Bab 4: What?! H-Him?

Romance Series 5981

Sambungan Ciara pov

"My crush! Ohh my..." Terpacul terus perkataan 'my crush' itu di bibir aku. Opss...

Ya Tuhan...Ciara, macam mana kau boleh terus terpacul perkataan tu. Aahh Ciara...kau memang buat malu sajalah!

Gara-gara terbentang wajah crush di hadapan mata... membuat diri aku tidak terkawal seketika. Tidak sangka aku akan interview dengan boss iaitu Kyran Andrew Johansson sendiri. Wehh, siapa tak kenal Kyran...

Bibir aku kemam serapat-rapatnya apabila memandang tatapan tajam
dari mereka berdua ke arah aku. Lain pula Darwish... kelihatan lelaki itu seperti cuba untuk mengawal dirinya daripada ketawa.

Makk aihh Ciara...nasiblah kau dah termalukan diri di hadapan crush sendiri. Sudahlah hari first interview kut. Dan... Dalam masa yang sama hari ini juga perjumpaan kedua kami.

Kulihat wajahnya yang sedikit berubah apabila merenung aku dari tadi. Hampir tergelak kecil aku rasa.

Tak mungkin dia tak cam aku. Kitorang berjumpa di jambatan hari tu! Ohh my... Agak-agaknya ini pertanda jodoh ke...

Ha-ha kau jangan nak berangan!

Melihat tatapan mereka yang tidak berkelip memandang aku.

Aku hanya tersengih kambing menampakkan gigi putihku dan membuat gaya tangan seperti peace. Gaya seperti orang tidak bersalah.

Kyran yang melihat tidak semena-mena otaknya teringatkan Puteri.

Dulu, Puteri juga selalu membuat peace dan tersengih seperti itu. Dengan reaksi mata dan kening Ciara, dia tahu gadis itu sedang tersengih kecil. Memang seperti Puteri. Ya Tuhan, sebaknya rasa hati ini...

Darwish yang perasan riak wajah bossnya yang berubah ketara menjadi mendung tidak jadi tersengih sendiri.

"Ahem-ahem..." Kyran cuba berdehem kecil bagi mengelakkan rasa yang tidak diingini.

"Darwish, kau boleh tinggalkan kami berdua di sini."

Darwish tidak berkata apa. Dia sebaliknya mengundur sedikit ke belakang dan menunduk kepala sedikit sebagai tanda hormat sebelum pergi.

"So, Ciara Quitta right?" Soal Kyran terus sebaik sahaja Darwish pergi meninggalkan kami.

"Y-Yeah, I'am..." Kata aku nervous. Aaa, tengoklah mata dia tu. Seperti helang. Hanya terus tertumpu tepat ke dalam anak mataku. Auch!

Kyran tersenyum mengenget. Tapak kakinya tiba-tiba bergerak perlahan satu per satu mendekati ke arah aku. Gulp!

Kelihatan Kyran seperti berjalan mengelilingi tubuhku seperti aku ni pesalah penjenayah berat yang perlu dipenjara selama 10 tahun!

Jiwa dan hatiku sudah terasa mahu bergoncang apabila mata kami bersatu seketika saat dia masih mengelilingi tubuhku. Macam...aku ni mainan dia pula nak pusing-pusing. Uhhh boleh pening gue nanti.

"So, pandai buat kopi?" Tubuhnya terasa berhenti tepat di belakang aku.

"Errr, pandai."

"Good, sekarang aku akan buat ujian untuk kau sama ada kau layak untuk jadi pekerja aku sebagai manager ataupun tidak."

"Baik, a-apa ujian-ujian itu tuan?"

Aku menampar mulut aku yang dilindung kain seketika. Haish mulut... Janganlah time-time macam ni juga kau nak gagap. Kawal sikit nervous kau tu!

"Mula-mula, aku nak kau buat kopi pada aku paling sedap yang kau pernah buat dan rasanya mesti kaw-kaw. Tidak terlalu panas dan...tidak juga terlalu sejuk. Hanya suhu sederhana." Kyran melangkah kakinya sehingga tubuh itu kali ini betul-betul menghadap di hadapan aku.

"Heheh bereh tuan! Kalau tuan mahu tahu...sayalah orang yang paalinggg terer sekali buat kopi tau?" Kata aku siap menyangkat bakul sendiri tu.

"Okey, kau boleh mula sekarang."

"S-sekarang?" Aku tidak terkata seketika.

"Iya, sekarang. Kau kena buktikan segala keistimewaan dalam diri kau pada hari ini juga. Berusahalah sekeras mungkin pada hari ini sekiranya kau betul-betul serius mahu kerja dengan aku." Katanya sambil kedua-dua tangan diceluk ke dalam poket seluar.

Kelihatan lelaki itu hanya berwajah serius. Langsung tidak ada secarik senyum. Matanya yang kosong dan dingin seperti tidak ada perasaan itu tak sah kalau tak buat aku berdebar!

Entahlah, berada di hadapannya... Seakan-akan lidah terkelu mahu berkata apa. Sedangkan otak sudah berfikir ligat macam-macam mahu berkata tetapi...mulut pula, seakan-akan...tidak bergerak.

Aku berdeham kecil. Ya Tuhan... Janganlah buat aku seperti ini...

Pfft!

"Okey, saya dengan sudinya terima segala cabaran tuan hari ini."

"Kau memang nampak bersemangat. I like it." Ujar Kyran berserta senyuman miringnya yang diukir di bibir.

Aku hanya tersenyum comel memandangnya. Manakala sebelah tangan cuba memperbetulkan kain yang separuh ditutup ke muka aku.

Anak rambut diselitkan ke belakang telinga. Bibir tidak henti-henti merekah senyuman.

********
Sementara di hospital...

"Doktor, saya sakit apa ya sebenarnya?" Seorang lelaki bertanyakan soalan itu pada seorang doktor perempuan di suatu bilik selepas pemeriksaan. Hanya mereka berdua di situ.

"Encik ...saya harap encik dapat bertahan dan bersabar sedaya mungkin. Saya harap... encik sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku."

"K-kenapa... doktor kata macam tu..." Lelaki itu sudah rasa takut semacam. Seakan-akan dia sudah mengalami sakit yang teruk. Air liur ditelannya payau.

"Sebenarnya, encik mengalami tumor otak iaitu jenis malignan. Iaitu ketumbuhan yang melibatkan proses pertumbuhan yang pantas dan boleh menyerang ke tisu berhampiran. Ketumbuhan ini jarang sekali merebak ke tisu luar dari otak dan berpeluang untuk berulang kembali setelah pembedahan pembuangan sepenuhnya dilakukan.Tanda-tanda awal kanser otak ini adalah sakit kepala, terutamanya yang bersangatan pada waktu pagi dan biasanya akan berkurangan atau hilang selepas muntah, tanda-tanda ini akan lebih jelas apabila terjadinya simptom seperti kesukaran berjalan (hilang kawalan timbangan) kesukaran bercakap serta kesukaran merasa (sentuhan serta kepekaan terhadap haba)." Terang doktor itu dengan begitu jelas.

"T-Tapi, tapi macam mana?" Ujar lelaki itu hampir terjerit-jerit seakan masih tidak percaya bahwa dia sebenarnya mempunyai kanser.

"Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat ketumbuhan otak ini sebenarnya. Antaranya, dari peringkat umur. Tumbuhan otak lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang telah berusia, sistem ketahanan badan yang rendah. Sebahagian kecil dari ketumbuhan boleh diwarisi antaranya penyakit Neurofibromatosis, Tuberous Sclerosis, sindrom Li Fraumeni , sindrom Von Hippel Lindau. Namun, encik masih belum berlanjut usia dan muda."

"Saya rasa...penyebab utama lain encik mengalami penyakit ini... Kemungkinan juga disebabkan oleh seseorang yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah mengidap kanser otak, pendedahan kepada klorida yang berterusan, merokok, virus Epstein-Barr serta pendedahan kepada radiasi secara berterusan."

Perlahan-lahan air mata menitis ke pipi lelaki itu secara diam.

Setahunya, keturunan keuarga dia langsung tidak mempunyai penyakit kanser seperti ini...

"A-Apa gejala-gejala penyakit kanser ini pula doc... Mesti terukkan..."

"Hmm, rasanya teruk kalau penyakit encik ini semakin serius dan merebak. Gejala-gejala dan tanda-tanda ketumbuhan otak terjadi apabila terdapat pertumbuhan tisu otak yang luar biasa dan tidak terkawal. Antaranya seperti gejala berasa tidak sihat, kabur penglihatan, pening, perubahan pada personaliti, ingatan atau tahap kesihatan mental, lemah separuh badan, kebas separuh badan, gangguan pada pertuturan atau pendengaran,
gangguan pada deria bau atau rasa dan akhir sekali gangguan keseimbangan semasa berdiri mahu pun berjalan."

Setiap gejala-gejala itu yang diujar oleh doktor menimbulkan debaran lain macam ke jantung lelaki itu.

Tangannya yang menggigil digigit jari jemari itu.

"Tak... T-Tak mungkin...Aku harap semua ini hanyalah mimpi..." Dia bersuara lirih perlahan.

Setitis demi setitis air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir juga.

Akhirnya lelaki itu menangis teresak-esak sehingga terhinjut bahunya tanpa mempedulikan doktor di hadapan.

Dia berasa teruk...Hatinya masih tidak dapat menerima kenyataan ini. Hiks... Hiks... Nak saja dia jerit satu dunia di sini juga. Arghh!

********
"Ehh Mark, kenapa kamu berdiri saja di sini. Silalah masuk nak." Kata ibu Farah mempersilakan Mark masuk.

"Heheh okey thanks aunty."

"Farah ada tak aunty?"

"Ada. Tuuu. Tengah termenung di kerusi sofa tu."

Farah yang duduk di atas sofa sambil berpegangkan tongkat menggerakkan sedikit kepalanya ke tepi. Mendengar suara Mark dia tahu lelaki itu datang ke sini untuk berjumpa dengannya.

Perlahan-lahan Farah mengukirkan senyuman manis di bibirnya.

Mark yang melihat sudah tersenyum. Biarpun Farah tidak nampak.

Farah kelihatan begitu cantik di matanya hari ke hari. Dan itu... membuat cintanya pada Farah semakin bertambah.

Baginya, Farah bagaikan bidadari di hatinya.

"Ada apa Mark kau datang ke sini?"

"Ehh, aku tak diizinkan lawat kawan aku sendiri ke? Kau ni Farah..."

"Taklah Mark. Adehh, kau ni memang dari dulu sampai sekarang tak berubah ye? Sensitif sangat. Bukan apa. Kau bukan selalunya telefon aku dulu sebelum mahu ke sini ke? Hari ini tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut terus terjah masuk rumah orang."

Senyuman Mark menjadi luntur. Kini, dia memandang serius ke arah Farah. Wajah Farah ditiliknya setiap inci bagaikan tidak berkelip.

Mark tiba-tiba memegang kedua-dua tangan Farah di atas riba. Farah tersentak. Tiba-tiba je Mark ni ...

"Farah, marry me please..."

Farah yang mendengar sudah menterbeliakkan matanya. Terkejut tidak terkata. Apa dia salah dengar dengan apa yang Mark katakan tadi...

Nasib ibu dan ayah Farah tidak ada di ruang tamu. Disebabkan itu, Mark jadi berani mengutarakan ayat itu.

"Mark! Kau dah gila ke?" Farah sudah hampir mahu menjerit. Haish, dengan perangai Mark yang selamba badak dan tiba-tiba boleh buat jantungnya lemah kalau terus-terusan macam ni.

"Yes! Aku gila. Aku gila terhadap segalanya pasal kau Farah. Kau buat aku rasa selesa...kau buat aku rasa...hidup aku kembali ceria. Aku sedar...aku baru sedar ... kebahagiaan aku yang sebenar ialah kau Farah. Sejak kau hadir dalam hidup aku...aku rasa tenang saja bersama dengan kau. Farah, aku rasa...aku dah lama jatuh cinta dengan kau."

Farah menggeleng kecil kepalanya berkali-kali. Dia fikir Mark cuba bergurau tadi. Tapi...lepas saja Mark berkata begitu tak mungkin itu hanyalah sekadar gurauan.

"Mark! Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Ke...nak aku tolong rakamkan kata-kata kau tadi? Kau tahu kan...yang aku akan jadi bakal isteri orang. BAKAL ISTERI ORANG. Heh, kalau kau bergurau sekarang ni... please stop it. Ianya langsung tak kelakarlah Mark! I don't like your joke."

""Farah, this is not a joke. I really love you. And my heart is really sincere..." ujarnya perlahan dengan nada lemah.

Farah tersenyum kecil. Senyuman yang dibuat-buat.

"Sah! Kau memang gila, Mark. Kau memang gila." Farah mahu bangun dengan tongkatnya. Melayan kerenah Mark hari ini boleh turut berjangkit gila Mark padanya nanti. Entah syaitan apa yang merasuk Mark untuk berkata sedemikian.

"Farah!" Farah terhenti seketika langkah dan tongkatnya apabila Mark cuba menghalang.

Mata Mark menikam dalam ke anak mata Farah.

"Kau fikir... dengan menjadi isteri Karen dia akan bahagia ke dengan kau?"

SAPP! Kata-kata tu menusuk tepat ke hati. Mark bagaikan boleh menghadam fikirannya.

Mark tersenyum sinis. Dia sudah berjaya mengganggu fikiran Farah dengan hanya kata-kata. Supaya Farah boleh ragu-ragu untuk kahwin dengan Karen.

"Farah, do you know what...Kau dah kenal aku lebih lama dari Karen. Kalau kau kahwin dengan aku ...itu tidak akan jadi masalah. Karen Anderson. Dia sengaja je kata begitu untuk sedapkan hati kau tetapi dalam hatinya ... hakikat tiada siapa yang tahu. Entah-entah Karen pun ragu-ragu dengan cintanya untuk kahwin dengan kau. Yelah, dengan keadaan kau macam ni...macam mana tak ragu-ragunya untuk dijadikan isteri."

Kata-kata pedas Mark begitu menusuk tepat ke hati Farah bertubi-tubi. Farah sudah terasa panas tubir matanya.

Dia mendongak sedikit kepalanya. Manakala arah matanya seperti mengarah ke dinding.

Matanya yang berkaca-kaca membuat Mark sedikit terkelu lidahnya. Dia tidak berniat untuk menyakiti gadis itu sebenarnya.

"Mark. You. Are. Evil. You are so cruel! Sanggup kau hina aku depan-depan kan... You are not my friend like in the past anymore!" Meletus segala emosi Farah di sini juga. Air mata yang ditahan akhirnya pecah.

Sungguh, Mark sudah keterlaluan dia rasakan. Mark benar-benar keterlaluan!

Selepas Farah menjerit sambil menangis berkata begitu dia terus berjalan pergi secara terdesak dengan tongkatnya.

Mark sudah merenung sedih di tubuh belakang Farah. Tanpa sedar, air matanya turut gugur perlahan ke pipi.

"Farah, maafkan aku...Aku terpaksa buat begini...Hiks Hiks...Aku mahu luangkan masa yang masih ada ni dengan memakbulkan keinginan terakhir aku untuk bersama dengan kau. Hiks hikss please...please don't hate me Farah..." lirih saja suara Mark menahan perasaan. Mark sudah menunduk wajahnya menekur lantai.

Kelopak matanya dipejam. Bibir yang sedikit menggigil diketapnya. Dia melepaskan tangisan di situ juga.

Manakala Farah di dalam bilik duduk di atas katil seperti patung sebentar. Dalam diam, dia mengalirkan air matanya.

Kata-kata Mark masih terngiang-ngiang di kepalanya.

Farah memejamkan kelopak matanya perlahan.

"Kalau boleh...aku mahu melepaskan segala-galanya...kalau boleh, aku tidak mahu membuat pilihan sukar seperti ini di dalam hidup aku. Kalau boleh... hikss aku tak mahu diri sendiri harus merasakan ragu-ragu semua ini. A-Apa aku memang sudah ragu-ragu dengan cinta Karen? Kenapa hati ini...Hiks Hiks seakan-akan merasakan Karen tidak akan bahagia selepas berkahwin dengan aku nanti. Erghh Tuhan...kau buat aku rasa sukar dan rasa teruk..."

Farah mengenggam telapak tangannya di atas dada. Kelopak mata dipejam perlahan. Setitis air mata jatuh ke ribanya.

*********
Karen mengerutkan dahinya. Dari tadi, Farah cuma mendiamkan dirinya. Bila ditanya untuk berbual Farah hanya cuma membalas dengan sepatah dua saja. Macam langsung tak ada semangat.

"Farah, kenapa ni...Hmm? Awak ada masalah ke? Ceritalah pada saya. Saya tak sangguplah lihat awak terus seperti ini."

Farah menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus nafas perlahan.

"Karen, s-saya...saya rasa teruk. Saya tak tahu apa yang saya patut rasa dan yakin sekarang. Tapi, entah kenapa saya rasa... s-saya ragu-ragu dengan cinta kita. Saya ragu-ragu...saya masih takut...kalau kita tidak akan menjadi pasangan bahagia bertambahkan dengan keadaan saya seperti ini."

Karen mengeluh lemah perlahan. Dipandangnya tepat ke wajah Farah.

"A-Awak masih ragu-ragu dengan saya?"

Farah mengangguk kecil perlahan.

"Saya bukan tak nak yakin dengan awak...T-Tapi, tapi lepas dengar kata-kata Mark tu saya rasa..."

"Apa yang Mark kata pada awak?" Soal Karen straight to the point.

Farah mengulang kata-kata Mark yang dikata padanya pada pagi tadi.

"Jadi awak percayakan dia?"

"Awak, dia pun lelaki of course saya rasa percaya. Sikitlah."

"Sikit pun tapi awak tetap percaya kan..." Kata Karen tersenyum kelat memandang gadis itu.

"Yeahh..." Kendur saja nada Farah pada Karen.

"Farah, tolong beritahu saya... bagaimana lagi saya perlu lakukan untuk pastikan awak yakin dengan saya? Selepas bermacam-macam apa yang saya lakukan pada awak. Bila awak cakap supaya tunggu dulu. Saya tunggu. Saya tetap tunggu. Awak dah buat hari-hari saya menjadi terindah sekali, Farah. After losing the person I love so much ... my sister, awak juga telah beri semangat dan sokongan untuk saya. Ketika itu, saya betul-betul bergantung pada awak. Saya nak jaga awak pula. Hati saya inginkan awak. Saya mahu buat awak sentiasa bahagia sepanjang hayat saya. Takkan awak masih tidak kenal luar dan dalam saya? Farah, without you... everything is not going well..."

Karen mengambil tangan Farah dan melekap tangan gebu itu ke dada kirinya.

"Hati saya...awak tak boleh rasakannya? Biarpun, awak tak boleh nampak hati saya... tetapi awak tak boleh rasakannya ke?" Kyran memandang dalam ke wajah Farah.

Farah tanpa sedar, sudah menitiskan air matanya. Dia berasa tersentuh sekali dengan kata-kata Karen.

Farah merasakan debaran jantung Karen di dadanya. Dan hal itu, lebih menambahkan getaran di tangkal hati Farah.

"Saya ...saya boleh rasakan semua tu. Tak, kali ini saya betul-betul rasa...cinta awak begitu ikhlas pada saya Karen. Maafkan saya...hikss... maafkan saya..."

Karen menggeleng-geleng kecil. Terus tubuh kecil Farah ditarik masuk ke dalam dakapannya.

Farah menyandarkan mukanya ke dada Karen. Dia membalas pelukan itu sambil menangis secara teresak. Entah kenapa... Hatinya begitu terasa sensitif akhir-akhir ini.

Mereka terhanyut dengan rasa sedih seketika.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang yang memerhatikan mereka dari tadi.

Tangan di sisi lelaki itu sudah sedikit menggeletar. Namun, disebalik matanya yang sedih itu masih tertancap tidak berkalih memandang pasangan yang masih beromantik itu.

Akhirnya, pandangannya diturunkan. Mark menekup mulutnya. Akibat terlalu sedih dengan wayang free di hadapan mata...

"Farah... kenapa.. k-kenapa..."

*********

"Tuan, ini kopi kaw-kaw yang tok wan minta tu." Ujar aku lalu memberi kepada Kyran. Kyran menyambutnya dengan baik.

"Tok Wan?" Kyran sudah rasa tersentap. Dikatanya kita tok wan?!

"Hahh? Ehh-ehh tak tuan! Boleh pula tuan cakap saya panggil tok wan. Saya... s-saya cakap tuan tadi. Bukan tok wan. Rasanya tuan salah dengar ni. Manalah tahu, tahi telinga tuan tu tebal sangat ke?" Aku sudah bercakap banyak tidak keruan. Habislah...

Kyran dengan reaksi dingin cuba menghadam akal logik juga ayat di situ. Yeah, mungkin dia tersalah dengar.

Kyran mula mahu mendekatkan cawan ke bibirnya. Manakala aku, sudah memalingkan wajah ke arah lain. Reaksi mengeluh lega terpampang di wajah aku.

Hish! Kau pun...satu Ciara! Macam manalah kau boleh tersasul cakap tok wan ni?! Aduhh-duhh!

Aku sudah menepuk dahi perlahan beberapa kali menggerutu kesal dalam hati dengan perangai cakap lepas aku ni. Yelah, selalunya aku buat kopi selalunya untuk mendiang tok wan aku. Lagipun, dah lama tak buat kopi. Ibu, aku dan adik memang tak suka makan kopi pun.

Nasib aku pandai kelentong. Kalau tidak...macam peribahasa tulah macam... terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya huhu...

Hish! Apalah kau ni Ciara.

Okey-okey, lupa pasal tadi sekarang ni...eeeettt... sedikit aje lagi dan ...Yeshh! Tuan dah minum kopi aku! Aaa...tak sabar nak tahu apa rasanya. Yelah, dah lama tak buat kopi kut...

Huhu berdebar pula aku rasa sekarang ni. Anyone help me!

Kedua-dua bahu aku jatuh dengan sendiri.

Tuan langsung tak cakap apa! Hampeh...Malah, asyik pamer reaksi muka anjing laut dingin semacam! Anjing laut kan dia selalu tenggelamkan badan dia kat laut. Kira boleh ada persamaan dengan muka dingin dia tulah! Biarpun anjing laut mempunyai kulit lemak yang begitu tebal dan berdarah panas. Aha gitew.

"Tuan, macam mana dengan rasa kopi saya?"

"Hmm...not bad." Ringkas, padat dan cukup pendek jawapan yang Tuan Kyran bagi.

Heh! Not bad je ke...

"Okey tuan. Lepas ni saya perlu buat apa pula?"

"A good question. Sebelum aku beri next ujian pada kau. Aku mahu utara kan syarat-syarat yang kau perlu lakukan untuk menjadi manager aku."

"Yang pertama..."

"Eh-eh japp tuan. Saya mahu ambil buku catatan dengan pen dalam bag saya. Sekejap eh?" Kata aku dengan selambanya terus pergi selepas memberitahu pada dia.

"Okey dah! Apa syarat-syarat tadi tuan?" Aku sudah membuat gaya seperti menulis di atas buku mini notaku di atas telapak tangan bersedia untuk menulis.

Kelihatan Kyran memandang ke arah aku seketika sebelum menggeleng kecil kepalanya.

"Okey, firstly...aku nak semua pekerja aku pastikan on time tepat pada masanya. Contohnya, kalau aku suruh kau buat kerja sesuatu ke pastikan jangan buat aku tertunggu. I don't like waiting. Just waste my time."

Aku cuba menulis dengan laju apa yang dikatakannya itu.

Tajuk untuk di atas aku tulis dan tekankan dengan perkataan 'Warning! Jangan langgar peraturan ini sekiranya anda masih mahu bekerja bersama crush!(emoji api meletop kebabom)'

"Yang kedua...aku tak nak kerja kau terlalu lembab macam mak nenek, macam siput berjalan ke apa ke...Aku tak nak. Kerja dengan aku... pastikan cepat dan pantas. Take note."

Aku mengangguk beberapa kali seperti burung belatuk sudah rupanya. Tangan dengan laju menulis setiap butir kata point dari mulut lelaki tampan itu.

"Yang ketiga...ketiga of courselah aku mahu pekerja yang tidak malas, pandai mengatur masa dan kalau kau mahu tahu...aku paling tidak suka orang yang jenis selamba badak air kerja sambil lewa."

"Yang keempat...kerja dengan aku mestilah harus kuatkan segala mental dan fizikal. Kalau aku ada tengking sikit pada kau...kau jangan terus sentap pula. Aku memang tak suka orang yang lemah, jenis kuat nangis dan suka merungut dan berleter macam mak nenek atau budak kecil. Faham?!" Tegas saja suara tuan pada aku.

"F-Faham tuan..." Mulut aku mula tergagap-gagap bicara. Tanpa aku sedar, tangan yang memegang pen sudah terasa menggigil kecil.

Syarat yang keempat tu...aku kan orang yang kadang-kadang cepat nangis dan mudah sensitif. Hati tisu pula tu. Boleh ke...untuk aku patuhi semua syarat tuan ni terutamanya syarat yang keempat ni. Huhu...

Gulp! Aku menelan air liur kasar. Syarat-syarat dia ni...Aku tak pernah kerja dengan syarat-syarat yang telah disiapkan seperti ini. Ini ialah kali pertama. Rasa berdebar itu tiba-tiba mula merasa ke jantung ini.

Tapp...

Aku sedikit tersentak. Tanpa sedar, pen di tanganku sudah melurut jatuh tergolek di atas lantai. Ohh my...

Dan akhirnya pen itu tergolek betul-betul terhenti tepat di hujung telapak kasut Kyran.

Aku sudah rasa teragak-agak mahu mengambil pen itu. Tidak semena-mena, aku perlu mendekati Tuan Kyran.

Kyran yang perasan aku seperti mahu mendekati ke arahnya sudah mengerutkan dahi.

Heheh...aku dengan kekoknya sudah membengkok di hadapannya yang sedang duduk mengambil pen itu.

Aku menggoyang-goyangkan pen di hadapannya tanda aku mengambil ini.

Aku sudah tersengih kecil seperti kerang busuk menampakkan barisan gigi putihku.

Baru perasan... kasut dia berkilat sangat. Woah...

Aku sudah berdiri di hadapannya sambil tersengih-sengih lagi.

"Kasut tuan begitu berkilat berbanding di hati saya. Auch!" Aku sudah mula dengan perangai sengal aku. Dia mesti anggap aku gila sekarang ni.

Tanpa sedar, Kyran secara perlahan sudah mengomel di hatinya.

'Gadis ini tiber je...'

"Ahem, okey next aku nak suruh kau berkomunikasi."

"Berkomunikasi? Bukankah sekarang ni saya tengah berkomunikasi dengan tuan?"

Kyran sudah menepuk dahinya perlahan. Apa ke betul sangat otak budak ni...

"Ciara, I say bukan berkomunikasi secara kita tetapi berlatih berkomunikasi sesama klien."

"Ohh! Heheh...okey berkomunikasi macam mana tu ye?" Aku sudah menggaru kepala yang tidak gatal.

Kelihatan Tuan Kyran sudah bangun dari duduknya. Baju suit yang dipakai diperbetulkannya ke hadapan.

Dia memandang ke arah aku dengan tepat beserta senyuman sinisnya itu.

Haish, ini tuan...tak ada senyuman lain ke nak ditunjukkan? Ini asyik sinis saja mesti orang akan asyik fikir dia mahu buat sesuatu buruk pada aku. Pfft...

"Kau akan mula dengan perbicaraan greetings ramah dengan perbualan seperti bercakap dengan klien."

"Tetapi, memandangkan klien aku hari ini tidak ada kat sini, kau boleh anggap aku... sebagai klien kau untuk berlatih bercakap."

"Ohh, kalau anggap tuan sebagai kekasih saya boleh tak?" Aku sudah tersenyum malu-malu kucing sorang-sorang.

Kelihatan reaksi lelaki itu sudah sedikit berubah dengan kata-kata aku.

"Heheh, tuan ni... gurau-gurau saja ma. Tak payahlah serius sangat tuan." Aku sudah menyorok muka dengan tangan aku. Eyyy, tak beranilah nak pandang pandangan tajam dari dia tu.

Hok aloh, nak bergurau sikit pun tak boleh. Lecehlah tuan ni. Haipp, Ciara...kau dah lupa ke Kyran kan...crush kau. Macamlah kau tak kenal crush kau sendiri. Yeah gitew.

"Okeyy now, kau boleh mulakan."

"Selamat pagi sir! Mahu berjumpa dengan tuan ahem I mean boss ke? Kalau mahu jumpa dengan boss...sir boleh mengikut saya sekarang." Kata aku sambil tersenyum manis ke arah tuan dengan nada bicara yang penuh ramah, sopan dan beradab.

"Ermmm...masih kekurangan sesuatu. 'Morning sir! Wanna be meeting with boss? If you don't mind, sir boleh berjumpa dengan saya sekarang untuk berjumpa dengan tuan badan sendiri.' "

Selepas berkata begitu, dia menunduk sedikit kepalanya seakan-akan kliennya berada di hadapan mata. Hek eleh, ahem...ingat kite tak tau...sebenarnya Kyran ni mana pernah hormat klien dia. Tengoklah perangai dingin dia semacam ni. Mana mungkin dia perangai sopan seperti itu. Haih, patutlah ramai orang gosip pasal dia. Kyran Andrew...dia mana pernah tunduk pada seseorang! Hanya manager yang diharapkannya. Ini pun terpaksa saja semata-mata mahu tunjuk contoh pada aku.

Macam mana aku tahu... hehe crush sendiri bukan... mestilah banyak scroll pasal dia.

Aku yang melihat dan mendengar sudah terangguk-angguk. Faham-faham...

Aku mengikut kata-katanya tadi. Hujung kata aku akhirinya dengan tundukan hormat.

"-untuk berjumpa dengan tuan badan sendiri." Aku mengakhiri ayat dengan senyuman manis.

Alahai, semua kena nampak prefect betul di hadapan klien.

Selepas itu, aku menunduk sedikit seperti ajaran tuan tadi.

"Nope, bukan. Salah tu. Kau perlu tunduk dan bengkokkan sedikit badan kau macam ni tetapi tidak terlalu tunduk."

Sekali lagi, aku cuba untuk mengikut gaya tunduknya tadi.

Kelihatan lelaki itu sudah seperti mahu mendekat ke arah aku. Jantung aku sudah berdebar lain macam. Haih cik jantung tak beri kerjasama pula!

Jangan sampai aku kena tunduk sampai terpatah pinggang sudah! Pinggang aku mana boleh bawa main-main.

Sedikit tersentak apabila tubuh belakangku disentuh dan ditekannya lembut cuba mengawal gaya tundukku.

"Haa like this! Barulah betul..." Kyran tersenyum tipis.

Senyuman tu! Arghh...Kali ini dia betul-betul tersenyum pada aku lah! Tanpa sinisan... tanpa lagi senyuman dingin kali ini. Auch! Help me...I want to melt! Ohh. My. God.

Kami berdua berpandangan seketika. Manakala aku, yang masih dalam posisi menunduk manakala tangannya yang masih terlekap di tubuh belakangku.

Pandangan kami yang masih tidak dilepaskan, di sebalik kain perlahan-lahan aku sudah tersenyum kecil kerananya.

Share this novel

@Autumn Levander
2021-07-03 19:20:09 

Assalamualaikum miya.. Aina ni. Sihat ka? Jaga diri, jaga kesihatan. Aina tahu kalau miya tk nak bls pun tak pa. Tapi kalau ada masalah, aina doakan miya kuat dan boleh bertahan. Itu je yg aina nk ckp. Seharian harini asyik gelisah aje hati ni. Mkn jangan lupa. Jgn terlalu stres.. Bila otk penuh atau rasa terganggu, cuba rehat jap. Take care. Bye2


NovelPlus Premium

The best ads free experience