BAB 9

Romance Completed 9628

Ting! Tong! Ting! Tong!

"Wait a second!" Laung Adellya. Pelik. Bukan ke dia dah beritahu Zafran
tunggu dia dekat lobby? Kenapa tiba-tiba pula datang ke biliknya? Tanpa
mengintai siapa di lubang kecil itu, Adellya terus membuka pintu.

"Zaf, I..."

Tercengang. Terkaku. What's he doing here?

"Morning."

Tanpa izin sepasang kaki tetamu yang tidak diundang itu laju melangkah
masuk ke dalam bilik Adellya.

"So, are you ready to fly back?"

"What are you doing here, Reez?" Tanpa menjawab soalan Hareez laju dia
menembak suaminya dengan soalan lain.

"Saja datang nak melawat isteri I. Salah?" Soal Hareez sinis.

"You should not be here." Mata memandang jejaka yang segak berpakaian
juruterbang di depannya ini. Mereka akan terbang balik ke Malaysia dalam
masa beberapa jam lagi. Sudah seminggu dan sudah sampai masanya untuk
mereka pulang ke tanah air. Untuk menguruskan hal-hal yang patut
diselesaikan dengan segera.

"Why not?" Hareez menjatuhkan badannya di atas katil queen tanpa
menghiraukan pandangan tajam Adellya.

"Or you takut Zafran tahu I ada dalam bilik you?"

Adellya memejamkan matanya rapat. Tidak mahu melayan kepala Hareez yang
kadang-kandang okey, kadang-kandang tidak okey.

"Kalau you tak ada apa-apa nak cakap, better you keluar dari bilik I. I
have work to do." Ucap Adellya menahan sabar.

"Okay. But, before I keluar, I nak tahu something. Where have you been
last night? " Soal Hareez menahan sabar.

"That's not your business. So, pelease get out from here." Kenapa nak
tahu mana aku pergi? Sabarlah wahai duhai hati.

"I tak akan keluar selagi you tak jawab soalan I. And yes! This is my
business, because you are my wife, Adellya!" Bentak Hareez.

"Yaa! I'm your wife. But, after today, I will become your ex wife. So,
please, Hareez. Stop, stop pretending like you care about me." Lirih
sekali suara Adellya kedengaran di telinga Hareez.

"You... memang tak sabar nak sadang title janda kan?" Soal Hareez tiba-tiba.

Terbuntang mata Adellya. Ya Allah. Apa yang tak kena dengan suami dia
ni? Bukan ke Hareez yang tak sabar nak sadang title duda? Dah kenapa dia
pula yang dipersalahkan?

"Kenapa you tak jawab?"

"Hareez, tell me. Apa yang you tak puas hati dengan I sebenarnya ni? You
kan yang tak sabar nak lepaskan I. Now, kenapa you cakap seolah-olah I
yang mintak perpisahan ni?" Bidas Adellya.

Ting tong!

Ting tong!

Belum sempat Hareez membalas kata-kata Adellya, loceng bilik hotel
berbunyi menandakan ada yang datang.
Zafran. Entah kenapa, hati Adellya kuat mengatakan bahawa manusia yang
menunggu di luar ialah Zafran. Laju mata memandang tajam ke arah Hareez.
Hatinya sakit melihat Hareez yang berpeluk tubuh.

"You tak nak tengok siapa yang datang ke?" Soal Hareez sinis.

"Entah-entah kekasih hati you yang datang." Sambung Hareez dengan senyum
sinis.

Laju kaki melangkah ke pintu. Saat pintu dibuka, bukan main laju
jantungnya berdegup. Seperti dia telah melakukan kesalahan dan
tertangkap oleh Zafran.

"Hai, Lya." Sapa Zafran dengan senyuman mesra.

"Errr.. Hai. You buat apa dekat sini?" Soal Adellya tergagap-gagap.

"I tunggu you kat bawah tadi, tapi you tak turun-turun. Tu yang I naik
ni. Takut you terlajak tidur." Jelas Zafran sambil tergelak kecil.

"Haaa, I... I.. ada nak packing a few things lagi ni. You turunlah dulu.
Nanti bila dah siap, I turun. Okay?"

"Laaa, takpelah. Kita turun sekali je. I tunggu you."

"No! No. I mean, Nanti you bosan pulak kalau tunggu I kat sini. Why not
you turun. Then, you having a chit chat dengan yang lain dulu sambil
tunggu I?" Kalut Adellya memberi alasan kepada Zafran.

"Lya, what's wrong with you? You okay ke tak ni?" Pelik Zafran melihat
tingkah laku Adellya. Kabut semacam saja.

"It's okay. I boleh tolong you packing barang mana yang tak packing lagi
tu." Laju saja kakinya melangkah masuk ke dalam bilik hotel Adellya.
Tidak sempat Adellya menghalang kapten muda itu.

"Barang mana lagi..." Terkedu. Itu yang dapat Zafran gambarkan. Melihat
Hareez yang enak berbaring di atas katil queen itu. Sakit mula menjalaar
di dadanya. Sesak untuk dia bernafas dengan baik. Patutlah tak nak bagi
aku tunggu.
Rupanya dah ada yang datang membantu.

Adellya hanya dapat memejamkan matanya. Tidak dapat bayangkan apa yang
akan terjadi selepas ini. Dia tahu apa yang Zafran rasakan saat ini.
Sumpah dia tidak berniat nak lukakan hati Zafran.

"Hey, Zaf. Kau buat apa kat sini?" Sapa Hareez buat-buat terkejut.

"Hareez. Aku tak tahu pulak kau ada kat sini." Suara dikawal baik. Tidak
mahu menunjukkan bahawa dia sedang marah saat ini.

"Laaa, tak akan nak masuk bilik isteri sendiri pun salah kot." Ucap
Hareez dengan sinis.

"Reez!"

"Right. Tak salah. Aku yang salah sebenarnya datang masuk bilik isteri
orang." Sampuk Zafran sebelum Adellya berkata-kata.

"Zaf..." Sayu suara Adellya memanggil dirinya.

"I should go now, Lya. I tak tahu you ada dengan suami you. Kalau I tahu
I tak ganggu. Sorry." Ucap Zafran sayu sambil melangkah keluar.

"Zaf, wait. I boleh jelaskan." Pinta Adellya sambil menarik lengan
jejaka itu.

"No need, Lya. Tak ada apa-apa yang you nak jelaskan. He's your husband,
so..." Senyuman hambar dihadiahkan kepada Adellya sebelum melangkah
pergi meninggalkan Adellya terkaku di depan pinntu biliknya.

Ya Allah! Kenapa ini yang terjadi?

Dengan perasaan marah, laju kakinya melangkah masuk ke dalam bilik.
Tanpa menghiraukan Hareez yang berdiri di situ, dia mengapai segala
barang-barangannya dan melangkah keluar. Tidak mahu membuang waktu
dengan melayan karenah Hareez.

Tidak terkata Hareez melihat Adellya laju melangkah keluar meninggalkan
dia sendiri di situ. Tanpa sepatah kata. Tak akan marah kot? Kaki laju
mengikut jejak langkah Adellya.

***********************************************
Sunyi sepi di dalam lif membuatkan Adellya terasa sedikit kekok berdiri
di samping Hareez. Yelah, dah lama tak berjumpa. Tup tup bila dah jumpa
perkara yang tak dijangka pula berlaku.

"Ehem!" Deheman kecil dari Hareez tidak dihiraukan. Malas mahu melayan
lelaki itu. Buat sakit hati je. Hai, lambat pula lif ni bergerak.

"Adel..."

Ting!

Kaki laju melangkah meninggalkan Hareez. Panggilan Hareez dibiarkan.
Sepasang matanya laju mencari susuk tubuh seseorang. Hati itu perlu
dipujuk. Dirinya baru saja ingin merasakan kebahagian, ini pula jadinya.

Kepala dipusing ke belakang. Lelaki yang dari tadi mengejarnya sudah
tiada. Malas nak ambil tahu mana dia pergi.

"Sarah."

Sarah yang berdiri di dalam kelompok itu berpaling.

"Hey, Adel. Apasal kau lambat sangat turun? Dari tadi Kapten Zaf cari
kau." Kata Sarah dengan senyuman penuh makna.

"Kau ada nampak Zafran tak?" Soal Adellya.

"Zafran? Amboi, dah tak ada lagi dah Kapten dekat depan ya. Kau ada
hubungan dengan Kapten ae?" Usik Sarah.

"Ishhh! Kau ni. Dahlah. Biar aku cari dia sendiri." Tanpa menghiraukan
Sarah dia melangkah mencari jejaka itu.
Matanya menangkap susuk tubuh jejaka itu. Belum sempat dia mengahampiri,
Zafran melangkah masuk ke dalam bas yang akan membawa mereka semua ke
airport. Keluhan dilepaskan. Dengan perasaan kecewa Adellya melangkah.
Mungkin dia patut memberi masa untuk Zafran bertenang. Nanti dia akan
curi sedikit masa untuk memujuk jejaka itu.

********************************************

"Sure, babe. Leena, I have to go now. Bas kitorang dah sampai ni. Nanti
bila I dah selamat landing, I call you, okay baby?"

"........"

"Yaaa, love you too." Bibir mengucap kata cinta kepada gerangan di sana.
Tetapi mata memandang wanita di sini yang berdiri jauh darinya itu. Satu
perasaan hadir bertandang ke dalam hatinya saat memandang wajah itu.
Entah apa dia juga tidak tahu. Yang dia pasti saat Adellya bersama
Zafran, dia cemburu. Hatinya sakit. Tak akan cintanya terhadap Eleena
sudah berpaling semula kepada Adellya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience