Bab 5: Please...be with me for my last time

Romance Series 5981

"Hello, yes? I'am. Hmm, yeah...sure. Jumpa sekejap lagi. I'll go there. Just wait for me. Okey yeah, right." Kyran menutup panggilannya selepas berhabis bercakap. Dia menoleh ke belakang memandang aku.

Aku pula sedang termenung kecil seketika. Dalam hati sudah beromel seorang diri.

Tuan kan selebriti...mahu masuk ke industri model pula tu...yang dikata klien tu apa eh...

Huhu, t-tapi boleh ke aku nak galas pekerjaan yang agak 'berat' berbanding sebelum ni. Ish kau Ciara...SPM pun...kau tak lepas.

Kejap Ciara...Seriously sampai ke situ kau fikir.

Ah! Lantaklah...aku pun tak tahu sangat pasal industri-industri bagai ni. Yang penting...aku kena buat yang termampu untuk jadi manager crush sendiri! Yeah betul tu... Chaiyokk Ciara!

Tidak sedar, Kyran sudah memanggil nama aku berkali-kali. Aku yang tersengih kerang busuk seperti orang gila akhirnya tersedar apabila Kyran memanggil nama panjang aku kali ini.

Fuhh, tegasnya suara...

"Ciara Quitta!"

"Hahh? Ye?"

"Go with me."

"Wait...what?" Aku yang tak tahu apa-apa laju bertanya apabila dia tiba-tiba saja ajak aku pergi berteman dengannya.

"Ini ialah task yang last buat kau untuk kau lepasi. Berjayanya kau dalam task terakhir ini maka, sudah cukup interview kau pada hari ini. Aku nak tengok betapa 'berkesannya' kau ni." Kata Kyran seraya menguntum senyuman sinis.

"Woah...Kalau saya dah lepas task terakhir ni, saya dikira lulus ke?"

Fuhh! Macam buat peperiksaan UPSR pula! Siapa-siapa jangan join...Ini hanya antara aku dengan my crush. Kihkih...

"Not sure. But...kau akan tahu jawapannya nanti. Sekarang nak ikut ke tak?"

"Ehh! Of courselah nak tuan! T-Tapi, naik kereta tuan ke?"

"Ehh taklah naik kereta kuda. Habis tu kau fikir apa?" Soal Kyran dengan jengkel.

"Hehehehe. Naik ke jantung hati tuan saya fikir tadi. Kia...kia...kia..." Ciara sudah tersengih tidak tahu malu.

Gulp! Kyran sudah menelan air liur kasar. Apa gadis ini memang ada masalah mental.

"Tsk...Crazy."

"Amboi tuan. Panggil saya crazy nampak."

Kyran tidak berkata apa. Dia terus berjalan pergi. Aku sudah merasa kelam-kabut.

"Ehh tuan tunggulah saya!"

'Huh, like childish saja perempuan ni.' desis Kyran dalam hati.

Tanpa dirinya sedar, dia sedang menahan senyum dengan telatah seketul Ciara yang satu ini.

Dan Darwish sempat melihat senyuman bossnya yang cuba ditahan. Hatinya mula terusik dengan rasa teruja. Nampaknya, gadis ini hanya satu-satunya boleh membuat bossnya tersenyum. Tidak dinafikan, gadis itu memang ada aura yang tersendiri. Malah, dia gembira selepas sekian lama akhirnya boss dia tersenyum juga.

"Darwish, kau berangan apa? Kau pun...ikut sekali."

"Heheh, baik boss!"

********

"Hai Mr. Kyran. How are you today?" Sambut Mr. Leo ke arah Kyran. Kelihatan dia mahu menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Aku yang setia mengikut di belakang bersama Darwish mengerutkan dahi.

So, inilah orang yang tuan nak jumpa tu. Uwu... Rambut karat tiew...

Sempat lagi aku meneliti Mr. Leo dari atas sehingga ke bawah. Dah boleh jadi pengimbas digital dah!

"Hi. Good." Kata Kyran dengan selamba menyambut huluran tangan Mr. Leo itu.

Mr. Leo sedikit terkedu. Macam tu je? Kut nak tanya khabar aku sama... Desisnya dalam hati tidak puas hati.

Aku dengan Darwish sudah memandang sesama sendiri.

Bibir sudah tersenyum sinis.

Siapa tak kenal Kyran Andrew Johansson kan...pfft! Nampaknya kalau aku dapat kerja nanti...kenalah hari-hari hadap muka dingin dia tu. Ohh takpe! Ku rela dan sanggup meredah duri-duri deminya! Kerana dia si pencuri hatiku auch! Ohoh, giteww...

Aku sudah tersenyum-senyum seperti orang angau. Haih, belum apa-apa lagi kau dah angan-angan, Ciara. Berdrama Hindu dah kenapa!

Akhirnya Mr. Leo mengajak Kyran duduk untuk berbual-bual. Berbual pasal apa pun aku tak tahu. Malas nak ambil tahu! Boorinnnnggg...

"So, what do you plan?" Soal Mr. Leo kepada Kyran.

"I dah fikir masak-masak. I will accept your offer to be your model."

"Wahh, it's good choice! So...we deal?"

"Yeah..." Jawab Kyran dingin. Kaki kanan disilangkan ke atas peha kiri. Badan belakang dengan santai bersandar ke kerusi. Sambil kedua-dua tangan tercantum memandang tepat ke arah Mr. Leo. Mata mengerdip kaku.

"Okey, so...can sign this contract sebagai tanda you dah 100% jadi model I?"

Kyran tidak berkata apa. Mulutnya terkunci rapat sambil tangan yang memegang pen digerakkan dan dengan lincah dan penuh berseni dia menandatangan di situ.

"Okay, now? What's next?"

"Mr. Kyran. That's all."

"Good. I want to go now." Kyran sudah bangun memperbetulkan suit di bajunya.

"Ehh, tak nak makan minum dulu ke?"

"Mr. Leo. None of your business. I don't need to spend my time having lunch with you." Ujar Kyran dengan sinis.

Hujung bibir mencarik senyum. Langsung dia tidak peduli dengan reaksi air muka Mr. Leo yang sedikit berubah. Apa dia kisah.

Manakala aku pula sudah ternganga mulut seketika. Wehh, semudah ais kacang ABC je Kyran kata macam tu. Woah...memang layak dipanggil anjing laut betul! Kyran ni memang 'liar' bertambah dingin. Susah nak dijinak dan dibelai tubuhnya. Macam anjing. Tapi anjing laut muaheheh...Okey mulai hari ini aku gelar dia anjing laut! Kih...kihh...

Apalah kau Ciara. Crush sendiri dipanggilnya anjing laut. Macamlah tak ada nama yang sweet sikit.

Aku memandang Darwish. Kelihatan wajah itu hanya tersenyum sambil menjongket keningnya sebelah. Dia yang paling kenal dan jadi manager Tuan Kyran dari dulu jadi dia mesti terbiasa dengan perangai dingin tuan.

Sebelum sempat Kyran pergi diikuti oleh aku dari belakang tiba-tiba lelaki berambut karat itu bersuara.

"Hye Mr. Kyran. Who is this angle girl? She looks so pretty."

Kyran menoleh tubuh seketika menatap wajah Mr. Leo. Lelaki itu menjongket kening ke arah aku. Manakala lelaki yang berambut karat itu sudah memandang aku dengan tajam tanpa berkelip. Gulp! Dia puji aku ke... Ohh my, nak angan-angan sekejap jadi bidadarilah mau macam ni...

"She?" Kyran menuding ibu jarinya ke arah aku. Amboi... Habis tu Darwish ke yang dikata cantik tu... Kurang asam punya crush!

Mr. Leo mengangguk tanda menggiyakan.

"Ohh, terlupa nak perkenalkan. This is Ciara. Bakal manager baru I."

Belum sempat Mr. Leo mahu berkata.

"Darwish had to go to his mother's village for a month. So Ciara akan gantikan tempatnya buat sementara." Terang Kyran dengan terpaksa. Wajah yang dipamerkan seperti bosan. Bosan kerana masih duduk di sini. Setakat nak berbual kosong baik tak payah. Kyran menjuihkan bibirnya ke tepi. Kedua-dua tangan disilangkan ke dada.

"Ohh, Mr. Leo." Kelihatan lelaki separuh usia berambut karat itu menyuakan tangannya untuk bersalaman dengan aku.

Aku dengan agak kekok membalas juga salam perkenalan dari dia.

"Ciara."

Namun, yang buat aku membulat mata apabila tangan aku bagaikan tidak mahu dilepaskannya.

Aku sudah beriak geli dan takut apabila tangan aku diusap-usapnya lembut dengan jari runcingnya. Eeei dasar lelaki miang tak tahu malu!

Aku cuba menarik tangan aku semula namun apakan daya dirinya lebih kuat mengenggam dan meramas tangan aku membuat aku mendesir mulut menahan sakit.

Disebabkan aku cuba menarik tangan ku. Namun, tak boleh...Rasa sakit pula yang diganti.

Mr. Leo kelihatan muncul senyuman miring di hujung bibirnya. Dasar pervert betul! Ulat bulu pun tak miang macam ni tau...

Hati aku sudah menjerit-jerit. Nak aje aku terajang bawah perut lelaki tua itu sampai masuk ICU!

Kyran yang perasan akan hal itu mengerling perubahan ketara reaksi kelat di wajah aku. Matanya kian melotot ke arah Mr. Leo.

Kyran dengan tersenyum palsu tiba-tiba turut memegang tangan Mr. Leo dan aku yang masih berpegangan tangan.

Serta-merta aku menoleh memandang ke arah Tuan Kyran.

Mr. Leo memandang Kyran yang tersenyum lebar palsu.

"Why Mr. Leo? Ada masalah dengan bakal manager saya ke? Apa ni... Mr. Leo pegang tangan orang. Macam pertama kali sentuh tangan perempuan kan? Why? Tangan saya dah tak sedap dipegang ke? Kalau mahu... Saya pun boleh gantikan tempat Ciara. Tak eloklah rasanya tuan asyik nak ramas-ramas tangan orang ni. Mr. Leo nampak tak buah kelapa hujung sana tu?"

"Nampak kan? Saya rasa mata saya ni...dah boleh nampaklah sayap dia tu. Bukan sebiji je tau. Banyak biji. Katanya dia mahu sasarkan seseorang yang berambut karat, berwajah miang dan berpakaian suit sampai lunyai. Bukan tu je tau... Dia juga teringin nak jadi kereta I tu... Untuk terus hempap orang tu. sampai. mati. Heheh, you know that?"

Kyran sudah tertawa kecil di hujung ayatnya. Ketawa yang dibuat-buat. Begitu dalam dan tersirat sekali kata-katanya di situ.

Aku memandang tepat ke wajah tampan Kyran. Mata mengerdip terharu padanya.

Mr. Leo yang mendengar kata-kata itu berasa tersentap. Dia terus melepaskan tangannya dari memegang tangan aku.

Kyran dan aku berpandangan seketika. Sedar bahawa tangan kami masih bersentuhan. Cepat-cepat alihkan tangannya dari menyentuh tangan aku.

Aku sudah tersenyum kecil. Tangan kiri cuba membelai lembut tangan kananku yang agak sakit digenggam kuat olehnya. Hampeh nyonya tua ni! Ku tendangmu sampai ke pelusuk dunia baru kau tau! Hmmph...

Mata aku sudah menjeling tajam secara diam ke arah lelaki berambut karat itu.

Kyran sudah tersenyum sinis melihat reaksi Mr. Leo yang berubah.

'Hmmphh so disgusting...' kutuk Kyran dalam hati.

Selepas itu, terus dia pergi berganjak pergi dari situ. Malas, dia mahu berlama-lama di situ.

Aku dengan langkah yang cepat mengikut Kyran dari belakang.

Darwish yang turut melihat wayang free sebentar tadi sudah menyusik aku.

"Woo, uwu ada orang tu boss kite pertahankanlah. Siapa lagi kalau bukan Cik Ciara kan..."

"Auch!" Darwish sudah pura-pura sakit teruk dengan tamparan aku di lengannya.

Dia sudah melepaskan tawa mengusik sehingga membuat pipi aku sudah berona merah.

Kyran berjalan ke hadapan dulu tidak jauh dari kami biarpun begitu telinganya sempat mendengar butir-butir kata Darwish itu. Beserta kedengaran gelak tawanya cuba menyakat gadis itu.

Terbit senyuman sinis di bibir Kyran.

*******
Aku tersenyum-senyum sendiri sehingga menampakkan bentuk lesung pipitku.

Kepala ditunduk-tunduk ke bawah seperti malu-malu kucing gitew. Tangan kedua-dua digenggam sesama sendiri di hadapan seperti budak remaja comel yang baru mahu up.

"Tuaaann... Terima kasih tau sebab selamatkan saya dari buaya keladi tu. Kalau tidak... Ish trauma saya rasanya mahu fikir balik. Tuan... bila cuba selamatkan saya tadi macam..." Belum sempat aku mahu menghabiskan ayat dia sudah mencelah.

"Ohh, pasal tadi tu. Awak jangan salah faham. Saya tolong pun... Kerana saya hormat awak sebagai seorang wanita. Bagi seorang wanita maruah dan kehormatan bukankah ia segala-galanya? Kalau dengan perempuan lain pun...saya pasti akan lakukan benda yang sama." Ujar Kyran selamba mengerdip mata dingin memandang aku.

Senyuman di bibir aku kian pudar. Tidak tersenyum lebar seperti tadi.

"O-Oh... Betul juga tu... Kira beruntung saya ye..." Aku tersenyum nipis sendiri. Cuba menepis rasa yang bukan-bukan menerjah ke hati.

Ciara... Ciara... Kau fikir dia sukakan kau ke? Mana nak sukanya... Dengan perangai sengal kau macam ni ha. Bertambah meluat pun adalah, huhu. Dia tolong pun... Kerana aku perempuan. Bukan siapa-siapa tau... Lagipun, ini first day aku berjumpa dengan dia...

"Hmm, tuan. Yang pasal tuan cakap pada lelaki rambut karat tu... tentang saya yang bakal jadi manager tuan maknanya tuan dah terima saya ke ni?" Kata aku seperti berharap.

"Hmm..." Kyran hanya berhmm saja.

Mendengar jawapan darinya membuat aku hampir mahu terlompat bintang. Hati menjerit riang.

"Aaa, betul ke ni tuann?!" Disebabkan terlalu gembira, automatik tangan aku terpaut di lengannya sambil terlompat-lompat kecil.

Kyran tersentak dan terkedu seketika.

Pandangannya jatuh pada sepasang tangan yang masih menjalar di lengannya. Kelihatan tangan itu menggoyang lembut lengannya dengan hati yang begitu teruja.

Tanpa aku sedar, pandangannya kini naik memandang aku yang sedang tersenyum riang itu menampakkan gigi putihku yang tersusun cantik.

Aku yang baru perasan dia merenung muka aku dengan dalam bagaikan mahu dibaham sudah tersengih-sengih malu.

Baru aku sedar, yang aku telah tersentuh lengannya tidak sengaja akibat terlalu happy.

"Ehem-ehem..." Kyran mula berdehem kecil.

Aku segera menyingkirkan tangan aku dari menjalar di lengannya.

"Hehe, sorry..." Dengan kekoknya aku meminta maaf sambil tangan memintal jari sesama sendiri.

Helaian rambut aku selitkan ke belakang telinga. Kepala aku paling ke arah lain. Mulut terkumat-kamit mengalahkan diri sendiri.

Aduhh Ciara! Kau cari pasal betullah...

Di saat mata kami bertentang aku hanya menghadiahkan sengihan kambing.

Kyran menggeleng kecil perlahan.

'Huh, like a kids saja perempuan ni.' tanpa Kyran sedar, bibirnya cuba menahan senyum.

*********
Mark melangkah berjalan longlai masuk ke dalam rumah. Dia betul-betul tiada semangat dan tidak terdaya.

Sambil terhuyung-hayang badannya masuk ke rumah dia beserta tangannya yang memegang botol alkohol. Rambutnya yang serabai dan bajunya yang tidak kemas kedut sana-sini. Beberapa butang baju atas yang dibuka sehingga mendedahkan dada seksinya itu.

Mulut sudah tergumam-gumam sendiri.

"Farah...Farah...j-jangan tinggalkan aku..." Ujarnya dengan serak begitu lemah saat ini. Yeah, hanya nama itu yang meniti bibirnya. Farah. Dia jadi seperti ini kerana Farah.

Kedebukk!

Tubuhnya yang tidak dapat menahan diri akhirnya terjatuh meniarap begitu saja. Botol yang setengah isi arak itu sudah tergolek ke lantai sehingga menumpahkan sedikit arak.

Mark cuba untuk bangun. Dia memegang kepalanya. Kepalanya begitu sakit. Sakitnya tak terkata dia rasakan.

"Arghh..." Mark menyerang kecil. Disebabkan terlalu sakit...dia menghentak-hentak kepalanya ke lantai beberapa kali sehingga mengeluarkan darah.

Ibunya yang tidak boleh tidur awal kerana risaukan anaknya sudah keluar dari bilik. Dia berfikir, mahu menunggu Mark terlebih dahulu untuk pulang.

Namun, kaki wanita itu tiba-tiba terhenti secara mendadak di hadapan anaknya. Dia menekup mulut kerana itulah anaknya sendiri yang sedang tertiarap di lantai rumah sambil kepalanya berdarah.

"Mark!" Terus dia berlari-lari anak mendapatkan anaknya itu. Kepala anaknya dipangku ke riba wanita itu.

"Mark! Kepala kamu berdarah ni...What happen son..." Ibunya sudah berasa cemas. Dia menekap tangannya di kepala Mark yang berdarah itu. Perasaan risau, takut semuanya bercampur-baur. Dia juga terbau arak di badan anaknya.

Mark akan jadi mabuk kalau dia bersedih hati. Entah apa yang buat anaknya jadi seperti ini.

"M-Mommy..." Suara Mark sudah terketar-ketar. Dia memandang wajah ibunya dengan air mata yang berlinangan di tubir mata. Hati Mark... terasa begitu mencengkam kuat saat ini. Dia tahu... keadaan kesihatannya makin parah. Yeah, lelaki yang berjumpa dengan doktor itu... ialah Mark sendiri.

"Ye sayang?" Entah kenapa naluri ibunya mengatakan akan ada sesuatu yang buruk terjadi nanti. Hatinya tiba-tiba menjadi sayu dan sebak melihat tangisan anaknya sendiri.

"Maaf, kerana..M-Mark... merahsiakan sesuatu daripada mommy...Mark sebenarnya..." Mark terdiam seketika. Kata-katanya yang tidak habis terhenti. Dalam mata Mark yang sudah merah dan berkaca-kaca tidak sanggup untuk dirinya berkata hakikatnya. Dia tahu... kalau dia ceritakan segalanya...dia tidak akan dapat bayangkan reaksi betapa sedihnya ibu dia nanti.

Ibu Mark mengerutkan dahinya.

"Kenapa ni Mark? Kamu rahsiakan apa dari mommy sebenarnya?"

Mark tersenyum dalam kepedihan. Dia yang separuh sedar dari alkohol masih dapat berfikir semua itu. Nasib, dia tidak terlepas cakap tadi.

"Mark sebenarnya...mahu beritahu, Mark cintakan Farah..." Hanya ayat itu yang terpacul di bibir Mark. Dia tahu, bukan itu yang sebenarnya mahu dikata. Tetapi, biarlah dia beritahu ibunya agar ibunya dapat berbuat sesuatu untuk memiliki Farah. Sebelum, sebelum ianya terlambat...

Tapi lain pula bagi ibu Mark. Dia merasa amat terkejut tidak terkata. Terpempan, terkedu dan terkesima.

Kenapa ibu Mark begitu terkejut...Ini kerana dia juga turut menyimpan rahsia yang besar pada anaknya.

Nampaknya, dia sudah terlambat untuk ceritakan perkara yang sebenar.

Akibat terlalu bersalah menebal hati, ibu Mark sudah pecah tangisannya.

Mark terkedu.

"Mommy...w-why are you crying..." Mark menanyakan hal itu. Namun, dia cuba untuk bertahan biarpun dia telah merasakan kepalanya yang berdenyut-denyut begitu mencucuk sakit. Disebabkan itu, suaranya kedengaran serak cuba menahan sakit tanpa pengetahuan ibunya.

"Mommy minta maaf...Mommy dah buat anak mommy berjaya merana dan makin sedih. M-Mommy...Hiks Hiks mommy tahu kamu akan benci mommy nanti lepas berkata begini."

"Mommy patut ceritakan hal ni dari dulu lagi. Dari... pertama kali Mark kenal Farah. T-Tapi... sayangnya itu sudah terlambat."

"S-Sebenarnya... mommy bukan ibu kandung sebenar. T-Tapi ibu Farah ialah mommy kamu yang sebenar. Dia sebenarnya mempunyai dua anak. Sebab itu, keluarga kita begitu rapat dengan mereka. Farah ialah adik kandung kamu nak..."

Mark terkedu.

"M-Mom...cuma berlawak dengan Mark je kan? Mommy it's so funny. Hehehehe..." Mark ketawa. Tetapi ketawa dibuat-buat. Namun tanpa di sangka, jawapan gelengan dari ibunya bagaikan membuat hidup Mark berpusing dan mahu mati rasanya.

Mark sudah menggeleng kecil kepalanya berkali-kali seakan-akan tidak dapat menerima hakikat.

Namun wanita itu hanya terus berujar cuba menjelaskan pada Mark satu per satu.

"Sebenarnya, dulu keluarga kandung kamu sangat muflis. Mereka terpaksa memberikan salah seorang antara kamu dan Farah kepada kami untuk dijaga dengan baik. Dan kamu adalah anak terpilih itu. Kebetulan waktu itu, mommy begitu teringin mahukan anak. Mommy mula jaga kamu bagaikan menatang minyak yang penuh. Di saat itu, kamu masih menginjak umur 7 tahun. Namun, sayangnya terasa satu tahun begitu sekejap bagi mommy sepanjang mommy jaga kamu nak. Mungkin, kamu tidak ingat apa yang berlaku. Tapi, percayalah... Mommy...mommy tak ada niat nak rahsiakan benda ni pada kamu. Mommy rasa serba-salah, mommy takut...dan macam-macam lagi rasa. Mommy tak tahu...Mark akan terjatuh cinta pada Farah. Mommy tak sangka...kerana hal lain lain berlaku disebabkan mommy menyimpan rahsia yang sebesar ini terlalu lama." Terasa mahu menangis wanita itu rasanya apabila cuba menjelaskan pada Mark.

Mark menggagahkan diri untuk bangun dari terbaring di atas riba ibunya. Matanya mengerdip dengan rasa tidak percaya.

Patutlah, kadang-kadang dia terasa dirinya mempunyai seorang adik.

"Jadi apa yang berlaku sebenarnya? Mark dijaga oleh mommy dari dulu. Kalau mereka ambil Mark selepas setahun tinggal dengan mommy...Mark tak akan berada di sini sampai sekarang. Dan Mark! Akan sudah lama tahu...yang Farah itu adik kandung Mark sendiri."

"Mereka tidak jadi ambil Mark..." Mark terpegun. Dia mengerutkan dahinya memandang ibunya.

"Mereka tak jadi ambil Mark...kerana mereka kasihan pada mommy... M-Mommy, waktu tu tidak rela Mark diambil... Mommy dah anggap Mark sebagai anak mommy. Tapi, tak sangka mereka sanggup beri Mark pada mommy...Mark jangan salah faham. Yang setiap minggu, setiap bulan... mereka sekeluarga melawat ke rumah sini hanya semata mahu tengok Mark. Mahu tanyakan khabar Mark. Inilah sebabnya jawapan bagi persoalan Mark dulu kenapa mereka setiap hujung minggu datang ke sini. Kita dengan diorang bagaikan sudah satu keluarga."

Mark tersenyum kecil. Tetapi, senyuman yang dibuat-buat.

Dia mencarik senyum dalam kesedihan. Biarpun luaran, tidak dapat melihat air matanya. Namun, di dalam hatinya sedang meronta-ronta dan merintih sendirian.

"Bagi Mark mereka semua bukan layak digelar keluarga! Keluarga apa yang sampai buang Mark macam tu! Kalau mereka tidak mampu pun... Kenapa mereka senang-senang je bagi Mark pada mommy...Mommy pun... Langsung tak kesian pada Mark. Mommy sanggup rahsiakan perkara yang besar dan penting ni? Sampai hati mommy rahsiakan Mark kan..." Mark sudah menumbuk-numbuk dadanya sekuat hati.

Air mata lelakinya kelihatan hampir mengalir di tubir mata. Mata Mark yang kemerahan memandang tepat ke wajah ibunya.

Kelihatan ibunya sudah menangis teresak-esak. Kesal dengan dirinya sendiri. Dia begitu bersalah pada Mark. Entah dia harus bagaimana lagi untuk menyembuhkan hati Mark dengan hakikat ini. Mark... nampaknya sudah menyerahkan sepenuh hatinya pada Farah. Mark pasti tidak dapat dengan senangnya menyikirkan perasaan itu lagi. Biarpun, berusaha keras untuk melupakan Farah. Yang dapat cuma kesakitan...

"Mark... m-mommy minta maaf... Tolong maafkan m-mommy..." Ibu Mark sudah memegang kedua-dua pipi Mark dengan penuh syahdu. Pipi wanita itu sudah melebati dengan air mata.

Mark tidak mampu berbuat apa lagi. Dia mahu menangis tetapi hanya cuma mampu menahan diri. Mark tersenyum pahit. Tangannya yang digenggam ditekap ke dada kirinya. Sakit. Yeah, hanya itu yang mampu terungkapkan.

Keadaan di sini hanya kedengaran esak tangis ibunya. Mark yang cuba untuk tahan diri dari melenting dan melepaskan tangis. Namun, air mata...masih degil mengalir ke pipinya.

"M-Mommy... Kenapa mommy buat seperti ini pada Mark...Mommy tahu tak, hati Mark...hati Mark masih tak dapat terima yang F-Farah... adalah adik kandung Mark sendiri mommy tahu tak? M-Mommy...tak sepatutnya buat Mark macam ni tau...M-Mommy sepatutnya beritahu Mark dari dulu lagi. K-Kalaulah masa dapat diundur balik. Erghh, ini semua salah Mark! Sebab Marklah ...orang pertama kali yang berjumpa dan cuba mendekati Farah. Kalau tidak...kalau tidak...p-perasaan ini tidak akan bercambah...di dalam hati Mark..."

"Mark..." Ibu Mark sudah tidak terkata. Dia memandang lirih ke arah anaknya. Hatinya begitu mencengkam... apabila melihat anaknya sendiri menggigit bibir sekuat hati sehingga mengeluarkan berdarah namun Mark tidak hiraukan, cuba untuk menahan diri dari meletus.

"Erggg...tskkk..hikss..." biarpun Mark cuba menahan diri dari menangis bibirnya tetap masih cuba mengeluarkan suara tangisan. Dan hal itu, membuat ibunya semakin merasa sedih. Manakala, pipi Mark masih lagi berbekas air mata.

Mata Mark yang dipejam dengan perit dibuka. Lama dia memandang kosong ke hadapan sebelum tiba-tiba bangun dari duduk dan berjalan pergi dari situ.

Panggilan dari ibunya tidak dia hiraukan. Reaksi dingin mula ditonjolkan. Mark berjalan keluar dengan dingin dan selamba dari rumahnya tanpa menutup pintu dari luar. Sepanjang berjalan keluar, sempat setitis air mata menyinggap ke pipinya. Dia dengan cepat menyarungkan kasut dan mengambil handphone di kocek seluarnya. Handphone dibawa ke telinga.

"Farah...jumpa saya sekarang...if not you'll be regret this."

********
Farah pov

"Hello? Hello?! Mark! Arrh dia dah letak." Aku mendengus perlahan. Handphone diletak kasar di atas meja solek.

Mark nak jumpa dengan aku di taman berdekatan rumah? Waktu malam-malam macam ni? Ohh, come on lah Mark.

Eihh, tak puas hati betullah! Dia boleh letak macam tu je lepas bagi arahan? Ish...

Aku sudah melabuhkan punggung kasar di atas birai katil. Kedua-dua tangan disilangkan sambil mulut dikemam rapat. Hati berdongkol geram tak puasa hati.

Aku sudah rasa berbelah bahagi sama ada mahu berjumpa dengan dia atau tidak malam ni.

Ish! Dahlah sakitkan hati orang siang tadi. Tiba-tiba mahu berjumpa. Hmm, agak-agaknya kenapa dia nak jumpa aku eh...Suara dia tadi pun macam serak baru lepas nangis. Ke dia nak minta maaf dengan aku? Ish, tapi kalau cakap dalam handphone pun boleh kan...

Eihh, Mark ni pun satulah.

Aku sudah mengocak-ngocak rambut aku kasar. Serabut!

"Mark...Mark... kenapalah kau suka buat hidup aku rasa tak damai." Gumam aku dengan sendiri.

Kepala aku sudah ditunduk menyembam muka di bantal di atas ribaku. Aku menggoyang tubuhku berkali-kali tanda berfikir.

"Aaaaaaa!" Jeritan kecil aku dilepaskan di atas bantal itu juga.

Tubuh aku baring seketika di atas katil. Serabutnya fikir...

Arhhh Farahh... Kau nak pergi ke tak ni huhu... Ish malaslah! Mark ni...tak boleh tunggu esok ke.

'Farah...jumpa aku sekarang...if not, you'll be regret this.'

Perghh, Ayat dia...macam ugut kite pula. Ringkas tapi begitu padat menusuk ke hati.

Terfikir sebentar kata-kata dia tadi.

********
"Ehh Farah? Kenapa kamu tak tidur lagi ni?" Aku tersenyum kecil. Kaki dengan perlahan mengatur langkah menuruni tangga.

Tangan memaut pemegang tangga dengan erat. Takut tersalah langkah dan terjatuh pula nanti.

Manakala sebelah tangan lagi cuba mengangkat tongkat.

"Boleh nak?"

"Heheh, boleh ma..." Akhirnya kaki aku berjaya mendarat ke lantai.

Aku dengan menahan tongkat di tangan perlahan-lahan berjalan sedikit ke hadapan. Dapat rasakan ibu aku berada di hadapan aku sebab dengar suaranya.

"Ma...Farah perlu pergi. Kawan Farah. Dia... Dia ada hal mustahak nak jumpa dengan Farah malam ni di taman."

"Laa, tapi kalau mustahak pun...tak boleh tunggu esok ke? Kan dah lewat malam ni nak..."

"Heheh, tak boleh maa... urgent ni. Farah takut, dia merajuk pula dengan Farah kalau Farah tak jumpa dengan dia malam ni."

"Hamboi, nak merajuk pula. Kawan yang mana tu Farah sampai nak merajuk bagai?"

"Heheheheh..." Aku hanya tertawa kecil comel.

"Ala, mama jangan risau. Farah suruh guard yang selalu kawal kawasan ni untuk temankan Farahlah. Lagipun, dia ialah anak angkat sepupu mama juga kan. Mesti dia sudi punya. Lagipun, kawan dia ada lagi seorang mahu tolong kawal kat kawasan sini." kata aku.

"Hmm..." Puan Maria masih tidak berpuas hati. Yelah, bertambahkan keadaan anaknya sekarang ni...nak keluar-keluar waktu malam. Satu-satunya anak perempuan dia pula tu. Wajarlah dia risau.

Di saat aku merasa sudah berjalan di hadapan pintu rumah utama. Dibukanya pintu rumah ini secara perlahan.

Apabila ternampak guard berdekatan sini Puan Maria terus memanggilnya. Mujur, guard itu masih belum pergi ke tempat lain.

"Ada apa puan?"

"Tolong temankan anak saya boleh? Kat taman berdekatan sini je. Dia nak jumpa kawan dia. Katanya ada hal mustahak yang mahu dibincangkan."

"Okey puan. Boleh je."

"Saya percayakan awak tau? Disebabkan awak dah lama kerja jadi guard di kawasan sini. Saya percaya awak orang yang bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan. Lagipun, kita bagaikan satu keluarga walaupun tak rapat. Ingat, jangan sesekali patahkan kepercayaan saya. Kalau ada apa-apa yang terjadi pada anak saya...siap awak nanti."

Amboi ma... Siap mengugut lagi. Untungnya dapat ibu yang jenis penyayang dan prihatin ni...

Yeah, guard lelaki pertengahan usia itu ialah sebenarnya pernah menjadi anak angkat sepupu puan Maria. Jadi, wajarlah kalau Puan Maria mudah percaya dengan guard itu. Orangnya baik dan juga murah dengan senyuman.

Panggilan 'puan' dipanggil oleh guard lelaki itu kepada Puan Maria. Kerana dia sendiri tidak tahu mahu memanggil wanita itu dengan gelaran apa. Lagipula, dia cuma anak angkat kepada sepupu wanita itu saja.

"Jom dik."

Aku mengangguk. Terasa dia berada di sampingku berjalan beriringan. Haih, terasa selamat sikit rasa.

Haih Mark! Kalau sampai malam ni...tak ada perkara penting yang kau nak bincangkan malam ni juga aku nak bunuh kau Mark! Eihh, kalau bukan disebabkan dia abang guard ni tak perlu susah-susah temankan aku tau...huhuh, Tunggu kau nanti Mark!

Manakala di tempat Mark...

Kaki Mark yang lemah sedikit tercapit-capit dan berjalan sedikit terhujung-hayang. Beserta kepalanya yang berdarah Mark cuba untuk tahan sakit. Macam mana kepala Mark boleh berdarah?

Ini kerana, sebelum ke sini dia tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta di saat dia sudah keluar dari keretanya ke jalan raya. Dia tak dapat kawal perasaan di hatinya dan di fikirannya saat itu kerana masih asyik berfikir pasal hal tadi. Sehingga dia tidak peduli kereta dengan laju membelah jalan. Mark dilanggar dan pemandu kereta itu hanya meninggalkan dirinya di situ.

Namun, Mark tidak putus asa. Dia tetap cuba berjalan datang ke sini walau keadaan apapun semata-mata untuk menemui Farah.

Mark terlalu ditenggalami rasa sedih. Dia terlupa. Sampaikan keselamatan Farah pun dia tak sengaja abaikan.

Muka Mark yang pucat beserta darah yang mengalir keluar secara perlahan dari kepala dan juga perutnya. Bertambahkan lagi dirinya yang sakit ini. Memang sangat lemah dia rasakan saat ini namun dia cuba untuk bertahan. Bukan sahaja cedera di kepala namun seluruh badannya terasa begitu sakit sekali. Dia tidak tahu... Sampai bila dia akan bertahan.

Mark tersenyum kecil dalam kesakitan.

"Ya Tuhan, andai ini hari terakhir buatku... Engkau bagilah aku dapat mati di dalam pelukan Farah..." Spontan ayat itu meniti di bibir Mark. Mark mendongak langit sambil tersenyum lagi.

Manakala keningnya berkerut menahan sakit.

Disebabkan terlalu sakit, air mata mula bergelinangan di tubir matanya. Tangan di sisi sudah mengenggam seerat mungkin cuba menahan segalanya. Hari ini...terasa begitu perit baginya. Dia bukan saja terluka di luar tetapi di dalam sungguh menggores hatinya.

Dia tidak tahu apa reaction Farah sebaik sahaja dia beritahu perkara sebenar nanti.

Tiba-tiba kelihatan seorang wanita bertemankan seorang lelaki muncul di kornea matanya.

"Farah..." Mark mencarik senyuman kecil. Manakala, pakcik guard itu sudah terkejut besar dan cuba menolong Mark apabila melihat keadaan lelaki itu.

Namun, Mark hanya membuat syarat bahwa dia baik-baik saja. Wajah merayu supaya memberikan dia ruang untuk bersama dengan Farah berduaan.

Guard itu sudah tidak terkata. Nak tak nak dia terpaksa mengikut isyarat Mark. Reaksi risau jelas terpancar di wajahnya.

Mark perlahan-lahan menghampiri Farah. Farah yang masih tidak sedar Mark ada di sisinya terkebil-kebil mata itu seketika. Mark tersenyum lucu biarpun senyumannya begitu hambar.

Yeah, Mark akan ceritakan segala-galanya pada Farah. Tetapi, tidak pada accident tadi. Mark tak nak Farah tahu keadaannya sekarang ini. Pasti, gadis itu akan menjerit risau dan gelabah macam cacing kepanasan nanti. Membayangkan hal itu saja membuat Mark serta-merta tersenyum.

"Mark kau ke tu?"

"Yeahh..."

"Mark! Apa yang penting sangat sampai kau mahu jumpa aku kat sini eh? Tak boleh tunggu esok ke?" Kata aku dengan nada geram.

Mark tidak berkata apa.

"Hello Mark? Kau dah bisu ke apa?" Aku sudah rasa muak semacam. Kenapa dia tiba-tiba diam pula ni. Harap, dia tak pengsanlah.

Tanpa aku sedar, mata Mark dengan sayu merenung tepat ke arah aku.

"Farah..." Suaranya yang lirih memanggil nama aku.

Aku tergamam.

"Hye... Kenapa ni Mark?" Suara aku menjadi kendur. Dengar suara Mark pun... Aku dah tahu dia mesti ada masalah ni. Risau pula aku rasanya. Suaranya juga seakan-akan seperti mahu menangis. Hatiku terasa terpukul.

Abang guard tu pula menjauhi sedikit dari kami berdua memberi ruang untuk bercakap.

Mark menunduk wajahnya. Butiran air mata jernih satu per satu menitis ke pipinya.

'Hikss... hikss... A-Aku... dah tak dapat tahan. Ianya begitu menyakitkan Farah..." Mark mencengkam kuat rambutnya. Kepalanya seakan-akan terhentam dengan sesuatu yang sangat berat.

Aku tidak terkata. Kedua-dua tanganku yang disentuh lembut olehnya aku genggam.

"Mark, Mark... Look at me! Are you okay? Mark... Mark!" Aku tergamam. Terasa tubuhnya melurut jatuh ke bawah. Aku turut jatuh melutut di hadapannya. Tongkat di tangan serta-merta jatuh ke bawah.

Terasa panas tubir mataku mendengar esak tangisnya.

"Hye Mark ... what's wrong... Tell me Mark! Jangan diam macam ni saja please. You scare me..." Aku sudah seperti mahu menangis. Tangan meraba-raba ke wajahnya yang basah. Aku cuba mengelap air mata di pipinya.

Kelihatan Mark terpegun memandang aku dengan lirih. Dia memegang kedua-dua tangan aku lembut yang cuba menyeka air mata di pipinya.

"I-I...I..."

"I? I apa Mark?!" Aku sudah tidak jadi sabar. Jantung aku sudah berdebar-debar seakan memberi signal akan ada petanda yang tidak baik terjadi.

"Farah, a-aku rasa... Aku dah tak mampu bertahan lagi. Biarpun, kanser ini baru ke tahap 3 t-tapi rasanya sudah begitu menyakitkan... Farah, you know me. Mark Mikhael. Dia ialah seorang yang tak mampu tahan sakit. Sangat lemah."

Aku terpempan. Yeah, Mark memang orang yang tak boleh tahan sakit. Demam pun...dia asyik ambil ubat walaupun terpaksa menelan bermacam-macam ubat yang pahit sekalipun. Semata-mata dia tak perlu menahan sakit. Kalau dia sakit... Automatik dia akan rasa pengsan atau sawan t-tapi kali ni... What... A-Apa maksud dia...

"K-kanser? Mark, kau tak beritahu aku pun... Mark, kau ada kanser apa? Hikss, beritahulah Mark... Kenapa kau baru beritahu aku hari ini ha..."

Aku sudah hampir mahu menangis histeria. Terhinjut-hinjut bahu aku menangis sambil terpejam mata.

D-Detik ini... Ia berulang lagi. Detik yang begitu menghancurkan rasa hati ini. K-kenapa... Hikss kenapa ia mesti berulang?!

D-Dulu, Puteri pernah beritahu macam ni... Dan sekarang? Giliran Mark pula?

"A..A-ku..aku ada kanser Farah.."

"Ye Farah..memang betul. Dan..aku rasa ia dah terlambat. Sudah tidak ada gunanya lagi untuk aku berpeluang untuk hidup. Aku kanser paru-paru tahap 4."

Satu per satu kata-kata Puteri bagaikan terlayar kembali masa lalu sehingga dibawa ke masa ini.

Kolam mata Farah sudah pecah. Dia menangis dalam diam dan seperti orang dungu sebentar. Setiap kata-kata Puteri ialah seperti Mark. Yeah, detik-detik perit ini seakan-akan berulang lagi. T-Tapi kenapa ...

K-kenapa... Aku seakan-akan rasa... Seseorang yang aku sayang akan pergi satu demi satu... Kenapa Tuhan... tidak kasihankan akukah...

Mark tidak berkata apa.

"F-Farah... Listen me. Doktor ada beritahu... simptom-simptom sekiranya menandakan penyakit aku sudah semakin teruk... Ialah aku boleh jadi buta, kerosakan otak dan macam-macam lagi. Disebabkan aku ada tumor otak... Farah, aku takut... Hiks hikss... Takut sangat... Seakan-akan nyawa aku sudah berada di hujung tanduk..."

Sekali lagi aku terkedu.

"T-Tumor o-otak?" Sekali lagi aku teralit dengan duniaku sendiri.

"Farah! Aku..aku tak tahu..Kanser paru-paru aku sudah merebak ke hati aku. Doktor kata...hikss, kanser ini bila-bila masa boleh merebak ke tulang dan juga otak." Suara Puteri yang masih seperti begitu dekat dengan cuping telingaku. Seakan-akan mereka berdua betul-betul menyempit aku dengan kata-kata mereka sendiri.

Bulu mata aku yang basah mengerdip beberapa kali semakin merembes air mata.

"Mark... A-Apa yang kau cakap ni? Kau tak bergurau kan? Mark, answer me!" Aku sudah menjerit histeria. Kolar bajunya aku genggam sekuat hati seraya menggoyang dengan kuat membuat tubuhnya ke belakang dan ke belakang beberapa kali.

Dia merenung sedih ke arah Farah.

"That is the fact Farah..." Sapp! Satu ayat itu... walau hanya satu ayat...sudah terasa cukup memecahkan hati ini. Hancur dan berkecai. Mataku mula bertukar merah.

Bawah bibirku terasa menggigil. Jantung aku bagaikan begitu laju berdegup. Lidah serta-merta terkelu. Cuba mencerna kata-katanya. Tangan perlahan-lahan menjadi longgar daripada genggaman di kolar bajunya. Serta-merta tangan aku dengan lemah jatuh ke riba.

"Farah...jangan jadi macam ni...kau buat aku jadi lebih sedih. Hisk...hisk kau kena terima Farah. Aku...aku akan cuba bertahan selama mungkin demi kau, Karen, aunty...dan semua orang. Aku akan cuba bertahan lama Farah hisk... hiskk..."

"Farah...kau buat aku lebih sedih...jangan cakap macam tu... Persahabatan kita...tak akan putus, Farah. Sampai bila-bila pun... Biarpun aku atau kau yang akan pergi dulu persahabatan kita...takkan putus. Sampai bila-bila kita akan terikat dengan persahabatan ini..."

Kata-kata Puteri seakan-akan begitu segar di benak aku. Aku masih tidak percaya dengan semua ini... Mark juga adalah kawan aku. Buat kedua kalinya aku akan kehilangan sahabat aku? I'm feel so bad... This is so enough... cukuplah Puteri seorang yang sudah pergi meninggalkan aku. Kehilangan orang yang disayang betul-betul memenatkan hati ini...dan akan mengambil masa yang begitu lama sekali untuk sembuh parut ini. Bahkan, p-parut di hati aku masih berbekas sehingga ke hari ini memikirkan pemergian Puteri.

"Farah, sebelum mata aku jadi buta...dan semuanya menjadi gelap... Aku nak beri mata aku pada kau sebelum aku mula menjadi parah. Biar aku mati dahulu, supaya kau... Dapat melihat lagi Farah."

Sekali lagi aku terkesima. Kepala digeleng perlahan begitu tidak tersangka aku rasakan kata-kata itu yang akan keluar dari bibirnya.

"Mark, kau memang... Kau memang gila! Tak, tak... Aku tak perlukan mata kau. Kau. Kaulah yang perlukan rawatan. Mark! Pandang aku...listen to me carefully... Tolong dengar cakap aku Mark. Just this time please ... Tolong buat rawatan sampai kau benar-benar sembuh... I'm begging you Mark... Hikss I'm begging you so bad..."

"I'm so sorry Farah..."

Mata aku sedikit terbuntang. 'I'm so sorry?'

Bila aku sudah rasa faham dengan maksud di sebaliknya aku bagaikan sudah hampir menjerit histeria.

"No! No! Kau tak boleh senangnya cakap macam tu Mark. You're not my family. Doktor pernah beritahu mata hanya boleh diderma dari orang yang mempunyai pertalian darah dengan aku sendiri. Kerana ia lebih sesuai. So, jangan sesekali kau dermakan mata kau pada aku Mark! You'll not die! Just treated yourself Mark!"

Mark tersenyum kecil dalam kepedihan.

"But, the fact is...I'm your brother. Your family."

"W-What..." Malam ni begitu banyak kejutan bagi aku. Jantung aku ...dah tak laratlah mahu terkejut dengan semua kejutan ni.

"Mark, apa pula kali ni? What do you say? You're my brother? Just keep dreaming. I don't believe it."

"Me too! Aku juga masih belum dapat percaya dengan semua ini. Farah! Aku pun mangsa. Kenapa malam ini... Kenapa hari ini terasa begitu berat sekali untuk aku tanggung..."

"Wait, Mark. Kau bau alkohol. Mark, aku rasa kau melawak ni tanpa sedar."

"No Farah! No! Aku masih boleh sedar dengan kata-kata aku. Yeah, aku mabuk. Tapi, aku hanya mabuk sikit. And all my words are true. Satu, aku baru dapat tahu penyakit aku. Dua, hari ini juga... Mommy sudah ceritakan segala-galanya pada aku. Farah, kita tak ada masa untuk tidak mempercayainya. Suatu hari, kau akan tahu perkara yang sebenar dari mulut ibu kau. Ibu kita... Sama-sama berkomplot menyimpan rahsia begitu besar dari kita. Sanggup kan... But the fact is... Your mom, is my mom. And me...is your brother."

Aku mengocak-ngocak rambut aku berkali-kali. Tanda aku begitu berserabut dengan semuanya.

A-Apa semua ni...Mark yang mempunyai kanser dan mahu menderma matanya pada aku sebelum kansernya menjadi parah dan kami...ialah sebenarnya satu ibu? Dia ialah... Abang kandung aku sendiri? Benda ini, memang unecpected! Tapi, aku memang menganggap Mark sebagai abang kandung aku sendiri.

Tapi, tidak bagi Mark. Dia menganggap aku ialah cinta pertamanya. Pasti semua ini membuat dia lagi masih berbekas terkejut dan heart broken dengan semuanya.

"Mark, see? You're my brother. Nampaknya, semua ini akan menjadi kacau-bilau."

"Dan as your brother, aku akan dermakan mata aku pada kau Farah."

Aku tersenyum sinis dalam kesedihan.

"You can't force me to accept your eyes either. Just because you're my brother now you can do whatever you want? If that's the case, what is Farah Mikayla like?! She's your sister, isn't she? If you're really her brother, you must be to ask for acceptance first..."

"No need."

Tiba-tiba Mark terasa mual seketika di tekaknya. Dia menekup mulutnya terasa mahu muntah. Mark dengan laju berdiri dan berlari anak ke arah semak memuntahkan segala isi perutnya di situ juga.

"Mark! Mark!" Aku masih tidak terbiasa mahu memanggilnya dengan panggilan 'abang'.

Seusai memuntahkan isi perut, tubuh Mark menjadi lembik. Dia terus terduduk berteleku di hadapan aku.

"Mark..." Aku cuba memanggilnya beberapa kali. Apa...Apa yang berlaku pula...

Kepala Mark terjatuh hampir melurut di bahu aku. Aku sedikit terpegun.

Bibir sudah teresak dengan sendiri. Telinga cuba mendengar suaranya yang cuba untuk dikeluarkan biarpun lemah.

"Maaf, sebab abang bodoh sebab telah cintakan adik. Maaf juga, kerana cuba menghasut adik dari mengahwini Prince adik sendiri. Dan... Maaf juga kerana terlalu terburu-buru. Semuanya dah terlambat. Adik takkan boleh buat apa-apa. Ini kerana, abang yakin mata abang pasti sesuai dengan adik. Sebelum penglihatan abang semakin kabur disebabkan penyakit ini... tolong manfaatkan abang...demi kepentingan adik sendiri."

"Sekarang adik tahu kan... betapa sayang dan cintanya hati ini pada seorang wanita yang bernama Farah Mikayla. Thanks sebab hadir dalam hidup abang. Thanks for everything. Hari-hari abang begitu indah...ketika setiap kali bersama dengan adik...ergg..."

Setitis air mata jatuh menitis ke pipiku. Sungguh itu ialah kata-kata yang begitu indah dan tulus sekali bagi aku dari seorang abang.

"P-Please say me you are love me. Tak kira sama ada sebagai kawan atau abang. Sebelum... Sebelum abang menutup mata." Mata Mark masih terbuka. Dahinya masih elok terlentok di bahu aku.

Bahu aku sudah terhinjut-hinjut menangis teresak.Tak semena-mena tubuhnya turut tergerak kerana aku menangis.

"K-Kenapa...cakap macam tu, hikss? Arhh, Farah... Farah sentiasa sayangkan abang dan tak kira sebagai kawan atau abang. Dari dulu, Farah sudah anggap kita sebagai keluarga. Dan, tidak sangka Mark Mikhael ialah seseorang yang dipilih oleh Tuhan untuk menjadi abang kepada Farah sendiri. Tidak mustahil sekiranya muka kita seperti sama..."

Mark disebalik wajahnya yang menunduk itu terselit senyuman di situ. Walaupun kelihatan begitu pahit namun hatinya berasa tenang. Dia tenang...Kerana detik-detik akhirnya dia langsung tak menyesal. Dia sudah ceritakan dan meluahkan segalanya pada Farah. Dan itu... membuat dia rasa tenang.

Tuhan memakbulkan doanya. Dia mahu mati di tangan Farah.

Sudah tiba masanya, untuk dia pergi jauh. Mark masih tersenyum.

Mata Mark mulai mengerdip kuyu. Tangannya yang memaut bahu aku perlahan-lahan menjadi longgar dan dengan lembik jatuh. Serentak itu, kedua-dua mata telah dipejamkan secara perlahan. Senyuman yang meniti di bibirnya semakin pudar. Nafas di hidungnya semakin perlahan dan...

Aku tersenyum perit dalam tangisan. Cuba terbiasa diri memanggilnya abang.

Aku mengerutkan dahi. Kenapa...aku langsung tak dapat reaction darinya? K-Kenapa...aku seperti tak rasa hembusan nafas di hidungnya...

Tanpa Farah sedar, bajunya sudah terkena darah Mark.

"Abang? Abang? Mark!" Aku cuba menggoyang-goyang tubuhnya berkali namun tidak ada reaction juga. Aku cuba memegang tangannya dalam keadaan mengangkat namun tangan itu langsung tidak mengenggam tanganku dan dengan lembik terus jatuh ke ribaku.

Aku sudah berasa cemas. Tak...tak...dia tak boleh mati. Arghh! Dia tak boleh mati! Hati aku sudah menjerit semahu-mahunya . Jiwa aku begitu meronta tidak rela dia mati dengan awal. M-Maknanya ini ialah kali terakhir aku berjumpa dengannya. Tak...tak mungkin!

"T-Tolong... Tolong!"

Kid: Why would good people always die soon? Mom: If you were in an garden which flower would you pick? Kid: The Most beautiful one. Miya pilih...untuk teruskan novel miya. Sbb, novel miya ada byk part sad...mcm ape yg miya rsa. Ia dpt menggambarkan perasaan miya yg sebenar. Dan miya...mgkin akn rsa lebih tenang. Dgn ... seakan-akan meluahkan segalanya di novel sendiri. Korang plk...boleh rsa feelnya di novel miya sendiri... Dan...untk scene happy dan sweet ialah untuk korang...yg selalu tidak pernah berhenti menyokong miya. Menghargai miya, yg tidak henti memberi komen yg positif buat miya, terima seadanya kekurangan di novel ni... Miya terharu... Sekali lagi...buat readers tersayang miya yg komen... Miya mintak maaf sbb miya masih tk dpt bls lgi. Ada sesuatu yg menghalang dan menyekat miya. Miya...tk dpt jdi diri miya yg sebenar buat masa ni. Ada rindukan sisi ceria miya ke? Sekian dari, Author

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience