pergi mampus jelah! Aman sikit hidup aku nanti!"
Aku cuba menepuk-nepuk kaki ibu aku berkali-kali secara terdesak yang kuat memijak dan menengeh di atas tangan aku berulang kali. Tolong...T-Tolonglah...
Mata tidak henti-henti merembes air mata. Cuba meronta-ronta agar tangan aku dilepaskan dari dipijak kuat olehnya.
Puan Rosania hanya tersenyum puas melihat anaknya berada dalam kesakitan.
Tidak cukup dengan itu kaki ibu aku dengan selamba menengeh di atas kepala aku. Serta-merta dahi aku terhentak dengan kuat ke karpet ruang tamu di atas lantai. Biarpun, dilapik karpet tetapi masih ku dapat rasa sakitnya.
"Arghh!" dapat didengar dahi aku dihentak dengan kuat. Nasib tidak bergegar otak. Ku dah dapat rasakan...dahi aku akan turut menjadi merah juga nanti. Aku dengan pandangan kaku dan kosong ke hadapan hanya merelakan apa yang terjadi. Namun, air mata hanya mampu menemani diri ini disaat sakit dan perit.
Mata aku dipejam perlahan. Bibir bawah aku ketap seerat mungkin. Urat nadi aku sudah timbul kelihatan apabila digenggam bulu karpet sekuat hati.
Sebelum sempat ibu aku menonong pergi dengan riak wajahnya menahan amarah sempat bibir ini melontarkan satu dua patah perkataan menzahirkan rasa sakit di hati. Bibir masih teresak sendiri. Bahkan, tidak ada siapa yang lebih tahu bagaimana parahnya hati ini.
"M-Mama memang selalu tidak menganggap Ciara seperti anak sendiri... D-Dari dulu lagi...Bahkan, dari dulu lagi mama seakan-akan teringin Ciara mati." Bahu aku sudah sedikit terhinjut-hinjut menangis selebat mungkin.
Kata-kataku berjaya menghentikan langkahnya. Tangan di sisi Puan Rosania sedikit menggeletar mendengar bait-bait ayat itu. Namun, dirinya selepas itu hanya pergi meninggalkan aku di ruang tamu ini sendiri.
Makcik tadi sudah pergi dengan hati yang puas. Sempat dirinya menjeling tajam ke arah aku diperlakukan oleh ibu aku sebentar tadi. Seulas bibir yang dicalit lipstick merah menyala sudah tersenyum sinis melangkah pergi.
Maka, hanya aku sendiri di sini bertemankan tangisan yang masih tidak henti. Tangisan dan rintihan...semua itu tidak ada siapa yang sudi mahu mendengar aku. Hiks Hiks hina sangatkah diri ini?
"Arghh! Arghhh! Hiks...Hiks...Kalau orang dah memang tak sayang aku...kenapa aku masih lagi bertahan? A-Aku pun tidak tahu kenapa. Mungkin aku, hanya layak hidup dengan dipenuhi kebencian dan kekejaman orang sekeliling."
Aku dengan rasa sendu membelai lembut tangan aku yang sudah kemerahan dipijak-pijak dan ditenyeh oleh ibu aku tadi.
"I-Ini hanyalah sikit...Aku bahkan pernah rasa lebih teruk lagi."
Mata aku dipejam perlahan buat keberapa kalinya. Kepala didongakkan ke atas. Serentak itu, air mata yang hanya terus mengalir dari celah bulu mata aku membiarkan.
*********
"Doktor, bagaimana dengan anak saya?"
"Saya rasa...anak datin dan dato' mengalami prolonged grief disorder."
"Maksud doktor?" Sedikit terpempan Dato' Johansson dengan Datin Arina mendengar jawapan doktor tersebut.
"Prolonged grief disorder. Ia merupakan gangguan kesedihan yang berkepanjangan mengacu pada sindrom yang terdiri dari serangkaian gejala yang berbeda setelah kematian orang yang dicintai. Seseorang yang mengalami sindrom tersebut biasanya mengalami kesedihan mendalam secara intesif selama lebih dari 12 bulan usai kematian orang yang dicintainya. Biasanya, kesedihan berlarut-larut tersebut boleh menyebabkan seseorang selalu teringat pada orang yang dicintainya hingga mengganggu aspek-aspek lain kehidupan mereka. Contohnya, seperti anak Dato' dan Datin sekarang ini."
"Namun, ada juga yang berusaha menghindari ingatan atau kegiatan yang mengingatkan seseorang yang mengalami ini akan peristiwa kehilangan orang yang tersayang tersebut."
"P-Penyakit ini...boleh jadi serius ke doktor?" Kini datin Arina dengan reaksi risaunya bertanyakan soalan tersebut.
"Kalau keadaan anak Dato' dan Datin terus berlanjutan...saya takut ia akan menjadi serius dan akan melibatkan sindrom-sindrom ini."
"Sindrom apa itu doc?"
"Sindrom tersebut boleh menyebabkan berbagai komplikasi seperti depresi, fikiran atau perilaku bunuh diri, kecemasan, termasuk PTSD, gangguan tidur yang signifikan, peningkatan risiko penyakit fisik, seperti penyakit jantung, kanker atau tekanan darah tinggi, kesulitan jangka panjang dengan kehidupan sehari-hari, hubungan atau aktivitas kerja, peminuman alkohol. Contohnya, sekiranya orang tu tak minum alkohol tetapi dia tiba-tiba minum. Atau, orang yang terbiasa minum itu akan lebih kerap minum secara berlebih-lebihan, penggunaan nikotin, atau lebih dikenali penyalahgunaan zat."
Tiba-tiba kedengaran desahan nafas kecil Kyran cuba untuk bangun dari baring. Matanya sudah lama terbuka. Dia sudah sempat dengar segalanya daripada mulut doktor itu.
"Nak, kamu tak apa-apa?" Soal Datin Arina risau. Dato' Johansson dan doktor tadi kembali menghadap ke katil Kyran apabila terperasan dia sudah bangun.
Kyran tidak berkata apa. Dia hanya mengangkat sebelah tangannya pada mommynya menandakan dia tidak apa-apa.
Kyran cuba berdiri dari katil.
"Kyran, kamu nak pergi mana?"
"Kamu kan tak sihat..."
Langkah Kyran terhenti tiba-tiba di setengah jalan apabila mendengar perkataan tidak sihat. Kyran menoleh memandang wajah-wajah di hadapannya. Dia mengerutkan dahi.
"Mommy dengan daddy...sudah fikir Kyran gila ke?"
Tersentap Datin dan Dato' apabila mendengar soalan itu yang meniti keluar dari bibir Kyran.
"Nak, bukan itu maksud daddy..." Belum sempat Datin Arina mahu berkata lagi kedengaran Kyran mengeluh kecil. Dia tersenyum pahit merenung lantai.
"Fikirlah apa yang doktor kata tu. Percayalah kata-kata dia. Mommy dengan daddy....tidak tahu apa yang Kyran rasa." Selepas berkata begitu, Kyran hanya menonong pergi berjalan dingin keluar dari bilik.
Manakala datin Arina dengan Dato' Johansson sudah saling memandang sesama sendiri dengan reaksi sedih.
********
"Kenapa kau macam... takut-takut saja ni? Ada sesuatu yang kau mahu beritahu aku ke?" Soal Kyran dingin. Wajahnya yang dipaling ke arah lain saat juru solek cuba membrush pipinya dengan lembut.
"Tak tuan. Saya...saya nak beritahu tuan yang...saya mungkin tak dapat bekerja dengan tuan selama seminggu..." Belum sempat Darwish mahu menghabiskan ayatnya Kyran sudah memotong.
"Kenapa? Kau sudah penat layan kerenah aku sebagai manager? Sebab aku berubah dingin kau pun jadi takut mahu bekerja dengan aku?"
"Eh, tak tuan. Bukan macam tu. Saya...saya kena lawat ibu saya di kampung halaman saya. Sayakan pernah beritahu tuan yang ibu saya sakit? Saya tak naklah menyusahkan jiran-jiran di sana nanti untuk jaga ibu saya. Hanya seminggu. Bolehkan tuan bagi saya cuti seminggu? Lagipun, saya banyak ada urusan di kampung halaman saya tu. Dah lama saya tak pergi."
"Hmm, aku benarkan. Tapi, aku bagi extra sebulan untuk kau cuti. Lagipun, kau dah lama tak lawat kampung kau kan? Cuma, sebelum kau cuti...aku nak kau carikan pengganti kau untuk kerja dengan aku buat sementara. Boleh?"
"Eh, mestilah boleh tuan. Carikan pengganti ialah pakar saya! Lagipun ramai orang nak jadi manager tuan ni. Heheh..."
Kyran tidak berkata apa. Langsung dia tidak terkesan dengan lucuan hambar dari managernya.
*********
Kyran pov
Aku berjalan sendirian di tepi jambatan. Kedua-dua tangan ku seluk ke poket baju hoodie aku.
Terasa sejuk pula petang ini menghembuskan anginnya.
Aku berdiri termangu di hadapan jambatan. Termenung seketika di sini ralit dengan dunia aku sendiri.
Teringat aku pada Puteri tentang kenangan kami di jambatan sini dulu. Waktu tu, dengan kehadirannya aku begitu gembira sehingga melupakan segalanya. Aku begitu tenang. Tapi sekarang, aku langsung tak bahagia. Hidup aku begitu serabut. Tanpa dirinya di sisi, bagaikan sinar cahaya untuk aku hidup sudah lama hilang dan pergi.
Imbas kembali...
"Waaaa...bestnya kat sini awak! Macam tahu-tahu je saya suka tempat tinggi walaupun diri saya sendiri cepat gayat dengan ketinggian. Heheheh..." Puteri tertawa kecil di hujung ayat. Matanya dipejam seketika apabila angin tenang mengena wajahnya membuat angin turut menerbangkan rambutnya.
Kyran tersenyum manis. Bahu Puteri dirangkulnya lembut.
"Hati-hati, jangan dekat sangat. Walaupun kat sini terhalang dengan jabatan saya tetap risau kalau awak terjatuh nanti."
"Hok aloh, encik kesayangan kite risaulah! Heheh, takpe...kalau saya jatuh...awak tangkaplah saya. Kalau badan saya tenggelam kat dalam arus air. Awak carilah saya. Awakkan hero penyelamat saya." Kata Puteri seraya mendekatkan wajahnya dengan Kyran. Bibirnya yang mekar dengan senyuman menambahkan lagi keayuan di wajahnya.
Kyran tersenyum kecil. Pipi gebu Puteri dicubitnya nakal.
"Suka ye kata macam tu? Hmm? Hmm?" Kyran dengan nakal melanggar hidung mancungnya dengan hidung Puteri membuat mereka berdua tertawa kecil dalam kegembiraan.
"Eihh-eihh awak!" Sedikit terkejut Puteri apabila Kyran tiba-tiba mengangkat tubuhnya ala bridal style. Kyran hanya mengangkat kening seraya tersenyum sumbing.
Puteri tersenyum dalam kemanisan. Perlahan-lahan kedua-dua tangannya merayap di sekeliling leher Kyran. Sungguh, Kyran begitu romantik baginya.
"I love you, Puteri." Sepasang mata Kyran galak memandang setiap inci wajah cantik Puteri.
"I love you and love-love more!" Jerit Puteri sekuat hati dengan riang di pemandangan bukit di situ. Kedua-dua tangannya dilepaskan sambil digawang dan didepakan.
Mereka sama-sama menjerit luahan perasaan dan tertawa kecil sesama sendiri.
Imbas kembali tamat...
Aku menunduk wajah aku menekur tanah. Setitis demi setitis air mata jernih laju jatuh menitis di atas kulit kasut aku.
"Puteri, patutkah saya terjun saja dari sini...untuk berjumpa dengan awak? Hiks...Hiks...saya sanggup buat apa saja asalkan dapat jumpa awak semula. Tak cukup sekali biarlah beribu-ribu kali...kerana saya tidak pernah puas berada di samping awak selama ini. Segala kenangan kita berdua masih tidak cukup. Puteri, kembalilah pada saya...Hiks Hiks. S-Saya begitu rindukan awak..." Aku tiba-tiba menjerit nyaring sekuat hati.
"Puteri! Kembalilah pada saya!"
"Puteri!"
"Hiks...hiks... kembalilah pada saya!"
"I miss you! I miss you until...I'm feel like dying..."
Hanya itulah ayat yang aku asyik ulang berulang-ulang kali. 'Puteri, kembalilah pada saya.'
Aku mengetuk dada aku sekuat hati dengan tangan sendiri.
"Arghhhh!"
"Saya mahu jumpa dengan awak Puteri. Tak, kita akan berjumpa lagi. Saya tak kira... Hanya tunggu saya."
Setitis air mata mengalir lagi ke wajah aku. Okey, jadi inilah masanya. Aku harap, ini ialah hari yang terakhir buat aku untuk berjumpa dengannya.
Selepas itu kedua-dua tangan aku genggam ke jambatan itu. Baru kaki ini perlahan-lahan mahu naik ke atas untuk terjun tiba-tiba ternampak kelibat seorang wanita yang sedang berdiri di stesen bas sambil termenung kecil. Wajahnya yang separuh dapat kulihat itu tidak aku hiraukan.
Lagipula, itu tidak penting. Ia tak akan menghalang aku daripada terjun!
Manakala di tempat Ciara..
Di saat dia cuba mahu menoleh badan ke kiri.
Bulat matanya apabila tersaksikan ada seorang lelaki cuba untuk membunuh diri.
"Encik!"
Namun, aku tidak hiraukan jeritan orang itu. Aku tahu, pasti dia nampak aku saat ini apabila aku sudah berjaya menjejak kaki di pegangan luar dari jambatan ini. Hanya tubuh aku yang bersandar ke jambatan. Satu langkah saja lagi, aku akan terus jatuh dari ketinggian bawah sana dan mati terkena hantukan batu dari ketinggian yang begitu tinggi di bawah sana.
Kelopak mata aku pejam perlahan. Kedua-dua tangan sudah didepakan bersedia untuk membenamkan diri dan jatuh dari ketinggian bawah udara di sana. Air mata semakin merembes keluar ke pipi. Keningku berkerut menahan sakitnya di hati.
Seakan-akan hati ini...sudah mahu pecah...
Pemandangan di sini hanya menampakkan bukit dan pokok-pokok yang menghijau.
Ciara berasa terpempan, terkejut dan terkesima.
"No-no-no! Encik! Jangan!" Ciara dengan selaju seperti flashman lari sepantas kilat cuba mendapatkan lelaki itu yang hampir sudah mahu terjun.
Tubuh aku perlahan-lahan semakin ke bawah. Terasa angin semakin membawa tubuh ini.
"Kita akan berjumpa lagi, my dear wife..."
'
Merindukan seseorang yang sudah pergi mmg begitu perit. Tetapi, jgnlah sesekali membuat keputusan yang hampir hilang akal...Kerana di setiap ujian itu...pasti akan ada kebahagiaan yang akan menerjah kelak nanti... Heheh, rindu scene Farah dgn Karen tk...Nnti next chapter akn ade scene mereka. Stay tuned ><
Share this novel