Bab 8: Crying is not a mistake

Romance Series 5981

Sebuah pacuan empat roda dengan laju membelah jalan di malam tika itu.

Karen menggigit separuh bawah bibirnya sambil tangannya dibawa ke bibir. Manakala sebelah tangannya lagi memegang stereng kereta. Laju saja keretanya dibelok ke kiri dan ke kanan di atas jalan raya daripada melanggar kereta lain.

Perasaannya bercampur-baur saat ini.

Sebaik saja kereta terhenti di hadapan rumah yang ditujui Karen dengan pantas keluar dari perut kereta Audi A5nya menuju ke pagar rumah seseorang.

Tanpa menunggu lama lagi, loceng ditekan beberapa kali secara terdesak. Dirinya juga kelihatan seperti kelam-kabut malam itu.

Selepas menekan loceng yang bersebelahan pagar itu serta-merta pagar mewah yang dimiliki oleh seseorang terbuka dengan sendiri.

Kelihatan seperti seorang maid yang terkocoh-kocoh berlari. Maid yang baru. Yang pastinya bukan yang dulu. Datin Arina membuat keputusan untuk mengambil maid sahaja asalkan maid yang sudah dikenalinya dan dipercayai.

Seorang maid itu mula bertanyakan pada Karen tentang tujuannya datang ke sini.

"Mana Zain Johansson? I want to see him. Atau lebih dikenali... Anak datuk dan datin yang terhormat sekali di sini, huh?" Karen berujar dengan sinis. Semua orang tahu, dia dari dulu memang tidak suka dengan keluarga Johansson. Atau boleh dikata keluarga abang iparnya sendiri? Atau...bekas?

"T-Tak, maaf encik. Anak tuannya sudah lama pulang ke Switzerland semula. Datin dengan Dato' pula tiada..."

"Saya tak tanya Dato' mahupun Datin! Saya cuma tanya di mana Zain berada. Tak apalah kalau dia betul-betul tak ada. Terima kasih..." Selepas berkata begitu, Karen dengan selamba mahu pergi namun di saat dia menolehkan badan tidak semena-mena sebuah kereta mewah putih masuk ke perkarangan rumah itu.

Kening Karen bertaut seketika.

Seseorang bersama drivernya keluar daripada perut kereta itu.

Kening Karen tidak bertaut lagi. Ternyata seseorang itu ialah Kyran Andrew Johansson.

Kyran yang baru pulang dari tempat syutingnya tika lewat malam itu tidak semena-mena turut terserempak dengan lelaki itu.

Namun, wajahnya hanya beriak kosong. Cuma agak terkejut, kerana tiba-tiba Karen datang ke rumahnya.

"Kenapa datang sini?" Soalnya dingin.

Karen tidak berkata apa. Senyuman sinis hanya dihadiahkan pada lelaki itu sebelum terus pergi membawa keretanya meninggalkan tempat itu.

Kyran terangkat keningnya seketika melirik ke kereta itu yang kian meluncur laju membelah jalan.

"Karen...Apa yang dia buat di sini..." Terpacul soalan itu dari bibirnya. Kyran termenung kecil.

********
"Arghh!" Karen melontar segala barang yang berada di atas meja.

Habis semua barang dan kertas-kertas dokumen kerja berselerakan di atas lantai. Tak cukup dengan itu meja yang agak besar itu berjaya diterbalikkan olehnya.

Karen bernafas sesak.

"Arghhhhh!" Dan hanya jerit dan terus menjerit.

Jeritannya penuh dengan perasaan yang bercampur-baur. Dia marah, dia sedih, dia takut, kecewa dan segala-galanya perasaan ini menjadi satu. Teruknya yang dia rasakan tidak ada siapa yang tahu.

"Arghhhhhhh! Hiks... hikss...kenapa dia...why him... why?!" Terus terduduk Karen di atas lantai secara melutut.

Tangisannya dilepaskan di situ juga. Air mata lelakinya... seakan-akan tidak dapat berhenti.

"Hiks...Hiks, kenapa hidup aku...harus berjumpa dengan orang yang aku tidak ingin jumpa? Dulu, aku mahu balas dendam padanya. Sekarang...Hiks, semua ini membuat aku gila. Benar-benar gila argh!" Karen mencengkam sekuat hati rambutnya.

Hatinya benar-benar hancur melihatkan sebuah video sebagai bukti kukuh itu.

Imbas kembali di minit-minit yang lalu...

"I know right...Kau pasti diserbu dengan berbagai-bagai persoalan. This will be 'hot' and crazy. But, will be more fun and pain. Bukankah begitu, Karen Anderson?"

"Who are you? I say who are you, huh? Siapa kau... Dan macam mana kau boleh tahu kemalangan itu?"

"Huh, siapa aku...itu tidak penting. Yang penting... Kau akan tahu perkara yang sebenar. Buktinya? Aku akan send pada kau tidak lama lagi."

Tupp... panggilan tiba-tiba ditutup di talian sana.

Karen menjadi cemas.

"Hello? Hello?" Hati Karen mula bertambah resah. Bukti? Bukti apa? Hatinya kuat mengatakan...bahwa ada sesuatu yang tidak kena. Fikirannya mula berfikir yang bukan-bukan. Kuat hatinya ingin tahu siapa lelaki itu tadi.

Tiba-tiba mesej dari 'unknown' tadi menerjah ke handphonenya.

Karen mengerutkan dahinya.

Dia perasan. Satu video dihantar melalui WhatsApp ke handphonenya. Perasaan tertanya-tanya semakin menebal di dalam hati. Terus punat loading ditekan pada video itu.

Tidak perlu tunggu lama akhirnya video itu sudah diloading.

Karen dengan sedikit teragak-agak menekan punat pause di video itu dan memperbesarkan.

Akhirnya, terpampang dengan jelas video yang terlayar di hadapan matanya itu.

Karen yang melihat sudah menterbeliakkan biji matanya. Tertekup mulutnya apabila menyaksikan video itu.

Dan video itu ialah... kemalangan mendiang ibu dan ayahnya yang terjadi. Dia ingat lagi. Gambar kereta yang sudah hancur beserta serpihan flat kereta yang sempat ditangkap dahulu kakaknya pernah menunjukkan gambar itu padanya. Jadi, dia boleh tahu dan kenal sangat kereta di dalam video itu.

Di dalam video itu, memaparkan sebuah kereta yang dilanggar dengan dahsyat sekali sehingga menterbalikkan kereta itu. Cukup tragis. Sangat menyakitkan melihatkan video itu di hadapan mata. Apatah lagi, kereta itu ialah milik ibu dan ayahnya sendiri. Sungguh, memang kejam betul orang yang melanggar kereta itu yang dia rasakan.

Karen merasakan perit. Perit yang teramat apabila seorang lelaki misteri itu memberitahu bahwa CCTV di jalan raya tempat kejadian hari itu ialah sebenarnya tidak rosak. Melainkan, ada seseorang yang sengaja rosakkannya dan sembunyikan video CCTV ini yang sebenar.

Karen syak ada sesuatu yang tidak kena. Dan firasatnya benar apabila di video itu juga terselit gerangan siapa yang melanggar kereta itu. Tidak sangka, dan alangkah terkejutnya dirasakan apabila kereta yang melanggar itu keluar seseorang kelibat lelaki yang keluar dari perut kereta dalam keadaan tercapit-capit kaki.

Dapat dilihat muka seseorang itu di dalam video. Biarpun tak jelas, disebabkan ketika itu hujan mulai baru reda dan malam...Namun, berbantukan cahaya dan bulan dapat dia lihat dan kenal siapa mereka sebenarnya.

Itu memang kereta Zain. Tapi, yang keluar ialah orang lain. Bukan Zain.
Malah, tubuhnya lebih kepada dewasa. Kalau Zain, bila diundur balik masa dahulu...Zain ketika itu pasti sangat muda dan belasan tahun. Yeah, dulu....Zain mesti dari muda lagi sudah dapat kereta. Dan Karen juga, ketika itu masih sangat kecil.

Dan... seseorang itu ialah...

"Uncle Henry..." Terbit sebaris nama itu yang meniti di bibir Karen.

Tangan Karen yang digenggam ke atas lantai menggigil kecil. Sedang menahan perasaan yang sedia ada.

"A-Apa kaitan Zain dengan daddy Farah pula...Erggg, ini benar-benar mengelirukan! Arghhh! J-Jadi, seseorang yang melanggar...ibu dan ayah aku...I-ialah sebenarnya ayah Farah sendiri? Tapi, dengan kereta Zain? No-no...i-itu...Hiks itu mustahil. Mustahil!" Karen sudah tidak keruan. Menangis semahu-mahunya dia di situ.

"Hiks...itu tak boleh jadi. I-Itu... memang tak boleh terjadi. Pasti orang lain ni...P-Pasti aku tersilap. Tolonglah...Hiks, aku mohon. Bukan dia please...b-bukan dia...Arhh..." Terasa duri begitu menjalar di dalam dadanya.

Tiba-tiba handphone Karen berdering.

Karen dengan mata yang sudah bertukar merah mengerling ke arah handphonenya yang terbiar di atas lantai itu.

'My sweetie Farah (emoji love)' yang memanggilnya.

Bibir Karen yang sedikit menggigil diketap sekuat hati.

Dia cuba menghiraukan panggilan itu. Namun, melihatkan handphonenya yang tidak henti-henti berdering dia dapat rasakan yang Farah dalam kerisauan.

Dengan reaksi yang tidak bermaya, dia angkat juga telefonnya itu.

"Hello..."

"Hello Karen! Awak...dah balik rumah ke ni? Secara tiba-tiba? Tak bagitahu saya pun. Awak buat saya risau jelah."

"Sorry..."

Farah di talian sana sudah bertaut kening.

"Hello? Awak...kenapa ni? Suara tu macam serak je. Awak baru lepas nangis ke ni? Ehh awak okey ke tak sebenarnya? Kalau tidak... Awak tak berperangai macam ni pun. Kalau nak balik, sekurang-kurangnya beritahulah saya dulu."

Karen sudah tidak dapat menahan lagi suaranya dari menangis. Terketar-ketar bawah bibirnya cuba untuk dia tahan.

Telinganya hanya mendengar Farah membebel dari tadi.

"Sorry...Hikss I-I'm so sorry...Really-really sorry...I'm so sorry Farah...So sorry...hiks."

"Karen..."

"No, Hiks...this is my mistake. I'm so sorry...This is my fault...Farah, I'm scared..."

Farah terdiam seketika. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang tidak kena ni.

Suara tangisan Karen yang kedengaran di talian benar-benar membuat hatinya rasa sayu dan pedih.

"Karen, awak sudah banyak berusaha menghilangkan kesakitan dalam diri saya selama ni. Sekarang awak? Pula macam mana? I'm here. Tolong jangan rahsiakan apa-apa daripada saya. Biarlah, kali ini... saya yang cuba untuk hilangkan kesakitan awak pula kali ini."

'Farah, I hope...This is just my nightmare...I hope...I can wake up from this sleep...' bisiknya di dalam hati.

********
Keesokkan harinya...

Cahaya matahari pagi itu yang agak menyilau membuat keningnya berkerut seribu.

Dia. Si dia yang cuba untuk bertahan kukuh menghadap ke rumah agam mewah bertingkat-tingkat yang tersergam itu. Rumah yang dia fikir... Akan menjadi tempat kenangannya yang paling banyak bersama gadis itu. Rumah yang dia fikir, akan jadi rumah tempatnya hanya untuk berdua-duaan selepas gadis itu menjadi isterinya.

Namun, semua impian itu...hanya hancur. Sekecai-kecainya. Bahkan Puteri tak sempat mahu melihat rumah ini. Dia mahu tunjuk sebagai surprise tapi tidak menyangka. Masanya untuk bersama dengan gadis itu selama jadi suaminya hanya sekejap saja. Terlalu sekejap yang dia rasakan.

Kenapa orang selalu saja dengki dia untuk bahagia dengan orang yang dia sayang? Dia sendiri... Bencikannya. Benci, benci dan benci dengan semuanya!

Kyran tanpa sedar, pipinya hangat mengalir setitis air mata. Dia tersenyum sinis seorang diri. Sambil wajahnya cuba dikawal daripada terus menangis.

Sebelum masuk ke rumah itu, tangannya menyeluk kocek seluar dan mengambil sesuatu.

Selepas ditekan-tekan sesuatu ke skrin handphone, handphone itu dibawa ke telinga.

Lagu Didi Friends kedengaran di seluruh bilik itu.

Manakala seseorang yang sedang tertidur pulas seperti puteri tidur sudah membunyikan dengkurannya. Di saat telefon itu asyik menyanyikan lagu Didi and Friends dia menempelkan kedua-dua bantal ditekup pada telinganya. Sungguh liat mahu bangun tidur.

Manakan tidak, dari semalam dia buat kerja macam-macam di rumah. Sudah tidak sanggup rasanya mahu bangun seawal begini. Lagipula, ibunya juga asyik bangun lewat. Biarlah, dia tidur sekejap.

Ciara mendengus kecil perlahan. Ish! Siapa pula yang call aku pagi-pagi buta ni?!

Dan... Panggilan itu tidak berjawab. Kyran mengerutkan dahinya memandang skrin handphone.

"Hey minah ni! Tak bangun lagi ke apa..." Monolog Kyran sendirian dalam kekesalan.

Takpe cuba lagi...

Kali ini Kyran telefon sekali lagi. Dan sampai ke panggilan yang keempat... Ciara langsung masih tidak angkat panggilannya.

Kyran sudah memejam matanya cuba bersabar.

"Eiii budak ni... Kalau aku call sekali lagi, kalau dia tak jawab... Siap dia nanti!" Omel Kyran sendiri.

Dan panggilan last yang dikata itu... Nak tak nak Ciara dengan hati penuh dengan keterpaksaan tapi cuba diteguhkan tangannya mula terawang-awang di tepi meja cuba mengambil handphonenya yang asyik membunyikan lagu Didi and Friends. Akibat tidak tahan handphone itu asyik berbunyi dari tadi.

Namun, di saat dia cuba untuk menggapai handphonenya itu tiba-tiba tubuh kecilnya yang hampir di tepi katil tidak semena-mena terjatuh melurut dari atas membuat tubuhnya terbaring terus dalam keadaan meniarap.

"Arhhhh... Aduhh!" Ciara sudah mengeringai sakit. Baru dia nak bermimpi berjumpa dengan sang Prince di atas istana langit ke tujuh nuh.

"Ish! Kacau betullah phone ni!" Ciara sudah membebel sendirian mengalahkan handphonenya sendiri.

Dengan susah payah, dia cuba untuk bangun dari meniarap atas lantai sambil memegang pinggangnya. Sakit tau tak! Ini semua salah handphone!

Seketul Ciara memang suka mengalahkan benda lain! Tak pula salahkan dirinya yang liat bangun tidur. Lupa pula yang dia sedang bekerja dengan crushnya sendiri. Apalah patut...

Selepas dapat berdiri tegak dengan baik, terpisat-pisat matanya baru bangun tidur.

Dengan longlai, dicapainya phone di atas meja yang tidak berbunyi lagi.

Ciara yang matanya baru terbuka sedikit cuba melihat nama si pemanggil melaun yang suka mengacaunya tidur pagi-pagi buta ni.

Melihat nama bossnya yang tertera miss called terus matanya bertukar segar. Hampir terkeluar biji mata rasanya mahu terjatuh.

"Ahhhhhhhhhhh!" Burung-burung yang menyinggah ke atap rumah turut masing-masing menerbangkan sayapnya apabila terdengarkan suara jeritan yang sudah serupa seperti cik Ponti.

"Oh Tuhan! Matilah aku...Habisss..." Ciara dengan wajah pucat sudah membuat muka takut.

Sampai adiknya jerit melaung memanggilnya di luar namun dia hanya berkata dia tidak apa-apa.

Ciara kemudian menumpukan semula handphonenya.

Tertelan air liur kasar yang terasa begitu pahit sekali menuruni kerongkong.

Dalam hati, sudah berdoa berkali-kali. Jangan sampai boss dia tembak dia kang... Mana boleh kira.

Ciara dengan jari yang terketar-ketar akhirnya menekan call back nombor bossnya itu.

Tutt...tutt... Haih! Dadanya mula semakin resah apabila mendengar talian cuba bersambung.

"H-Hello..." Ciara dengan sudah tergagap-gagap cuba bicara.

Sapp!

Tiba-tiba bossnya senyap. Haih! Senyap macam nilah yang buat dia semakin takut dan risau.

"B-boss? Boss? Huhu boss... Janganlah diam macam ni saja..."

Diam. Tetap diam di talian sana.

"Huhu boss, saya minta maaf. Saya... S-Saya..."

"Datang ke sini sekarang! Aku bagi location." tiba-tiba suara aku dipotong laju olehnya.

Gulp!

"B-Baik... b-boss..."

Tupp!

Terus panggilan ditutup olehnya.

Aku memandang skrin gelap phone aku. Mak aih! Aura dia lain macam! Sampai ke sini aura dia.

Aduhh! Baik aku cepat...

Tanpa membuang masa lagi, aku dengan langkah dihayun mengambil tuala mahu mandi. Ala mandi-mandi beruk macam tu jelah.

Namun, di saat Ciara mahu mencapai tuala di penyangkut tiba-tiba buat kesekiannya ibu jarinya terpatah mengena ke lantai membuat dia mahu terjatuh lagi.

Namun, tuala itu cuba ditariknya tapi malangnya sekali-sekali tuala itu jatuh ke arahnya.

"Arghhhh, again?!" Ciara sekali lagi menjerit kecil. Dia sudah tidak ada masa untuk ini dan terus berlari anak dengan tercapik-capik kaki kerana ibu jari kanannya itu.

Terus langkah di hayun cepat ke bilik air. Sempat bibirnya menceloteh seorang diri.

********
Ciara pov

Aku menelan air liur kasar. Mana taknya! Encik boss kita... memandang aku dari bawah hingga ke atas dengan matanya yang tajam tu. Eyyy, seriau!

"Errr boss..."

"Apa boss-boss?!"

Terangkat sedikit bahu aku dengan jeritannya.

"Kau masih ada minat lagi ke tak mahu bekerja kat sini, huh? Kalau tak, aku boleh pecatkan kau sekarang juga."

Mendengar jawapan itu, aku dengan tidak malunya terus mencengkam lengannya.

Kyran sedikit tersentak.

"Boss...huhu jangan pecatkan saya bos...Saya merayu sangat-sangat. Huhuhu, saya janji... Saya tak buat perangai macam ni lagi... Tolonglah boss... Saya kan baru kerja sini, takkan boss nak pecat saya dah? Huhuh, tolonglah... Boss boleh denda saya tapi tolong jangan pecat saya, please? Kalau tidak... Huwaaa!"

"Hahh-hahh aku tak pecat kau! Jangan nangis... bising tahu tak?!"

Aku yang mengemam bibir seperti mahu menangis tadi, hehe tapi bukannya mahu menangis betul pun. Saja mahu minta simpati. Serius aku tak nak diberhenti kerja! Sanggup ku buat apa-apa saja untuk bekerja dengan crush sendiri!

Wajah yang mendung seketika akhirnya bertukar ceria 360°.

"Hehe, betul ke ni boss?! Aaa, terima kasih boss!"

"Sekarang boleh lepas?" Aku memandang tangan aku yang masih memegang lengannya yang berlapik.

"Heheh...boleh-boleh." Aku beserta sengihan kambing melepaskan tangannya.

Kyran mengerling sekilas pada aku. Auch! Nampak macam kerlingan maut namun bagiku hal itu sudah mencairkan hati ini hohoh!

Encik boss tiba-tiba menghilang di hadapan mata. Aik! Ohh, di situ rupanya... Ingatkan dah hilang dibawa hantu bunian tadi.

Kelihatan dirinya cuba membuka mangga kunci di pintu. Entah pekarangan rumah siapa yang aku masuk ni. Sedar-sedar saja sudah berada di sini.

Entah, mungkin ni rumah boss. Nampak mewah. Cantik...

"Masuk!" Aku hanya mengangguk.

Dengan langkah teragak-agak aku memasuki rumah itu. Wow! Ini rumah ke syurga...Tak pernah seumur hidup aku...melangkah kaki ke rumah sebesar ini!

Bahkan, impian aku dari dulu lagi mahu mempunyai rumah seperti ini. Huhu bestnya... Aku dah memang syak ini mesti rumah boss.

Baru mulut aku mahu gerak untuk bertanya dia sudah memulakan bicara.

"Ni memang rumah aku..."

Aku mengangguk kecil. Macam tahu-tahu aku mahu tanya.

"So, tujuan apa boss suruh saya datang ke sini?"

"Bersih."

"Hahh?" Aku memandangnya yang tersenyum sinis penuh makna tanpa berkelip seketika.

"Bersih satu rumah ni. Jangan biarkan habuk sedikit pun menyinggap. Termasuk bilik air, dapur, bilik tidur, tak termasuk dengan tingkat atas lagi...aku nak kau cuci semua sekali sampai bersih. Faham?!" Dengan tegas, dia menyuarakan arahan pada aku.

"T-Tapi ...Tapi boss..." Belum sempat aku mahu membangkang dia sudah mencelah.

"Tak ada tapi-tapi. Anggaplah ini hukuman denda buat kau huh," ujarnya sinis tanpa rasa bersalah sedikit pun.

"What?! Tapi...hukuman ni dah melebihlah boss! Saya cuma terlewat sikit je...boss dah suruh saya macam-macam. Saya kan manager boss. Bukan bibik boss. Aaa, ini tak adil bagi saya boss..." Rungut aku tak puas hati.

"Ciara Quitta! Kau masih nak kerja di sini atau tidak?"

Aku melepaskan keluhan kasar. Ngehh, nak ugut aku lagilah tu. Gila apa anjing laut ni! Suruh aku bersihkan satu rumah besar kedebak ni?! Huhu, patahlah pinggang aku nanti.

Dengan lambat aku mengangguk.

"Ada niat masih mahu kerja dengan aku...Tapi, masih cuba merungut? Tak kiralah, manager aku...bibik ke...yang penting semua arahan aku sebagai boss kau kena ikut. Jangan. Membangkang!"

Aku menggeleng-geleng kecil. Tegas ya amat!

"Ta...tapi boss..."

"Ciara, kau nak aku sampai sellotape mulut kau tu ke?"

Tersentak. Terus tangan statik menekup mulut.

Sambil bicara...

"Tak...t-tak nak boss..."

"Tahu pun... Sekarang buat kerja! No more excuse!" Selepas berkata begitu, terus dirinya melangkah kaki ke tingkat atas.

Aku seperti anak anjing yang dalam kesusahan mahu menangis. Huhuh hmm...

"Jangan lupa vaccum ada kat tepi meja ruang tamu tu. Mop ada kat dalam bilik air!" Menjelma suaranya dari atas sempat menitip pesan pada aku.

Aku dengan riak tidak puas hati menghentak-hentak kaki ke lantai. Hmmm!

Manakala di tempat Kyran...

Dia dari atas tanpa Ciara sedar hanya memerhati gadis itu mengvaccum lantai dari tadi. Kadangkala, gadis itu akan terbatuk-batuk kecil. Kyran yang melihat itu, muncul secarik senyuman sinis di bibir merah itu.

Tak lupa juga, mulut gadis itu... Yang tidak henti-henti membawang dirinya dari bawah. Mungkin, masih tidak puas hati padanya. Namun, yang membawa tidak puas hatinya Kyran apabila terdengar perkataan 'anjing laut' dari bibir gadis itu padanya.

Mukanya yang handsome ni dikatanya anjing laut. Suka-suki dia je budak ni...

"Ish! Anjing laut-anjing laut, dianggapnya aku ni apa? Bibik? Tukang cuci? Ehh samalah Ciara! Hish, kerja manager macam kerja bibik rasanya...Ini nasib dia boss aku...kalau tidak, dah lama aku pelangkup dia dengan kuali aku. Kejap, anjing laut. Maknanya, aku ni pun pekerja anjing laut jugalah ye? Huwaaa," Bebel Ciara itu ini.

Kecil besar kecil besar saja Kyran memandangnya dari atas sini. Dia tak tahu ke...yang bossnya sedang tatapnya tajam sekarang ni?

Kyran mengecilkan matanya. Terangkat keningnya sebelah, mendengar bebelan Ciara itu. Namun, dia masih cuba bersabar. Bibir merahnya masih menguntum senyuman sinis.

Tidak lama, tiba-tiba telefonnya terasa bergegar dari kocek seluarnya.

Kyran menyeluk phone itu. Kelihatan ada si pemanggil. Kyran menjauh sedikit dari situ. Tidak mahu Ciara tahu, dia dari tadi curi-curi intainya.

Selepas kaki selamat menginjak ke beranda jauh dari Ciara, terus jari meleret skrin phone itu ke kanan. Handphone ditekap ke telinga.

"Hmm..." Tahu Farah menelefonnya.

"Kyran, kau kat mana? Tengah kerja eh?"

"Adalah, why?" Soal Kyran dingin.

Farah di talian sana kedengaran melepaskan keluh kecil seketika.

"Kyran, kau semakin dingin dengan aku lah. Puteri pasti akan sedih kalau kau terus-terusan macam ni." Yeah, sejak Puteri meninggal hubungan persahabatan mereka sudah semakin renggang. Tidak rapat seperti dulu lagi. Tidak lagi bermanis muka. Bukan dengan dia saja, tapi Kyran semakin dingin dengan semua orang. Tidak termasuk keluarganya sendiri.

"Farah, kalau kau mahu bicara tentang ini aku tutup dulu."

"Wait! Okey, aku tak sebut pasal tu lagi. I'm so sorry okay?" Tanpa Farah sedar, sebelah tangan Kyran di sisi sudah menggeletar. Sebaris nama tu... Bila disebut-sebut, dia pasti akan jadi gelisah seperti ini. Begitu perit di dalam sana Kyran cuba menahan perasaannya.

"Kyran, are you okay?"

"Hmm..." Kyran hanya berhmm. Sedangkan, peluh mula merenik ke dahinya. Terpejam matanya seketika cuba menenangkan hati yang bergetar di dalam sana sebentar.

Angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar lembut ke pipinya dan menghayun sedikit rambutnya masih tidak dia rasa tenang.

"Zain tak lama lagi mahu balik ke sini," Ujar Kyran memecahkan kesunyian dan kesayuan yang mencengkam hati.

Farah yang seperti matanya berair kini diseka lembut.

"Ohh ya? Kalau macam tu, baguslah kan..."

"Hmm, dan kalau dia jadi balik hari ni... mommy ajak kau dinner sekali."

"Ohh dia eh? Okey boleh. Aku memang sentiasa tak menolak makan malam ni. Terutamanya dari jemputan mommy kau kan...Anyway, kau join tak makan malam nanti?"

"We will see..." Ujar Kyran tiga patah.

Sempat matanya mengerling ke arah sana kut-kutlah Ciara naik ke tingkat ini sedang memandangnya.

"Huh, kau memang..."

********
FARAH selepas habis menelefon Kyran. Sekejap saja. Lagipun, sudah tidak ada perbualan apa mahu bicara. Sudah tidak nyaman seperti dulu. Kyran yang dulu dan yang lebih dingin sekarang sangat berbeza dia rasakan.

Kini, phone ditekan beberapa kali mahu menelefon seseorang yang tersayang. Tidak lama, panggilan bersambung.

"Hello my Karen sweetie..."

"Hello dear, k-kenapa telefon saya ni?"

Farah yang mendengar, sudah tertawa kecil.

"Kenapa awak kata? Mahu telefon kekasih sendiri tak boleh ke?"

"Karen, are you okay there?" Senyuman Farah semakin pudar. Dia rasakan, Karen seperti tidak okay dan sekarang agak berubah dari semalam lagi.

"Okay, I'm fine. Your Karen kesayangan ni, bukanlah selemah yang awak tahu. Kalau ada apa-apa masalah pun, dia akan kongsikan. Jangan risau. Cuma, tekanan di tempat kerja sikit. Tu je."

"Hmm, I know that. My Karen orang yang kuat sekali. Kuat, handsome plus kuat merajuk tambah sensitif lagi suka bermanja!"

Karen di talian sana sudah mahu tertawa kecil lucu.

"Amboi, puji ke kutuk tu?"

"Dua-dua heheh..."

"Farah!"

"Hehehehe..." Farah hanya tertawa kecil semahu-mahunya mendengar Karen menjerit namanya.

"Farah, kalau awak ada depan mata..."

"Kalau saya ada depan mata awak nak buat apa?"

"Saya nak peluk-peluk awak macam Teddy bear tanpa lepas sampai awak sesak tau?"

"Hehe lagi?" Farah semakin menduga Karen.

"Lagi...Esok saya akan kerjakan awak yang lain pula tidak cukup itu kalau hari ini saya tak boleh jumpa awak...esok masih ada banyak peluang untuk saya. Just wait and see honey girl." Karen di talian sana sudah meleretkan senyuman nakal.

Jap, esok? Farah baru teringat. Esok bukan ke...majlis perkahwinan mereka! Gulp!

"Alamak..." Mendengar itu, Karen sudah tertawa nakal di talian sana. Dapat dia bayangkan, Farah di sana sudah merah mukanya seperti strawberi. Farah, memang mudah blushing.

"Awak..." Farah cuba menukar topik lain.

"Ye?" Karen yang berpakaian suit segak di tempat kerja menyandarkan belakangnya ke kerusi roda yang diduduki. Berhenti sekejap kerjanya. Mahu menumpukan pada Farah seorang. Tanpa sedar, fikirannya sudah tidak memikirkan itu lagi.

"Tadi saya ada telefon Kyran..."

"Ohh ya? How about him..."

"Entahlah tapi, dia masih dingin macam dulu awak. Haa tadi, dia ajak saya makan malam di rumahnya."

"For what?

"Sempena menyambut kepulangan Zain buat keberapa kalinya macam tu."

Karen terdiam sejenak.

'Ohh my...Adakah ini kebetulan? Hari ini akhirnya dia mahu balik? Good time.' desis Karen di dalam hati.

"Karen...Karen!"

"Hahh ye?"

"Awak ni.... mengelamun pulak."

Karen mengurut dahinya beberapa kali.

"Hmm, maybe... Sebab saya stress bekerja kut. Emm Farah, kejap lagi saya ada meeting ni. Nanti saya call awak balik eh?"

"Hmm okay. Awak jangan kerja kuat sangat tau."

"Okay my baby girl. Love youu..."

"Love you too..."

Selepas menutup panggilan, Karen menyerabutkan rambutnya beberapa kali.

Teringat pula chatting nya dengan lelaki itu semalam.

Karen: Ma-macam mana kau boleh dapat video ni?

Unknown: (emoji smirk) Terpulang pada kau sama ada mahu percaya. Mahu terus dibohongi dengan kenyataan palsu atau rela menghadapi hakikat , yang sebenar biarpun menyakitkan, huh? Hihih...

Karen: Zain, dia pun tahu semua ni kan? Kenapa dia tak beritahu awal dari dulu lagi? Kenapa dia diam saja hah?!"

Unknown: I don't know... Tapi, sudah cukup aku selamatkan kau dari terus ditipu. Am I right, huh?'

Karen: No...No! Aku masih tak percaya. Kau orang asing tiba-tiba call aku dan hantar aku video tu. Kau fikir, aku akan senang-senangnya percaya? You're wrong.

Unknown: And I'll be more excited to see your face if you meet him. Zain. Tunjuk dia video itu. Dia pasti akan terus-terang pada kau. Just wait and see. Hahahaha!

Karen menghentak-hentak kepalanya beberapa kali di atas meja.

"Arghhh!" Nasib bilik kerjanya itu kedap bunyi.

Tak lama, Karen menitiskan air mata perlahan. Dia takut. Betul-betul takut seandainya apa yang dilihat itu benar-benar betul.

Apa yang dia harus lakukan nanti? Untuk terima semua itu? Itu bukanlah sesenang apa yang difikirkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience