BAB 6

Romance Completed 9628

Lama juga dia berdiri di situ sampai naik lenguh kakinya itu. Dia
berjalan melangkah untuk ke meja mereka. Tidak mahu membuat rakan-rakan
setugas bimbang akan dirinya.

Kakinya terkaku saat terpandang susuk badan tegap yang sedang bersandar
di dinding dengan kedua belah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"You dah okay?" Soal Zafran perlahan. Saat menyedari kehadiran Adellya.
Matanya tepat memandang ke dalam mata Adellya.

"Maksud you?" terpingga-pingga Adellya dengan soalan Zafran.

"You tak nak kongsi dengan I ke, Lya?" Keluh Zafran.

"Kongsi apa?" Semakin pelik Adellya dengan soalan yang keluar dari mulut
Zafran. Tup! Jangan-jangan...

"Sampai bila you nak rahsiakan daripada I pasal hubungan you dengan
Kapten Hareez?" Soal Zafran sedikit tegas namun tetap perlahan.

"Arr.. app... apaa yang you cakapkan ni?" Soal Adelly gagap. Tak kan
Zafran dah tahu?

"You still nak berdalih lagi? I dah dengar semuanya tadi, Lya. About
your marriage. Then, cerai semua tu. Kenapa you tipu I selama ni, Lya?"
Pelahan suara Zafran. Sakit hatinya saat mengetahui hubungan antara
Adellya dan Hareez.

Adellya hanya mengetap bibir menahan air matanya dari jatuh. Akhirnya
tiada apa yang dapat dia sembunyikan lagi daripada jejaka di hadapannya
kini.

***************************************** *************
Adellya menghenyakkan badannya di atas katil empuk itu. Dia ingin
melepaskan semua penat lelah yang dia lalui. Tangan diletakkan ke atas
dahi. Keluh dilepaskan. Masih terngiang-ngiang di telinganya perbualan
anatara dia dan Zafran.

*************************************************
"How could he did this to you, Lya?" Bentak Zafran. Panas hatinya
setelah Adellya meluahkan semuanya. Itu pun selepas dipaksa olehnya.
Kalau tidak, sampai ke sudah tak adanya dia nak bercerita. Walaupun
terdetik di sudut hati dia kecewa dan terluka atas berita Adellya telah
pun dimiliki, dia tidak sanggup melihat keadaan Adellya sekarang. Keluh
dilepaskan perlahan-lahan.

"Habis tu, apa yang you nak buat? You nak bercerai? You setuju dengan
permintaan dia tu?" Bertubi-tubi soalan keluar dari bibir seksi itu.
Zafran berpusing memandang Adellya. Berjujuran air mata yang mengalir di
pipi gebu itu.

"I... I... I tak tahu, Zaf. I tak tahu." Semakin kedengaran tangisan
Adellya . Kepala dielengnya berkali-kali. Sungguh tidak tahu apa yang
harus dia lakukan. Setuju atas permintaan Hareez? Atau...

"Lya, do you love him? Do you still love him?" Soal Zafran perlahan
sambil mengusap perlahan air mata yang mengalir di pipi Adellya.

Diam. Sepi. Tidak tahu apa jawapan yang patut dia berikan. Cinta? Ya.
Tapi, masihkah si dia mencintai dia? Tapi, kenapa begitu berat bibir ini
untuk member jawapannya?

"Lya, look at me. Tell me. Do you still love him selepas apa yang dia
buat dekat you?" Mata bertentang mata. Kelu lidah Adellya untuk bertutur.

"If the answer is yes, I will help you to change it to be no. I will
help you to forget about him. Just give me a chance and I will make you
happy forever, your life will become like a rainbow, Adellya. That's my
promises. Trust me. I will." Ucap Zafran ikhlas sambil memandang tepat
ke mata Adellya.

********************************************************************
Dia masih cintakan Hareez. Tapi setelah apa yang Hareez lakukan, masih
layakkah mereka untuk hidup bersama kembali? Berkali-kali dia mencari
dan berfikir. Dimana kesalahannya, kekurangannya sehingga Hareez sanggup
menduakan dia dan ingin menceraikannya? Sempurna sangatkah perempuan
itu? Dan jika dia memilih Zafran, akan bahagiakah hidupnya nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience