"Bosssss! Bosss! Aduhh mana boss ni? Dah nak malam kut huhu." Ciara sudah terintai-intai di celah pintu. Cahaya jingga menjamah ke matanya menandakan hari sudah mahu menginjak senja.
Ciara sudah tidak senang duduk. Ish, mana pula pergi Encik Boss kite ni.
Anjing laut ohh anjing laut...
Aduhh, rasa berdosa pula panggil macam tu. Ngehh, ada ku kesah walaupun crush sendiri.
Disebabkan di sini mahu semakin gelap. Ciara terawang-awang tangannya seketika tidak berdiri tetap mahu mencari lampu. Aduhh duhh Ciara! Kenapalah dari tadi kau tak buka lampu. Asyik mengelamun je keje. Kan dah makin gelap.
Tiba-tiba tangan Ciara tersentuh something di hadapannya yang dia tak pasti apa. Terus mencanak bulu romanya di situ. Apatah lagi, mendengar desahan nafas yang begitu hampir dengannya saat ini.
Entah-entah...
Pakk!
"Arghhh!" Terus terjerit kecil Ciara di situ tak semena-mena tertarik apa yang dia sentuh itu. Terkejut.
Ciara memejamkan kelopak matanya serapat mungkin. Dalam hati sudah mengutuk-ngutuk bossnya sendiri. Manakan tidak, tiba-tiba diajak ke sini. Mau-mau rumah ni berhantu ke. Dahlah boss dia tinggalkan dia sorang-sorang. Entah ke mana tak tahu.
Takkt..
Serta-merta keadaan menjadi cerah. Bunyi suis dipetik dari seseorang.
Kyran mendengus kecil. Apa budak ini fikir dia hantu ke apa?
Tak semena-mena kolar bajunya ditarik paksa oleh gadis itu. Dan dia terpeluk pinggang ramping Ciara gara-gara tidak mahu kolar bajunya carik. Dahlah baju ni baju kesayangan dia.
"Bukalah mata woi! Kau ni...Aku bukan hantulah." Suara musky kasar menerjah ke gegendang telinganya.
Ciara pula sudah menahan senyum termalu seorang diri. Sedar itu ialah bossnya sendiri. Perlahan-lahan matanya dibuka. Terpaku sekejap apabila muncul sewajah bagaikan bidadara kayangan memenuhi kornea matanya.
Seperti drama Korea yang ditontonnya, jantungnya pasti akan berdegup kencang. Wow! Terasa beruntungnya dia kerana scene ini benar-benar terjadi pada dirinya. Ingatkan ada pada drama sahaja.
Ta...tapi kan...Kyran nampak lebih handsomelah dengan pakaian santai T-shirt yang tersarung di tubuhnya. Beserta rambut yang agak basah. Mungkin dia baru mandi. Auch! Memang mengancam hatinya betul.
"Perlu ke aku asyik peluk pinggang kau ni dan rapat dengan kau semata-mata kau mahu tilik aku bagaikan anak patung tak berkelip, huh? Dahlah berat macam kerbau," jawab Kyran sambil tersenyum sinis melihat wajah itu yang mulai kemerahan. Mungkin sedang menahan marah.
Ciara sudah membulatkan matanya mendengar kata-kata itu.
Terus dia kembali berdiri tegak semula. Dan serta merta tangannya lepas dari mencengkam kolar baju lelaki itu. Kyran turut sama berbuat demikian.
Ciara sudah mengecilkan matanya memandang wajah bossnya tidak puas hati.
"Ohh ya? Saya berat macam kerbau? Awak tu pula apa? Berat macam zirafah, huh? Ohoh! Saya tahu awak pun berat anjing laut tapi lagi berat dari anjing laut biasa, tahu?" Ciara mencekak pinggangnya.
Kyran tidak terkata seketika. Beraninya Ciara kata begitu padanya.
'Dia tak sedar ke yang dia ni sedang bercakap dengan siapa? Huh!'
Kyran sekali lagi mendengus kasar tidak puas hati. Wajah dipaling ke arah lain.
Ciara yang baru tersedar dirinya sudah terlepas cakap serta-merta menekup mulutnya.
Opss...
"Boss..." Belum sempat dia mahu berkata apa lagi, Kyran sudah melangkah kakinya ke dapur.
Tanpa Ciara sedar, Kyran sudah mengomel sendiri di dalam hati.
'Apa dipanggilnya aku zirafah? Lepas tu huh, anjing laut? Wahh... Darwish manakah kau kutip perempuan tu jadi pekerja aku. Tak beradab langsung!' sempat lagi Kyran mengutuk Ciara di dalam hati. Masing-masing saling mengutuk tetapi tak berani pula mahu mengutuk depan-depan. Haa eloklah sangat tu.
Ciara dengan wajah takut-takut mengekori langkah bossnya ke dapur.
Kelihatan lelaki itu sedang duduk meminum air. Seperti biasa, wajah itu hanya beriak ketat dan dingin. Langsung tanpa senyuman. Hanya satu senyuman yang ditonjolkan. Sinis.
Tiba-tiba satu bunyi asing muncul.
Kiukk...kriukk...kriuk
Serta-merta mata tajam Kyran menatap wajah Ciara.
Ciara terkejut dan terkedu. Ahh, dia dengar?
"Errr, bunyi apa tu eh? Bunyi cicak kut. Ish cicak ni pun satu kan?! Buat terkejut kite je..." Ciara cuba berdalih. Dalam hati, harap-harap bossnya itu percaya.
Kyran mengukirkan senyuman sinis.
"Rumah aku mana ada cicak. Malah, bunyi cicak dengan bunyi orang yang perut lapar sangat lain," selar Kyran membuat Ciara tersentak. Argh malu!
Huhu, duhai perut...Waktu time ni juga kau mahu berbunyi di hadapan crush sendiri.
"Kau lapar?" Soalan dungu itu ditujukan ke arahnya.
Ciara mengangguk kecil.
"Aku ada order pizza. Nanti dia akan sampai. Kau tunggu ajelah ye?" Ujar Kyran sinis dan selamba badak membawa gelas air ke ruang tamu. Remote tv dicapai.
Sofa dihenyak ke punggung. Spontan tv dibuka memaparkan siarannya.
Langkah kaki Ciara kini dibawa ke ruang tamu. Dia hanya mengikut Kyran dari tadi. Dan setia berdiri seperti tunggul di belakang sofa.
Kyran yang menyedari hal itu tergamam. Ohh patutlah... Terlupa suruh dia duduk. Yelah, nama pun gadis bendul kan.
"Duduklah sebelum aku paksa kau duduk. Rumah ni? Jangan buat macam rumah sendiri pulak. Tapi, dengan rules, kau jangan terlebih kekok. Nampak macam orang dungu tahu tak?" Ciara sekali lagi tersentak. Amboi-amboi kali ini dia kata kite dungu pula? Hampeh...
Ciara akhirnya melabuhkan punggung kasar di situ juga tidak jauh dari Kyran. Dia memeluk tangannya ke dada masih tidak puas hati. Sabar... Sabar...Jangan melawan, Ciara.
Ciara cuba memujuk diri. Nanti terlepas cakap pula macam tadi tak ke naya. Mau-mau bossnya tiba-tiba mahu pecat dirinya terus terduduk dia nanti.
Kyran menjeling ke arah Ciara. Tahu pun senyap, huh? Tadi mulut tu...dah macam lebah je. Berdesing telinga dia ni dengar.
Ting tong...Ting tong...
Bunyi loceng kedengaran.
"Pizza dah sampai. Nah, bayar. Pergi...pergi..." Kyran membuat gaya seperti menghalau kucing. Sambil tangan disua duit ke arah gadis itu.
"Yelah-yelah...Tak menyempat betul." Namun di hujung ayat Ciara bergumam perlahan.
Kyran mengulum senyum sinis.
Buka saja pintu kelihatan dua kotak pizza dipegang oleh penghantar makanan itu.
"Ini rumah Tuan Kyran Andrew Johansson ke?"
"Yes."
Seusai urusan mengambil makanan, Ciara menutup pintu sambil tersenyum-senyum seorang diri. Mungkin seronok, akan dapat makan pizza bersama crush nanti. Inilah masa-masa yang dia nantikan.
Kyran hanya mengekori dengan anak mata memerhatikan gerak-geri gadis itu meletakkan pizza di atas meja ruang tamu ini.
Selepas itu, dia bingkas ke arah dapur mengambil dua pinggan dari kabinet. Dengan berlari anak sambil memegang pinggan Kyran hanya menatap gadis itu tanpa berkelip. Senyuman sinis seperti biasa diukirnya.
"Kalau jatuh pinggan nanti, kau ganti. Lari terkedek-kedek macam itik dah kenapa?" Ujar Kyran dengan riak selambanya. Kedua-dua tangan disilangkan ke dada sambil menyandarkan tubuh ke sofa. Cool.
Ciara tidak berkata apa. Dia hanya menjeling tajam ke arah Kyran sambil mula meletak pinggan ke atas meja. Kyran mencebik bibir ke tepi apabila terpandang jelingan itu.
Sos pula cuba digoyangnya untuk diletak ke atas pizza. Ehh, sejak bila...dia ambil sos? Pizza tak cukup. Sosnya nak diambil.
Kyran menggeleng-geleng kecil. Mungkin, sejak dia termenung kecil layan siaran tv tadi.
"Kau makan. Tak perlu sediakan untuk aku."
"Tsk..." Ciara menjuih bibir.
"Selapar-lapar saya...takkan saya nak makan dua kotak pizza ni sekaligus. Awak ni... kalau tak nak makan, kenapa order banyak?" Ucap Ciara selamba sambil menggigit pizza dan mengunyahnya. Dia hanya makan dengan tangan. Jangan risau dia dah basuh tangan. Tak sukalah mahu bersudu bagai. Jap, ada ke orang makan pizza bersudu bagai. Hmm entah!
"Makan... makanlah banyak-banyak. Memang untuk kau seorang pun. Kau kan kerbau. Jadi, kerbau mestilah makan banyak. Kan-kan? Hahah..." Tergelak sinis Kyran padanya.
"Uhuk-uhuk..." Ciara sudah tersedak mendengar hal itu.
"Ehh-ehh kenapa ni? Kau jangan muntah kat sini pula. Geli aku."
Ciara menatap tajam ke arah bossnya itu. Sakit hatinya yang dia rasakan. Eyyy nak je dia tumbuk-tumbuk mulut tu. Dah berbisa sangat.
Cakap pasal mulut. Ciara terpandang bibir Kyran yang seksi itu. Haa mulalah fikiran negatif menjejaskan otaknya.
Ciara menggeleng-geleng kecil beberapa kali. Tak-tak Ciara, jangan pandang...
Kyran mengerutkan dahinya. Dah kenapa budak ni? Tergeleng sana, tergeleng sini...
"Kau dah kenapa?" Celah Kyran pelik.
"Hahh? Err...tak ada apa-apa. Heheh..." Ciara tersengih kecil. Dia kembali menyambung makannya.
Melihat Ciara makan dengan lahap dan penuh berselera membuat perut dia menjadi lapar pula. Kyran memandang kotak pizza yang terbuka. Sungguh, Kyran tak makan benda-benda macam ni. Dia kan bintang. Seorang bintang takkan makan benda-benda macam ni.
"Ohh ya, Miss Ciara..." Panggil Kyran secara meleret penuh perlian di situ.
"Yeah Mr. Kyran?" Soal Ciara tidak mengalah.
Huhh...
Kyran mencarik senyuman sinis.
"Macam mana kau boleh tahu di mana tempat pinggan dan di mana sos? Aku tak pernah beritahu kau pun." Mendengar soalan itu, Ciara sudah tertawa kecil sehingga tertekup mulutnya.
"Hahah, soalan sejenis apakah ini? Hello boss...Bos pun harus terfikirlah. You think... pinggan selalunya letak mana? Sos pula letak mana? Mestilah pinggan letak di kabinet kan? Takpun, kalau bukan kat kabinet kat rak mana-mana ke? Apa punya soalanlah boss ni, hahaha!" Ujar Ciara beserta tawa sisanya yang masih kedengaran.
Sampai berair matanya ketawa.
Kyran sudah menetap bibirnya geram. Pandangan tajam seperti helang ditumpukan ke arah Ciara.
Sapp! Terus menusuk ke hati. Ciara automatik terhenti tawanya. Crushnya ni bukannya boleh agak. Bila terpandang pandangan tajam tu terus terpejam matanya seketika. Ohh myy... mau-mau hari macam ni. Hatinya boleh terbunuh dengan pandangan tajam itu.
Melihat Ciara tertunduk-tunduk sambil makan Kyran sudah tersenyum penuh makna. Dalam otaknya, sedang ligat berfikir cara untuk kenakan Ciara semula. Just wait and see, muahehe...
Kyran tiba-tiba bangun dari duduk dan berjalan perlahan-lahan ke arah Ciara.
Ciara yang sedar akan hal itu sudah terkerdip-kerdip matanya memandang Kyran yang satu per satu melangkah ke arahnya. Gulp! Irama detak jantungnya sudah tidak lancar. Erk! Mr. singa sudah bangun dari tidur ke? Aduhh, si anjing laut mana boleh jadi singa!
Kau merepek apa ni Ciara...Sekarang tengoklah nanti apa yang crush sendiri akan buat pada kau. Haa padan muka engko! gelakkan dia sangat.
Langkah demi langkah Kyran ke hadapan dengan penuh gaya dan sangat perlahan menambahkan lagi rasa takut dan debaran di hati Kyran. Dia...tak pernah buat seperti ini pada perempuan lain melainkan Puteri.
Melihat Kyran semakin dengannya, perlahan-lahan bibir Ciara cuba bicara.
"A...A-Ap..pa ya-ng...boss nak buat ni?" Gagap Ciara.
Kyran tidak berkata apa. Hanya senyuman sinis yang diukir di bibir merah itu. Tiba-tiba badannya dibengkokkan sedikit. Wajah didekatkan dengan wajah Ciara. Semakin hampir dan dekat membuat Ciara terpejam mata seketika. Takut!
Ciara dapat rasakan hembusan nafas lelaki di sipi-sipi tepi wajahnya.
Perlahan-lahan Ciara membuka kelopak matanya. Sesak nafas dibuatnya terutama apabila kain menutupi separuh wajah itu.
Kyran tersenyum sinis.
Damn!
Kelihatan Kyran berdiri tegak di hadapannya sambil menggoyang-goyang remote tv di tangannya. Rupa-rupanya Kyran cuma mahu ambil remote tv di belakang sofa yang diduduki Ciara.
Ciara sudah mengetap bibir bawahnya menahan rasa. Manakala Kyran sudah ketawa terbahak-bahak bagaikan tidak henti.
"Hahaha! Kau dah kenapa Ciara? Kau fikir memang aku akan cium kau ke? Sampai mati pun... Takkanlah. Never...it will happen." Kyran masih ketawa di hujung ayatnya.
Selepas menutup tv melalui remote di tangannya. Terus kakinya berura-ura mahu pergi namun dipatah balik kakinya menghadap Ciara.
"Ohh, sebelum terlupa..." Kyran mendekat ke arah Ciara semula. Matanya yang ditundukkan memandang pizza di pinggan Ciara. Sos yang masih tersisa di atas pizza itu dicalitnya dengan tangan lalu mencalit pula ke dahi Ciara.
Ciara sudah membuntangkan matanya. Tak cukup, dicalitnya dahi aku dengan sos?!
"Bosssssss!"
"Opss!" Kyran sudah menekup mulutnya sengaja.
Muka sengaja beriak simpati kemudian ketawa sinis.
"Hahah, kau nampak cantik dengan calitan sos ni hahahahaha!" ujar Kyran ketawa lagi lalu tanpa berlengah terus berlari-lari anak menaiki tangga.
Sempat matanya melirik ke arah Ciara. Tawa sinis hanya menemani langkahnya saat ini.
"Hahahaha...adehh so funny you are Ciara."
Ciara sudah mengemam bibirnya. Kelihatan kelibat itu semakin lama semakin hilang dari pandangannya.
"Eyyyy bosssss!"
********
Seorang lelaki menatap lama sebingkai gambar itu. Bingkai gambar itu pula dikelilingi dengan bunga-bunga kecil palsu. Dan dalamnya terdapat sepasang gambar yang begitu cantik sekali di pandangan mata. Senyuman itu langsung asyik menjamah ke matanya. Puteri.
Kyran mengerutkan dahinya. Sekali lagi setiap kali menatap gambar itu hatinya terasa begitu terhiris sekali. Hatinya masih tidak percaya akan kepergian Puteri selama ini.
Kelihatan di gambar itu dia bersama Puteri berpelukan bahu sambil tersenyum lebar sesama sendiri.
Kyran membelai wajah wanita di gambar itu. Makin lama, terasa pecah air matanya tidak mampu dia tahan. Hanya terus mengalir perlahan ke pipi sebutir air jernih itu.
Ciara yang berjalan perlahan-lahan secara diam ke arah pintu bilik yang dimasuki oleh bosnya terpandang lelaki itu sedang menatap sebingkai gambar di atas katilnya itu.
Ciara tersentak.
"Boss...menangis ke?" Gumam Ciara perlahan. Tanpa sedar, tepi kepala digarunya konfius. Takkan sebab aku kut.
Secara spontan Ciara terus melangkah setapak demi setapak ke dalam bilik itu. Dia hanya mengikuti nalurinya untuk masuk ke bilik itu.
Kyran yang menyedari Ciara masuk ke biliknya terus mengelap air mata dengan belakang tangan.
"Apa yang kau buat di sini?" Soal Kyran dingin.
"Hahh? Ermm...heheh, tak boleh ke?"
Kyran memandang ke arahnya dengan tajam.
"Dah sahlah tak boleh! Ini bilik aku. Kau memang sengaja nak aku naik angin kat kau ke?"
"Woo-woo boss! Lek-lek. Saya...saja masuk kat dalam bilik ni. Hehe rumah ni besar sangat. Tersesat nak cari bilik air. Hehe, jadi saya termasuk dalam bilik bos nilah. Sorry..." Ciara tersengih-sengih kecil.
Ish dialah tu Ciara! Kau dengan alasan memang tak boleh berpisah. Padahal sajalah tu mahu usya bos sendiri.
"Hmm, dialah tu."
Melihat wajah muram bos, Ciara tahu ini mesti bosnya sedang menangis. Gambar itu...
Ciara dengan nakalnya menghampiri bos lalu terus merampas sebingkai gambar itu dari tangan sepantas kilat.
Kyran yang agak terkejut dengan tindakan refleks Ciara terus berdiri memandangnya tajam.
"Bagi balik!"
"Tak nak, hehe."
"Ciara, I say bagi balik!"
"Tsk, kalau bos nak bos ambillah!" Goyang Ciara pada gambar itu berkali-kali. Terus dia melompat di atas katil bosnya. Ciara tidak melihat lagi di dalam gambar bingkai seseorang yang mirip dengannya itu. Eeei, beraninya kau Ciara.
Kyran sudah bertukar riak wajahnya menahan marah.
"Ciara!"
"Hihih." Ciara dengan seronoknya hanya melompat-lompat di atas katil sambil tertawa kecil seperti kanak-kanak Ribena.
'Bestnya lompat atas katil ni. Tak macam katil kat rumah aku.' getus Ciara dalam hati. Sempat lagi.
Kyran tidak mengalah. Dia turut naik di atas katil dan cuba mencapai gambar bingkai itu dari tangan Ciara yang terawang ke atas namun Ciara lebih pantas mengelak.
"Hehe tak dapat! Uwuu...bluerk!" Ciara sengaja mengapi-apikan Kyran dengan menjegilkan mata bulatnya.
Kyran mengetap bibir bawahnya menahan geram cuba untuk tangkap gambar kenangannya bersama Puteri tetapi asyik tidak berhasil.
Tangan Ciara yang menggenggam bingkai gambar itu sambil terawang ke atas tidak semena-mena mata Ciara turut melihat ke atas.
Terus terbuntang mata Ciara menyaksikan dengan jelas seseorang di dalam gambar itu. Ciara tergamam dan tak terkata.
Sementara Kyran pula, dengan geramnya terus menggenggam kasar lengan Ciara dan menolak tubuh kecil itu ke atas katil.
Bukk...
Secara tak sengaja, Kyran berada di atas Ciara. Ciara agak terkejut. Lama mereka berpandangan. Kini, sepi menemani mereka seketika.
Manakala gambar bingkai itu masih berada di dalam genggaman tangan Ciara yang terlunjur tetapi kali ini hanya di atas katil bersebelahannya.
Kyran yang memandang tajam ke arah Ciara perlahan-lahan baru dia tersedar bahawa dia terduduk di atas badan Ciara. What the fish!
Mata Ciara memandang gambar di tepinya dan wajah Kyran bersilih ganti.
I-Ini...jadi perempuan ini...ialah isteri tuan Kyran? Kenapa aku tak tahu?! Wajahnya... yang begitu iras sekali dengan wajah aku. Oh tuhan... apakah ini kebetulan...
Mata Ciara masih tidak menyangka dan memandang wajah bosnya dengan reaksi tidak percaya.
"Give me back my picture."
Suara gerun itu kedengaran menendang ke cuping telinga Ciara sambil lengan putih Ciara itu masih digenggam erat oleh Kyran.
"Boss..." Ciara masih tak terkata.
"Why? Kau masih tak nak bagi balik huh?" Kyran sudah tersenyum sinis. Hembusan nafasnya mengena ke wajah Ciara.
Namun, dengan pantas tangan itu terus merampas gambar tersebut dari genggaman Ciara.
Kyran terus bangun dari atas katil. Namun Ciara masih tetap terpegun berbaring di atas katil seperti batu.
Kyran tersenyum sinis.
"Kau nak terus tidur atas katil aku ke hahh?!" Sedikit terkejut mendengar suara jerkahan bosnya. Terus statik Ciara memandang tepat ke arah bosnya.
'Ish, jerit-jerit. Macamlah aku tak ada telinga boss ni. Aku rasa dia fikir yang aku ni alien tanpa telinga tu kut.' desisnya di dalam hati.
Ciara dengan kelam-kabut bangun dan berdiri di tepi katil di hadapan Kyran.
Jari telunjuk terus dituding ke arah gambar di sisi bosnya itu.
"Itu... gambar isteri bos?"
Kyran yang mendengar persoalan itu terus sedikit bertukar riak wajahnya.
"None of your business." Ujar Kyran dingin.
Ciara tidak berpuas hati. Tiba-tiba dengan langkah perlahan-lahan dia cuba mendekati Kyran.
"Boss..." Panggil Ciara dengan nada meleret-leret.
"Kau dah kenapa?" Soal Kyran jengkel. Tak semena-mena dia turut terundur sedikit ke belakang gara-gara Ciara tiba-tiba mendekatinya.
"Saya rasa kan..."
"Muka boss ni..."
Kyran mengangkat keningnya.
"Handsome, huh?"
"Tsk..." Ciara menjulingkan matanya ke atas. Boss aku ni...dingin-dingin pun sempat lagi nak puji diri sendiri.
"Ha'aa, tapi kurang tepat. Muka boss ni saya rasa macam jodoh sayalah ahak!" Ciara tertawa kecil nakal.
What the...
"Hahaha!" Ciara menekup mulutnya. Lagilah membuat Ciara tertawa melihat muka masam bossnya itu. Dah macam susu yang masam yang dah lepas tarikh luput pula!
"Ciara, kau jangan main-main dengan aku." Keluar dah nada serius dari Kyran.
"Heheh, tapi muka boss ni juga boleh disamakan dengan apa tau?"
"Pokok bunga matahari! Yeah..."
Kyran mengurut dahinya. Pening melayan kerenah pekerjanya itu.
"Malas nak layan." Terus Kyran mahu menapak keluar dari biliknya. Terasa dahaga pula tekak ni. Nanti keluarlah budak si Ciara dari dalam biliknya. Kalau tak keluar juga, mahu nanti dia rembat Ciara dengan kayu penyapu.
"Bos seperti bunga matahari kerana ia selalu menceriakan orang lain. Hilang satu kelopak bunga matahari ia sudah seakan tidak cantik lagi dipandang oleh orang lain. Malah, kerana hilangnya satu kelopak bunga itu maka ia takkan disebut dengan nama bunga matahari lagi."
Langkah Kyran terhenti seketika.
Ciara berjalan perlahan-lahan ke arah bossnya itu. Begitu juga Kyran yang memalingkan wajahnya tepat ke arah Ciara. Mereka berpandangan seketika.
"Dan satu kelopak yang hilang itu ialah isteri bos sendiri kan..." Kyran tidak terkata. Matanya hanya tepat memandang ke arah Ciara.
Ciara menunduk wajahnya sambil tersenyum manis. Terus wajah itu dijamah penglihatannya.
"Bos kena ingat. Walaupun bunga matahari itu hilang satu kelopak ia juga masih kelihatan cantik di hadapan saya. Boss, bukan bunga matahari sahaja yang pernah kehilangan bunga kelopaknya."
"Saya boleh tahu...boss masih sedih kerana atas kehilangannya...tapi tidak bolehkah boss kasihan pada diri sendiri sedikit saja? Bos sedih. Bos sakit. Tapi, rasa sakit itu akan lebih dirasai oleh isteri bos itu sendiri sekiranya boss masih berduka di atas pemergiannya. Sekarang bos pilih...sama ada boss sakit atau lebih rela isteri boss yang lagi sakit?"
Agak tersentak mendengar setiap bait ayat Ciara itu.
Ciara tidak berkata apa. Terus melanjutkan langkahnya keluar dari bilik itu.
Manakala Kyran masih statik berdiri diam di situ. Kata-kata Ciara menusuk ke kalbunya.
Perlahan-lahan Kyran memandang ke arah pintu.
"Kau takkan faham Ciara. Kau takkan faham dan rasakan itu. Cinta yang begitu mendalam terhadap seseorang yang dicintainya tiba-tiba pergi meninggalkan dirinya selama-lamanya. Sakit. Sakit itu masih terasa hingga sekarang."
Gumam Kyran perlahan. Tangan di sisinya yang sedikit menggeletar digenggamnya erat membentuk buku lima.
Manakala kepala didongak sedikit atas sambil terpejam mata.
*********
"Karen, bestkan tempat ni? Cantik... Tenang je. Sesuai aje untuk kita berdua-duan." tersenyum Farah sambil menuturkan kata. Dia menghirup udara segar. Di situ, terdapat banyak pokok di sekeliling dan mereka sedang duduk di atas rumput sambil menikmati pemandangan di cuaca baik tapi tidak bagi Karen. Fikirannya menerawang ke arah lain.
"Hmm... " Karen hanya berhmm.
Tiba-tiba Farah melentokkan kepalanya ke atas bahu Karen. Dipeluknya erat lengan itu manja.
Karen hanya terdiam tidak berkutik.
"What's wrong with you?" Tiba-tiba soalan itu ditanya oleh Farah membuat dia tersedar akhirnya.
"Apa?"
"What's wrong with you, Karen? Awak nampak tak bersemangat. Tell me the reason. Selalunya, kalau bersama saya...awak hanya akan senyum sahaja. Sekarang? Awak dah banyak mendiam diri," Ujar Farah sudah lama perasan akan hal itu.
Karen cuba untuk memandang Farah. Namun tubuh itu tidak berganjak dari terus menyandar kepala ke bahunya.
"Saya? Ermm, tiada apa..."
Mendengar akan hal itu terus tubuh Farah menjadi tegak di tepi lelaki itu.
"Tiada apa? Seriously? Ini bukan Karen yang saya kenal. Eh, awak macam ada sorok dari saya sesuatu aje." Jari dinaikkan menuding ke wajah Karen.
Karen tersenyum manis. Jari itu ditepisnya lembut ke bawah.
Terus tubuh kecil itu ditarik masuk ke dalam dakapan.
"You want to know Farah?" Karen memejamkan kelopak matanya perlahan menahan perasaan.
Farah yang berada dalam pelukan mengangguk kecil.
"Saya...saya cuma tak nak kehilangan awak. Hiks, betul-betul tak nak kehilangan awak untuk selama-lamanya. Biarpun, kisah silam kita yang cuba untuk mengejar. Awak orang yang saya perlukan. You're my life, ugh..."
Farah terkejut.
"Karen awak nangis?" Dia cuba untuk meleraikan pelukan. Namun, Karen semakin memperketatkan pelukan itu.
"Just begini...just biar begini. Hanya sementara, please..." Suara Karen dengan lirih. Tangisannya semakin lama semakin kuat.
"F-Fa...r..rah...hiks, I really don't want y-you leave me alone..."
"Shhh! I know, Karen. Please, don't cry..." Farah menepuk lembut belakang itu.
"I feel scared..."
"Please, p-promise me...Hiks, you'll not disappear...from my life. Forever. Arghh hiks... please promise to m-me..."
"Yeah, I'm promise to you. Saya takkan menghilang atau ke mana-mana. I'm your's... Please stop cry dear. Kita dah berjanji di kolam hari tu bukan?"
Karen tidak tahu bagaimana perasaan apa yang dirasakannya saat ini. Tetapi, biarpun Farah sudah berjanji padanya dia masih merasakan kesakitan itu. Dia tidak faham dengan dirinya sendiri. Dia tidak mahu gara-gara kisah silam semua di masa depannya terjejas
hanya disebabkan dia masih berpaling ke belakang.
Oh god, alangkah indahnya sekiranya aku dapat bersama dengan Farah tanpa lagi memikirkan apa-apa. Tetapi itu...pasti sangat mustahil. Masa silamku betul-betul masih menguasaiku saat ini. Apatah lagi, apabila mendapat tahu semua ini.
Farah bergumam perlahan di dalam hati.
'Kenapa tiba-tiba Karen seperti ini? Apakah ada sesuatu yang mengganggunya?'
_________________
Sedutan untuk chapter seterusnya...
"Ciara...." Suara menggoda itu membuat jantung Ciara yang perlahan berdegup tadi serta-merta menjadi laju.
Gulp! Air liur ditelan kasar. Aduhh bos! Janganlah buat saya seperti ini boss! Arghh...hati Ciara menjerit sekuat mungkin.
"Baru ingat mahu balik, huh? Semalam kau pergi mana? Tidur dengan jantan lain?"
"Ma... Tak boleh ke kalau tak buruk sangka dengan Ciara. Orang penatlah..."
Pangg!
"Karen..."
"Terangkannya semua pada aku. Semuanya satu per satu... Tell me! Tell me for everything, Zain!"
"Papa yakin, Karen ialah orangnya. Jagalah Farah sebaik-baiknya kerana hanya papa tahu hanya Karen sahaja yang boleh bahagiakan dia. Janji dengan papa. Lepas saja kahwin, Karen takkan tinggalkan dia dan selalu cuba untuk bahagiakan dia? Sebab gadis itu sudah cukup derita selepas selama ini."
Karen tersenyum lembut.
Tangan uncle di bahunya dia sentuh.
Titisan air mata jatuh di pipi.
"Semua ibu bagaikan hanya satu pembohongan. Anak derhaka memang muncul di dunia ini tapi ibu? Bagaimana pula layanan tidak adil mereka terhadap anaknya sendiri? Bagi ibu yang tidak bertanggungjawab panggilan apa pula yang sesuai buat mereka sendiri?"
"Setiap perkara itu tidak kekal selamanya. Dia pasti juga akan berubah. Begitu juga berkait dengan perasaan kita sendiri. Sama juga dengan buah. Kalau dibiarkan lama juga, dia juga akan hilang manisnya nanti,"
"Ciara, kau pernah kehilangan seseorang yang kau paling sayang?"
"Arghh!" Laju Kyran melingkarkan tangannya ke pinggang Ciara.
Disebabkan Kyran sempat menyambut pinggangnya serta-merta tangan Ciara terpeluk leher Kyran. Fuh, selamat.
Ciara terkebil-kebil matanya seketika apabila dirinya sudah sedar yang dia terpeluk bosnya itu dengan kejap sendiri. Begitu juga dengan Kyran.
"Kau jangan risau. Lagipun, esok aku akan menjadi salah sebahagian keluarga uncle Henry. Kau tahu kan apa maksudnya?"
"Lepas, Ciara." Aku menggeleng kecil.
Tubuh aku sedikit tertolak ke tepi. Nasib tangan menahan meja dari jatuh ditolak olehnya.
Disebabkan tolakan itu, kain cadar yang menutupi separuh wajahku terlucut begitu saja. Menampakkan seluruh wajah aku yang sebenar.
"Karen! Karen! Dengar tak? Tolong buka pintu ni, please! Apa yang terjadi pada papa saya!"
"Ciara...Ciara...Kenapa sifat dalam diri kau ni selalu mengingatkan aku pada si dia?"
Hai guys, sorry lmbat update. Ermm, hrp readers masih tk bosan lgi hehe dgn novel ni
Share this novel