BAB 5

Romance Completed 9628

"Dear!"

Adellya berpaling saat terdengar jeritan tersebut. Tersenyum dia
memandang Zafran berlari anak mengejarnya.

"Kenapa tak tunggu I?"

"Sorry." Kena tunggu ke? Soal batinnya.

"So, lepas ni Lya, you nak ke mana?" Soal Zafran.

"Hmm, I nak balik hotel. Tired." Berada di dalam kapal terbang selam
13jam dari Malaysia ke London membuatkan dia berasa sangat letih.

"Nak balik hotel? Tak nak lepak dulu? The crews nak lepak sempena sambut
our new captain."

Our new captain? Bermakna Hareez.

"Tak kut. Betul-betul penat. You jelah pergi. Beritahu dorang I minta
maaf sangat sebab tak dapat join." Pinta Adellya.

"Are you sure? Hmm. Kalau macam tu, I pun tak joinlah. I ikut you balik
hotel." Ucap Zafran sambil berura-ura menarik luggagenya itu.

"Ehh. Kenapa pulak?" Pelik Adellya dengan Zafran.

"Yelah. You tak nak pergi. I pun tak naklah."

"Janganlah macam tu. Nanti apa pulak kata dorang kalau you tak pergi. I
ni takpelah. Hanya stewardess. You tu captain. You should go, Zaf."
Pujuk Adellya. Dia betul-betul tidak terasa mahu bergambung untuk
menyambut kehadiran Hareez.

"Dear, kalau you tak nak pergi, I pun tak nak pergi. Titik!" Tegas Zafran.

"But, why?" Keluh Adellya.

"Habis tu, you nak biarkan I sorang-sorang kat sana? I'll be boring
kalau you tak ada. Lagipun, I tak akan biarkan you balik hotel
sorang-sorang." Ucap Zafran.

Belum sempat Adellya membalas, kelihatan dua manusia menghampiri mereka.
Sarah dan di belakangnya, Hareez?

******************************************
Atas pujukkan Sarah dan Zafran dia terpaksa turut bergambung memeriahkan
lagi majlis tersebut. Mereka mengadakan di sebuah restoran halal.
Restoran yang sudah menjadi tempat kunjungan mereka sekiranya mendarat
di London.

Suasana yang riuh itu sedikit pun tidak membuatkan hati Adellya
terhibur. Dia benar-benar tidak selesa. Terutama sekali dengan kehadiran
Hareez. Bukannya dia tidak biasa dengan majlis sebegitu, cuma kehadiran
Hareez yang membuatkan dia rasa sebegitu. Dia mengeluh perlahan sambil
menyandarkan badannya di kerusi. Adellya hanya memandang Hareez dengan
hujung mata sahaja. Tidak berani memandang terang-terangan.

"Lya? Are you okay?" Soal Zafran. Adellya kelihatan tidak selesa dari
pandangan dia.

"I'm okay. Don't worry." Adellya tersenyum nipis. Mahu menyedapkan hati
kapten itu.

Adellya menyuap sedikit Chocolate Cake ke dalam mulutnya. Dia pernah
terbaca dalam beberapa artikel bahawa chocolate boleh menghilangkan
tekanan. Kalau betul, dia sudah tidak kisah banyak mana dia telan benda
alah bagi setiap wanita di dunia ini.

Suapan Adellya terhenti apabila tangan kasar milik Zafran berada di tepi
bibirnya itu. Tersentak di buatnya.

"You makan comot sangatlah, Lya. Macam budak-budak." Senyum Zafran
melihat kecomelan Adellya.

Adellya hanya tersenyum pahit. Dia memandang sedikit wajah Hareez di
hadapannya itu. Hanya riak tenang dipamerkan suaminya itu. Dia tak marah
ke orang sentuh isteri dia? Soal hati kecilnya. Adellya, kau dah lupa
ke? Dia kan dah tak cintakan kau lagi. Pahit. Itu yang dia rasakan saat ini.

"Zaf. I nak ke ladies sekejap." Pamit Adellya. Zafran hanya menggangguk
kepalanya.

Adellya berlalu meninggalkan meja tersebut.

Hareez hanya memandang Adellya berlalu dari sebelah kapten muda itu. Apa
hubungan mereka berdua? Dari Malaysia lagi mereka berdua tampak mesra.
Tidak mungkin hanya rakan kerja. Pasti lebih. Melihat cara yang Zafran
tunjukkan itu sudah terbukti. Lelaki. Itu. Cintakan. Adellya, isterinya.
Tiba-tiba Hareez tersedar. Dia tidak sepatutnya ada perasaan seperti
ini. Bukankah dia sudah tidak cintakan Adellya? Hanya Eleena di dalam
hatinya.

Sebut pasal Eleena, dia belum hubungi lagi cinta hatinya itu setelah
tiba di London. Kerana teruja menyambut majlis dia, terlupa pula kepada
orang di sana. Cepat-cepat dia meminta diri keluar.

************************************************************
Adellya menapak keluar dari toilet. Langkahnya tiba-tiba terhenti saat
terdengar suara yang amat dia kenali itu. Hareez.

"I'm really sorry, Baby. I tak sengaja. Dorang buat party sikit untuk I,
sempena ketibaan I. I'm so sorry, okay?" Pujuk Hareez. Sepi. Mungkin
Hareez mendengar balasan dari sebelah sana.

"Yaa. I promise. Lepas ni, I tak buat lagi dah macam ni. Okay, I balik
nanti kita dating puas-puas, kay?"

Adellya mendekatkan lagi kedudukkannya dengan Hareez. Agak lebih jelas
apa yang mereka bualkan. Mungkin percakapan di sebelah sana tak dapat
dia dengar. Tapi sekadar Hareez, dia sudah agak apa yang mereka bualkan.
Itu sudah cukup.

"I janji. Okaylah, I terpaksa pergi ni. Nanti sebelum tidur I call you.
I takut dorang tunggu I lama sangat ni. Okay Baby?"

Perit tekaknya saat menelan ludahnya. Adellya hanya menahan air mata
yang akan mengalir bila-bila masa saja.

"Ingat tau, I selalu cintakan you. Jangan nakal-nakal kat sana. I tak
boleh hidup tanpa you. Muah! Muah! Take care. Love you, Leena." Ucap
Hareez sambil mengucup Note 3nya. Dia menamatkan perbualan mereka
berdua. Hareez memandang wajah yang menjadi wallpaper di telefonnya lalu
mengusap seakan dia mengusap wajah itu betul-betul. Dia tersenyum bahagia.

"Awak betul-betul cintakan dia?"

Tersentak Hareez dengan suara itu lalu berpaling ke arah datangnya suara
itu. Adellya!

"Err... you. Buat apa kat sini?" Soal Hareez gagap. Did she heard all?

"Jawab soalan saya, Hareez."

Keluhan terdengar dari mulut Hareez. "Ya. I love her so much. More than
I love you, Adellya."

Dupp!

Laju air matanya mengalir. Tergarnya suaminya berkata sebegitu. Tidak
terfikirkah perasaannya ini?

"What about me? Saya isteri awak Hareez. Isteri awak yang sah!" Bentak
Adellya. Sehingga pelanggan di restoran tersebut memandang ke arah
mereka berdua.

"Adellya. Shh. Perlahankan sikit suara you tu. You nak dorang tahu pasal
kita ke?" Marah Hareez dengan nada sedikit perlahan.

"Kenapa kalau dorang tahu? They have to know about our marriage. Awak
suami saya, dan saya isteri awak. Saya tak nampak langsung mana salahnya
kalau mereka tahu hubungan kita." Sayu suara Adellya.

"Adel. You perlu faham. I dah tak cintakan you. I hanya cintakan Eleena.
Don't you get it?" Dengus Hareez kasar.
Adellya hanya terkaku mendengar kenyataan bahawa Hareez, suaminya yang
telah menikahinya 4 tahun lalu dah tak cintakan dia. Ya Allah. Sakitnya
hati dia saat ini.

"Dan, one more thing. Selepas kita mendarat di Malaysia, I akan uruskan
hal penceraian kita." Hareez berjalan meninggalkan Adellya yang terkaku
di ruang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience