BAB 15

Romance Completed 9628

"Assalamualaikum, Zaf. Hari ni dah masuk sebulan awak tinggalkan saya.
Tinggalkan kami semua. Saya rindukan awak, Zaf. Rindu sangat. Saya tak
boleh persoalkan kenapa awak tinggalkan saya. Saya terima kenyataan
kalau awak dah tinggalkan saya. Allah lebih sayangkan awak, Zaf."
Teresak-esak Adellya meluahkan rasa di hati.

"Zaf. Semalam, Hareez ada bagitahu saya kalau dia cintakan saya. Macam
kelakar pula. Lepas tu, dia bagitahu kalau dia cemburu awak dengan saya.
Entah apa-apa lah dia tu. Kalau dah tak nak dekat si Eleena tu, tak
payahlah buat alasan mengarut macam tu kan. Terus terang jelah macam dia
bagitahu saya sebelum ni." Adu Adellya. Adellya diam sebentar sebelum
menyambung balik kata-katanya.

"Saya tahu kalau dia menyesal. Dan saya tahu kalau luahan dia semalam tu
semua ikhlas. Tapi, saya tak tahu kenapa, saya langsung tak boleh nak
terima penjelasan dia. Dia keliru? Sebab saya jauh dari dia? Macam tak
logik. Kalau sekarang ni pun dia cakap yang dia dah memang tak cintakan
saya lagi, saya masih boleh terima, Zaf. Sebab cinta saya untuk dia,
langsung tak ada. Dah pupus. Kosong. Sikit pun tak tinggal. Cinta saya,
awak dah bawak pergi jauh. Macam mana saya nak bagi dia peluang?" Makin
laju air mata mengalir. Sungguh dia terseksa merindui Zafran. Hanya
mampu meluahkan.

Cinta dia, tiada lagi untuk lelaki lain selain Zafran. Hareez juga,
tidak mampu mengembalikan rasa cinta itu, walaupun beribu kali pun
suaminya merayu.

Disebalik pokok yang berhampiran kubur Zafran, Hareez hanya mampu
berdiri kaku mendengar setiap luahan Adellya.
Begitu hebatkah Zafran sehingga isterinya itu dulu, begitu cintakan dia
sekarang beralih arah? Memang tiada langsungkah cinta Adellya buat dia?
Inikah balasan yang harus dia tanggung setelah banyak luka yang dia
hadiahkan kepada Adellya?

******************************************
"Reez, dah jumpa Adel?" Soal Encik Hisyam.

Hanya anggukan menjadi jawapan kepada soalan Encik Hisyam. Dia tiada
tenaga untuk membuka mulut. Kaki melangkah menaiki tangga.

Encik Hisyam hanya memandang anaknya dengan keluhan kecil. Dia sudah
buntu. Tidak tahu macam mana lagi dia ingin membantu anaknya. Adellya
sekarang sudah payah untuk ajak berbincang sejak Zafran meninggal.

Salah anaknya juga. Dulu bukan main payah bila Adellya ajak duduk
berbincang. Sekarang, bila giliran Adellya buat hal, tahu pening kepala.

********************************************
Pintu bilik ditutup. Kaki melangkah mendekati meja kerjanya. Laci
pertama ditarik. Kotak kayu sederhana berwarna hitam ditarik keluar dari
laci tersebut.

'Kisah Kita'

Ukiran di kotak kayu digosok lembut. Perlahan-lahan Hareez membuka kotak
itu. Semua kenangan, gambar dirinya dan Adellya tersimpan kemas di dalam
kotak itu. Malah cincin perkahwinan dia dan Adellya juga tersimpan kemas
di dalam kotak tersebut. Cincin di bawa keluar. Masih segar di
ingatannya saat hari perkahwinan mereka berdua. Akad nikah. Majlis yang
berlangsung dengan meriahnya.

Ya Allah, mengapa begitu mudah dia melupakan segala janji yang telah dia
tuturkan? Mengapa begitu mudah dia mempermainkan ikatan hubungan suci ini?

Kemudian, gambar candid Adellya tersenyum di bawa keluar. Sudah lama dia
tidak melihat Adellya tersenyum bahagia seperti ini. Kali terakhir saat
si isteri bersama, Zafran. Hareez hanya mampu mengeluarkan ketawa sinis.
Sudah tiada gunakah dia ini? Sudah tidak mampukah untuk dia membuat
Adellya tersenyum kembali seperti ini?

"Maafkan abang, Adel." Air mata gugur dengan begitu mudah sekali.

"Apa yang abang perlu lakukan untuk mendapatkan balik cinta Adel?
Kebahagiaan kita yang dulu?" Sayu suara Hareez meminta walaupun Adellya
tidak mampu mendengar.

Suasana di ruang tamu sunyi sepi. Entah apa yang ingin dibincangkan oleh
Encik Hisyam. Walaupun kakinya berat untuk melangakah duduk di dalam
satu ruang dengan Hareez, Adellya ringankan juga kakinya itu. Mahu
mendengar hal yang ingin dibincangkan oleh ayah mertuanya itu.

"Ada apa Ayah panggil kitorang?" Soal Hareez.

"Ayah nak bincangkan mengenai hubungan korang." Jawab Encik Hisyam
serius. Puan Iman hanya memilih untuk mendiamkan diri di sebelah
suaminya itu.

"Maksud ayah?"

"Kamu tak faham lagi ke? Kamu tak nampak hubungan korang berdua ni dah
makin teruk ayah tengok. Dulu, ayah dan ibu diamkan diri dan memilih
untuk tak nak masuk campur, sebab kami fikir korang akan selesaikan hal
korang dengan cepat, dengan baik. Tapi, sejak Zafran meninggal, makin
teruk pulak ayah tengok. Adel ke barat. Kamu pulak, Reez, ke timur."
Keluhan berat dilepaskan. Melihat anak menantu hanya mampu mendiamkan diri.

"Reez, Adel. Ayah tak nak hubungan kamu berdua menjadi teruk macam ni.
Ayah dengan ibu tak pernah doakan kamu berdua berpisah. Tapi, kalau
memang betul korang langsung tak nampak sinar kebahagiaan dalam
perkahwinan korang, berpisah adalah penyelesaiannya."

"Ayah!"

"Abang!"

Serentak Hareez dan Puan Iman menjerit. Adellya hanya terkejut dengan
kata-kata Encik Hisyam. Tidak sangka Encik Hisyam akan mengeluarkan
kat-kata tersebut.

"Ayah, nak Reez berpisah dengan Adel? Ayah dah tak sayangkan Reez ke
sampai ayah sanggup mintak Reez hancurkan masjid Reez sendiri?" Perlahan
Hareez menyoal Encik Hisyam.

"Reez, hanya itu yang ayah nampak untuk selesaikan masalah kamu berdua
ni. Apa lagi yang kamu harapkan kalau kamu dah tak cintakan Adel, dan
Adel tak cintakan kamu?"

"Siapa cakap Reez tak cintakan isteri Reez? Reez cintakan Adel. Dan Reez
tak akan berpisah dengan Adel. Itu keputsan muktamad Reed."

"Tapi, I dah tak cintakan you, Hareez. Dan apa yang ayah cakapkan tu
betul. Baik kita berpisah saja." Suara Adellya kedengaran setelah lama
mendiamkan diri. Dan kata-kata yang keluar dari mulutnya itu mampu
membuat Hareez dan yang lain terpaku.

"Adel," Panggil Puan Iman sambil kaki melangkah mendekati Adellya.

"Adel dah fikir masak-masak ke?" Soal Puan Iman perlahan. Menginginkan
kepastian daripada menantunya itu.

"Adel dah fikir. Adel tak mampu nak terima Hareez macam dulu lagi. Adel
dah maafkan Hareez tapi, I'm so sorry Reez, I still tak dapat nak terima
you."

"Adel, you cakap you dah maafkan I, tapi kenapa you nak berpisah dengan
I?" Kolam mata Hareez mula bergenang. Sungguh dia tidak sanggup untuk
berpisah dengan isterinya.

"I maafkan you tapi tak semestinya I akan terima you semula, Reez. Dalam
hati I nama you dah lama hilang. Dalam hati I hanya Zafran. I minta maaf
kalau pengakuan ini buat you terluka dan kecewa. I tahu sebagai seorang
isteri berdosa mencintai lelaki lain selain suaminya sendiri. Tapi,
perbuatan dan kata-kata you yang membuatkan hati I berpaling untuk
mencintai yang lain."

Pengakuan Adellya membuatkan lututnya lemah. Begitu terukkah dia
sehingga Adellya tidak mampu menerima dirinya kembali? Dia memandang
wajah ibu dan ayahnya. Mampukah dia untu menunaikan permintaan Adellya?

"I merayu dengan you, Reez. Lepaskan I. Itu je yang I mintak dengan you.
Dan kita mulakan hidup baru."

"You betul-betul nak berpisah dengan I?" Soalan Hareez dibalas dengan
anggukan Adellya.

Ya Allah, bantulah hambaMu ini, Ya Allah.

"Ayah, ibu..."

***********************************************
Masih terngiang-ngiang lafaz cerai yang dia lafazkan beberapa jam yang
lalu di depan hakim. Ya, dia membuat keputusan untuk melepaskan Adellya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience