Sambungan author pov
Belum sempat Kyran tubuhnya dibawa angin membenam jatuh ke bawah Ciara sempat memegang kedua-dua tangannya dari jatuh.
"Arghh!"
"Lepas! I say let me go! Just doing stupid things like I'm not here!"
"No! Encik! Walau seteruk mana pun kehidupan kita...walau sesukar mana dan sesakit hati encik...pasti akan ada yang dapat menyembuhkan segala rasa sakit encik itu. Kalau encik membuat keputusan mahu bunuh diri seperti ini! Maka, encik sudah kalah pada kehidupan. Biarpun encik bekerjaya dan berpangkat besar sekalipun encik tetap kalah pada kehidupan dengan terus membuat keputusan mahu bunuh diri seperti ini!"
"Percayalah... kebahagiaan akan ada selepas segala duka dan derita yang kita lalui. Encik akan menyesal berbuat seperti ini. Ini kerana, encik pentingkan diri sendiri! Encik rela ke... keluarga Encik terpaksa menderita juga seperti Encik kerana telah kehilangan encik! Bagaimana seorang ibu... bagaimana pula dengan hati ibu encik nanti... hatinya yang lembut akan lebih rapuh Encik...Encik nak ke macam tu? Nak juga ke keluarga encik menderita sedangkan encik dengan senangnya buat keputusan mahu bunuh diri macam ni? Tolonglah encik... sedarlah diri tu sikit!"
Kata-kata wanita itu menusuk tepat ke jantung Kyran. Perlahan-lahan Kyran buka kelopak mata memandangnya.
Terasa dada dihimpit seketika dengan kata-katanya.
Dia malah dengan kuat cuba untuk menarik Kyran dengan kedua-dua tangannya itu.
'Arghh...kenapa berat sangat hahh encik gajah ni? Pfft!' getus Ciara dalam hati.
"Arghhhh! Encik! Cepatlah bantu diri tu naik sama...S-S...aya...saya tak mampu nak tarik encik yang besar kedebak macam gajah nilah!" Rungut Ciara dengan kerutan dahinya. Sudah berpeluh-peluh dahinya cuba menarik aku naik.
Ciara menahan sakit apabila kulit lengannya mula terluka dan berdarah disebabkan geseran beberapa kali di pegangan jambatan itu. Namun, itu tidak membuat Ciara mengalah untuk menolong lelaki itu.
Kyran masih tidak terkata. Seperti orang dungu sebentar. Seakan-akan baru tersedar dari mimpi dengan kata-katanya.
Kyran menurunkan pandangannya ke bawah. Kakinya yang tidak menjejak apa memandang sayu lama ke bawah.
Matanya kembali merenung ke atas memandang wanita. Kelihatan gadis itu begitu bersungguh-sungguh mahu selamatkannya.
Tanpa sedar, pipi Kyran sudah basah dengan setitis jernih air mata. Alangkah terasa tersempitnya dada ini...Namun, melihatkan lengan Ciara tiba-tiba mengalir darah menyedarkan diri Kyran seketika dari termenung kecil.
Sebelah tangan Kyran dengan pantas berjaya melepaskan dari genggaman gadis itu serta terus pantas memaut pegangan di jambatan itu. Memudahkan lagi bagi Ciara untuk menariknya naik.
"S-Sikit je lagi...Akhirnya!" Ciara sudah tersenyum apabila separuh badan Kyran dapat dinaik sedikit.
Kelihatan wanita itu cuba sedaya-upaya menarik kedua-dua tangannya ke atas sepenuhnya.
Bukkk!
Sedar-sedar saja, tubuh Kyran sudah menindih di atas tubuh Ciara kerana terjatuh. Sungguh, tarikan darinya begitu kuat. Rasanya, dia makan besi...
Kyran dengan reaksi dingin memakukan tepat ke dalam anak matanya. Masih terngiang-ngiang kata-katanya tadi di cuping telinga lelaki itu.
Ciara yang terkejut apabila lelaki itu berada di atas tubuhnya membulatkan matanya yang bundar itu. Ciara sedikit tersentak. Tiba-tiba jantungnya mula berdetak tidak normal. Lelaki itu kalau dilihat dari dekat memang handsome. Ehh Ciara! Itu tak pentinglah. Yang penting...kau dah selamatkan dia. Selebriti kegemaran dia pula tu. Auch! Sungguh bertuah diri ini dapat berjumpa dengannya.
Lama. Lama mereka berkeadaan seperti itu dan menatap sesama sendiri. Di sebalik kain yang dipakai, tanpa sedar Ciara sudah mencarik senyuman kecil di bibirnya.
Kyran sedar akan perbuatannya. Dia dengan cepat berdiri tegak semula dari terbaring di atas tubuh Ciara.
Ciara menghulurkan tangan tanda supaya menolongnya untuk bangun. Namun, tidak tersangka pandangan Kyran langsung tidak terhala padanya.
Ciara mendengus geram tidak puas hati. Hampeh betul...
Maka, dia cuma berdiri dengan sendiri di hadapan Kyran. Tanpa Kyran sedar, Ciara sudah menjelingnya dengan tajam. Hmmph!
Kyran yang menunduk wajahnya terdetik hati untuk memandang wanita di hadapannya sekali lagi. Dan ketika itu juga, angin menjadi sedikit kuat menandakan hari mula mahu hujan. Langit pula seakan-akan mahu kelam.
Di saat itu juga, kain yang menutupi separuh wajah Ciara diterbang sedikit menampakkan sisi wajahnya yang sebenar.
Kyran terpegun seketika. Jantungnya bagaikan terhenti mengepam.
Ciara yang seperti terasa ada orang memandangnya sudah rasa tidak selesa. Dia mahu pergi dari situ. Yelah, buat apa dia tunggu lagi. Kut lelaki itu mahu ucap dia terima kasih ke apa ke. Dingin benar pelakon yang diminatinya itu.
Kyran Andrew. Lelaki itu ialah telah menjadi pilihan Ciara untuk meminatinya. Di dalam biliknya juga, penuh dengan gambar-gambar lelaki itu yang ditampal ke dinding. Macam mana dia dapat gambar lelaki itu? Dia stalker secara senyap-senyap. Sekiranya bertembung dengan lelaki itu, pasti saja dia akan menangkap gambarnya secara diam-diam. Crush pelakon katakan!
Ciara sudah mahu pergi. Dia tahu, dia tak patut melepaskan peluang keemasan ini untuk berduaan dengan crushnya sendiri. Tapi, entahlah...kalau berduaan lama-lama takut...dia terus pengsan pula nanti. Jantungnya sudahlah hampir mahu terlompat sana-sini dari tadi.
Belum sempat Ciara mahu pergi, lagilah menambah terkejutnya Ciara apabila Kyran tiba-tiba mencengkam lengannya dengan erat.
Dari lengan hingga ke tangan Ciara Kyran sentuh. Lain pula Ciara jadinya. Batinnya sudah menjerit tidak keruan apabila crush...pertama kali jumpa depan-depan sudah memegang tangannya sendiri! Betul-betul dapat dia rasakan sentuhan kulit tangan Kyran memegang tangannya dengan kejap. Terpaku sekejap...
Ohh my god! I want to faint!
Mata Kyran langsung tidak berkalih ke arah lain. Tepat dan tajam dia bertentang mata dengan Ciara. Ciara sudah berdehem kecil. Dia perlu acah-acah jual mahal gitew. Lagipula, hairan. Kenapa tiba-tiba lelaki itu pegang tangannya...
"Encik! A-Apa yang encik buat ni?"
"Who are you?" Ciara sedikit tersentak. 'Who are you'...penting ke soalan tu? Ohh my crush... seandainya mu tahu akulah peminatmu.
"Saya...s-saya...jap! Kenapa saya perlu jawab soalan encik ni?" Jawab Ciara sambil mengangkat sebelah keningnya.
Tanpa Ciara sangka, sebelah tangan Kyran yang lagi satu cuba untuk menarik cadar di mukanya. Ciara sudah membulatkan matanya. Dengan pantas, dia menepis tangan lelaki itu.
"Apa yang encik buat ni?!"
"Why? S-Siapa kau sebenarnya..."
Diam.
"I'm say who are you?!"
Tetap diam.
Kyran sudah tidak mampu bersabar. Mendidih pula darahnya dirasakan saat ini.
"Arhhh..." Ciara mendesir mulut apabila Kyran tiba-tiba mencengkam kuat kedua-dua bahunya. Hampir tidak bernafas Ciara rasa.
Terasa wajah Kyran begitu hampir di dekatnya. Hembusan nafas lelaki itu mengena ke cadar yang dipakainya.
Ciara sudah berasa sedikit gerun.
"Encik! Baik encik lepaskan saya! Saya boleh lapor encik ke polis tau atas kesalahan perlecehan seksual. Haa encik jangan main-main dengan saya. Ciara Quitta takkan berbuat baik pada orang seperti encik!" Ciara menjerit lantang.
Kyran terkedu. Jadi nama gadis itu ialah Ciara Quitta?
Dia mengerutkan kening. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Kenapa dia tiba-tiba mahu paksa aku jawab soalannya itu pula?
Kyran mendekat setapak demi setapak sehingga merapatkan wajahnya dengan wajah Ciara. Ciara apa lagi... bagaikan terpukau seketika dengan wajah tampan itu yang begitu dekat dengannya. Hell, kenapa lelaki ni mahu mendekat dengan aku?!
Mata tajam Kyran kini bertukar sayu. Tiba-tiba Kyran mengundur ke belakang satu dua tapak dari Ciara.
"T-Tak mungkin...tak mungkin...tak mungkin!" Ternaik sedikit bahu Ciara apabila Kyran tiba-tiba menjerit.
Kyran memegang kepalanya. Matanya yang berkaca-kaca memandang ke wajah Ciara. Ciara yang memandang sudah tersentuh hatinya.
"Tak mungkin...hikss t-tak mungkin kau ialah dia. Bahkan, di dalam dakapan aku...di saat itu dia sudah lama pergi. Senyuman selembut sutera itu sudah hilang dari pandangan mata. Tak...semuanya i-itu hanya lesap...Wajahnya bagaikan sudah hilang dibawa angin. Renungan matanya sudah tidak lagi terasa. Arghh! Bahkan...ketiadaannya membawa segalanya menjadi pudar! Nampaknya, aku benar-benar gila. Kerana terasa seperti nampak wajahnya dengan wajah kau. This is...so hurt."
Ciara terkedu. Keadaan tiba-tiba terasa sayu.
Apabila ternampak butiran jernih air mata yang perlahan menuruni ke pipi Kyran. Kali ini, dia perlahan-lahan cuba mendekati lelaki itu namun belum sempat Kyran sudah menoleh badannya ke belakang dan membawa diri pergi jauh dari situ.
Tanpa langsung menoleh ke belakang, Kyran hanya berjalan pergi sambil menunduk wajahnya.
Ciara tersentak. Tanpa sedar, tangannya perlahan-lahan diangkat. Redupan matanya hanya setia memandang ke tubuh belakang Kyran.
Perlahan-lahan dia menurunkan tangannya semula. Langkah kakinya juga pergi dari situ berlawanan arah dari Kyran. Masing-masing mengambil haluan semula.
Sepanjang berjalan, Ciara cuba menghadam apa yang terjadi sebentar tadi.
Perlahan-lahan tangannya ditekap ke dada kiri yang dari tadi asyik berdebar cik
jantungnya. Terasa hatinya mengalir dengan rasa yang begitu aneh. Dia sendiri...tidak tahu apa perasaan itu.
*********
Pintu rumah utama dibuka perlahan dari luar. Datin Arina yang sudah dari tadi mundar-mandir menunggu anaknya risau terus mendapatkan Kyran.
"Kyran, m-macam mana boleh basah baju ni? Kyran main hujan ye? Aaa, mommy risaulah." Yeah, sebelum Kyran sempat sampai ke rumah hujan sudah turun dengan lebatnya. Sengaja Kyran tidak membawa keretanya. Itu bermakna, dia hanya berjalan kaki pulang ke rumah.
Kyran tidak berkata apa. Wajahnya yang mendung merenung sedih seakan-akan berada di dunianya sendiri hanya samar-samar kedengaran suara ibunya.
Datin Arina memimpin Kyran duduk di atas sofa di ruang tamu. Disentuhnya lembut kedua-dua pipi anaknya itu sambil mengusap lembut anak rambut Kyran yang basah terjuntai di dahi itu.
Sayu hati datin Arina memandang tepat anak mata Kyran yang begitu tampak sedih baginya. Mengayat hati naluri ibunya.
"Nak, k-kenapa ni?..." Bergetar suara Datin Arina cuba memujuk anaknya itu.
Kyran perlahan-lahan mengangkat wajahnya memandang raut wajah ibu tercinta. Bergenang air mata memandang ibunya.
"M-Mommy..." Kyran terus melutut di hadapan ibunya dan membaringkan kepala di atas riba ibunya.
"M-Mommy, K-Kyran...Kyran betul-betul dah gila ke mommy? Hiks...hikss..."
Tersentap hati Datin Arina. Matanya sudah merembes air mata mendengar suara rintihan dan lirih dari anaknya.
"Tak...siapa yang kata kamu gila nak? Kamu anak mommy. Anak bongsu keluarga ini. Tiada siapa yang boleh kata kamu gila. Kamu ialah anak mommy yang sangat kuat. Kyran Andrew. Tiada siapa yang boleh jadi sekuat anak mommy ni." Dengan lembut Datin Arina menyentuh kepala anaknya dengan penuh kasih sayang.
Getaran suaranya cuba untuk ditahan. Hatinya betul-betul terluka melihat anaknya terusan begini. Jiwa dan hatinya betul-betul menginginkan Kyran bahagia lagi. Sungguh, dia sanggup berbuat apa saja asalkan anaknya dapat bahagia lagi. Deritanya seorang anak...sama juga deritanya hati seorang ibu. Kebahagiaan anak ialah kebahagiaan si ibu. Dan itulah, yang dipanggil ibu sejati yang sebenar-benarnya.
"T-Tadi...Kyran ternampak seolah-olah wajah Puteri mommy...Padahal...itu hanyalah orang lain. Kyran rasa...Kyran dah hilang kewarasan Kyran..." lirihnya dengan mendayu.
Kyran tiba-tiba menumbuk kepalanya beberapa kali dan mencengkam rambutnya dengan kuat. Datin Arina sudah tidak keruan. Terus ditarik anaknya masuk ke dalam dakapannya.
Kyran sudah melepaskan tangisnya di dalam dakapan ibunya.
"Hiks...hikss...Kyran takut mommy. Kyran cuma perlukan Puteri di sisi. Kenapa Tuhan ambil Puteri dari Kyran ma?! Hidup Kyran...Hiks Hiks hanya perlukan Puteri dan keluarga kita. Hanya kita semua. Bersatu. Itu saja yang Kyran mahu ma. Hiks Hiks... tapi, semua t-tu...semua tu dah berakhir! Semuanya sudah musnah ma... Semuanya sudah lesap begitu saja...Sudah tidak ada ertinya untuk kebahagiaan Kyran lagi ma..."
"Jangan seperti ini nak... Mommy tak suka. Mommy sedih sangat dengar Kyran berkata begini. Mommy yakin, semua ini ada hikmah. Kebahagiaan Kyran... semuanya masih belum musnah dan lesap sepenuhnya. T-tolong... mommy mohon. Tolong bertahan sedikit saja. Setiap hari... mommy doakan kebahagiaan Kyran. Mommy yakin...suatu hari nanti permintaan mommy akan dimakbulkan oleh Tuhan. Mommy yakin...akan ada seseorang yang boleh menghilangkan rasa sakit, derita yang dipendam dalam diri Kyran saat ini. Jadi, tolong bertahan demi mommy nak...Demi keluarga kita."
Kyran terhenti esak tangisnya. Wajahnya yang basah dengan air mata memandang ke hadapan. Dia cuba menghadam sebaik mungkin kata-kata ibunya itu. Hanya air matanya yang bergelinangan di bawah pelupuk matanya.
'Alangkah mommy aku tahu kalau tiada siapa lagi yang dapat mengisi hati ini dengan kebahagiaan dan mengubati segala rasa sakit ini selain wanita yang telah bergelar isteri buat Kyran sendiri. Bahkan...hati ini sudah jadi kosong sekosong-kosongnya. Aku tidak kisah lagi dengan namanya erti kebahagiaan dalam hidup aku. Hidup ini, semuanya... hanya bagaikan satu bayangan. Tidak ada yang lebih bererti bagi aku lagi.'
Tiba-tiba, dia ternampak roh tanpa jasad Puteri yang sedang tersenyum memandangnya.
"P-Puteri?"
Datin Arina terkejut apabila Kyran tiba-tiba melepaskan pelukannya dan laju berlari anak ke arah sesuatu.
"Puteri..." Di saat Kyran mahu mendekat. Roh tanpa jasad Puteri sudah tidak kelihatan di matanya. Kyran sudah tidak keruan. Matanya mengitari sekeliling di ruang tamu itu. Dia meraup wajahnya kasar sehingga ke belakang kepalanya.
"Puteri! Puteri... di mana sayang... Puteri!" Kyran tiba-tiba menjerit secara histeria. Di saat baru dia tersedar, itu ialah hanya imaginasinya terduduk terus Kyran ke lantai.
Datin Arina yang menyaksikan hal tersebut sudah pecah air matanya.
"Kyran..." Datin Arina sudah tidak sanggup melihat anaknya seperti ini.
"Hikss...hikss..." Dia menekup wajahnya dengan tangan. Datin Arina melepaskan tangisan di situ juga. Dia sudah betul-betul tak sanggup melihat anaknya seperti ini.
Manakala Kyran...sudah tidak terkata. Matanya hanya beriak kosong namun begitu sayu ke hadapan. Kolam matanya yang bertakung... seolah-olah merasakan kegelapan tanpa si dia. Jiwa, hati dan seluruh hidupnya terasa begitu gelap.
"Ya Tuhan...A-Aku masih tak dapat boleh terima semua ini... A-Apa salah aku... Dia yang ibarat cahaya dalam hidup aku... semuanya, everything... Hanya menjadi debu dan dihiasi gelap. Hikss... A-Apa salah ku ya Tuhan..." Kyran terhinjut-hinjut bahunya menangis. Namun, tidak ada bunyi esak tangis. Kyran... cuba menahan perasaan dan hanya mampu meraung sekuat hati di dalam hati.
Perit. Perit sangat.
Tangan di atas lantai digenggam seerat mungkin sehingga memunculkan urat nadi. Bibir diketap erat sekuat hati.
Kelihatan air mata menitis satu per satu ke lantai.
Dato' Johansson yang baru balik kerja. Sejak Puteri meninggal, Dato' Johansson sudah kerap pulang awal dari kerja. Semata-mata demi menjaga isteri dan anaknya terutamanya Kyran yang masih tidak melupakan isterinya.
Dato', Johansson terpaku sejenak. Sedih hatinya memandang isteri dan anaknya yang saling menangis. Kyran yang kali ini sepi tapi dalam masa yang sama menangis dalam diam manakala Datin Arina sudah menangis teresak-esak melihat anaknya seperti itu.
Hanya keadaan di rumah bertemankan dengan esak tangis sendu.
********
Pada keesokan harinya...
Ciara pov
"Hmmm....mmm...mm..." Sedang aku berjalan-jalan mahu ke kedai sambil bersenadung kecil seseorang yang tidak memandang ke hadapan secara tak sengaja memandang aku.
Automatik habis semua kertas... poster dari tangannya berselerakan di atas jalan tar.. Yeah, rasanya macam poster.
"Ehh encik..."
"Sorry cik, saya betul-betul tak sengaja. Busy mahu aturkan sesuatu. Maafkan saya ye?"
"Ehh takpe...saya tak kisah pun." Kulihat seorang pemuda lelaki sudah bertinggung cuba untuk mengutip kertas-kertas poster tadi.
Aku tersenyum kecil. Maka, beg sandang aku letak ke bawah. Turut melutut menolongnya mengutip semua kertas brosur yang berselerakan ini.
"Thanks..." Pemuda itu tersenyum memandang aku.
"My pleasure..." Aku melekap tangan ke dada sambil menunduk sedikit kepala. Acah-acah orang yang berketurunan tinggi zaman dahulu kala gitew.
Manakala lelaki itu sudah tertawa kecil dengan kerenah aku. Baru jumpa dah buat dia ketawa.
Aku hanya tersengih kambing saja. Walaupun dia tidak tahu aku sedang tersenyum namun melihat kening aku berkerut pasti membuat dia sangka yang aku sedang tersenyum tika ini.
Wait...
Pergerakan aku terhenti seketika. Apabila kertas poster tadi sempat ditilik oleh aku.
Ada...ada tawaran pekerjaan untuk menjadi manager bagi seorang artis terkenal selama sebulan!
Aaa!
Nak aje aku jerit-jerit satu dunia saat ini.
Kami berdua bangun secara serentak apabila semua kertas poster yang terjatuh tadi berjaya dikutip oleh kami. Aku yang menolongnya mengutip tadi segera memberi kertas-kertas poster ini ke tangannya.
"Terima kasih..." Katanya mengucapkan terima kasih sekali lagi sambil tersenyum.
Aku terus mencantas kata-katanya.
"Awak! Awak sedang cari... seorang pekerja untuk jadi manager artis ke ni? Aaa...saya nak offerkan diri boleh?" Kataku bersemangat.
Muka jangan cakap lagilah. Terus jadi berseri-seri. Macam baru dapat sebekas jongkah emas pula!
Yelah, gaji menjadi manager artis siapalah yang dapat lepaskan keemasan tu. Nanti bolehlah jadi tumpang popular free sama ahak!
Lagipun, aku mahu kerja ni pun...buat kepentingan keluarga aku juga. Kalau jadi manager, mestilah gajinya lagi besar dari kerja kedai makan dan kedai runcit 24 jam bukan? Taklah aku nak kerja sampai separuh nyawa nanti.
Lelaki itu yang mendengar sudah tersengih kecil. Mukanya yang ditunduk sedikit menampakkan lesung pipitnya itu. Alahai comel pula aku tengok dia ni.
"Heheh, kalau awak nak tahu...awaklah orang first yang tawarkan diri untuk jadi kerja ni. Tak sempatlah saya nak bagi offer kerja ni kat orang lain, hehe."
"Aaa...dia ke? Kalau macam tu...saya ni kira bertuah lah kan!"
Aku sudah teruja semacam. Yelah, orang first kut!
"Tapi, kenapa awak tak masukkan je tawaran kerja ni kat media sosial. Tak perlu payah-payah buat poster bagai. Kan senang nanti." Terpacul soalan itu dari bibir aku.
"Entahlah, kalau dinaik ke media sosial saya takut kalau nanti makin ramai pula orang nak masuk nanti. Sedangkan saya cuma perlu pilih seorang saja. Kalau guna cara edaran kertas yang tak berapa banyak ni taklah banyak sangat yang mahu join nanti. Saya yakin pasti ada orang merebut mahu jadi manager seorang selebriti ni lah." Katanya dengan level yakin sekali.
Agak-agaknya artis siapa ye sampai orang akan berebut-rebut nanti mahu jadi manager dia...
"Aik, tapi awak...tak nak interview saya ke? Yelah, manalah tahu saya tak layak atau memenuhi syarat kriteria untuk menjadi manager. Kalau banyak yang nak masuk nanti banyaklah juga pilihan untuk awak pilih nanti." Kata aku sedikit pelik di situ. Yelah, selalunya dapat tawaran kerja jenis ni akan interview diri dulu.
"Tak perlu. Boss saya kata...kalau saya dah dapat seorang bolehlah terus jumpa dengan dia. Dia pasti akan uji awak apabila sehari bersama dia nanti. Kalau dia tak puas hati dengan awak...saya akan cari orang lain. Lagipun, cuma sebulan saja untuk orang tu jadi pengganti saya jadi manager kepada boss saya."
"Oooo, maknanya boleh dikata interview jugalah tu. Heheh, mesti awak susah kan dapat boss macam tu. Yelah, payahlah nanti awak nak carikan seseorang untuk kerja secara bergilir-gilir." Kata aku mendekat sedikit padanya seperti berbisik.
Lelaki itu sudah tertawa terbahak-bahak.
"Hehe, okey kalau macam tu. Awak boleh beri saya nombor telefon awak. Apa-apa saya akan telefon awak nanti okey?"
"Okey, boleh."
Aku mendail nombor aku di telefonnya. Selepas menyua kembali handphone dia bertanyakan.
"Nama awak?"
"Ciara Quitta."
"Cia...Ra Quit..Ta okey done save! Nama saya pula Darwish. Boleh panggil Darwish saja. Tak perlu berencik bagai."
"Okey Darwish see you later." Kata aku dengan ceria. Siap berlambai tangan lagi dengan dia. Apalah kau ni Ciara. Terlebih seronok ke apa...
Tapi tulah, mau-mau dapat bos yang panas-baran, miang keladi, orang tua macam mana? Ohh tidak ...Eiii minta simpang lah! Adehh Ciara, belum apa-apa lagi kau dah fikir bukan-bukan. Takpe, Darwish cakap kerja ni hanya selama sebulan saja. Dapat gaji pun hujung bulan selepas tamat tempoh kerja. Haih, tak pernah lagi aku minta kerja yang ada tempoh bagai ni.
Kulihat Darwish hanya menggeleng kecil saja dengan kerenah aku.
"Jumpa lagi Cik Ciara." Aku hanya mengangguk berkali-kali seperti burung belatuk. Akhirnya tubuh belakangnya sudah semakin menjauh dari aku.
Ciara oih! Kawal sikit perasaan kau tu. Sengal!
********
Aku masuk ke rumah sambil bersenandung kecil. Gembira sungguh katakan.
Okey-okey, mic dah diperbetul! Now, we will see Ciara Quitta menyanyi. Yiarghhh!
Start from now...
Just three two one!
Ohhh lalalala~
Hatiku berlonjak senang
Jiwaku berbisik hangat
Fikiranku sudah menari terawang-awang
Ohhh yeahh
Lalalala~
Dah mula dah perangai sengal kau Ciara...Ahem!
Namun, sedang aku sedap menyanyi sakan ralit dengan dunia sendiri tiba-tiba terasa rambutku direntap kasar.
Aku mendesir mulut. M-Ma?
"Kau pergi mana hahh?! Amboi, seronok kau ye hari ni? Kan aku dah mesej cakap...balik awal...balik awal...balik awal! Apasal kau degil sangat ni ha! Kau nak kena pelempang dari aku lagi ke apa! Nak rasa ni, ha?!"
Aku menggeleng kecil berkali-kali secara terdesak apabila sudah terpandang tangan ibu aku yang dibentuk seperti penumbuk.
"T-Tak nak..."
"Kau tahu tak...hari ini adik kau mahu balik dari kolej dia! Kau tunggu apa lagi?! Pergilah masak sedap-sedap cepat! Kalau ada saja kekurangan sesuatu dalam masakan kau... tengok aku akan buat apa nanti pada kau."
Tiba-tiba mata aku menjadi bersinar. Aku tak kisah dan makan hati dengan ibu aku...tapi yang aku kisah sekarang...adik aku...adik aku nak balik sini hari ni? Ohh yeahhh! Nak aje aku lompat-lompat bintang depan ibu aku sekarang ni.
"Ma, hari ni adik dah dapat cuti semester ke? Aaa...tak sabarnya nak jumpa adik nanti. Mama tunggu...Ciara akan masak sedap-sedap nanti!" Kata aku dengan terujanya. Siap terlompat-lompat kecil lagi. Adik aku...dia dah nak balik! Yahoo!
Puan Rosania tidak berkata apa. Dia hanya menjeling maut ke arah anaknya yang berperangai seperti orang gila dah gamaknya.
Maka, aku terus masuk bilik, lempar beg ke atas katil dan pergi berperang di dapur pula. Penat? Memang inilah kebiasaan aku. Balik-balik je orang terus rehat tapi aku...kena tetap buat kerja lagi.
Yeahh! Masak-masak...Masakan kegemaran adik aku! Dia pasti akan teruja gila nanti bila balik kalau aku masak lauk kegemaran dia ni.
Aaa...tak sabarnya nak jumpa dengan adik aku!
********
"Ma! Tengah masak ke tuu?" Kedengaran suara ceria dari si anak gadis yang mahu menuju ke dapur. Beserta tidak lupa senyuman ceria terukir di bibirnya.
Senyuman manis yang menghiasi di bibir delimanya masih tidak berubah seperti dulu. Menawan. Sesuai dengan wajahnya yang begitu manis.
Kelopak mata dikerdip lembut. Setiap langkahnya, pasti akan ada detapak tongkat di tangannya.
Puan Maria tersenyum kecil. Manakala tangannya begitu ligat memotong sayur.
"Ha'ah, mama tengah masak ni? Kenapa sayang?"
"Hehe, Farah tolong ye ma?" Dan... Gadis itu ialah Farah.
Kelihatan Farah sudah semakin mendekati tempat ibunya. Dia boleh rasa dengan deria pendengarannya. Dengan bunyi senduk kayu dikacau ke periuk sudah Farah agak.
"Ermmm nak tolong?"
"Yelah, mama ni... Takkan Farah nak mandi kut. Lagipun, Farah dah pandailah ma untuk kawal diri sendiri."
"Hmm yelah tu. Dulu, kamu banyak jatuhkan cawan kaca dan pinggan mama. Pecahkan situ... pecahkan sini. Ingat ma masih lupa ke?" Puan Maria sudah menjeling manja ke arah anaknya.
"Aloo...mama ni. Itu dulu. Sekarang, sekaranglah." Farah sudah memuncungkan bibirnya.
Yeah, Puan Maria tidak nafikan yang Farah makin boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain. Termasuk mahu mengambil sesuatu atau menekan sesuatu dia dapat merasakan dengan derianya.
Puan Maria sudah tertawa kecil dengan reaksi cemburut anak gadisnya. Dipimpin tangan itu mendekatinya.
"Ala, nak tolong ke? Kalau macam tu...tolong rasa masakan mama ni boleh? Sebab mama tak tahu cukup garam rasa ke tak? Hari ini mama puasa."
Farah mendekatkan wajahnya. Puan Maria menyedok sedikit kuah sup ayam yang dimasaknya dan meniup sedikit. Kesian nanti anaknya terbakar pula lidah.
Farah sudah tersenyum riang tidak sabar mahu merasa. Masakan ibunya mestilah sedap!
Farah menjilat bibirnya ke atas. Thumbs up dinaikkan ke atas.
"Sedap!"
Puan Maria sudah tersenyum kecil dengan telatah anaknya. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.
Puan Maria menundukkan kepalanya. Tidak sedar, dia sudah termenung kecil.
Farah mengerutkan dahinya. Hairan. Kenapa mamanya tiba-tiba jadi senyap...
"Ma? Ma? Ohh ma?!"
"Haa? Ye sayang? Eh, sorry mama termenung pula tadi."
"Mama fikirkan apa ma..." Farah sudah mempamerkan reaksi risaunya.
"Hmm, mama fikir... alangkah bagusnya kalau Farah dapat melihat lagi seperti dulu...Mama pernah berfikir mahu derma mata pada Farah..."
"Ma!" Belum sempat Puan Maria menghabiskan katanya Farah dengan laju memotong.
"Ma, please... Jangan cakap macam tu. Farah takkan biarkan siapa-siapa terutamanya orang yang Farah sayang...biar berkorban demi Farah. Farah lebih takut lihat orang yang Farah sayang terpaksa mengalami hal yang sama apa yang Farah rasa. Cukuplah ma... Lagipun Farah dah lama reda Farah jadi macam ni..."
Farah sudah rasa emosional dengan kata-kata ibunya. Tidak terasa tubir matanya mula berkolam air mata.
Puan Maria tersenyum kecil. Diraihnya tangan anak gadisnya lalu diusap lembut tangan itu.
********
Farah sudah tersenyum-senyum sehingga ke telinga sendiri.
Hari ini dia bakal bertemu dengan Karen.
Sedang dia tersenyum dan teralit sendiri. Tiba-tiba...
"Bahhh!"
"Opocot mak kau!"
"Eiiih! Karen! Terkejutlah! Nasib saya tak terlompat bintang dah tadi." Farah sudah mengurut dadanya berkali-kali gara-gara terkejut dengan perangai nakal Karen yang tak ubah seperti kanak-kanak dah.
"Hehehehe, apa salahnya kalau lompat bintang. Kalau awak jatuh saya akan tangkap awak seerat-eratnya seperti hati saya yang begitu kukuh untuk awak Farah." kata Karen tertawa kecil. Wajahnya ditundukkan memandang redupan matanya yang lembut ke setiap inci wajah cantik Farah.
Farah mengerdip perlahan matanya. Dia memperbetulkan kedudukan tongkat yang dia pegang. Kali ini, dia memakai tongkat dengan sebelah tangan. Yang pasti bukan tongkat haji mat motor atau tongkat sakti dalam cerita dongeng itu.
Farah tersenyum manis. Tangannya perlahan-lahan merayap ke lengan Karen dan...capp! Dicubitnya terus kulit lengan Karen membuat lelaki itu terjerit sakit.
"Arh-arh garangnya cik Farah kita ni. Tak nampak pun boleh tahu cubit. Macam manalah lepas kahwin nanti ye huhu." Kata Karen berserta mimik wajahnya yang dibuat-buat sedih.
Mulut dikemam rapat. Comel!
Farah sudah tersenyum mengena. Yeah, mereka berdua memang buat keputusan mahu berkahwin tetapi lepas saja kematian Puteri, iaitu seseorang yang begitu berharga sudah pergi rancangan itu sudah dilupakan. Lagipula, Farah menyuruh Karen supaya bekerja dan pandai berdikari dulu sementara menunggu mereka bakal berkahwin. Hasilnya Karen sudah menjadi bos besar bagi syarikat ayahnya. Sekarang, dia sudah boleh mengikat Farah menjadi isterinya pada bila-bila masa.
Yelah, selalunya asyik keluar dengan Farah sebagai bakal isteri. Dia sudah tak sabar mahu memperkenalkan Farah pada kawan-kawannya bahwa dia sudah beristeri.
Masuk tahun ini juga Karen sudah berumur 27 tahun manakala Farah sudah berumur 29 tahun.
Ohh ya, sebelum itu Farah sudah berjumpa dengan ibu dan ayah angkat Karen. Masing-masing bersetuju mahu jadikan Farah sebagai menantu.
Untung Farah mempunyai bakal ibu dan ayah mentua sebegitu. Biarpun Farah masih buta, itu tidak menghalang rancangan mereka. Ini kerana, pilihan Karen pasti juga terbaik buat ibu dan ayah Karen.
Farah juga dalam masa yang sama teringin sangat mahu melihat lagi. Walaupun dia sudah rasa terbiasa menjadi buta selama 4 tahun tapi... bagaimana pula dengan nasib Karen nanti selepas jadi suaminya? Dia rasa bersalah kerana pasti tidak akan menjadi isteri dan menantu yang terbaik untuk Karen dan keluarganya.
Tetapi Farah tetap beruntung, kerana dia sudah boleh bangun, melakukan kerja rumah tanpa bantuan orang lain. Farah sudah belajar cara untuk membuat kerja dengan menjadi orang buta. Kalau orang buta ada yang boleh mentafsir huruf, boleh bekerja kenapa pula dia tidak boleh? Untung Farah masih dapat belajar itu semua.
"Farah, awak termenung apa tu? Panjangnya awak fikir. Fikir pasal saya ke?" Karen mencucuk manja dengan jarinya ke bahu Farah beberapa kali. Sengaja buat begitu.
Farah hanya mencarik senyuman kecil.
"Ha'ah, saya fikir pasal kita. Saya fikir macam manalah nanti kalau kita lepas kahwin ye? Saya harap, dengan keadaan saya yang tak sempurna ini tak menjejaskan apa-apapun terhadap hubungan kita lepas kahwin nanti."
"Farah..." Laju saja Karen memotong percakapan Farah. Dia langsung tidak suka Farah berkata begitu.
"Saya yakin...dan berjanji pada awak...kita dua akan bahagia nanti. Malah lebih bahagia dari sebelum-sebelum ini. Lagipun, semua orang tak sempurna kat atas muka bumi ini. Saya pun...tak pasti lagi akan jadi suami yang sempurna atau terbaik untuk awak nanti."
Farah tertawa kecil.
"Bagi saya, awak dah cukup sempurna di hati saya." kata Farah berserta senyuman manisnya itu.
"Auchh! Awak buat hati saya makin luluhlah dengan kata-kata awak ni. Manis sangat! Nasib semut tak kerumung tadi."
Kata-kata Karen menambahkan lagi blushing di pipi Farah.
"Awak! Dahlah tu, sweet talker awak ni...malulah!" Farah sudah menunduk wajahnya.
"Eceyceycey comelnya dia malu! Lagipun, tarikh kahwin kita kan dah nak dekat." Karen mula menunduk sedikit kepalanya menyama dengan wajah Farah. Bibirnya mendekatkan ke telinga Farah.
"Lagi beberapa hari lagi kita akan berkahwin. Get ready ye sayang? Get ready for our first night. I can't wait. " Ujar Karen dengan suara yang halus mampu menggetar tangkal hati wanita sesiapapun.
Hujung bibirnya tersenyum nakal. Pfft...Hembusan nafas Karen yang mengena ke cuping telinga Farah membuat bulu roma Farah serta-merta mencanak naik. Alahaii...Karen dah tunjuk sisi nakal dia yang sebenar. Mulalah nak tunjuk meow dia tu. Dulu dingin bukan main.
Alahai Farah kau dah lupa ke...dulu dengan sekarang berbeza ngahh...
Farah menggerutu sendirian di dalam hati. Malu tak terkata dah rasanya ni.
"Nasib saya boleh bertahan lagi tau untuk beberapa hari ini. Kalau tidak...hari ini juga saya panggil pendeta untuk kahwinkan kita. No one can stop me."
Auch! 'No one can stop me'. Ayat tu lebih menambah debaran di dalam jantung Farah.
Karen tertawa kecil. Lucu dengan reaksi Farah yang sudah bertukar pucat.
'My girl...lepas dah kahwin nanti. Hadaplah perangai saya ni. Saya akan selalu sentiasa usik awak Farah. Just wait and see...heheh.'
*******
"Ma! Kak! Adik dah balik ni!" Seorang lelaki yang begitu muda sebaya remaja masuk ke rumah seraya menghempaskan punggungnya ke atas sofa. Penat!
Zaidan Fann. Yeah, lelaki itu ialah adik kepada Ciara sendiri. Fann mengeluh nafas kepenatan. Dia meliar memandang rumah sekeliling.
Terbit senyuman kecil di bibirnya.
"Rumah ini...tak pernah berubah walau sedikit." Suara muskynya mengujarkan perkataan itu seraya tertawa kecil.
Puan Rosania beserta senyuman yang tidak lengkang dari bibirnya terus mendapatkan anaknya yang satu itu.
"Adik!"
"Mama!" Fann terus bangun apabila melihat wajah ibunya. Sungguh, wajah itu dirindukannya selama beberapa bulan tidak berjumpa. Dia balik pun kerana nasib cuti semester.
Mereka terus berpelukan sesama sendiri. Puan Rosania sudah tersenyum. Senyuman yang sudah lama tidak terukir buat anaknya. Hanya Fann anak yang dia kasihi.
"Ma, mama sihat tak? Kakak mana? Lama adik tak jumpa dia." Soal Fann terus apabila pelukan dileraikan.
"Mama sihat je. Rasa rindu dengan anak mama ni akhirnya kita dapat berjumpa juga." Jawab Puan Rosania seraya membelai lembut rambut hadapan Fann.
Fann terkebil-kebil seketika. Ibunya masih belum menjawab sepenuhnya pertanyaan dia.
"Kakak ma? Apa khabar dia? Kakak dalam bilik dia ye? Adik nak tengok kaklah. Dah lama tak jumpa ni." Ujar Fann.
Belum sempat dia mahu melangkah kaki ke bilik Ciara... Pang!
Kedengaran sesuatu kaca terpecah di atas lantai. Bunyi itu datang dari dapur. Puan Rosania dan Fann berpandangan seketika. Terus mereka sama-sama meluru ke dapur.
Fann yang sudah dapat tahu kakaknya berada di dapur sudah tersenyum-senyum seorang diri.
Dan...betul tekaannya! Ciaralah yang memecahkan cawan kaca tadi. Opss ...cawan kesayangan dia. Tapi, takpelah dia dah tak kisah pasal hal tu. Asalkan dia dapat tengok wajah kakaknya.
Tetapi lain pula reaksi Puan Rosania. Kelihatan wanita itu cuba menahan geram di lubuk hati.
Alamak! Ciara sudah menekup mulutnya gara-gara terkejut cawan kaca terpecah. Ni kalau mama dia tahu ni...habis dia nanti!
Tanpa Ciara sedar, adiknya sudah memandang ke arah Ciara sambil tersenyum. Tetapi, lain pula bagi Puan Rosania. Sungguh mata itu tajam saja mencerlung ke arah gadis itu. Kalau tidak ada Fann di sini, dah tentu dia kerjakan Ciara habis-habisan nanti.
"Kak..." Sedang ralit Ciara berada dalam kegelisahan tiba-tiba dia terdengar suara yang sangat dikenali. Suara yang begitu dia nantikan dan rindui.
Ciara perlahan-lahan mengangkat kepalanya menoleh ke kanan ke arah suara tadi.
"A-Adik?" Terasa panas tubir mata Ciara seketika. Haihlah, sensitif betul kau Ciara.
"Kakak..." Akhirnya si adik-beradik itu berpelukan mesra sesama sendiri.
Manakala Puan Rosania yang melihat sudah menjeling sinis seraya berpeluk tubuhnya. Pandangan dilarikan ke arah lain. Malas dia mahu lihat wayang free drama air mata kat sini. Menjengkelkan!
"Adik bila balik? Sihat tak ni? Dah makan? Kakak dah masak lauk kegemaran untuk adik kesayangan kakak ni." Ujar Ciara seraya tersenyum lebar. Gembira akhirnya dapat berjumpa dengan adiknya. Digoyang-goyang kedua-dua tangan adiknya manja beberapa kali.
"Syukur, adik sihat je kak. Baru je balik tadi. Mujur mama perasan. Laa, betul ke kak? Wahh, tak sabar rasanya ni nak makan. Dah lama tak rasa masakan kakak ni." Ujar Fann dengan seronoknya.
"Hehehe, kan!" Ciara tersenyum lembut.
"Dahlah bermesra tu. Adik pergilah mandi dulu. Nanti turun makan ye sayang?" Kata Puan Rosania dengan nada yang begitu lembut.
"Okey baik boss!" Fann sudah mengambil beg galasnya yang berisi pakaian di atas sofa ruang tamu. Selepas sebaik sahaja Fann mendaki tangga naik ke atas memasuki biliknya Puan Rosania terus menghampiri Ciara dan mencubit-cubit pipi gadis itu sekuat hati.
"Arhhh-arhhh, kenapa ni ma..."
"Apa ma-ma? Kau dah lupa yang kau dilarang memanggil aku dengan panggilan itu? Ehh, lagipun aku tak hingin lah nak jadi ibu kau! Kau kata apa? Kau dah pecahkan cawan kesayangan Fann di hadapan anak kesayangan aku!" puan Rosania cuba mengawal suaranya daripada menjerit. Tidak mahu Fann dengar pula nanti.
Namun, wanita itu menjerit dalam kebisikan. Ciara sudah hampir mahu menangis. Takut rasanya untuk dia bertentang mata dengan ibunya.
"Ciara minta maaf...C-Ciara betul-betul tak sengaja."
"Sengaja atau tak sengaja?!" lagilah puan Rosania mencubit dan memulas sekuat hati di pipi Ciara.
Ciara sudah hampir menjerit kerana kesakitan. Namun belum sempat dia hampir terjerit sakit ibunya sudah menekup mulutnya.
"Kau jangan nak cuba jerit dari sini. Kalau. Tidak. Mati. Aku. Kerjakan. Kau. Nanti." Satu per satu wanita itu menyebut ayat itu. Matanya sudah membulat besar memandang tajam ke arah Ciara.
"Sumpah, Ciara b-betul-betul tak sengaja. Erghh, tolong...tolong lepaskan pipi Ciara. Ciara sakit ma...hiks hiks sakit..." Jatuh air matanya di hadapan ibunya.
Puan Rosania tersenyum kejam.
"Sengaja atau tak...kau fikir aku peduli ke? Kau dah jatuhkan cawan kesayangan anak aku...di hadapan dia pula tu. Ehh, dia baru balik kau dah cari pasal ke? Cari pasal dengan dia... maknanya kau sedang cari pasal dengan aku kau tahu?!"
Ciara menggeleng kecil beberapa kali. Dia memang betul-betul tak sengaja. Lagipula, adiknya seperti tidak kisah selepas melihat cawan kesayangannya pecah. Sungguh, alangkah masa dapat diputarkan...dia akan lebih berhati-hati. Ibunya tidak akan semarah ini.
Ciara tersenyum kecil dalam kesakitan. Semua kata-kata dan deraannya dari ibunya cuba untuk dia sedaya mungkin menguatkan diri. Biarpun begitu perit sekali yang dia rasakan. Hanya mampu simpan di dalam hati...
Puan Rosania sudah tidak sabar. Lauk sambal yang tersedia hidang di atas meja makan dikerlingnya. Seraya itu dia memegang sudu dan mencedok kuah sambal itu ke atas telapak tangannya.
Kemudian, dengan kejamnya dia menengeh-nengeh sambal itu ke muka Ciara dengan kasar.
"Arghhh! Pedih...pedih! Pedih!" Ciara sudah menggelupur badannya apabila ibunya sendiri terus-terusan menengeh sambal di seluruh wajahnya. Sambal itu pula tidak semena-mena terkena mata Ciara. Sebelum itu, tidak lupa Puan Rosania cuba menekup mulut Ciara daripada menjerit kuat di segenap ruang tamu ini. Takut nanti Fann akan tahu kalau-kalau ibunya masih tidak berubah selalu saja menyakiti Ciara.
"Arghh..." Mata Ciara yang sudah terkena sambal cili yang baru dimasaknya tadi dipejamnya serapat mungkin. Sempat sambal itu masih sejuk di atas meja. Kalau tidak, lagi teruk Ciara rasanya bertambah dengan hangat dan pedihnya sambal ke seluruh mukanya.
Ciara sudah cemas berlari mahu ke sinki. Terus dia memulas paip dan mencuci wajahnya kasar berkali-kali terutama di matanya dari sambal itu.
Satu per satu air paip berusaha dicurah ke wajahnya terutama sekali matanya sebanyak kali. Biarpun, sambal itu sudah tersingkir di wajahnya namun rasa pedih di matanya masih lagi terasa.
Disebabkan matanya yang pedih, matanya mula berair di tubir mata. Jatuh satu per satu air mata di pipi gadis itu. Ciara sudah jatuh terduduk tidak terdaya di atas lantai. Tersandar tubuh belakangnya di rak bawah laci sinki. Matanya dipejamkan serapat mungkin. Pedih. Pedih sangat. Hanya itu yang dia rasakan saat ini.
Puan Rosania tersenyum. Sambal yang menitik sedikit ke lantai dilihatnya.
"Lepas ni, kau cuci lantai ni sampai bersih-bersih ye? Jangan sampai adik aku perasan dan curiga walaupun sehabuk sedikit pun. Ingat itu." Selepas berkata begitu, Puan Rosania sudah berlalu pergi mendaki tangga satu per satu. Sempat lagi, dia menghadiahkan jelingan maut kepada Ciara.
Ciara sudah memeluk lututnya. Badannya yang menggigil bagaikan tidak henti-henti.
Ciara mengetap bibir bawahnya sekuat hati sehingga mengeluarkan darah.
Tangannya mula menggaru lengannya berkali-kali dengan kasar. Itulah habit Ciara sekiranya merasa marah, sedih dan kecewa. Perasaan itu... betul-betul sakit sehingga mahu mati.
Dia hanya mampu melepaskan semua rasa itu dengan menyakiti dirinya sendiri.
Lengannya itu sudah kelihatan mahu menggelupas kulitnya. Ini kerana, lengannya selalu menjadi mangsa garukan Ciara. Setiap kali Ciara didera dan dihina dengan teruk setiap kali itu jugalah dia akan menggaru lengannya kasar seperti orang gila.
Kalau dilihat dia tidak menggaru lengannya tetapi...mungkin dia menunggu masa untuk terus-terusan menggaru lengannya di dalam bilik ketika sendirian.
Ciara dengan gilanya hanya terus-terusan menggaru lengannya yang sedia terluka itu sekuat hati. Membuat lengannya bertambah parah lagi.
"Hiks...hikss...s-sakit. Hati aku lebih sakit. A-Aku bagaikan tidak tertahan..."
Tanpa dihiraukan, setitis air mata jernih hanya terus-terusan mengalir di celahan pelupuk matanya.
********
Sepanjang makan malam, Fann seperti perasan perubahan pada kakaknya. Kelopak mata kakaknya pula terlihat seperti merah seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena.
Selepas makan malam...
Tukk...tuk...
"Masuk!"
"Fann membuka pintu bilik kakaknya dari luar. Dia perlahan-lahan masuk ke dalam bilik memandang kakaknya yang sedang termenung kecil di atas katil.
Mata yang termenung...mata yang begitu sayu penuh dengan duka yang tersembunyi.
"Kak..."
"Ehh adik..." Ciara tersenyum manis melihat adiknya ke sini.
"Kenapa ni? Akak tak sihat ke ni? Macam ada yang tak kena je adik tengok." Fann melabuhkan punggung di atas birai katil di sebelah kakaknya.
Ciara tersenyum keliru.
"Ehh? Kenapa? Kakak nampak macam mana? Ohh, pucat ke...Ehh biasalah adik...kakak cuma penat sikit je ni. Tak ada apa-apalah."
"Hmm...betul ni tak apa-apa? Adik tengok mata akak macam merah je. Kenapa?"
"Hahh? Merah? Ohh! Mungkin sebab...akak tertengeh mata dengan sambal tadi waktu lepas adik balik tu. Heheh, sebab itulah. Adik bukan tahu...akak ni kan orangnya suka cuai. Suka ceroboh gitew."
"Heheh, tapi akak tetap gadis yang cute tahu? Cuai-cuai pun... nampak comel je. Macam budak-budak kakak ni heheh..."
"Amboi perli ke puji ni?"
"Heheh, of courselah puji kak!"
Mereka berdua sama-sama tertawa kecil. Fann memandang kakaknya dengan lama.
"Bagaimana kehidupan kakak dengan ibu? Ibu...tak dera kakak lagi kan? Sepertimana ibu pernah janji pada Fann dulu. Atau...atau kakak memang tak baik-baik saja dengan ibu. Kakak boleh cerita semuanya pada Fann. Biar Fann yang cakap dengan ibu kalau betul ibu masih tak berubah. Please...jangan pendam semua ni sorang-sorang? Akak nampak je kuat tapi di dalam... lembut dan rapuh. Tiada siapa yang dapat faham akak selain adik..."
Ciara tersenyum dengan kata-kata adiknya. Kedua-dua pipi Fann disentuhnya lembut.
"Adik, pandang kakak. Tengok apa reaksi kakak sekarang ni."
Fann terdiam seketika.
"Ermmm, reaksi senyum?"
"Yeahh! Itu bermakna...kakak tak apa-apa. I'm fine! Sepanjang adik tiada...kakak happy je dengan ibu di sini. Ibu dah berubah! Dia malah layan kakak dengan baik sekali. Kakak rasa beruntung sangat adik. Kakak gembira...kakak tersenyum...hihih kalau kakak sedih...takkan kakak senyum macam ni kan adik? Adik jangan risaulah kakak langsung tiada masalah pun dengan ibu kita." Ciara melazimi setiap butir ayat itu beserta senyuman yang tidak lekang di bibirnya.
Fann tersenyum lega hati mendengar kata-kata itu. Terus tubuh kakaknya ditarik masuk ke dalam dakapannya.
"Adik happy...kerana selama ini kakak happy juga. Adik tak dapat lupakan... bagaimana sengsaranya kakak dahulu. Akhirnya, kakak happy. Inilah yang adik ternanti-nantikan selama ini. Iaitu kebahagiaan kakak sendiri..." Hati Ciara tersentuh mendengar kata-kata adiknya.
Tangannya dengan erat membalas pelukan adiknya. Tanpa Fann sedar, air mata Ciara sudah menitis perlahan ke pipi.
********
Keesokan paginya...
Ciara pov
Gembiranya tak terkata apabila aku sudah dapat panggilan dari Darwish mengatakan yang aku boleh berjumpa dengan bossnya hari ini juga. Dan dia akan hantar location pada aku.
Yess! Inilah hari yang paling berdebar buat aku huhu.
Aku sudah memeluk phone aku serapat-rapatnya ke dada. Sambil memejamkan mata tersenyum lebar. Haih, berangan ler tu! Entah-entah kau tak lulus diterima kerja tu. Jangan terlalu happy sangat Ciara. Takut nanti...menangis tak berlagu. Huhu macam lagu India 'janam' tu. Ahak...
Skip...
Ya Tuhan, tidak terasa masa cepat berlalu. Dan sekarang...aku akan jumpa dengan boss Darwish tak lama lagi!
Darwish mempersilakan aku untuk mengikutnya. Aku hanya menggiyakan tidak berkata apa.
"Boss, inilah orangnya. Ciara Quitta."
Seorang lelaki yang bersuit hitam berserta kemejanya yang di dalam yang berwarna merah perlahan-lahan memusingkan tubuhnya ke sini.
Arhhh Ciara...inilah detiknya...Detik untuk berjumpa dengan dia. Siapa boss selebriti yang terkenal itu. Aaa... bestnya!
Kaca hitam perlahan-lahan diturunkan ke bawah. Akhirnya, wajah itu sudah terpampang dengan jelas.
Aku tergamam.
"E-Encik?"
Hai readers kesayangan miya...Mlm ni miya bagi hadiah double update punye...Saje, sbb miya rindu syg² (readers) miya ni >< And, sorry atas kekurangan dlm novel ni... Ahem, Klau korang komen novel miya ni ...miya mgkin bls lmbat. Buat novel ² yg miya tk komen... Untuk novel Aina, moah! Miya ucapkan tahniah MarkHailey happy ending >< Untk novel Lavi, auch! So sweet sgt Christika>< Untk novel abg DA, miya sempat baca sikit tpi watak Gabriel tu mmg jhat la huhu... Untk novel ayka plk, huhu Ayka...jgn bgi Amani merajuk lma² tau kesian kt si hero.. >< Dan semua novel kawan np yg sokong miya. Sorry, miya tk dpt berhubung dgn korang. Untk kawan² miya, miya selalu sentiasa support semuanya dari belakang novel² korang. Jgn pernah give up >< fighting! Jumpa lagi semua...mgkin di bulan atau tahun yg akn dtg. Huhu, terima kasih sgt sbb ade yg sudi sanggup tunggu novel miya...I hope you guys faham keadaan miya...Hmm, jgn rindu dgn miya plk nnti tau...heheh >< Salam sayang, Miya
Share this novel
It's okay miya.. Oh my crush! Hahahah. Lawak ah Ciara nih. Sebijik macam Puteri perangai..