BAB 13

Romance Completed 9628

'He's gone, Lya. Teksi yang bawak Zafran ke airport accident. Lori yang
datang dari arah bertentangan langgar teksi yang Zaf naik, menyebabkan
mereka bertembung dan Zaf....'

'He's gone, Lya.'

Satu ayat mampu membuatkan semangat hidupnya terbang melayang. Satu ayat
mampu membuat dia tidak mampu berdiri lagi. Satu ayat mampu membuatkan
dia menangis tidak berhenti sehingga sekarang.

Kapten Zafran. Tiada lagi Zafran yang akan menemani siang dan malam dia.
Tiada lagi yang akan menemani dia makan. Tiada lagi Zafran yang
mengucapkan kata rindu dan cinta. Semuanya tinggal kenangan. Perginya
Zafran ibarat semangat untuk dia terus hidup melayang.

Kata Qalif, kenderaan yang dinaiki Zafran mengalami kemalangan semasa
Zafran dalam perjalanan ke airport. Teksi yang membawa Zafran bertembung
dengan sebuah lori. Dan
Zafran menghembuskan nafas terakhirnya disitu. Ya Allah! Berat untuk dia
menerima semua ini.

Zafran pergi saat tiada siapa disisinya. Zafran pergi disaat dia belum
meluahkan perasaan sayang buat lelaki itu. Masih terngiang-ngiang di
telinganya saat Zafran ingin berlepas pergi.

'Nanti, bila I dah tak ada, you jaga diri you baik-baik tau. Jangan bagi
orang lain sakitkan hati you lagi. I will gonna miss you, Lya.'

Patut dia rasa berat hati untuk melepaskan Zafran pergi, rupanya Zafran
ingin meninggalkannya, bukan untuk seminggu tapi untuk selamanya. Batu
nisan di gosok lembut ibarat dia membelai kepala Zafran.

"Zaf, I tak sangka you akan tinggalkan I secepat ni. I tak sangka Zaf.
You tunaikan janji you, yang you akan balik in one piece. Tapi, bukan
dengan keadaan you yang tak bernyawa, Zaf. Bukan itu yang I mintak Zaf."
Semakin teresak tangisannya.

"I tak tahu macam mana kehidupan Iepas ni tanpa you, penguat semangat I.
I ingat I mampu untuk terus berdiri sendiri. Tapi, ternyata I salah. I
tak boleh. But, I will try. Itu yang you nak tengok kan? I akan doakan
you semoga you tenang di sana, Zaf. InsyaAllah, I akan selalu datang
jumpa you. I pergi dulu, sayang. Assalamualaikum, Kapten Zafran." Ucap
Adellya seiring dengan aliran air mata yang mengalir di pipi gebu itu.

Saat dia kalih ke belakang, hanya pandangan sayu yang mampu dia
lemparkan kepada Hareez. Tiada mood untuk bertikam lidah dengan lelaki
itu. Dia masih diselubungi dengan perasaan sedih. Dia harap Hareez faham
keadaan dia macam mana.

"Kita selesai hal kita selepas keadaan kembali pulih." Hanya itu yang
mampu dia ucapkan kepada Hareez.

Hareez yang sejak dari tadi hanya mampu melihat isterinya tangisi
kepermegiaan lelaki lain. Walaupun setiap patah kata yang dikeluarkan
dari bibir mungil itu membuatkan hatinya bagai disiat sebilah pisau, dia
hanya mampu bertahan dan terus menemani Adellya di situ. Takut, Adellya
akan melakukan perkara diluar jangkaan.

Begitu sedihkah Adellya saat Zafran pergi? Begitu cintakah Adellya
kepada Zafran? Ya Allah, hilang sudahkah rasa cinta dalam hati isteriku
buat diriku ini? Air mata mengalir di sebalik Rayban dipakainya disapu.
Kakinya melangkah mengikut langkah Adellya.

"Adel, I hantar you balik, ya." Ucap Hareez perlahan sambil lengan
Adellya diraihnya.

"It's okay. I boleh balik sendiri." Perlahan Adellya membalas.

"I tak boleh biarkan you balik sorang-sorang dalam keadaan emosi you tak
menentu Adellya." Pujuk Hareez.

"I larat lagi." Bantah Adellya. Dia tidak mahu melibatkan Hareez lagi.

"Adel, please. I tahu you tengah bersedih. Tapi, you still kena fikirkan
tentang diri you jugak." Geram dibuatnya. Dalam keadaan macam ni pun
masih jugak nak berkeras kepala.

"Fine!" Langkah diatur menuju ke kereta Hareez.

"I hantar you balik rumah ibu." Ucap Hareez saat enjin kereta dihidupkan.

"Buat apa hantar I kat sana? I nak balik rumah I." Suka-suka hati dia je.

"Kalau dekat sana nanti ada yang boleh tengok kan you nanti. Kalau you
sorang-sorang, sape nak tengok kan you?"

"You ingat I tak ada jiran tetangga ke?" Sinis saja ayat dikeluarkan
Adellya.

"Adel, bukannya dorang 24jam boleh tengok kan you."

"Tapi, I nak bersendirian. I perlukan ruang untuk I tenangkan diri I."

"Habis tu, dekat rumah ibu tak ada ruang untuk you tenangkan fikiran
you? Boleh tak kalau sekali you jangan melawan cakap I? I ni suami you,
Adel."

"Fine. I akan balik rumah ibu, but with one condition." Putus Adellya.

"What, dear?" Tanya Hareez dengan senyuman. Lega Adellya mahu menurutinya.

"I tak nak tengok muka you dekat rumah ibu sepanjang I tinggal dekat
sana nanti. Kalau you sanggup tunaikan syarat I, I akan tinggal dekat
sana sehingga I okay. Muktamad."

Senyuman yang mekar, kembali melayu setelah mendengar syarat Adellya.
Keluhan dilepaskan perlahan. Entah macam mana dia patut lembutkan hati
Adellya.

********************************

Angin dilaman rumah keluarga Hareez membuatkan dirinya nyaman sebentar.
Masalah yang dialami juga terasa hilang dibawa arus angina. Alangkah
indahnya jika masalah itu akan hilang begitu saja dan tidak akan kembali
lagi. Namun, tidak semudah itu.

Hampir sebulan Zafran pergi tinggalkan dia. Dan selama itu juga dia
tinggal di rumah Puan Iman. Hareez juga tidak kelihatan selama dia di
situ. Mungkin, sewaktu dia berada di dalam bilik Hareez pulang untuk
bertemu dengan ibu selepas itu balik. Tak pun berdating denagan buah
hati sayang.

Pekerjaannya juga sudah dia tidak ambik tahu. Bukan malas, tapi setiap
kali ingin melangkah ke sana, bayang-bayang Zafran mula bermain di mata.
Semua kenangan bersama Zafran terngiang-ngiang di minda. Ya Allah,
betapa rindunya dia dengan arwah Zafran. Hanya berdoa yang mampu dia
lakukan.

Kadang-kadang ada juga terdetik difikirannya. Berdosakah aku apabila
perasaan rindu dan sayang untuk lelaki lain wujud di dalam hati ini
selain buat suami? Tapi, jika bukan Hareez yang mulakan dulu. Dia tidak
akan lakukan semua itu. Perasaan buat Zafran tidak akan pernah wujud
jika Hareez menjaga hubungan mereka berdua.

Pernah terdetik di hati. Kenapa dia dengan Zafran tak ditemukan
awal-awal lagi? Sebelum perasaan cinta dan sayang buat Hareez? Namun,
dia bukan siapa-siapa nak bantah ketentuan Allah. Kita hanya mampu
merancang, tapi Dia yang menentukan.

***********************************

Suara riuh di ruang bawah membawa kaki Adellya melangkah turun. Ingin
melihat apa yang menyebabkan kawasan itu kecoh.

Di situ, dia dapat melihat Puan Iman dan Encik Hisyam sedang melayang
tetamu yang membelakangi dia. Terlihat seperti sepasang suami isteri dan
seorang wanita muda. Tapi, tidak pasti pula siapa.

"Adel, sini nak." Panggil Puan Iman.
Asalnya malas ingin pergi tetapi atas desakkan Puan Iman terpaksa juga
dia melangkah.

"Adel, ini mak ayah Eleena." Ucap Puan Iman perlahan. Tidaj tahu
bagaiman reaksi Adellya. Tapi, daripada penglihatannya hanya pandangan
kosong yang diberikan Adellya buat keluarga Eleena. Tiada persaan marah
atau sedih. Encik Hisya hanya tersenyum kelat. Tidak tahu bagaimana
perasaan menantunya itu.

"Ini anak makcik ke? Adik Hareez? Tapi, Reez cakap yang dia anak
tunggal." Soal Eleena. Baru dia perasaan, wanita muda itu, Eleena.

"Ouhhh, ini anak arwah kawan baik makcik dan pakcik, Adellya namanya."
Jawab Puan Iman berhati-hati. Dia tahu jawapannya telah mengecewakan
Adellya. Namun, dia tidak tahu mahu memberi jawapan apa sekiranya
Adellya berdiam diri. Dan Hareez pula tiada di sini.

Adellya hanya mampu tersenyum kelat. Bersalam dengan mak kepada Eleena
dan berlalu meminta diri untuk ke atas.

Sungguh tiada perasaan yang dapat dia gambarkan sekarang sebab dia tak
rasa apa-apa pun. Sakit mahupun kecewa, tidak. Hanyalah kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience